G 4

5.7K 475 45
                                    

'ARGHHH, tak tahan. Dah nak terkeluar ni.'

Langkah ku atur pantas turun dari tangga perpustakaan. Harini aku malas nak ikut Liya rehat kat kantin so aku putuskan untuk lepak library je lah.

Adudu, mana toilet ni? Kepala ku toleh berkali-kali mencari toilet. Aku tak pernah lalu lagi kat blok perpustakaan ni so aku taktahu lah kat mana toilet ni berada. Langkah ku percepatkan.

Haa, tu pun. Signboard tandas sudah ku nampak. Aku berlari pantas. No time to talk dah. Sipi-sipi je lagi ni.

Sebaik sahaja aku masuk, badanku merempuh sesusuk tubuh sasa. Auchh, muka ku berlanggar pada dada bidangnya. Hidungku yang hampir patah aku pegang. Sakit do.

"Woi, kau buat apa kat tandas lelaki ni?!"

Suara itu menjerit kepadaku. Mukanya ku pandang. Heh, dia lagi. Dia menolak badan ku kebelakang. Tangannya didepakan menghalang aku dari masuk ke dalam.

Weh please lah, aku dah tak tahan ni. Muka cemberutku tujukan kepadanya. Tanganku sudah menggengam sisi baju kurungku untuk menahan rasa nak terkencing.

Badannya ku rempuh dan aku terus masuk ke dalam sebuah tandas. Fuhh, lega. Rasa dia macam kau tengah kena kejar anjing pastu anjing tu kena langgar kereta dari belakang. Dan kau terselamat.

Pintu tandas ku buka dan aku jalan menuju ke sinki untuk basuh tangan. Mataku kalih ke arah cermin. Oh no!

Tudung ni gelembung pulak dia. Nakal betul. Lagu nakal Aydajebat berlayar di kepalaku.

"Woi."

Satu suara menegurku.

"Haa apa?"

Aku membalas acuh tak acuh. Aku jalan keluar dari tandas. Dia mengekoriku. Semak la. Kalau tadi aku berjalan dengan penuh gundah, sekarang aku berjalan dengan penuh senyuman di muka. LEGA RASANYA.

"Kau ni memang muka tak tahu malu kan. Kau sedar tak yang kau masuk tandas lelaki tadi?"

Eii dak Yusof ni. Aku baru nak menikmati udara segar yang nyaman di waktu pagi. Kacau daun ler.

"Sedar."

Aku berhenti dan menghadap ke belakang. Memandang ke arahnya.

Dia meng'scan'ku dari atas sampai bawah.

"Kau sebenarnya nak skodeng aku kan?!"

WHAT SHIT IS HE TALKING ABOUT???

Matanya mencerlung tajam ke arah bebola mataku. Mataku membulat. Dahiku kerutkan.

"Kau fikir aku ni pervert ke do?"

Bahuku dipegang oleh kedua-dua tangannya. Kemudian digoncang-goncangkan. Hei, apa touching-touching ni?! Haromm tahu!

"Baik kau mengaku, kau sebenarnya nak skodeng aku. Betul kan?!"

Tangannya ku tepis. Riak wajahnya cukup mempamerkan yang dia benar-benar geram denganku.

"For your information, aku ni sikit pun tak berminat nak skodeng kau. Aku takde niat nak skodeng dan aku memang tak nak langsung skodeng kau. Aku masuk tandas lelaki tadi pun sebab aku memang tak tahan. Aku tak jumpa tandas perempuan kat mana. Aku terpaksa masuk okay. Ada faham?"

Segarit senyuman aku tayangkan. Badan ku pusing dan sambung mengatur langkah ke library. Aku takde mood lah nak gaduh dengan dia ni. Tolong lah berambus.

Lenganku ditarik dari belakang. Dia ni memang jenis yang suka pegang-pegang pastu tarik-tarik tangan orang ke apa?

"Kau nak apa lagi nih?!"

GADUH [✔]Where stories live. Discover now