KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]

By MairaAdh

1.1M 95.6K 23.5K

𝒌𝒆𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝒗𝒐𝒍 1 "𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒂𝒃𝒂𝒅𝒊 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂..." "Saya lapar... Ad... More

𝓟𝓻𝓸𝓵𝓸𝓰𝓾𝓮
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 01
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 02
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 03
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 04
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 05
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 07
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 08
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 09
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 10
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 11
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 12
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 13
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 14
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 15
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 16
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 17
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 18
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 19
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 20
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 21
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 22
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 23
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 24
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 25
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 26
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 27
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 28
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 29
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 30
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 31
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 32
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 33
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 34
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 35
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 36
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 37
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 38
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 39
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 40
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 41
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 42
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 43
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 44
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 45
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 46
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 47
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 48
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 49
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 50
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 51
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 52
𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 53
𝓔𝓹𝓲𝓵𝓸𝓰𝓾𝓮

𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 06

24K 2.1K 238
By MairaAdh


"AWALNYA Hawa datang hari ini. Selalunya pukul 9 pagi baru la nampak muka Hawa tu," tegur Puteri laju tatkala sebatang tubuh Hawa memenuhi pandangan matanya. Tergeleng Puteri sendirian sambil tangannya ligat bekerja mengubah bunga yang dipesan oleh pelanggan istimewa.

Hawa mencebik. Datang lambat salah.Datang awal pun salah.

"Nanti Hawa tolong hantarkan bunga ni ya.Macam biasa la itukan tugas Hawa."

Hawa sekadar menggumam sebagai balasan. IPhonenya dikeluarkan dari kocek seluar dan matanya tertumpu pada skrin telefon.

Puteri menjeling sekilas ke arah Hawa yang sedang berbaring bermalasan di atas sofa. Aih. Kalau suruh Si Hawa tolongnya buat gubahan semua bunga ini, bukannya jadi bunga, benda lain yang jadi. Mulut Hawa sahaja yang kuat bekerja.

"Hawa daripada mana tadi?" Puteri bertanya sekaligus memecahkan keheningan suasana di ruangan belakang itu yang sedikit tersorok.

"Hawa dari rumah la, kak.Apa ke patut Cik Bie siram Hawa dengan air masa Hawa tengah tidur. Dah la Hawa syok mimpi kahwin dengan anak raja. Ish. Potong betul lah, Cik Bie tu. Nanti Hawa nak report dekat ibu supaya potong gaji Cik Bie tu sebab dia berani siram Hawa dengan air sejuk."

Puteri tertawa kecil.

"Apa yang Cik Bie buat tu memang betullah. Kalau dia tak buat macam tu, mesti Hawa takkan ada dekat sini waktu macam ni," komen Puteri, sekaligus dia tengah membela perbuatan pembantu rumahnya, Cik Bie.

Hawa menjulingkan bebola matanya ke atas. Ini malas nak share story dengan Kak Puteri. Bukannya nak backup.

"Argh, tak kira! Apa yang Cik Bie buat tu memang salah. Boleh aje kan kejut Hawa elok-elok.Tak perlu la siram air. Hish." Hawa tetap tidak berpuas hati.

"Sunshine..." Puteri memanggil Hawa dengan panggilan manjanya. "Akak tak suka Hawa salahkah Cik Bie. Walaupun dia tu pembantu rumah kita, tak boleh kita nak hukum dia macam tu. Jangan sesekali nak perhambakan mereka. Mereka manusia yang mempunyai hati juga."

"Hawa tak sakitkan hati dia pun. Hawa cuma cakap apa yang dia buat tu salah aje. Dah memang terang-terangan salah! Takkan Hawa nak berdiam diri."

"Hormat. Hawa tahu kan adab-adab menghormati orang tua? Anggap sahaja apa yang berlaku hari ini sebagai pengajaran. Jangan lakukan lagi." Nada yang digunakan oleh Puteri makin tegas. Mata menikam tajam seraut wajah itu.

"Fine!" Hawa mengalah akhirnya.

Puteri mengukir senyuman kecil. Dia tahu walaubagaimanapun degilnya seorang Hawa, akhirnya akan akur juga apabila dinasihatkan dengan cara yang baik.

"Siapa lelaki yang hantar Hawa semalam dekat depan rumah tu?" Soalan cepumas daripada Puteri itu membuatkan mata Hawa membulat besar.

"M... macam... M... ma... Mana akak boleh tahu?" tanya Hawa dengan nada suara yang rendah. Rahsia Adam menghantar dirinya di hadapan rumah semalam tidak boleh diketahui oleh siapa-siapa, terutama sekali ibunya.

"Akak nampak semalam daripada tingkap bilik akak," jawab Puteri ringkas.

Hawa menghembuskan nafas lega. "Akak jangan beritahu ibu ya?"

"Kenapa pula?" Mengecil mata Puteri memandang Hawa. Pasti ada sesuatu ni...

"Kalau Hawa suruh jangan cakap dekat ibu, akak jangan la buat."

"Hawa ada sorokkan sesuatu kepada akak, kan? Baik mengaku cepat. Siapa dia tu, sampai Hawa takut sangat kalau ibu tahu yang budak lelaki tu hantar Hawa semalam dekat depan rumah? Lebih baik Hawa berterus terang aje." Puteri mulai bersyak-wasangka. Jari telunjuknya ditudingkan ke arah Hawa yang sudah cacing kepanasan.

"Mana ada Hawa tipu akak Puteri!" sanggah Hawa laju.

"Jadi tak ada masalah pun untuk akak beritahu dekat ibu pasal budak lelaki yang hantar Hawa semalam," helah Puteri.

"Akak!" jerit Hawa. Geram dengan permainan yang dicipta oleh Puteri. Lambat-laun kakaknya, Puteri akan tahu kebenaran juga.Sama ada lambat atau cepat sahaja.Kerana,tidak pernah ada rahsia di antara mereka.

"Dia teman lelaki Hawa, kan?" tebak Puteri. "Sejak bila pula adik akak ni dah pandai berahsia? Kacak juga ya teman lelaki Hawa tu."

Teman lelaki?

Adam dan Hawa?

Ini bukan kisah cinta Adam dan Hawa ya anak-anak.

Hawa melepaskan ketawanya.Rasa sangat terhibur. "Apa akak ni. Adam tu teman lelaki, Hawa? Ish, tak mahu lah. Dia tu gatal macam ulat beluncas! Setiap masa nak flirt."

"Ouh, Adam nama dia. Eleh, tak nak mengaku pula. Tak payah nak berahsia la kalau dia tu memang teman lelaki Hawa. Lagipun korang nampak secocok la. Dah berapa lama korang in relationship?"

Argh, sudah! Sejak bila pula aku couple dengan mamat tu? jerit Hawa di dalam hati.

Hawa bangun daripada pembaringannya dan perlahan mendekati Puteri yang duduk bersimpuh di atas lantai yang beralaskan karpet. Kepalanya perlahan-lahan dilabuhkan di atas bahu kanan Puteri.

Puteri mengusap lembut rerambut adiknya itu.

"Adam tu bukannya teman lelaki Hawa la. Dia cuma kawan sahaja. Sahaja." Perkataan 'sahaja' itu ditekankan menunjukkan betapa seriusnya hubungan di antaranya dengan Adam yang sekadar kawan biasa.

"Okey.Kalau dia bukan teman lelaki Hawa. Tetapi..."

Hawa memanggung kepalanya."Tetapi apa?" soalnya laju.

"Betul ke Hawa pergi kenduri kesyukuran dekat rumah Salsabila malam tu?" Puteri bertanya dengan penuh perasaan yang curiga.

"B... B... Be..."

Drag me to death, like a lit cigarette,
Took my last breath, like the smoke from my lips,
I've lied to you, and I liked it too,
But my knees are bruised, from kneelin' to you.

Ringtone lagu 'Joke's on you' nyanyian Charlotte Lawrene mulai berbunyi nyaring.Ringtone itu masih berbunyi sehingga la Hawa mematikan sendiri IPhone miliknya kerana nombor yang tidak dikenali tertera di skrin telefon.

"Kenapa tak angkat call tu?"

"Unknown number. Mue he he he..." Hawa tersengih.

Dan sekali lagi IPhone Hawa berbunyi beberapa kali menandakan ada notifikasi masuk. Bergetar juga bahagian punggungnya apabila IPhone itu turut sama bergetar hebat. Hawa mengeluarkan kembali IPhone dari kocek seluar bahagian belakang.

Hawa menatap skrin telefonnya.

Lama-kelamaan Hawa memandang skrin telefon itu boleh bikin dia gila. Membulat bebola matanya mencerna setiap bait-bait kata yang dihantar oleh seseorang itu. Dahinya turut berkerut tidak dapat proses dek akal.

+06 1*******

Baik kau angkat call aku sebelum aku culik kau bawa jumpa tuk kadi.

"Gila..." gumam Hawa perlahan.

Dan sekali lagi IPhone milik Hawa menjerit nyaring menandakan ada panggilan baru masuk. Tanpa bertangguh Hawa terus menggesek ikon hijau di skrin telefon dan panggilan bersambung.

"K... Kau..."

Pemanggil di hujung talian lebih pintas mencelah butir bicara Hawa. "Uhuk... Bismillah. Assalamualaikum,jodoh."

"Wrong number."

"Ini aku la, Muhammad your future husband. Jangan lupa save nombor ni. Dalam masa 20 minit lagi, get ready... Aku akan pick up kau dekat kedai bunga 'The Flowers'," beritahu Muhammad dengan sehela nafas.

Muhammad?

How...

Bagaikan tahu isi hati yang tersirat di dalam hati Hawa, Muhammad tolong menjawab persoalan Hawa."Aku dapatkan nombor kau dari Zin.Kalau kau tak keluar dari kedai bunga tu,aku sendiri yang masuk dan dukung kau ala-ala princess ."

Hawa mencebik.

"Kau ni dah bisu ke apa, Hawa? Aku bukan cakap dengan tunggul. Jawab la ya, sudah tentu, sudah semestinya ataupun yes."

Hawa mengetap giginya. Geram. Itu semua jawapan perangkap! Tapi kan... Ada sesuatu perkara yang aneh. Iaitu,bagaimana Muhammad tahu dia sekarang berada di kedai bunga 'The Flowers' milik Puteri?

Ini memang aneh...

Meremang bulu roma Hawa bila memikirkan hal itu. Anak matanya melingas ke kiri dan kanan cuba mencari sesuatu yang mencurigakan di kawasan sekelilingnya.

"Tak payah nak pandang sekeliling kau la... Aku bukannya pasang CCTV pun. Aku tanya la Zin dekat mana tempat kau selalu lepak. Katanya, kau selalu lepak dekat kedai bunga kakak kau. Dah... Kau tunggu aje, nanti aku datang ambil kau."

Muhammad memang gila!Macam mana dia boleh tahu isi hati aku? detik hati Hawa.

"Eh... Eh... Eh... Saya tak nak la keluar dengan awak!" bentak Hawa laju.

"Tak kira! Kau kena ikut aku juga," desak Muhammad keras.

"Kalau saya tak nak... Keputusannya tetap muktamad! Awak nak bawa saya pergi mana? Awak ini memang gila la." Suara Hawa direndahkan agar tidak mengganggu Puteri yang tekun membuat gubahan bunga. Dia membawa diri ke tempat yang agak tersorok tatkala dihadiahkan renungan yang misteri oleh Puteri.

"Aku nak bawa kau jumpa tok kadi."

"Gila..."

"Disebabkan kau tak nak ikut aku... Kau wajib hantar satu gambar kau dekat aku. Wajib. Itu sahaja. Anggap sahaja gambar kau itu untuk aku jadikan sebagai pembakar semangat untuk mulakan hidup pada hari ini."

Ya Allah...

Sesiapa tolong kutip Muhammad ni!

Continue Reading

You'll Also Like

62.5K 2.2K 4
Himpunan E-Book berbayar dan percuma karya Hazen. Jika pembaca berminat mahu membelinya, saya telah sertakan maklumat terperinci, keratan ringkas cer...
6.8K 242 16
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 " 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐚𝐧: 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 " Rahsia. Semua manusia yang berada di atas muka bumi ini pa...
22.6K 2K 20
Berkahwin dengan artis terkenal malaysia bukanlah impian Aisara. Berkahwin bukannya kerana cinta, tetapi kerana si sang artis telah putus cinta. ...
608 135 25
BOOK 2nd Satu kisah wanita yang sanggup berjuang demi keluarganya sendiri. "Wahai bulan, walaupun seterang mana cahayamu, janganlah engkau sinarkan c...