"Kita kenal kita." Mereka, mula saling mengenali pada usia 15 tahun. Sekolah, bagai medan perang fizikal dan mental bagi Anggun yang lasak, Anggun yang memendam rasa. Jebat pula, hanya seorang budak lelaki yang lemah dan polos dalam bicaranya. Tanpa noktah, mereka berpisah pada garis masa yang aneh. Dunia sudah meninggalkan masa lalu dan hidup pada detik yang sedang dilewati. Jebat telah meningkat usia. Manakala Anggun, yang masih berumur 15 tahun tiba-tiba sahaja terjaga di dalam tubuh yang tidak dia kenali. "Aku bukan Hana. Aku Anggun Sari!" "Kau, Anggun? Pemilik keychain kasut ini?" Jebat menggenggam kemas keychain itu. Tempoh pertemuan dia dan Anggun beberapa tahun lalu, mekar kembali.
14 parts