G 2

6.8K 541 135
                                    

"WEH, tu ke budak baru tu?"

"Haah, dia la tu rasanya."

"Muka kerek je. Form 5 en."

"Lawa le sia. Boleh try ni."

Riuh suara pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Tunku Aziz (SMKSTA) sebaik sahaja aku dan Aliya masuk ke dalam Dewan Makan (DM). Semua tengah pandang kitorang aku rasa.

Kembang semangkuk juga lah sebab tak tak sampai sehari masuk sekolah dah hot en.

Selesai je ambil makanan, aku dan Liya segera mencari tempat duduk.

"Liya, kita nak makan dekat mana weh?"

Suara pelajar lain aku abaikan. Ye ye, aku tahu aku lawa. Takmo bising-bising please.

"Liya!"

Panggil seorang pelajar perempuan dari sebuah meja makan yang berada agak tidak jauh dari kami berdua.

"Haa tu pun diorang. Jom."

Aliya membuntutiku dan aku hanya mengikutnya dari belakang.

Perghhh, DM sekolah ni besar do.

Makanan semua diletakkan di bahagian belakang dewan manakala di bahagian depan pula terdapat sebuah pentas mini untuk pelajar buat persembahan nyanyi ke apa ke. Aku rasa lah.

"Haa gais, ni Ecah, kawan baru kita merangkap kepada roommate aku."

Tangan ku hulur sebagai salam perkenalan. Muka semanis gula aku tayangkan.

"Hai Ecah. Aku Iman. Ni adik kembar aku, Anis."

"Hai Cah."

Salamku disambut oleh mereka berdua.

Oh kembar rupanya. Patutlah muka seketul sejebon. Bezanya cuma Iman ada sebiji tahi lalat dekat dagu dia and Anis takde.

..............

Tengah sedap aku melantak dan menghayati kesedapan nasi goreng sotong yang lazatnya sampai menjilat jari kaki itu, suasana dekat DM tu tiba-tiba je sunyi.

Apahal pulak ni? Aku buat tak endah dan sambung melantak.

"Hei kau!"

Habis tersembur nasi goreng dari dalam mulut aku. Malaun mana yang menjerit tak tentu pasal ni. Laknet betul.

Yusof menjerit sambil matanya memandang tepat kearah Aisyah yang sedang fokus dengan nasi goreng sotongnya.

Aisyah yang tersedar bahawa semua orang sedang memandangnya kaku buat seketika. Muka separuh blank ditayangkan.

Weh asal semua pandang aku ni? Aku pakai tudung terbalik ke?

Aisyah membelek-belek tudung yang dipakainya.

Okay je. Tak terbalik pun. Owning pun boek.

Tiba-tiba tanganku ditepuk perlahan. Aliya rupanya. Aku mengangkat sebelah kening sebagai isyarat 'apa dia?'

"Cah, tengok tu."

Aku menoleh. Alamak!

Time mata dia dan aku bertemu, dapat aku rasa yang nyawa aku melayang kejap lagi.

Tahu sape tu? Ya, lelaki yang aku tertumpahkan milo dekat baju dia petang tadi.

Aku alihkan pandangan dan sambung menikmati makananku.

"Woi, kau pekak ke?!"

Melihat perempuan itu mengalihkan pandangan dari aku, terasa aura panas naik ke kepalaku.

Dia buat bodoh je? Tak perasan ke yang aku tengah panggil dia sekarang nih?

"Weh cah, dia panggil kau lah."

Suara halus Anis aku abaikan. Eiii jantan ni kat sini pun nak gaduh ke? Saje nak cari publisiti murahan lah tu.

Air sirap aku capai lalu kusuakan ke mulut. Belum sempat air itu masuk ke corong tekak ku, tanganku direntap menarikku untuk berdiri. WHATTHEEEE?!

Cawan yang berisi air sirapku jatuh di atas lantai. Habis tumpah.

Membulat mataku melihat lelaki yang sedang mencengkam erat lenganku yang berlapik. Kurang garam betul!

"Hei lepaslah! Apa tarik-tarik tangan orang ni ni? Sakit tahu tak?!"

Tangannya cuba ku tepis namun tidak Berjaya. Cengkamannya terlalu erat pada lenganku.

Pelajar lain semua sudah berdiri akibat terkejut dan sebahagian daripadanya terkentut.

Badannya yang sasa dan tinggi melebihiku memaksa aku untuk mendongak apabila memandangnya.

"Kau jangan cuba-cuba nak lari dari aku eh! Lepas apa yang kau buat dekat aku, kau ingat senang-senang je aku nak lepaskan kau? Memang tak lah."

Yusof merenung tajam mataku dan aku turut membalas renungannya. Sejurus aku mendapat satu akal.

"Arghhhhhhhh!"

Dia menjerit kesakitan. Cengkamannya pada tanganku di lepaskan serta-merta. Habis luka tangannya aku buat. Terdapat kesan biru iaitu lebam dan kesan gigitan ditinggalkan. Ya, aku gigit dia!

"Rasakan! Dasar lelaki dayus! Sedap-sedap je rentap tangan orang. Kau fikir kau siapa hah?!"

Mampus kau. Tulah padahnya bila kacau aku tengah makan. Kau tahu tak aku tengah lapar? Nasib baik tangan kau liat. Kalau tak dengan tangan-tangan kau aku telan.

Aisyah menepuk-nepuk tapak tangannya seperti baru selesai menghapuskan habuk. Well, best man wins. Woi aku girl la.

Yusof mengerang kesakitan. Sakit ditangannya masih terasa.

Bukkkk!

Badan lelaki itu aku tolak. Kuat. Dia jatuh terduduk seperti nangka busuk yang tidak dijual di pasaran.

"Kau ni! Memang menguji kesabaran aku betul!"

Suara lelaki yang bingit itu menusuk ke dalam lubang telingaku yang saiznya sama besar seperti lubang hidungku.

Apa apa? Kau pikir kau tak menguji kesabaran aku?

Kata-katanya tidak ku balas. Senyuman sinis aku ukirkan di mulut dan menjelingnya 360 darjah.

"Korang, aku masuk bilik dulu lah eh. Malas nak lama-lama dekat sini. Nanti ada pulak yang koma aku kerjakan."

Ucapku kepada Aliya, Anis dan Iman dalam nada sinis.

Sape terasa tu faham-faham je lah. Aisyah mengatur langkah pantas ke pintu keluar DM.

"Woi pompuan! Tunggu! Aku tak habis lagi dengan kau lah!"

Yusof terjerit-jerit memanggil Aisyah yang sudah semakin jauh dari pandangannya.

Takpe. Harini hari kau. Esok hari Isnin. Kau tunggu hari aku.

Yusof bangun dari lantai. Punggungnya ditepuk-tepuk perlahan bagi membersihkan habuk-habuk yang melekat. Pinggangnya yang sudah senget dibetulkan.

"Apa pandang-pandang?!"

Yusof menjerit sambil memerhati sekeliling. Pelajar yang dari tadi tak lepas memandang Yusof terus duduk dan menyambung kerja masing-masing.

'Siap lah kau. Sampai lubang jamban aku carik! What you give you get back! Kau belum kenal siapa lagi Yusof Danial!'

Getus hati Yusof.

.................

Credit to broleecomel atas segala nasihat dan tunjuk ajar ❤

GADUH [✔]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora