G 13

3.9K 381 31
                                    

"Semua pelajar tingkatan 5 High dan 5 Low diminta tunggu sebentar di tapak perhimpunan."

Suara pengawas perempuan yang bertugas sebagai pengacara majlis kedengaran. Aku mengeluh kuat. Penat lah. Dah lah panas. Berdiri pula tu. Kejadah dia.

"Baiklah, sebenarnya tujuan kamu semua diminta berkumpul ialah, pihak sekolah akan mengadakan program mentor mentee antara kelas 5 High dan 5 Low."

Puan Batrisyia selaku guru yang bertugas memberikan ucapannya. Mentor mentee? Lahai, macam-macam! Semua pelajar yang berkumpul menumpukan sepenuh perhatian di hadapan.

"Kelas 5 High akan membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar 5 Low sepanjang tahun ini. Bimbingan adalah diadakan secara berpasangan. Saya akan sebutkan nama pasangan kamu semua satu per satu dan nama yang disebut boleh beratur berdua-dua di bahagian kiri saya ini."

Jelas Puan Batrisyia lagi. Seterusnya nama di sebut satu per satu, tibalah di giliran namaku,

"Aisyah Humairah dan Yusof Danial."

Aku rasa macam nak pengsan. Ei, pleaselah. Tak ada orang lain ke? Aku dengan penuh perasaan redha melangkah ke bahagian hadapan. Kelibat Yusof tak nampak pulak. Haih, dia ni menyusahkan tau.

"Yo."

Suara garau menampar gegendang telingaku. Bikin terkejut je lah. Yusof di sebelah aku jeling.

"Waalaikumussalam."

Aku berkata sinis sambil memandangnya yang sedang asyik memacakkan rambut. Dia menjelingku. Ha, marah lah tu.

"Aku ni hensem kan?"

Dia berkata sambil memandangku. Keningnya dijongketkan beberapa kali. Yucks! Dah kenapa jantan ni?

"Tak langsung."

Kataku tanpa perasaan. Mata ku tumpu semula kepada Puan Batrisyia yang sedang memberikan taklimat. Rasa macam nak tergelak pun ada bila terdengar Yusof merengus geram.

"Ok, selesai sudah pembahagian pasangan. Sekarang cikgu nak kamu semua duduk di kantin sambil berkenalan dengan pasangan masing-masing. Bincang tentang apa-apa sahaja lah yang berkaitan dengan pelajaran yang mungkin tak difahami ke. Baiklah, boleh gerak sekarang."

Kami bergegas ke kantin yang terletak bersebelahan dengan tapak perhimpunan. Dekat jer. Aku dan Yusof mengambil tempat di meja dibahagian bawah kipas. Dia dan aku duduk bertentangan.

"Apa nak buat ni?"

Dia bertanya kepada aku sambil menongkat dagu.

"Er, apa kata kau perkenalkan diri."

Aku memberi cadangan.

"Nak kenal apa lagi? Kau tak kenal aku ke? Aku rasa aku dah cukup famous kat sekolah ni."

Kata Yusof dengan penuh bangganya. Amboi, riak betul! Nak bandingkan dia dengan aku, aku rasa aku lagi lawa.

"Kenal nama je bukannya kenal sangat pun. Kau bagitahulah kau ada berapa orang adik beradik, tinggal mana, favourite subjek kau apa. Tu pun aku nak ajar ke halamak."

Aku berkata sambil membuat rolling eyes.

"Eleh, kau sebenarnya nak korek information pasal aku kan? Kau nak tahu aku tinggal mana lah, apa lah. Ish ish ish, perempuan kalau dah suka dekat jantan memang tak reti malu betul."

Kata Yusof sambil mengecilkan matanya memandangku. Perasan betul dia ni. Tak ada maknanya aku nak suka dekat kau lah.

"Ee kau ni kan."

Aku menampar lengannya. Dia mengadu kesakitan.

"Sakitlah!"

Yusof menjelingku.

"Kesah?"

Aku berkata lalu meletakkan kepala di atas meja. Huh, fed up aku bercakap dengan manusia sebegini. Tiada satu suara yang keluar diantara kami. Apabila merasakan kepalaku di tolak dari atas, aku mengangkat kepala. Yusof ku lihat sedang tersengih memandangku.

"Apa?"

Aku berkata sambil memandangnya dengan riak tidak puas hati.

"Kau merajuk ke do?"

Yusof bertanya.

"Tak de maknanya aku nak merajuk!"

Aku menjeling. Please lah nak merajuk bagai. Never ok.

"Yelah yelah. Haa, kau nak tahu sangat pasal aku kan. Nama aku Yusof Danial Bin Dato' Hamdan. Aku anak tunggal. Favourite subject? Takde. Tempat tinggal? Sudah semestinya di dalam hati awak. Cia cia cia."

Kata Yusof dengan muka badak menetas. Muka derp face aku tayangkan. Menyampah sia cakap dengan orang cenggini. Sorry, pick up line lu tak jadi ah brader.

"Eww, hati aku tak ada penduduk macam kau ni."

Aku berkata lalu menjentik dahinya kuat. Dia meringis kesakitan. Rasakan wahai manusia!

"Dah la tu. Kau pulak intro."

Yusof memandangku sambil menjongketkan keningnya. Dahinya ku lihat kemerah-merahan. Lawak do.

"Aku rasa aku dah cukup famous kat sekolah ni. Takkan kau tak kenal aku kot?"

Aku berkata dengan penuh bangga. Well, i'm famous and i know it. Kembang kuncup hidungku. Yusof membuat muka nak muntah. Aku tempeleng kang.

"Nak nombor kau boleh?"

Dia mengeluarkan iphonenya dari poket seluar. Dia bawak phone pergi sekolah?!

"Kau bawak phone pergi sekolah?!"

Kataku separa menjerit. Dia bangun dari tempat duduknya lalu menekup mulutku.

"Umphhh."

Aku menjerit minta dilepaskan. Nasib baik lah meja kitorang jauh sikit dari orang ramai. Kalau tak buat malu je.

"Shhh. Diamlah bongok."

Dia melepaskan mulutku. Aku merengus geram. Habis barai tudung aku tahu!

"Aku bagitahu cikgu."

Aku bangun dari tempat duduk berura-ura mahu ke hadapan di mana tempat cikgu-cikgu berkumpul. Aku saja je sebenarnya. Mwahahhahaha. Pantas tanganku ditarik olehnya. Aku ditarik duduk di kerusi semula.

"Kau ni kan. Tak yah la weh!"

Dia merayu. Tapi muka dia lebih kepada geram. Aku tersenyum sinis. I've got you now, Yusof. Kalau papa dapat siapa bawak phone tu memang nahas. Teruk kau kena denda nanti.

"Aku tak bagitahu cikgu, tapi dengan satu syarat."

Aku berkata sambil tersenyum senget. Dapat aku rasakan yang tanduk syaitan mula muncul di atas kepala.

"Er, a-apa dia?"

Yusof bertanya ragu-ragu.

"Minggu ni outing kan?"

Aku bertanya.

"Ha'ah, jadi?"

Kata Yusof sambil memandangku dengan penuh perhatian.

"Kau kena jadi maid tak berbayar kat rumah aku untuk sehari. Full stop."

Kataku dengan penuh bersemangat. Habis lah kau Yusof aku kerjakan. Kah kah kah. *fliptudungsikit

"Hotak kau. Mana boleh camni!"

Dia membantah keras.

"Eh, pehal lak tak boleh? Ok kalau camtu aku pergi bagitahu cikgu sekarang jugak."

Aku bangun dari kerusi. Namun pantas tanganku ditarik oleh Yusof semula. Aku tersenyum puas.

"Fine. Just a one day. Deal?"

Dia menghulurkan sebatang pen kepadaku. Nak suruh buat ala-ala 'pen shake' gitu. Aku senyum bangga sambil menyambut hulurannya.

"Deal."

Kataku. Ingat Yusof, aku akan pastikan kau merana dan kau takkan lupa hari bersejarah tu. HAHAHAHHAH *evil laugh

GADUH [✔]Where stories live. Discover now