Mr. Alpha's Sweetheart - TERB...

By nurhaxel

553K 16.7K 1.3K

Luthfan Emeer, he's cold just like his father but he's care. He's ruthless but he's caring, and he's arrogant... More

DISCLAIMER©
MAIN CHARACTER
PROLOG
BAB 1
BAB 3
BAB 4
BAB 5
MRAS 6 - JUST A COINCIDENCE
MRAS 7 - MEET AGAIN
MRAS 8 - HIS EYES
MRAS 9 - DARK HAZEL
MRAS 10 - ETHAN'S ORDER
MRAS 11 - BAD BOY
MRAS 12 - HURT
MRAS 13 - I HAVE TO DO THIS
MRAS 14 - WHEN THE LION GOES BERSERK
MRAS 15 - INNER VOICE
MRAS 16 - I'M SORRY
MRAS 17 - HEARTLESS
MRAS 18 - THE PAIN
MRAS 19 - SOMETHING
MRAS 20 - NO ONE CAN TOUCH HIS WOMAN
MRAS 21 - CUTE WITH TOMATO'S CHEEK
MRAS 22 - THE DEAL
MRAS 23 - FAMILY'S DINNER
MRAS 24 - CHANGE PLAN
MRAS 25 - A DATE

BAB 2

8.5K 577 31
By nurhaxel


EMEER melangkah masuk ke dalam The Hayyes Academy dengan wajah yang serius. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar slack. Kehadirannya secara tiba-tiba itu sedikit mengejutnya mereka yang berada di situ terutama sekali para pelajar. Dia sengaja hadir secara mengejut di situ kerana mahu melihat sejauh mana perkembangan akademinya selepas dia meninggalkan akademi itu selama dua tahun.

The Hayyes Academy merupakan salah satu percapaiannya yang telah membanggakan keluargannya terutama sekali daddy dan mummy. Akademi itu juga telah diiktiraf sebagai akademi yang terbaik di serata negara kerana telah melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang teknologi dan Martial Art seperti seorang Hacker, Pro with gun, dan Professional in IT. Bangunan akademi tersebut dipenuhi dengan kemudahan teknologi yang tinggi serta tenaga pengajar yang terbaik diambil di serata negara bagi menjaga kualiti pelajar yang bakal dilahirkan oleh The Hayyes Academy. Setiap maklumat yang berkaitan dengan akademi dijaga rapi oleh sistem di situ.

Sikap Emeer yang dingin dan tegas itu menjadikan dia seorang ketua yang tegas dan dia juga digelar sebagai Mr Alpha. Tiada siapa yang berani menegurnya atau ingkar arahan ketua mereka. Emeer Hayyes adalah seorang lelaki yang perfect but too heartless and danger when you touch his anger.

Dia boleh jadi bukan dirinya sendiri apabila sesuatu menyentuh kemarahannya sendiri. Mereka pernah melihatnya sendiri di depan mata apabila Mr. Alpha mereka membelasah seorang tenaga pengajar di situ yang cuba untuk sabotaj maklumat sulit yang terdapat di Hayyes Academy untuk dijual kepada pesaing di luar negara.

"Morning Tuan Muda." Emeer hanya mengangguk kecil.

Apabila sampai saja di depan pintu kaca yang menempatkan pejabatnya, ibu jari dan mata diletakkan pada pengimbas sehingga bunyi beep dikeluarkan lalu automatik pintu bilik itu terbuka dengan sendiri. Dia melangkah masuk lalu punggung dihenyakkan pada kerusi empuk miliknya. Butang kot dibuka supaya duduknya lebih selesa.

Nafas dihelakan perlahan. Seluruh biliknya diperhatikan untuk seketika.

Terlalu lama dia tidak menjejakkan kaki di sini. Sepanjang ketiadaannya, dia memberi sepenuhnya tanggungjawab pada Eiden dan Shawn untuk menguruskan THA. Kerana Eiden langsung tidak berminat untuk menguruskan Hayyes Holding. Dan dia terpaksa mengambil alih Hayyes Holding tidak lama lagi. Sayang namun dia terpaksa. Akademik ini merupakan salah satu passion nya sejak dulu.

Tok! Tok!

"Can I come in, along?" soal Eiden apabila muncul secara tiba-tiba.

"You already did it, Eiden," jawab Emeer sambil menjeling tajam apabila melihat adiknya itu melangkah masuk tanpa sempat dia menjawab pertanyaan itu.

Eiden tersengih kecil sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang terdapat di depan meja kerja Emeer.

"Along nak jumpa dengan Eiden ke?"

"Yes Eiden. Mana semua report yang along minta tu?" soal Emeer tegas. Dia perlu tahu semua yang berlaku dan setiap laporan pergerakan akademi ini sepanjang ketiadaannya.

"What for? I've already given Daddy every single report. He had already double-checked it. And one more thing you should know is that next month we have a meeting with a company from Japan. They want our hackers and IT. If you are okay with that, I will ask Shawn to proceed," jelas Eiden sambil tangannnya bermain pen milik alongnya.

Emeer mengangguk kecil sambil memandang ke arah Eiden.

"I know but I want to check it again. Along nak tengok kau buat kerja ke tak. And about the meeting, give me details first then I will be looking forward from here. I need settle a few things first before masuk Hayyes Holding." Cawan latte berjenama Starbuck milik Eiden yang berada di atas mejanya diambil tanpa menghiraukan jelingan adiknya itu.

"I will give my hundred percent to handle this academy. You just give me your trust, along. Along cuma perlu terima tawaran daddy untuk uruskan Hayyes Holding tu aje. Okay brother?" Tubuhnya didekatkan pada meja sambil kedua belah siku menongkat di atas meja kaca itu. Senyuman paling manis diberikan kepada alongnya.

Emeer mendengus geram. Sakit hati melihat senyuman yang menjengkelkan itu.

"Tak boleh ke kau handle je Hayyes Holding tu? Ikut apa yang telah daddy tetapkan. I will handle my academy and you with Hayyes Holding. Sebulan sekali along akan masuk pejabat dan tolong apa yang patut. Deal?" ujar Emeer dengan tegas. Masih tawar menawar dengan adiknya itu.

Laju saja Eiden menggelengkan kepalanya.

"No. Eiden tak nak. You knew my answer, right? And the answer is still a big NO. Jangan paksa aku, long. Kau kan anak sulung, kau la yang galas tanggung jawab tu."

Emeer merenung tajam.

Banyak kali mereka bahaskan tentang perkara ini, tapi jawapannya tetap sama. Luthfan Eiden Hayyes seorang yang sangat keras kepala. He can do whatever he wants too. Dan sedingin mana pun Luthfan Emeer, baginya family comes first. Lagi pun daddy sendiri hendak dia mengambil alih Hayyes Holding yang mempunyai anak syarikat di seluruh negara. Alasannya Eiden masih matang untuk kendalikan syarikat sebesar itu.

Ada juga betulnya apa yang Eiden cakapkan. Dia adalah anak sulung dan hanya dia yang daddy harapkan untuk menguruskan syarikat perhotelan dan perkapalan yang juga terlibat dalam pengeksportan senjata api kepada pihak kerajaan.

"Fine. But this is your last chance, Eiden. Do your best. Bukti dekat along kau boleh handle akademi ni dengan baik. Can you do that?"

"Si Signore! Thank you, along."

"Alright. Now just get out of here. I need my privacy and thanks for the latte." Gelas Starbuck itu diangkat tinggi lalu menghirup latte itu bersama dengan senyuman sinis terukir di bibirnya.

"Ish... Kau ni along, suka sangat sakitkan hati aku. Dah la latte tu aku dah lama mengidam. Punyalah lama aku beratur drive thru tadi, suka hati dia je rembat. Bak sini duit."

Dia terus bangun dan menghulurkan tangan kepada Emeer. Abang tak abang, dia tetap berkira. Lagi pun bukan selalu dapat pau abang sendiri.

Emeer menjengkilkan biji matanya. Dompet di dalam laci diambil lalu empat keping not lima puluh dicapai dan dihulurkan kepada adiknya. Kalau bab mengebas duit orang, si kembar adalah orangnya terutama Eiden.

"Thanks, long. See you at home." Eiden mengambil duit itu sambil tersengih lalu keluar dari bilik Emeer dengan senang hati.

Continue Reading

You'll Also Like

120K 1.6K 35
100 years after the Great battle between Light and Dark occurred. Most of Humanity took back what was stolen from them. With the Traveler gone and th...
981K 30.4K 61
Dans un monde où le chaos et la violence étaient maitre, ne laissant place à ne serrait ce qu'un soupçon d'humanité. Plume était l'exception. Elle...
2.7K 63 13
"𝗮𝗻𝗱 𝗶'𝗺 𝗷𝘂𝘀𝘁 𝗴𝗲𝘁𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗰𝗼𝗹𝗼𝘂𝗿 𝗯𝗮𝗰𝗸 𝗶𝗻𝘁𝗼 𝗺𝘆 𝗳𝗮𝗰𝗲" "𝗶'𝗺 𝗷𝘂𝘀𝘁 𝗺𝗮𝗱 𝗮𝘀 𝗵𝗲𝗹𝗹 𝗰𝗮𝘂𝘀𝗲 𝗶 �...
4.3M 236K 49
"Stop trying to act like my fiancée because I don't give a damn about you!" His words echoed through the room breaking my remaining hopes - Alizeh (...