"Eomma? Eomma nak pergi mana? Eomma tak tinggalkan won kan? Eomma sayangkan won kan?" Lirih kanak-kanak yang berumur 4 tahun itu kepada ibu angkatnya. Dia tidak mahu ditinggalkan lagi. Lagi-lagi apabila dia telah ditinggalkan di rumah anak yatim yang melayan dirinya itu dengan begitu teruk. Muncung mulutnya menghadap ibunya yang mahu membeli makanan untuknya. "Eomma nak beli barang jelah, won. Won nak ikut tak?" Sapa ibunya dengan senyumanya yang sungguh manis. Mata anak kecil yang sebelum itu tampak begitu sedih telah membetuk besar dengan mulutnya yang mengukir senyuman. Dia mengangguk lalu memegang erat tangan ibunya. "I love you, Eomma. Won sayang eomma sangat-sangat."