King Control Boy (Dibukukan)

By beautifulkpop

165K 5.5K 784

Berminat? Boleh beli novel ni di shopee 11/11/2021 47 available ... More

welcomee !😄
bab 1
BAB 2
BAB 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
follow my ig gais 😍
bab 8
bab 9
yippi
will delete this entry soon
bab 10
bab 12
bab 13
guess what?
bab 14
bab 15
finally
done ❤️
please read
shopee
contest
KING CONTROL BOY

bab 11

4.6K 273 52
By beautifulkpop


"Abang, macamana ni bang? Apa kita nak buat bang?" Kata Puan Nurain apabila melihat suaminya hanya terkaku setelah membaca nota berkenaan.

Suaminya masih lagi termenung sambil melihat nota itu. Matanya ditutup perlahan-lahan menahan gelodak hati. Keluhan kasar dihembus.

"Abang, abang jangan macam ni bang. Kita kena lakukan sesuatu bang. Kesian anak kita bang," puan nurain menggoyangkan tangan suaminya perlahan.

"Abang ni memang ayah tak guna kan sayang. Abang langsung tak dapat lindung satu satunya anak kita. Abang menyesal ikut cakap datin tu. Abang menyesal," encik taufiq menangis teresak esak.

Encik taufiq memegang tangan anaknya erat. Dia merasakan dirinya gagal menjadi seorang ayah yang baik. Dia gagal menjadi seorang hero dan pelindung kepada anak perempuannya itu.

"Abang," air mata puan nurain mengalir lebih deras apabila mendengar keluhan dari suaminya itu. Dia juga merasakan yang dia bukannya ibu yang baik untuk anaknya.

Dengan lemah lembut puan membuang tudung anaknya itu sambil menangis. Terduduk puan apabila melihat dengan jelas lebam di leher anaknya. Seperti seseorang sengaja berbuat demikian.

"Abangg! ," tangisan puan nurain semakin kuat. Encik taufiq yang sedari tadi menunduk segera melihat kearah leher anaknya.

"Ya allah, sofeaa. Apa dah jadi ni nak," lekas encik taufiq memeluk sofea. Dia tidak tegar melihat anaknya dalam keadaan yang sedemikian. Terdapat kesan cekikan di leher anaknya.  Berwarna ungu terang.

"Abang, saya rasa lebih baik kita telefon datin mirda. Adam makin lama makin teruk bang. Nasib baik anak kita masih bernyawa walaupun keadaan teruk sebegini. Saya tak tahu apa akan jadi kalau kita terus biarkan adam tu bang,"

"Abang tak tahu ain, abang tak tahu apa yang abang perlu buat," encik taufiq mengeluh berat. Sesungguhnya dia kasihan akan anak perempuannya itu, namun dia juga tidak berani untuk mengadu kepada datin mirda. Dia takut dia sekeluarga akan disalahkan walaupun itu bukan salah mereka.

"Abanggg, sampai hati abang. Abang tak nampak ke keadaan anak kita ni bang," puan nurain memukul bahu suaminya seakan kesal dengan apa yang dikatakan oleh suaminya. Seperti berputus asa untuk berjuang demi anaknya sendiri.

"Abang tak mampu sayang. Diorang berkuasa, abang tak mampu," semakin kuat esakan puan nurain kedengaran.

"Kalau abang tak sayangkan anak, tak perlu la abang telefon dia. Saya sayangkan anak saya, saya kandungkan dia dab saya yang besarkan dia. Saya tak sanggup tengok dia macam ni. Kalau abang tak mahu, biar saya sahaja yang telefon," kata puan nurain marah.

Telefon jenama oppo segera diambil. Nama datin mirda dicari di kenalan telefonnya namun encik taufiq segera menghentikan tindakannya. Encik taufiq menggeleng, tidak membenarkan.

"Lepass, biar saya je telefon dia. Biar saya tanggung semuanya. Lepass saya cakap," puan nurain segera meronto ronta apabila suaminya memeluknya erat serta menjauhkan telefon tersebut daripadanya.

"Abang jahat. Abang tak sayangkan sofea! Tak sayangkan saya!" puan nurain menjerit lantang beremosi.

"Abang sayangkan kamu berdua. Percayalah sayang. Nanti kalau keadaan makin teruk. Abang janji abang akan telefon datin mirda. Abang janji sayang," encik taufiq mengucup dahi isterinya berulang kali, mahu meredakan marah yang dirasakan isterinya ketika ini.

"Nak tunggu keadaan teruk macam mana lagi bang. Anak kita hampir mati bang. Mati!"

"Sayang, dah lah. Abang janji sayang. Abang janji," tangisan puan nurain makin reda setelah mendengar suaminya berulang-ulang menjanjikan benda yang sama. Dia percayakan suaminya. Suaminya ini tidak pernah mungkir janji dengannya. Semoga semua masalah ini diselesaikan dengan baik.

......................................................

Gambar yang terpapar di skrin telefonnya dipandang sayang. Perlahan tangannya mengelus gambar itu. Gambar perempuan kesayangannya. Perempuan yang akan selamanya menjadi miliknya.

"Apapun yang berlaku, you tetap akan jadi milik I sayang. Forever until you die. I takkan biarkan sesiapa pun pisahkan kita, termasuklah our parent" senyuman sinis diukir.

"You sorang je faham I. Bodohlah kan kalau I lepaskan you macam tu je,"

"Sofeaaaaa, you make me crazy sayang. I love you so much sayang," perlahan gambar sofea dicium lembut.

Pandangan ditebarkan ke seluruh biliknya. Penuh dengan gambar sofea, kesayangannya. Dia juga sanggup menyuruh orang melukis gambar kesayangannya untuk dijadikan koleksi.

"Sofea, you are my world, my life," katanya syahdu sambil mengusap lukisan itu. Lukisan yang tidak ternilai dengan wang ringgit.

Telefon diambil kembali lalu nombor seseorang diadail pantas.

"Syafik, aku ada job untuk kau," adam tersenyum sinis.

..................................................................

"Ibu, ibuu. Uhukkk uhukkk," sofea terbatuk perlahan. Tekaknya begitu sakit untuk mengeluarkan sepatah kata. Matanya dipejam kembali. Sakit.

"Ibuuu, ayahhhh. Ibuuu," panggilnya lagi apabila tiada sahutan daripada ibubapanya.

"Sofea sayang. Abang, anak kita dah sedar. Abang?!" Panggil puan nurain kuat. Langkah segera diatur ke arah anaknya itu.

"Sofea okey tak sayang. Ada sakit kat mana-mana sayang?," Tanya puan nurain. Tangannya mengusap kepala sofea lembut.

"Airrr. Sofeaa n nak k airr," lekas puan nurain mengambil air lalu disuap air kepada anaknya, sofea.

"Ya allah anak ayah dah bangun. Sofea okey tak sayang," tanya ayah lembut. Tangan sofea dielus sayang.

"Sofea takutt, takut sangat " puan nurain mengalirkan air mata apabila mendengar anaknya mengadu.

"You are strong sayang. You are really strong," encik taufiq berkata perlahan. Puan nurain segera memeluk anaknya erat. Encik taufiq juga turut serta memeluk mereka.

"Maafkan ayah sayang. Ayah tak lindungi kamu. Ayah mintak maaf,"

"Ayah hh takk salahhh," tekaknya masih sakit untuk bersuara.

"Ibu pun mintak maaf sayang. Ibu pun bersalah dalam hal ini," sofea menggelengkan kepalanya perlahan. Menidakkan apa yang dikatakan oleh ibunya.

"Sofea rehat ye sayang. Ibu temankan kamu rehat. Kamu masih sakitkan sayang. Rehat dulu," kata puan nurain perlahan.

Dia sedar anaknya masih sakit. Semua persoalan yang sedari tadi terngiang di kepalanya, dia simpan. Dia masih mempunyai masa yang panjang untuk bertanyakan hal berkenaan kepada sofea. Lagipun anaknya kurang sihat.

Dia dan suaminya sudah mengambil cuti selama 3 hari kerana mahu menemani anaknya di rumah.

"Ibuu, sofea takut ibu,"

"It's okey sayang. Ibu ada kat sini. Ayah pun ada. Nothing will happend to you sayang," puan nurain menenangkan anaknya itu.

Encik taufiq memalingkan muka ke belakang, air matanya yabg menuruni  wajahnya segera dikesat pantas. Tidak mahu anaknya melihat dia menangis.

Encik taufiq duduk di sisi anaknya  lalu mulutnya berselawat perlahan. Tangannya mengelus kepala anaknya perlahan. Penuh kasih sayang.

Setelah anaknya serta isterinya tidur, dia segera berhenti berselawat. Dia mencium dahi anaknya serta isterinya perlahan.

Bunyi kereta yang berhenti di hadapan rumahnya mengejutkannya daripada lamunan. Jika hanya satu kereta, dia tidaklah mahu menghiraukannya. Namun, kedengaran seperti agak banyak kereta yang berhenti di situ.

Encik taufiq segera berlalu ke beranda bilik anaknya. Dia agak terkejut apabila melihat rumahnya sudah dikepung dengan empat kereta mewah yang berwarna hitam. Hatinya berdetak tidak enak. Matanya bergerak melihat anak serta isterinya yang sedang lena tidur.

Lelaki berpakaian hitam menuruni kereta lalu berbaris dihadapan pagar rumahnya. Salah seorang lelaki yang turun dari kereta itu adam.

Kelihatan adam melihat kearahnya lalu tersenyum sinis. Encik taufiq meneguk air liurnya kesat. Dia segera masuk ke dalam bilik lalu seluruh pintu dikunci rapat.

Dia seakan dapat merasakan adam mempunyai satu rancangan yang melibatkan keluarganya. Encik taufiq terkejut apabila telefonnya berbunyi lantang. Dia terkejut apabila melihat mesej daripada adam. Matanya dipejam erat. Dia tidak membalas mesej adam sebaliknya hanya merenung telefonnya tajam.

~seronok mengintai? Hehh. Kenapa? Kau takut dengan aku ke taufiq? ~

____________________

Thanks sbb tunggu ❤️

Continue Reading

You'll Also Like

41.1K 4.1K 5
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih a...
678K 39.1K 57
ON- GOING [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawa...
116K 5.1K 65
(complete) ⁺✧ - SIRI CG #1 blurb di dalam.
344K 22.5K 64
𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...