"Ubah Mimpiku Menjadi Indah" sinopsis. "You are beautiful in your own way, my Princess.." Papa Luqman Hmmm..itu kata Papanya. Kata Tunangnya? "Dalam banyak-banyak perempuan hodoh kat muka bumi ni, kau orang pertama yang paalingg buruk pernah aku jumpa!" Syed Ardani Ferhad Pertunangan yang diatur atas dasar keturunan keluarga membuatkan Syarifah Nurraisha si gadis Happy go lucky merasakan dirinya amatlah beruntung kerana berjodoh dengan sepupu kesukaannya. Namun berbeza dengan tunangnya yang semakin hari semakin membenci dengan fizikal yang dimiliki Nurraisha. "Huh! Kau? Kau suka aku? weh berapa kali aku cakap!! Cerminn muka tuu! Cermin badann tu! Kau dengan Tong Drum tak ada bezalah!" Syed Ardani Ferhad Nuraisha tetap menyimpul senyum. Diperli, dibuli, dicaci bukanlah perkara baru buatnya saat kata-kata itu sudah sebati sejak dia berumur 8 tahun. Dari seorang periang dia bertukar menjadi gadis yang takut akan diri sendiri. "Awak kena kuat Raisha, manusia memang suka menilai fizikal diri dan dia orang dapat k