G 15

3.9K 357 28
                                    

Seperti biasa, aku lepak di library untuk memenuhi masa rehatku. Buku matapelajaran Kimia aku buka dan menghafal beberapa formula satu per satu. Stress! Minggu depan dah lah exam pertengahan tahun. Boleh naik gila aku dibuatnya. Buku tak habis ulangkaji lagi nih. Tulah, suka sangat study last minute!

"Hai Ecah."

Satu suara menegurku. Aku menoleh. Muka Adib sesang tersenyum manis memandangku. Kerusi di bahagian hadapanku ditarik lalu diduduki olehnya. Aku cuma buat tak endah lalu menyambung menghafal formula. Bukan apa, takut bila aku pandang nanti jatuh hati pula. Siapa nak sambut?

"Busy nampak?"

Wajahnya yang tidak lekang dari senyuman ku toleh sekilas. Dah nampak orang busy yang nak diganggu tu kenapa?

"Biasalah, minggu depan kan nak exam."

Aku jawab senada. Ikutkan hati malas je nak jawab. Tapi kesian lah pulak.

"Oh, nanti aku nak pinjam kau punya buku latihan math boleh? Ada yang aku tak faham."

Dia memandangku simpati.

"Ok, kat kelas nanti aku bagi."

Kataku sambil memandang wajahnya. Hilang mood nak study. Karang kalau tak layan nanti dia kata aku sombong pula.

"Eloklah tu, nanti jangan lupa bagi hati kau sekali."

Adib berkata lalu tersenyum menggoda. Fikir aku cair lah tu? Ok jujur. AKU CAIR WEH!!! Riak muka aku kawal. Tak mahu nampak sangat miang tu. Dia ni menguji keimanan aku betul. Berdebar-debar aku dibuatnya.

"Dah, jangan nak mengada."

Aku menjeling sambil tersenyum kecil. Dia turut tertawa kecil melihat gelagatku yang memang gelabah giler khinzir sekarang ni. Aku memang dah tak senang duduk apabila Adib memandangku lama tanpa berkelip. Iman tinggal 10 peratus je ni. Lain semua dah berterabur.

"Kau apahal pandang anak dara orang macam tu? Aku tumbuk kang."

Aku bersuara bagi mememecahkan suasana yang awkward lagi sepi ini. Muka aku seriouskan padahal jantung dah nak terkeluar dah ni. Aik, dia boleh senyum je? Manis pula tu. Asal dia senyum je mesti manis. Cis, banyak makan gula agaknya.

"Still garang macam dulu lagikan kau ni? I like."

Katanya dengan penuh keseksian ibarat minah salleh memakai bikini. Aku tak boleh ah cenggini. Segala barang-barangku di atas meja aku kemas dengan segera. Baik aku bla cepat. Meremang tahi telinga dengar suara dia yang memang sensual tahap gaban tu. Aku bangun dari kerusi dan berjalan keluar dari library. Tapi aku tahu yang dia ikut aku dari belakang. Wadehel man?

"Mai."

Yusof menegurku sebaik sahaja aku bertembung dengannya. Dia melambaik-lambaikan tangannya. Aku tersenyum. Alhamdulillah, lepas hari dia datang rumah aku tu kitorang dah jadi semakin rapat. Tak gaduh-gaduh dah.

"Ucop!"

Aku berjalan menuju ke arah Yusof. Aku suka panggil dia Ucop, comel. Adib yang berada dibelakang aku abaikan. Actually aku memang tak suka dengan perangai Adib tu. Seriously menyampah. Handsome memang lah handsome, tapi annoying tahu tak?

Dari hari tu lagi sibuk mengikut aku. Dalam kelas jangan cakaplah, bila cikgu takde je mesti dia melepak di meja aku. Aku tak suka sebab aku nak tidur pun tak senang. Ada aje yang nak dibualkan. Nak halau nanti dia kecil hati pula. Tapi don't worry, aku dah siap atur rancangan dengan Yusof. We will act like a real couple depan si Adib ni ha. Biar dia sedar sikit.

"Sayang~"

Yusof berkata sambil memandangku dengan penuh menggoda. Weh, baldi please! Naik hijau muka aku mendengarnya. Aku membalas dengan tersenyum manja. MANJA LA SANGAT.

"Sa-sayang?"

Adib yang dari tadi senyap akhirnya bersuara. Mukanya kulihat seperti meminta penjelasan dari aku. Well, it looks like plan aku menjadi.

"Yelah, apahal?"

Yusof menjawab sambil memberi senyuman sinis kepada Adib. Ibaratnya macam 'Dia aku punya kau apahal?' macam tu la hahahaha. Muka Adib bengang. Dia jalan melepasi kami dan berlalu pergi. Pergi ke mana tu aku tak tahu. As long as dia tak ikut aku sudah. Pandangan ku alih ke arah Yusof yang sedang ralit memandangku dengan pandangan gatal. Dahinya aku tunjal.

"Ish, apa ni? Sakitlah sayang."

Dia tersenyum miang. Weh, bapak geli la sia.

"Kau nak rasa kena smack down dengan aku ke apa?"

Aku memandangnya tajam. Dia tersengih.

"Ala ler gurau pun tak boleh. Aku dah tolong pun cukup baik tau."

Kata Yusof. Bunyinya macam merajuk. Apa hal do nak merajuk? Gedik betul.

"Kau merajuk ke? Alalalala Ucop jangan ah merajuk."

Aku pun melayan ajelah perangai dia ni. Tak pasal-pasal nanti dia pi bocorkan rahsia aku kat Adib nanti, naya aku.

"Kiss dulu."

Dia menunjukkan pipinya sambil tersengih. Haa, ni melampau.

"Penumbuk nak?"

Aku menyuakan penumbuk ke arahnya. Dia tertawa besar. Aku menjeling. Pikir lawak lah tu?

"Dah lah aku gurau je. Jom aku hantar kau balik kelas. Rehat dah habis ni."

Dia menarik lengan bajuku. Aku menurut.

"Baby!"

Kami berdua menoleh sebaik sahaja mendengar satu suara yang agak gedik di belakang.

"Tasha?!!!"

Yusof berkata dengan riak terkejut. Aku diam aje. Malas nak masuk campur. Pandangan aku lontarkan ke arah gadis yang dinamakan 'Tasha' ini. Tudung pendek,baju ketat ikut badan, dah kenapa? Tak senonoh betul rupanya. Muka dah cantik dah. Pakaian tu yang serupa bikin. Bikin malu kaum wanita je.

"Miss me?"

Dia mendekati aku dan Yusof. Dia memandang Yusof dengan penuh riak gatal. Jalannya dilentok-lentokkan lagi. Fikir sexy ke? Geli aku tengok.

"Miss kepala hotak kau!"

Yusof menjelingnya. Ok, i get it. Ni mesti kes cinta bertepuk sebelah tangan. Kesian. Muka Tasha kelihatan bengang dengan apa yang dikatakan oleh Yusof.

"Siapa dia ni?"

Katanya lalu jari telunjuknya ditujukan ke arahku. Aku diam. Malas nak layan.

"My girlfriend. Kau boleh berambus."

Yusof memegang tanganku. Aku kalau boleh nak tampar je muka jantan ni sekarang. Tapi aku dapat rasakan yang dia perlu pertolongan aku saat ni, aku cuma diam dan senyum. Mata perempuan gedik a.k.a Tasha membulat memandangku. Dia merengus lalu berjalan melepasiku.

Sempat dia melanggar bahu aku kuat dan menyebabkan aku jatuh terduduk kerana hilang keseimbangan. Barbie punya betina. Laknet betul. Aku menyumpah seranah di dalam hati. Yusof menghulurkan tangan membantuku untuk bangun. Aku tidak menyambut. Aku bangun sendiri walaupun aku rasa tulang bontot aku tak berapa nak kukuh sekarang ni.

Langkah ku atur ke kelas dengan pantas. Kalau aku jumpa perempuan tu lagi, memang mampos dia aku silat kan. Kurang ajar betul. Dia fikir dia siapa. Suara Yusof yang sedang memanggilku aku abaikan. Aku tengah marah sekarang ni. Bukan marahkan Yusof, tapi betina sialan tadi. Tak ada adab betul!

GADUH [✔]Where stories live. Discover now