KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]

By MairaAdh

1.1M 95.5K 23.5K

𝒌𝒆𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝒗𝒐𝒍 1 "𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒂𝒃𝒂𝒅𝒊 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂..." "Saya lapar... Ad... More

𝓟𝓻𝓸𝓵𝓸𝓰𝓾𝓮
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 01
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 02
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 03
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 04
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 05
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 06
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 07
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 08
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 10
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 11
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 12
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 13
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 14
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 15
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 16
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 17
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 18
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 19
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 20
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 21
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 22
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 23
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 24
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 25
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 26
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 27
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 28
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 29
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 30
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 31
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 32
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 33
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 34
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 35
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 36
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 37
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 38
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 39
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 40
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 41
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 42
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 43
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 44
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 45
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 46
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 47
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 48
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 49
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 50
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 51
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 52
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 53
𝓔𝓹𝓲𝓵𝓸𝓰𝓾𝓮

𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 09

19.9K 1.9K 170
By MairaAdh


"BEDAH..."

Nama pembantu rumahnya iaitu Cik Bedah diseru perlahan namun ada nada ketegasan saat figura tersebut memenuhi kornea matanya. Rafidah memandang Cik Bedah dari bawah ke atas.

Sepasang mata Cik Bedah menekur lantai. Tidak berani bertentangan mata dengan sepasang mata itu. Cukup sahaja dia menunduk kepala atas rasa hormatnya terhadap Rafidah.

"Pandang aku, Bedah."

Cik Bedah patuh.

"Mana Hawa?"

Cik Bedah menggeleng kepalanya sebagai jawapan kepada persoalan majikannya.

"Kau ada mulut, kan? Jawab! Bukan angguk atau geleng..." Rafidah merengus tidak puas hati. Jus oren yang disediakan oleh Cik Bedah di atas meja itu dicicip perlahan.

"Saya tak tahu, puan."

"Jangan nak tipu aku, Bedah. Kau tahu segalanya mengenai budak tu..."

Cik Bedah cepat mencelah butir bicara Rafidah."Betul, puan. Saya memang tak tahu Hawa pergi mana. Seawal pagi lagi dia dah keluar rumah."

"Jangan nak bohong aku, Bedah!"

"Sampai bila kau nak back up budak tu?"

"Aku ini majikan kau! Aku yang bayar gaji kau, bukan dia!"

Mata Rafidah menikam tajam seraut wajah Bedah yang hanya bereaksi biasa itu.

"Sampai bila puan nak benci dia? Sampai bila, puan? Puan... Dia tak bersalah! Dia pun tak ingin dilahirkan seperti itu! Selama dua puluh tahun saya yang membesarkan dia dan saya mendiamkan diri aje melihat semua layanan puan terhadap dia. Dia tak berdosa, tapi kenapa dia yang menjadi mangsa? Dia pun inginkan kasih sayang yang sama seperti Puteri.Puan sedar tak apa yang puan buat selama ini adalah salah. Sangat salah! Puan tak adil!"

"Tiada secebis kah kasih sayang puan terhadap dia? Saya simpati dengan nasib dia. Walaupun kita nampak dia selalu memberontak dan suka buat masalah, dia buat perangai macam tu sebab nakkan perhatian puan. Dia nak puan tegur apa yang dia buat kerana dia kekurangan kasih sayang dari seorang ibu.Puan sedar tak?"

Semua kata-kata yang dipendam di dalam hati tua Cik Bedah selama ini diluahkan dengan penuh perasaan geram terhadap Rafidah, orang yang sewajarnya mendengar luahan hati ini. Cik Bedah menjadi berani sebegini pun hanya mahu memperjuangkan nasib Hawa,anak yang dikasihi itu.

Rafidah membatukan diri sebelum tawa sinis bergema di ruang tamu itu.Dia menggeleng kepalanya laju sebelum memandang Cik Bedah dengan renungan misteri.

"Kasihan? Kau kasihan dekat budak tu? Aku ini jahat la? Macam tu?" Penuh sarkastik Rafidah bertanya. Hatinya bengkak.

"Aku ini watak jahat la dalam cerita ini sekarang, Bedah? Kenapa watak antagonis selalu dibenci orang? Semua pembaca pasti akan membenci dan memaki hamun watak antagonis. Tapi...Dia orang tak tahu apa yang terjadi. Watak antagonis pun tak inginkan semua ini terjadi...Dia pun inginkan kehidupan dan pengakhiran yang baik seperti watak protagonis."

"Kau hanya nampak penderitaan dia. Tapi, kau tahu apa yang aku pendam selama ini?"

Tangan dikepal kuat sehingga timbul urat-urat hijau di tangan tuanya. Melorot mata Rafidah memandang parut besar di pergelangan tangannya. Parut ini. Mana mungkin dia mampu melupakan tragedi yang meninggalkan impak terbesar dalam hidup dia. Masih lagi terbayang sebuah rumah yang dijilat api dan raungan manusia menjerit meminta pertolongan.

Sakit.

"Aku menderita selama ini. Setiap kali aku pandang wajah dia, rasa benci itu tak dapat aku buang. Aku dah cuba. Berkali-kali aku cuba untuk menyayangi dia namun, wajah perempuan itu pasti akan terlayar di fikiran aku. Wajah dia sangat mirip.Aku sakit. Sakit sangat, Bedah."

"Cuba ikhlaskan hati puan untuk menerima dia.Allah ada dengan kita. Jika puan ikhlaskan hati puan untuk terima dia... Insya-Allah, puan boleh," nasihat Cik Bedah.

"Tak mudah, Bedah.Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya hati aku.Sampai bila-bila pun aku takkan terima dia sebagai anak aku. Dia hanya la insan yang hadir tanpa dipinta dalam hidup aku dan Puteri."

"Puan... Ingat Allah. Dia adalah kurnian Allah kepada puan. Berganda pahala puan kerana menjaga dia dengan penuh kasih sayang."

"Tetapi, dia anak haram. Dia anak haram!"

Allahu...Cik Bedah termati kata. Lelah bertikam lidah dengan majikannya yang cukup keras kepala.

Tiada secebis kasih sayangkah Rafidah terhadap Hawa Arlani?

"Dia bukan anak haram, puan. Puan sendiri tahu kebenaran yang sebenar. Tapi, selama ini puan menidakkan kebenaran itu hanya kerana rasa amarah puan. Jangan terlalu ikutkan sangat dendam puan itu... Kelak puan yang akan menyesal."













.













.














.



















Angkara tidak jujur

Hidup bahagia bisa hancur

Dek tidak terungkapkan kata

Ego menggunung angkasa

Hingga sunyi komunikasi

"Abang... Pukul berapa abang akan balik rumah ni? Banyak lagi ke kerja yang tak siap dekat pejabat tu? Saya dah siapkan makan malam pun.Puteri pun tengah tunggu abang balik.Dia rindu sangat dengan abang." Sesekali bebola matanya akan mengerling ke arah puteri sulungnya yang sedang bermain dengan anak patung bersama Cik Bedah selaku pembantu rumahnya.

Hanya melalui talian sahaja menghubungkan dua insan ini untuk saling berkomunikasi.

Kedengaran keluhan berat dilepaskan dari hujung talian.

"Abang okay tak ni?"

"Erm... Maaf, sayang. Abang tak boleh balik malam ni." Farid menutur penuh rasa serba salah.

Rafidah mengangguk kepalanya perlahan meskipun suaminya bukan mampu melihat pun reaksinya tika ini. Dia rasa sedikit kecewa.

"Banyak sangat ke kerjanya, bang?" Curiga.

"Betul, sayang. Sekarang abang kena handle satu projek besar di Johor.Sayang pun tahu kan, bagaimana cara abang bekerja. Abang tak suka menangguh sesuatu pekerjaan." Terang Farid panjang lebar, agar Rafidah memahami kekangan masanya semenjak kebelakangan ini.

"Jadi abang akan balik lewat seperti biasa?"

"Iya, sayang. Rindu abang ya?" Farid mulai mengusik.


"Rindu abang," tutur Rafidah perlahan. Dia masih malu untuk mengungkapkan kata-kata sebegitu meskipun perkahwinannya dengan Farid sudah berusia lima tahun.

"Mesti wajah bidadari abang sekarang ni warna merah. Seperti tomato." Tebak Farid.

"Hish,abang ni."

Tawa Farid dan Rafidah masing-masing bergabung.

Begitu indah memori yang tercipta ini meskipun kedua-dua insan ini berjauhan beribu batu namun terasa dekat di hati.

"Sayang. Abang nak membuat sesuatu pengakuan ..." Nada suara yang dilontarkan oleh Farid membuatkan jantung Rafidah berdetak kencang. Dia keresahan.

"A... apa, bang?" Hampir tidak terkeluar sahaja butir bicara dari celah bibirnya saat rasa gemuruh menghuni hatinya.

"Jikalau suatu hari nanti, awak dapat tahu kebenarannya yang mampu melukakan hati awak... Maafkan, abang. Ingat, abang sayangkan awak dan puteri. Kalian adalah nyawa abang. Cinta hati abang. Dan... Maafkan segala silap abang. Aba... abang tak... Maafkan, abang."

Langit tiada lagi membiru

Begitu jua warna sang danau

Jeritan namun tiada suara

Dengar namun diendahkan

Pahit maung terasa madu

Bayangan peristiwa yang kian terkubur di ingatan seorang Rafidah kembali menjengah ke layar fikirannya. Setiap bait-bait kata dari suaminya, Farid pada saat itu masih terakam jelas di kotak memori. Dia yang ketika itu begitu polos tidak memahami maksud dari sebalik ayat itu hanya tersenyum nipis. Rupanya, kata-kata terakhir dari Farid merupakan pesanan terakhir sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Rafidah membuang pandangannya ke luar jendela tingkap bilik tidurnya yang gelap-gelita itu. Tiada langsung cahaya yang menerangi segenap bilik itu melainkan lampu jalan di luar rumahnya memantulkan sedikit cahaya.

Rintik-rintik hujan yang membasahi bumi itu menjadi irama indah yang menerjah gegendang telinganya di kala kesunyian ini.Belakang badannya disandarkan ke dinding.

Bibirnya bergetar hebat saat matanya melorot ke arah parut besar di pergelangan tangannya. Matanya dipejam erat. Sukar untuk dia menepis bayangan dan jeritan orang meminta pertolongan itu.

"Kau patut mati dari dulu, Hawa..."

"Kau memang patut mati dengan dia, Hawa."

Air mata mengalir deras membasahi setiap lekuk wajahnya. Bingkai gambar seorang pemuda yang tampan mengoyak senyuman lebar, menampakkan kedua-dua lesung pipit itu sangat indah. Pemuda tersebut merangkul manja pinggang isterinya yang turut tersenyum lebar dan dihadiahkan kucupan hangat di pipi. Senyuman bahagia.

Itu adalah Rafidah dan Farid ketika di awal perkahwinan mereka.

"Abang..."

"Tergamak abang buat saya dan Puteri macam ini."

Tangannya dilarikan di atas permukaan bingkai kaca itu. Wajah suaminya itu diusap perlahan seperti membayangkan dia mengusap rambut hitam pekat milik suaminya itu.

Rafidah rindukan semua itu.

Meskipun...

Sudah berpuluh tahun berlalu, namun cintanya terhadap Farid tetap utuh.

"Jaga Hawa untuk abang!"

Rafidah memukul dadanya sekuat hati. Sakit.

"Jaga Hawa untuk abang!"

Ayat terakhir yang ditutur oleh Farid kepadanya itu kedengaran beberapa kali di cuping telinganya. Itu amanat terakhir Farid.

"Jaga Hawa untuk abang!"


Continue Reading

You'll Also Like

2.4K 167 12
Cinta yang dipendam bertahun, akhirnya bertukar menjadi dendam kerana keadaan. Dendam. Dia tidak tahu sama ada dendam itu ialah dendam selamanya ata...
3.6K 311 26
Jika Cinta telah Berkata, Maka Hati kan Menerima. ORKED HAURA seorang gadis yatim piatu. Sedang dilamun cinta dengan Emin Edryan, dia sering diburu r...
18.3K 1.4K 25
[KARYA KEDUA | COMPLETED] Hidup aku sebagai anak luar nikah, aku dihina, dicaci, dimaki dan didera bagai tiada harga diri. Semuanya aku telan bulat-b...
62.3K 2.2K 4
Himpunan E-Book berbayar dan percuma karya Hazen. Jika pembaca berminat mahu membelinya, saya telah sertakan maklumat terperinci, keratan ringkas cer...