"Pertemuan kita ini... adalah suatu takdir, bukan?" - ELMEEYARA HANIESHA "Kau hadir menjadi penyembuh dalam hidup aku... itu juga adalah sebuah takdir, Meeya." - HAZEEQ MUIZ AL-QAYYIM Kisah pertemuan dua jiwa yang kosong. Bermula kerana satu kemalangan, kini mereka berdua menjalin persahabatan akrab yang saling berkongsi rasa dan cerita. Ayat cliche, "Lelaki dan perempuan mana boleh berkawan. Salah seorang pasti akan menyimpan rasa juga." Dan ya, betul. Tetapi bukan salah seorang. Namun kedua-duanya saling menyimpan rasa. Saling menyukai, saling mencintai. Namun mereka lebih selesa mengekalkan hubungan sebagai sahabat tanpa perlu mengikat diri mereka berdua sebagai kekasih. Bagi mereka, cukup sebagai sahabat sahaja. Asalkan mereka sentiasa ada untuk satu sama lain. Itu sudah memandai. Namun... "Kenapa kau buat aku macam ni?! Apa dosa aku pada kau, Meeya?!!" "I'm... I'm sorry, Hazeeq..." "Maaf kau takkan mampu kembalikan orang-orang yang aku sayang! Kau dah hancurkan hidup aku! Aku menyesal sebab pernah cintakan perempuan macam kau!" Dan di saat itu baru Elmeeyara sedar... ini merupakan karma atas dosa-dosa di masa lalunya yang harus dia terima. Menghancurkan hidup satu keluarga yang bahagia... memang tidak mungkin dimaafkan dengan mudah. Dia lupa, dia adalah villain di dalam hidup lelaki itu. "Aku merayu, Hazeeq... tolong bagi aku peluang kedua untuk tebus segala dosa aku pada kau. Aku mohon..." "Aku bodoh. Aku bodoh kerana masih mencintai orang yang patut aku benci sehingga mati." Bertahun-tahun terpisah, takdir menemukan mereka berdua kembali. Namun di saat itu, Elmeeyara bukan lagi gadis yang sama Hazeeq pernah kenali. Perasaan yang sudah lama terbenam ke dalam jiwanya yang kelam kembali tercetus dan mengetuk pintu hati. Janjinya, Elmeeyara akan dijaga dengan sepenuh hati. "Dengan nama Allah, aku cintakan kau, Elmeeyara Haniesha. Aku cintakan kau kerana-Nya." Lalu apakah pengakhiran buat kedua-dua jiwa ini? Bahagia atau derita?