Kehidupan Arisha menjadi tidak keruan setelah ibu bapanya memaksanya berkahwin dengan anak kawan lama mereka. Arisha seorang gadis yang suka 'fly solo' dan tidak pernah memikirkan kehidupannya sebagai seorang isteri. Tambahan pula, dia ini masih belajar di Universiti. Umurnya baru mencecah 21 tahun. Takkan nak kahwin? Dapatkah dia memberi komitmen setelah mengetahui latar belakang suaminya? Tengku Ashraff seorang yang kacak malahan sangat baik budi bicaranya. Kecuali dengan seseorang. Entah mengapa seakan-akan dia tidak pernah suka terhadap perempuan ini. Bukannya dia tidak cantik. Kalau Ashraff boleh mengaku, dia mengaku bahawa Arisha sangat cantik dan muslimah orangnya. Tudungnya yang labuh dan suaranya yang lembut. Lembut? Dengan Ashraff sahaja dia tidak pernah berlembut. Kahwin? Suami isteri? Kenapa takdir begitu kejam sekali?