Sebuah sekuel MR PRINCE'S PRISONER Hamzah Eduardo, kerana satu sumpahan, dia membesar menjadi seorang lelaki yang berhati dingin dan kejam. Tidak punyai sifat belas kasihan. Ramai rakyat Pulau Kristal sudah menjadi mangsa kekejamannya. Dia tidak sukakan sebarang kesilapan dan kegagalan. Segala apa yang diarahkan dan dikehendakinya, mesti dapat dan terlaksana dengan jayanya. Akibat sifat kejamnya, Baginda Raja Putra Kim Mikail telah menghalau anaknya untuk tinggalkan Pulau Kristal selagi anaknya itu tidak berubah sikap. Dan hanya dibenarkan kembali jika sekeping hati itu sudah punyai sifat kasih sayang. "Ed, biar aku temankan kau" - Aysar Caleb "Kau sanggup ke nak hidup dekat dunia luar tu Ays?" - Hamzah "Kita dah janji akan jadi sahabat sejati Ed" - Aysar Caleb Mereka keluar dari Pulau Kristal dengan rasa berat hati. Lalu bermulalah kehidupan Hamzah dan Aysar di sebuah bandar besar sekitar Pulau Borneo. Dan mereka telah terlibat dalam kegiatan jenayah di situ. Takdir mempertemukan Hamzah dan Hajar Amani dalam situasi yang getir. Tunang Hajar meninggal dunia angkara kesilapan Hamzah. Dan Hajar juga telah menyaksikan Hamzah membunuh seseorang di lorong yang gelap. Bermula saat itu, Hamzah menculik dan mengurung Hajar. Dia menyeksa jiwa Hajar tanpa belas. Tanpa sedar, hati yang dingin dan beku, lama-lama mula mencair. Satu perasaan halus mula meresap ke dalam hati Hamzah untuk Hajar biarpun samar-samar. Tak sempat hendak sedar tentang perasaan sendiri, kebenaran telah terbongkar menyebabkan Hajar semakin membenci Hamzah. Dan Hajar berjaya melarikan diri dari cengkaman Hamzah. Hamzah rasa separuh gila dengan kehilangan Hajar bila dia mula sedar yang dia cintakan Hajar. Mampukah Hamzah meraih cinta Hajar? Sedangkan Hajar membenci dirinya yang menjadi punca kematian tunang gadis itu? Akan terungkaikah sumpahan Ratu Mora yang telah sebati dalam hati Hamzah? 100% idea asal Mi_Amethyst
4 parts