Kehidupan Kasma Diey, seorang penyanyi kabaret, mula berubah selepas cuba mengekori seorang jejaka misterius dan seekor kucing yang berubah warna mengikut waktu. Tidak sengaja terlibat dalam skandal pembunuhan seorang Dato', dia ditemukan dengan seorang pramugari bernama Shaa Alabu, seorang transgender bernama Ryngo Star, dan seorang penulis erotika bernama Nebula Gold. Dalam usaha menyelamatkan diri daripada seorang pembunuh bercheongsam perak, Kasma Diey harus menurut perintah kaca komputer dan berhadapan dengan ketua mafia Kafka Gibbs, model bersara Chi Hadidi dan penari tiang bernama Destiny Fleur. (sebuah percubaan menulis novel)