Biasanya perempuan yang akan jual mahal. Tapi ini tidak. Terbalik pula. Lelaki yang jual mahal. "Awak! Saya suka awak!" - Dhea Nadine "Awak nak tak kahwin dengan saya?" - Dhea Nadine Dhea Nadine dengan perangai selambanya itu mengungkapkan perasaannya sebegitu kepada seorang jejaka. Jejaka tersebut bernama Hariz Uqail. Hariz Uqail yang dulunya seorang yang bersifat ceria dan mudah bergaul dengan orang sekelilingnya, tetapi sekarang sudah bertukar menjadi seorang yang bersifat dingin dan agak sukar untuk bergaul dengan orang sekelilingnya. Dek kerana kisah silamnya. Dhea Nadine pula seorang yang bersifat selamba, penyayang dan ceria. Walaupun dia seorang yang ceria, tetapi dia mempunyai satu penyakit yang boleh membawa maut. Dia juga merahsiakan tentang penyakitnya itu daripada orang lain kerana dia tidak mahu orang yang berada disekelilingnya bersedih. Apakah yang akan terjadi antara Dhea Nadine dan Hariz Uqail? Adakah Hariz Uqail akan menerima Dhea Nadine? Apakah yang terjadi pada masa lalu Hariz Uqail sehingga dia berubah menjadi dingin?