Bagaimana rasanya jika ada deria keenam? Setiap kali menyentuh atau tersentuh orang lain anda akan dihantui oleh kisah silam mereka dalam beberapa minit kemudian pengsan. Boleh nampak hantu atau roh jahat adakah anda berani menghadapinya setiap hari? Hal ini dialami oleh seorang remaja perempuan bernama Angelica Corleone selepas tragedi yang meragut nyawa kedua orang tuanya ketika dia masih kecil. Dia dibesarkan oleh seorang lelaki bernama Carlos Gonzalez bersama seekor anjing, Chopper. Namun kehilangan Carlos Gonzalez secara misteri membuat Angelica tidak boleh duduk diam. Bersama Chopper dia teruskan hidup sehinggalah Jeremy Lorenzo muncul mengakui Angelica sebagai pasangannya. Tekanan makin menghantui apabila dia tahu dirinya dalam bahaya. Mampukah Jeremy dan puaknya melindungi Angelica yang digelar Seer? Makhluk apakah yang selalu muncul di hadapan Angelica? Dimana Carlos? Gadis itu tidak mempunyai pilihan selain bernaung di bawah naungan Alpha.