Sara :Mo Li Hua ( Vol 2)

By lindaazhar2010

24.9K 2.9K 128

Sara dibawa oleh rantai mutiara merentas ke Dinasti Ming sekali lagi setelah dia menangis seharian di bilikny... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
94
95
96
97
98
99
100 Finale
Special Chapter

93

195 26 0
By lindaazhar2010

Ann Di dan Sara menaiki kereta kuda tersebut bersama Tun Daim. Pipit duduk bersama pemandu kereta kuda di hadapan. Mata Tun Daim tertacap di leher Sara. 'Rantai itu,' bisik hatinya. 'Bukankah rantai itu sudah hilang?' bisik hatinya. Dia memandang gadis muda Ann Di dan dia perasan akan cucuk sanggul itu. Fikirannya bingung.

"Shu Furen," tegur Tun Daim. Sara memandang kepada Tun Daim. "Hamba minta maaf kerana berlaku biadap tadi malam," kata Tun Daim. Sara tersenyum.

"Lupakan sahaja. Bukan perkara penting," jawab Sara. "Terima kasih kerana menghantar kami pulang," kata Sara memandang Ann Di. Tiba-tiba kereta tersebut terlanggar batu dan mereka di dalam terhentak.

"Ijoi!" panggil Tun Daim dari dalam.

"Ampun Datuk tadi terlanggar batu.,"balas Ijoi. Mereka sampai ke rumah tumpangan tanpa banyak bicara. Tetapi Tun Daim hanya memerhatikan Sara. Hatinya tertanya-tanya mengapa dia begitu mahu mengenali isteri Shu Wu Ji ini. Cara Shu Wu Ji melindungi isterinya. Cara Shu Wu Ji memandang kepada Cempaka dan dirinya juga menimbulkan tanda tanya. "Datuk, kita sudah sampai,"beritahu pemandu kereta kuda. Tun Daim keluar dahulu dan diikuti dengan Ann Di. Pipit membantu Ann Di turun. Tiba giliran Sara Tun Daim menghulurkan tangannya. Shu Wu Ji yang sedang menantinya di pintu gerbang berlari ke arah mereka.

"Shuang er," panggil Shu Wu Ji tanpa berlengah menurunkan Sara sendiri.

"Tak tidur lagi?" tanya Sara manis. Shu Wu Ji memandang Tun Daim di sebelahnya.

"Terima kasih," kata Shu Wu Ji.

"Sama-sama. Hamba gerak dulu," kata Tun Daim. Sara dan Shu Wu ji menunduk hormat. Tun Daim masuk semula ke dalam kereta kuda itu dan berlalu.

"Kenapa balik lambat?" tanya Shu Wu Ji. Ann Di berdiri agak jauh tapi masih boleh melihat Shu Wu Ji dan Sara bercakap.

"Shu Daren akan mengalah kepada Cempaka," kata Pipit. Ann Di ketawa.

"Mengenali da ge, kali ini da ge akan menang," kata Ann Di pula.

"Baik, kalau Cempaka menang kau akan membuat sarapan telur rebus setiap pagi untuk aku," kata pipit.

"Kalau aku menang, kau mesti berpakaian seperti perempuan selama sehari," kata Ann Di. Pipit berfikir dan bersetuju.

"Apa yang Sara dah buat ni?" tanya Shu Wu Ji tak puas hati.

"Sara tak buat apa pun," balas Sara.

"Sara balik semula ke istana itu sebab hendak melihat Tun Daim kan?"

"Haish, tidaklah," bantah Sara.

"Habis tu kenapa Tun Daim yang menghantar balik bukan Tun Ishak," tanya Shu Wu Ji. Hatinya tidak tenang. Mungkin apabila melihat Cempaka dan Tun Daim.

"Cemburu tak membawa berkat," balas Sara memandang Shu Wu Ji.

"Sara ini bukan zaman moden yang membolehkan kau berbuat apasaja sesuka hatimu. Kau takkan buta? Sejak kita sampai ramai yang memerhatikan diri kau!" tegas Shu Wu Ji. Sara hanya membisu kerana dia malas hendak bertekak. "Kenapa senyap?" tanya Shu Wu Ji. Sara mengangkat bahunya. "Kau suka tengok aku gila macam ni kan?" tanya Shu Wu Ji.

"Penat.. Tolong dukung ke bilik," kata Sara masih bernada biasa.

"Sara, aku juga punya maruah diri. Kau tak tahu semua mengatakan aku ini dikawal isteri." Sara menjadi bengang dengan kata-kata Shu Wu Ji. 'Queen Control?! Dia kata aku queen control? Hai Wu Ji siapa yang tak mahu diceraikan?' bentak hati Sara. Tiba-tiba kereta kuda Tun Daim berpatah balik.

" Shu Furen, Shu Daren. Hamba datang kerana cucuk sanggul Cik Ann Di terjatuh dalam kereta," tegur Tun Daim sambil memberikan cucuk sanggul itu kepada Sara. Tun Daim mengenali cucuk sanggul itu dan memang itu milik Cempaka dahulu diberikan oleh Zheng He.

"Susah-susah sahaja," kata Sara.

"Tidak mengapa. Hamba minta diri dahulu," kata Tun Daim berlalu dari situ. Sara terpandang ada yang memerhati dari satu sudut.

"Sudah mari balik," arah Shu Wu Ji.

"Tak dukung atas belakang tak mau balik," kata Sara. Shu Wu Ji memandangnya tajam.

"Ikut suka. Balik atau tidak," jawab Shu Wu Ji dengan nada yang marah dan meninggalkannya sendiri. Sara mengerling sekelilingnya dan dia merasa tidak sedap hati. Rantai itu bersinar dan bergetar sekali dan itu mengejutkan Sara. Cucuk sanggul di tangannya menyinar dan mutiara di cucuk sanggul itu turut bergetar.

"Popo adakah kerana kita sudah balik ke tempat asal kau jadi begini?" Sara bercakap sendiri sambil memegang rantai itu. "Keluar aku tahu kamu semua di sini!"tempik Sara. Jalan yang sunyi tadi kedengaran bunyi tapak kaki. Sara mengira lebih kurang 10 orang berpakaian hitam mengepungnya.

"Shei?" tanya Sara. Tiada jawapan. "Kamu ke sini hendak membunuh atau menculik?" tanya Sara dalam bahasa Melayu.

"Menculik," jawab satu suara. 'Melayu? Dah tentu orang yang mengupahnya juga Melayu,' fikir Sara.

"Baik, hamba penat tak perlu berlawan parang, pukul memukul. Ayuh, tunjukkan ke mana kita patut pergi," kata Sara mencucuk sanggul itu ke sanggulnya. Mereka semua berpandangan sesama sendiri.

"Ikut kami," kata ketua mereka dan Sara mengikuti lelaki itu dan dikepung oleh mereka yang lain. Mereka tiba di suatu lorong dan Sara buat-buat terjatuh.

"Aduh!" Kata Sara. "Hei batu kau ni tiada tempat lain hendak duduk, hah?" marah Sara. Mereka di situ hanya berdiri tegak melihat perangai pelik Sara. Sara membaling batu kecil itu ke dahi lelaki di belakangnya dan dengan satu lompatan dia sudah berada di atas bumbung. Sara sendiri terkejut kerana tubuhnya menjadi begitu ringan. Rantai itu bergetar. Sara menyentuhnya. "Terima kasih popo," katanya.

"Kejar!" jerit ketua penjahat. Mereka semua cuba memanjat bangunan untuk mengejar Sara tapi tidak terdaya. Sara duduk di atas bumbung itu memerhatikan 10 orang lelaki jahat cuba hendak menaiki bumbung.

"Awat lambat ngat eh?" tanya Sara sambil ketawa. Tiba-tiba ada seorang yang menaiki tangga dan sudah berada di bumbung. Baru sahaja Sara hendak berdiri, Tun Daim datang dan melawan lelaki bertopeng itu. 'Ini orang-orang upahan kau kan Tun Daim?' syak Sara. Lelaki itu melibas parangnya dan Tun Daim jatuh ke bawah dan membolos bumbung kecil. Dia tak bergerak lagi. Lelaki itu melihat Sara di situ dan meluru. "Hei tunggu! Tak berhati perut kau ya. Sanggup kau cederakan orang upah kau culik aku?"templak Sara. Penjahat itu melihat Tun Daim yang meniarap di tanah.

"Orang yang upah aku ialah perempuan!" kata lelaki itu ketawa. Sara menghela nafas panjang.

"Tangkap dia, tangkap!" kata orang-orangnya di bawah bersorak.

"Kan aku kata aku penat. Esoklah boleh?" tanya Sara. Lelaki itu meluru tapi Sara melontarkan shiruken iaitu dart ninja dan mengenai leher lelaki itu dan dia pun terjatuh dari bumbung ke tanah. "Sudah-sudahlah," kata Sara. Dia terjun ke bawah dan lelaki-lelaki jahat itu lari bertempiaran. Sara berlari kepada Tun Daim dan merasai nadinya. Tun Daim masih hidup. Dia mengalihkan tubuh Tun Daim dan memeriksa. Ann di dan Pipit yang perasan Sara tiba-tiba tiada telah mencarinya dari tadi.

"Cempaka!" jerit Pipit.

"Sara kau tak apa-apa?"tanya Ann Di. Sara menggelengkan kepalanya. Mari tolong angkat Tun Daim ke rumah tumpangan. Shu Wu Ji yang terkejut melihat Tun Daim tercedera mendapatkan mereka.

" Lairen! "panggil Shu Wu Ji dan Tun Daim dibawa ke bilik Shu Wu Ji." Sayang tak apa-apa? "tanya Shu Wu Ji memegang bahu Sara. Sara meleraikannya.

"Pit, kau pergi ke kedai ubat dan panggil Lee Taiyi ke mari sekarang," arah Sara tegas. Pipit terus menunaikan arahan itu.

"Apa yang sudah terjadi?" tanya Liu Lu yang berlari dari biliknya.

"Ada orang cuba menculik saya dan Tun Daim cuba membantu tetapi dia jadi begini," jawab Sara.

"Hah? Zheng xiaojie tak apa-apa?" tanya Liu Lu. Sara menggelengkan kepalanya.

"Saya pergi tengok Tun Daim dulu," kata Sara tanpa mempedulikan Shu Wu Ji di situ. Shu Wu Ji dan Liu Lu mengikuti Sara dan Ann Di ke bilik Shu Wu Ji.

"Ann Di kau doktor, apa patut kita buat sekarang?" bisik Sara. Ann Di menjalankan pemeriksaan.

"Yang pasti tulang rusuk Tun Daim kalau tak retak mesti patah," bisik Ann Di.

"Cik muda, Lee Taiyi," panggil Pipit membawa Lee Taiyi masuk.

"Yi song, dia jatuh dari bumbung ke atas bumbung lain dan terus ke tanah," terang Sara. Lee Taiyi memeriksa tubuh Tun Daim.

"Tulang rusuk kanannya ada yang patah," beritahu Lee Taiyi. "Saya akan buat akupuntur dan Pipit nanti ambil ubat di kedai kita," arah Lee Taiyi.

"Ta-" tanya Sara.

"fangxin ba. (Jangan risau). Dia perlukan rehat secukupnya. Buat masa sekarang jangan pindahkan dia ke mana-mana," kata Lee Taiyi. "Na.. Boleh tak tinggalkan saya dan pesakit sahaja?" tanya Lee Taiyi. Sara mengangguk. Dia mengajak Ann Di keluar. "Pipit pergi ambil ubat cepat. Nah ini senarai. Beri sahaja kepada pembantu kedai," arah Lee Taiyi. Pipit mengambilnya dan terus berlalu.

"What happened?" bisik Ann Di.

"Nantilah aku cerita," bisik Sara kepada Ann Di. Shu Wu Ji mengikuti Sara dan Ann Di keluar.

"Shuang er," panggil Shu Wu Ji.

"Ni me shi ba?" tanya Shu Wu Ji. Sara berpaling.

"Saya tak apa-apa daren. Saya dan Ann Di ke bilik dulu. Selamat malam," kata Sara dan terus meninggalkan Shu Wu Ji di situ. Shu Wu Ji terdiam. Sara marahkan dia, dia tahu.

"Kau sedar tak apa kau buat ni?" bisik Ann Di.

"Kau senyap! Ini memberi aku peluang bersendirian," bisik Sara sambil berjalan pantas.

Sampai ke bilik, Sara menceritakan segalanya kepada Ann Di.

"Mak oii, aku rasa rantai itu telah menolong kau," kata Ann Di. Pipit mengetuk pintu Sara.

"Cempaka, Tun Daim selamat dan Pipit hendak menghantar Lee Taiyi pulang," beritahu Pipit.

"Ok. Pesan kat Lee Taiyi aku nak melawat kedai esok," pesan Sara.

"Shi," jawab Pipit dan berlalu pergi.

"Ann Di aku hendak berbicara sendirian dengan Shuang er," kata Shu Wu Ji yang baru tiba. Ann Di memandang Sara dan Sara menggelengkan kepalanya.

"Baiklah, ge masuklah," jemput Ann Di. Sara membuat muka kepada Ann Di kerana engkar dengan arahannya. Shu Wu Ji masuk dan Ann Di menutup pintu.

"Kau nak apa?" tanya Sara menyikat rambutnya yang lurus. Shu Wu Ji menghampirinya.

"Maafkan Wu Ji kerana lewat datang membantu," kata Shu Wu Ji. "Aku-"

"Aku penat hendak tidur," kata Sara bangun dan pergi ke katil. Shu Wu Ji menanggalkan talipinggangnya kerana handak menukar baju tidur. "Wu Ji, aku mahu bersendirian. Kau tidurlah bersama orang-orang kau," kata Sara. Shu Wu Ji mengerut dahinya.

"Aku suami kau, Sara. Bukan pengawal peribadi bukan kawan bukan orang bawahan. Kau tak ada hak nak menghalau aku dari sini.,"desis Shu Wu Ji.

"Aku hanya mahu menjaga maruah kau Wu Ji. Kau kata orang bercakap pasal kita, pasal kau di bawah telunjuk aku," balas Sara.

"Habis apa yang kau buat sekarang? Kalau aku keluar dari bilik ini, sudah tentu mereka merasakan yang aku memang di bawah telunjuk kau!" jawab Shu Wu Ji. Sara tidak suka mendengar bahasa yang digunakan oleh Shu Wu Ji. Selama ini ya Sara akui dia yang kasar dan Shu Wu ji tidak pernah menaikkan suaranya kepada Sara. Bahasa Shu Wu Ji juga kedengaran janggal di telinganya. Sara bangun dari katil, pergi mengambil baju luaran dan berjalan ke pintu. "Sara, kau nak ke mana?" tanya Shu Wu Ji merentap tangannya.

"Mungkin yang patut cedera malam ini ialah aku Wu Ji. Sekurang-kurangnya aku takkan mendengar kata-kata kesat keluar dari mulut kau," kata Sara memandang Shu Wu Ji. Sara bingung, adakah ini Shu Wu Ji yang sebenar? Shu Wu Ji terdiam sebentar.

"Sara kau tahu aku benar-benar cintakan kau, hmm?" kata Shu Wu Ji. Dia melonggarkan pegangannya. Kenangan bersama Li Yang Jian menerjah fikirannya. "Zheng Shuang, hanya kau isteri aku dunia akhirat," pujuk Shu Wu Ji. Sara berkira-kira dalam benaknya, dia perlu menjadi begini atau tidak kerana banyak yang perlu dia selesaikan dalam masa yang singkat dan Shu Wu Ji masih tidak tahu yang dia tidak mahu kembali ke Nanjing. Dia mahu terus tinggal di Melaka.

"Aku rasa pada masa ini, dan kau pun tahu yang kita bukanlah pasangan sesuai Wu Ji," jawab Sara.

"Sayang, kau cakap apa ni?" tanya Shu Wu Ji memandang wajah Sara.

"Aku perlukan ruang, aku perlukan jarak antara kita,"balas Sara.

"Ruang, jarak? Kau mahu berpisah bukan? Kenapa? kerana Tun ishak? Tun Daim? Liu Lu? Hah?" kata Shu Wu Ji merah matanya menahan segala perasaan.

"Wu Ji, kau tahu dari mana asalku, cara aku dibesarkan, dan siapa aku sebagai seorang insan. Aku tak mungkin menjadi wanita di zaman ini dan kau mungkin akan menempuh banyak kesusahan kerana aku begini," ucap Sara. Shu Wu Ji memandang Sara yang tiada setitis airmata pun yang mengalir. Begitu tenang dan yakin. 'Sara kau tak cintakan aku lagi? Kau pulang ke sini bukankah untuk aku?' tanya Shu Wu Ji dalam hatinya.

"Aku takkan lepaskan kau Sara," kata Shu Wu Ji. Sara tersenyum tawar.

"kita berdua tahu bila tiba masanya aku dan Ann Di akan pulang ke tempat asal," balas Sara. Shu Wu Ji mengambil teko di meja dan menghempasnya ke dinding.

"Kau tak perlu keluar dari sini, biar aku sahaja," kata Shu Wu Ji mengambil talipinggangnya dan keluar dari situ. Sara menarik nafas dan airmatanya deras mengalir. Ann Di masuk dan menutup pintu. Dia mendakap Sara yang sedang emosional.

"Ann Di," panggil Sara tersedu-sedan.

"Shuuuu, tak perlu bercakap. Menangislah semahunya. Aku temankan aku akan sentiasa bersama," bisik Ann Di. Sara menangis semahunya hingga bengkak mata. Ann Di membawa Sara ke katil dan mengesat muka Sara dengan air hangat. Sara menjatuhkan dirinya. "Tidurlah," kata Ann Di duduk di sisi. Aku tidur di bangku panjang ya? "ucap Ann Di sambil menepuk-nepuk Sara yang melelapkan matanya yang mengantuk.


Continue Reading

You'll Also Like

88.2K 5K 37
Kisah ini menceritakan tentang Swanda yang terpaksa dihalau oleh penduduk sekampungnya kerana telah membunuh 3 ekor shwan,makhluk pemakan manusia sem...
7.7K 333 38
Kehidupan yang bahagia berubah menjadi tragis. Kesilapan seorang suami dan bapa telah membawa kehancuran kepada isteri dan anak. Perasaan yang terbel...
517K 1.2K 17
Mula mula
13.8K 1.6K 28
[ JIMIN FANFICTION ] Kisah seorang lelaki Korea yang dipaksa ibu dan ayahnya untuk tinggal di kampung iaitu kampung atoknya sendiri di Malaysia dalam...