Bukan Yang Terbaik

By sugarcxndy

404K 19.3K 990

Aurora Arabella, seorang gadis manis, lembut dan ayu. Dia sangat hebat dalam peperiksaan yang menyebabkannya... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
Epilog
💛
Guardian Angel: NEW BOOK

Special Part

10.2K 475 82
By sugarcxndy


Bangunan megah Arafriel.Co dipandang oleh Zafriel. Bangunan yang dibina dengan hasil titik peluhnya. Bangunan yang dimana dia bangunkan dengan fikiran kepada arwah kekasihnya.

Zafriel segera memasuki bangunan itu kemudian menuju ke tingkat teratas, iaitu ruangan kerjanya.

Sebaik sahaja kakinya mencecah di aras yang di ingini, dia disapa oleh pembantu peribadinya, Wajiha, yang berdiri tanda menghormati kedatangan bosnya.

"Good morning Tuan," sapa Wajiha hormat. Zafriel hanya menggangukkan kepalanya lalu melangkah masuk kedalam biliknya. Baru sahaja dia melabuhkan punggung, bunyi ketukan di pintu bergema.

"Yes, please come in," balasnya.

"Selamat pagi Tuan. Untuk makluman, Tuan tidak mempunyai apa apa temu janji penting untuk hari ini,"

"Okay, thank you Wajiha," katanya singkat.

"Oh Tuan, tadi Mrs. Daniya told me to give this to you," sambung Wajiha sambil menghulurkan satu sampul surat. Zafriel memandang lama surat itu sebelum mengambilnya. Wajiha menunduk tanda hormat dan berlalu keluar.

Surat di tangan Zafriel perhatikan. Kelihatan surat itu sudah agak lama wujud. Hatinya berharap ianya adalah seperti yang difikirkan.

Sebaik sahaja sampul itu di koyakkan. nama penulis itu membuatkan hati Zafriel menjerit rindu. Tulisan arwah Arabella tertera di permukaan lipatan surat itu.

Dia menahan air matanya dari jatuh ke pipi. Segera dia mengambil kunci keretanya lalu memberitahu Wajiha bahawa dia tidak akan masuk ke pejabat pada hari ini. Sungguh fikirannya terasa kosong. Hatinya hanya menginginkan untuk pergi ke satu tempat.

Dia segera masuk dalam keretanya lalu memandu menuju ke destinasi.

***

Batu nisan dihadapan matanya dipandang. Dia segera mengusap batu nisan itu kemudian duduk bersila di tepi nya. Zafriel menarik nafas dalam sebelum membuka surat dari Arabella. Ya, dia ingin membacanya dekat di samping penulisnya.

To: My prince charming, Zafriel Xavier

Hello handsome! Its your sleeping beauty! Aril youre doing fine right? Mesti Aril bahagia dengan Erynn now. Funny how you used to call me sleeping beauty dan sekarang Aurora sleep forever. Aril, Aurora tulis surat ni dengan niat baik. Aurora nak Aril bahagia, teruskan hidup. Terima kasih sebab hulurkan salam perkenalan dan percintaan kan Aurora. Those are such sweet memories for me. Aurora sangat terharu sebab Aurora dapat rasakan kasih sayang dari seseorang disaat akhir hidup Aurora. Aurora nak minta maaf sebab terima Aril, walau Aurora tahu ajal Aurora dah dekat. Tapi apabila tengok Aril dengan Erynn, Aurora bahagia, sekurang-kurangnya Aril tak sedih dengan permergian Aurora. Aurora nak sangat hidup panjang, tengok keluarga dan kawan kawan semua bahagia. Tapi walau pun hidup Aurora cuma singkat, I have lived my life to the fullest and I think it was enough terutamanya dengan kehadiran Aril jadi Aurora redha dengan takdir. Dan Aurora harap Aril pun redha ya? Aurora harap Aril suka dengan your birthday cake. Terkejut Aurora masa mama Aril minta Aurora bake a cake for your birthday hahaha. Okay Aril, sampai disini je surat Aurora. Aurora sayang Aril sangat sangat walau mungkin kita dah berbeza alam waktu ni. Kalau ada masa, jenguk jenguk kubur Aurora tau, hehehe tapi Aril takut hantu tak payah lah. Okay bye abang handsome! <3

Yang mencintaimu,
Aurora Arabella yang manith

Zafriel memejam matanya. Hatinya amat berkecai saat ini. Sungguh dia rindukan kehadiran Arabella. Jiwanya terseksa. Ikut rasa hati, mungkin dia sudah mengali semula kubur Arabella, hanya untuk melihat wajah itu. Namun Zafriel harus meredhakan permergiannya.

Surat itu dibaca dengan pelbagai perasaan. Ada kalanya dia tertawa dalam tangisan. Namun sungguh dia mahukan kembali Aurora Arabella. Batu nisan itu dikucup sekali lagi. Bunga di pusara itu tidak pernah layu kerana setiap minggu Zafriel membelikan bunga untuk ditabur.

"Aurora, kalau Aurora nak tahu, Zafriel suka sangat birthday cake Zafriel and I am dying to eat it again. You jahat tinggalkan I macam tu jer. You should have said your proper goodbye. Dulu Aril memang takut nak pergi kubur, but now that youre laid here, I believe this place are surrounded with angels, especially you. Aril cuba redhakan pemergian Aurora, walaupun dah 10 tahun, but I still miss you each and every day. I love you so much sayang. Wait for me ya?" ujarnya sambil mengusap batu nisan Arabella. Air matanya diseka kemudian buku yassin dikeluarkan.

***

Di kediaman Dato Mustaphar pulak, suasana riuh rendah dengan keluarga kecil ini menikmati sarapan pagi. Mereka duduk di meja makan sambil menikmati sarapan.

Arwish yang melayan perasaan sambil menghirup kopi panas itu ditegur oleh Datin Emelie.

"Arwish, Daniya mana?" soal mamanya.

"Kat bilik ma, kejap lagi turun" balasnya kemudian kembali mencicip mee goreng yang terhidang.

Daniya menuruni tangga perlahan lahan sambil membawa perutnya yang sedang sarat mengandung. Dia kemudian memberi salam kepada mertuanya kemudian mengambil tempat disisi suaminya.

Daniya kelihatan mendiamkan diri pagi itu menimbulkan sangsi Arwish. Dia segera memeluk bahu isterinya yang berada di sebelahnya.

"Kenapa ni sayang?" soal Arwish. Daniy hanya tersenyum kecil lalu menggelengkan kepalanya.

"Takde. Uhm, boleh tak kita semua kumpul dekat ruang tamu?" soalnya.

Kesemua mereka hanya menggangukkan kepala lalu kembali menikmati breakfast.

***
"Kenapa ni Daniya?" soal Dato Mustaphar. Tak pernah pernah bawa kumpul.

Daniya tersenyum lalu menghulurkan satu surat kepada Arwish. Arwish mengambil surat itu sambil menayangkan muka pelik. Dah raya ke nak bagi sampul surat bagai?

"Apa ni sayang? Borang poligami ke?" soal Arwish. Daniya segera menjeling suaminya lalu perut Arwish dicubit.

" Ish bukak lah dulu," balasnya geram.

Mereka semua hanya menanti isi kandungan surat yang dihulurkan kepada Arwish. Arwish segera mengoyakkan sampul tersebur.

Tulisan itu. Dia kenal, sangat kenal.

Matanya memandang isterinya. Memohon penjelasan atas kehadiran surat ini.

"Surat tu arwah beri malam kita berkhemah. Waktu semua tinggalkan dia dalam hutan. Dia tolak Atiqa dan Erynn just to avoid them for being bitten by the snake yang Nasuha bawak. Dan malam tu jugak dia bagi surat ni kat Daniya dan jalan kaki dari tapak perkhemahan ke rumah sini walau hujan dah lebat. Daniya naik dulu, nak bagi semua privasi," ujarnya kemudian naik ke bilik.

Arwish terkaku. Tangannya menggeletar. Dia segera memandang wajah kedua ibu bapanya dan Atiqa, memohon agar mereka kuat bersamanya.

Kehadapan keluarga yang dicintai sepenuh hati,

Assalamualaikum ayah,ibu, abang Arwish dan kak Tiqa. Pertama sekali, Bella dengan rendah hati nak mintak maaf atas semua kesalahan Bella, ketidaksempurnaan Bella sepanjang Bella hidup. Bella nak semua tahu yang Bella sayang semua sangat sangat.

Ayah,
Bella nak berterima kasih atas kasih ayah selama Bella hidup. Ayah nak tahu tak? Bella rindu ayah sangat sangat. Dulu kita terpisah sekarang pun terpaksa terpisah. Tapi kali ni dengan Bella je hehe. Bella harap ayah bahagia disamping ibu, abang Arwish dan kak Tiqa. Bella mintak maaf sebab pisahkan ayah dan abang dengan ibu dan kakak. Bella memang layak dibenci. Tapi pada waktu yang sama Bella nak jugak tahu apa rasa kasih sayang seorang ayah. Bella nak tahu rasa ayah sewaktu Bella nikah. Walau semua tinggal kenangan, Bella harap dalam hati ayah, kenangan bersama Bella adalah aalah satu kenangan manis dalam hidup ayah. Bella mintak maaf sekali lagi Bella gagal jadi anak yang ayah impikan. Bella sayang ayah sangat sangat!

Ibu,
Ibu, ibu cantik tau bila senyum, janganlah marah selalu hehe. Bella nak berterima kasih kerana lahirkan Bella. Itu bukti terbesar cinta ibu buat Bella. Bella harap bila ibu kata ibu menyesal lahirkan Bella, ibu tak maksudkan tu. Hati Bella berkecai bila semua orang doa kan Bella mati, sebab Bella tahu Bella akan mati. Bella minta maaf jugak sebab pisahkan ayah dengan ibu. Bella memang anak tak guna. Bella rasa sakit yang Bella alami adalah balasan untuk Bella. Bella nak ibu tahu Bella sayang ibu sangat sangat. Kalau Bella boleh jerit, Bella jerit beritahu satu dunia Bella sayang ibu. Bella mintak maaf ya bu. Bella nak pergi dulu. Sayang ibu!

Abang Arwish dan Kak Atiqa,
Abang dan akak, percayalah korang yang terbaik Bella pernah ada. Walau apapun kita tetap adik beradik. Maafkan Bella atas perangai Bella. Abang, terima kasih sebab selalu faham isi hati Bella. Abang selalu jadi yang pertama datang untuk Arabella dan Arabella sangat berterima kasih untuk tu. Kak Tiqa, Bella sangat sayang akak. Bella tak kisah kerja empat lima kerja sehari asal Kak Tiqa dan Ibu tak penat. Kak Tiqa tahu kan? Jaga hati Bella tau. Bella tak mampu tinggalkan apa apa selain hati Bella kat akak. Kalau ibu ayah atau abang Arwish rindu Bella, sayang akak, peluk akak. Sebab ada bahagian Bella dalam akak. Kecuali Zafriel. Dia kalau rindu Bella terpaksalah tahan rasa hehe.

Bella rasa sampai disini kot surat cinta Bella untuk semua. Bella nak berterima kasih atas sayang yang semua bagi untuk Bella. Izinkan Bella bersemadi dengan aman. Walau Bella tak puas dengan rasa sayang semua, Bella ikhlaskan hati. Tujuan Bella bukan nak buat ibu ayah kakak abang rasa bersalah, tapi Bella nak semua simpan Bella dalam kenangan dan hanya surat ni yang mampu Bella tinggalkan. Dalam almari Bella ada simpanan duit, semua tu Bella simpan untuk tolong semua, kalau ibu ayah kakak dan abang tak perlu, tolong sedekahkan kepada yang memerlukan. Tu je pinta Bella. Selamat tinggal, jangan lupakan Bella! <3

Si comel,
Aurora Arabella

Arwish mengepalkan tangannya menjadi penumbuk. Air mata berderai mengalir ke pipi. Hatinya semakin hancur melihat darah kering yang terletak di kertas itu. Datin Emelie meraung namun ditenangkan oleh Dato Mustaphar yang juga sedang teresak.

Atiqa segera bangkit lalu memeluk kembarnya. Arwish membalas pelukan Atiqa namun genggamannya pada surat tidak terlerai. Setelah sekian lama, mereka berdiam sejenak.

Air mata yang sudah kering disapu. Arwish segera mengambil buku bank yang dikatakan oleh Arabella. Dia melihat jumlah yang tertera. RM 6500.

Datin Emelie yang melihat baki itu kembali mengalirkan air mata. Dia segera membawa mereka melawat pusara arwah Arabella dan kesemua nya terus bangkit lalu menuju kereta termasuk Daniya.

***

Sampai sahaja di pusara, kelihatan figura seorang lelaki duduk bersila membelakangi mereka. Arwish segera menghampiri lalu menepuk bahu Zafriel.

Zafriel yang sedang membaca yassin itu menoleh kemudian memandang Arwish dengan wajah sembabnya. Dia segera berdiri lalu menyalam tangan keluarga Arwish.

"So kau pun dapat surat tu?" soal Arwish. Zafriel hanya mengganguk kemudian air matanya jatuh sekali lagi tanpa dipinta.

Datin Emelie segera mengusap pusara Arabella dan dikucupnya. "Arabella sayang, you should have been more selfish. Ara sepatutnya spend the money on yourself sayang. Kenapa ibu butakan mata bila tengok Ara tak makan sebab bagi ibu dan Tiqa makan. Kenapa ibu butakan mata tengok Ara pakai kasut koyak dan beg lusuh kamu tu. Kenapa kamu tak pentingkan diri sayang? Ibu tak pernah maksudkan apa yang ibu cakapkan. I wish you stayed longer, so I can love you more and hug you tighter. But ibu at ease, knowing heaven must look so beautiful because youre in it. Thank you sayang ibu, thank you so much," tangis Datin Emelie. Atiqa hanya mampu menenangkan ibunya. Ayahnya juga tidak berhenti mengalirkan air mata.

Mereka kemudian diam seketika. Hari ini, merupakan hari yang sama Arabella bertemu ajalnya, sepuluh tahun yang lalu. Itulah sebabnya Daniya memberi surat ini kepada mereka.

We never know how many chances we have lost, until we do not have it at all. Itulah pesan Daniya buat mereka, yang menyia-yiakan kehadiran seorang bidadari dalam keluarga mereka.

***

I heard you! Author comel ni dengan permintaan ramai nak tahu isi surat Arabella. Saja je tease tease sikit taknak bagi HAHAHA.

ok apapun enjoy ye! I baca comment semua sembab mata, alololo dont worry author pun sembab mata tulis. Sekarang giliran korang nangis baca!

Anyway thank you for staying loyal (unlike my ex) with this book dari awal sampai habis! Sayang semua ketat sendat! Bertemu lagi di Guardian Angel!❤️✨

Continue Reading

You'll Also Like

641K 41.3K 131
[COMPLETED] Malay romance + sendu + super cliché Iskandar Zulkarnain ❤️ Inaya Fareeha "Hanya berharap dia terus berada dalam memori aku" -Inaya "Be...
25.9K 2.4K 40
"Jodoh itu ibarat seperti ( Alif, Lam, Mim ) ayat pertama surah Al-Baqarah. Maksudnya, hanya Allah yang tahu..." "Untukmu yang selalu kusebut dalam d...
7.3K 1.7K 21
Spin-off | ADORE (ft. FUTURE) Loving you is healing me 9 Mac 2024
1.4M 76.1K 54
-"Adakalanya, tempat paling bahaya ialah tempat paling selamat untuk berlindung"- ----- PENUH misteri dan perahsia. Itulah sifat asli yang ad...