Hantu Bilik Guru Disiplin 2

By -Akio-Akeichi-

5.8K 630 77

Kehidupan baru setelah menghabiskan peperiksaan akhir SPM! Terlepas daripada peperiksaan yang mencabar, merek... More

Prologue
Chapter 1
Announcement
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Announcement
Chapter 11
Chapter 12
Late Notice
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25

Chapter 10

207 25 2
By -Akio-Akeichi-

Splash!

Bunyi air yang menerpa ke wajah jejaka yang dikenali sebagai Haikal. Jejaka tampan yang pernah menjadi idola ramai ini sekarang sedang berada di dalam tandas pelajar lelaki yang ada di bangunan yang sama dengan bilik mesyuarat. Kelihatannya ia membasuh wajahnya dengan kasar disertai dengan nafas yang berat. Haikal melihat wajahnya di pantulan cermin, dan melihat bahawa wajahnya sangat pucat disertai lingkaran gelap di bawah matanya.

"Hah, hah, hah, hah! K-kenapa? Kenapa aku jadi macam ni? Tubuh aku menggigil.. dan kepala aku berat sangat! Aku demam ke?" Gumam Haikal kepada dirinya sendiri.

"Haikal~"

"S-siapa tu?" Tanya Haikal yang langsung menoleh ke belakang untuk melihat orang yang memanggilnya.

"......."

"Grrr.. jangan main-main dengan akulah! Keluar kau sekarang! Benda ni sama sekali tak lawaklah, bro!" Bentak Haikal dengan sangat geram.

"Haikal! Haikal~" Seru suara itu kembali.

"Gahhhhh!!!! Berhenti! Berhenti! Jangan panggil aku!" Teriak Haikal yang ketakutan.

"Danny Haikal~ ke marilah~ Aku perlukan kau~" Panggil suara tersebut.

"Pergi! Aku tak perlukan kau! J-jangan ganggu aku!" Bentak Haikal yang ketakutan kerana suara tersebut terus memanggil dirinya.

Namun, tidak ada seseorang pun di dalam tandas pelajar tersebut. Hanya ada dirinya seorang di sana. Akan tetapi, suara itu tetap tidak berhenti, malah ia menjadi semakin kuat memanggil Haikal. Angin kencang bertiupan di sekitarnya sehingga membuat Haikal menggigil ketakutan. Suara tawa yang keras menemani bersama angin kencang sehingga menyakitkan telinga sang jejaka. Haikal berteriak ketakutan sambil menutup kedua belah telinganya. Kakinya sudah tidak kuat dibawa berdiri. Akhirnya, ia jatuh terduduk di atas lantai yang keras. Merasa sangat takut, Haikal merangkak ke arah celah di balik singki dan bersembunyi di sana. Namun, suara tersebut sama sekali tidak berhenti. Air mata hampir jatuh, Haikal berdoa kepada Tuhan agar seseorang datang menyelamatkannya.

Tap!

"Abang? Abang ni kenapa?" Tegur seseorang.

Sebaik sahaja orang itu muncul, suara tersebut langsung berhenti. Haikal bernafas berat dengan tubuh yang dibasahi peluh. Ia masih menggigil ketakutan, bahkan tidak sanggup untuk membuka mata. Namun, ia cuba memberanikan diri untuk membuka matanya. Sepasang kaki berkasut hitam berseluar putih berdiri tepat di hadapannya. Haikal mendongak dan mendapati seorang remaja lelaki yang mengenakan baju melayu putih sekolah serta bersampin biru berdiri di hadapannya. Wajahnya yang tampan sedang melihat ke arahnya menggunakan mata berwarna hitam sepekat malam senada dengan rambut pendek milik sang remaja.

"Abang okay?" Tegur sang remaja dengan suara lembut terselit nada risau.

"Hah! Hah! O-okay!" Sahut Haikal dengan nafas tidak teratur ibarat ia baru sahaja berlari maraton.

"Abang nampak tak okay! Apa kata saya bawa abang ke bilik rawatan?" Cadang sang remaja.

"It's okay! Abang baik-baik sahaja!" Tolak Haikal yang cuba untuk tersenyum walaupun tubuhnya sudah tidak bermaya untuk dibawa bergerak.

"Tapi.. abang nampak tak okay!" Ujarnya dengan nada risau.

"Kalau macam tu.. boleh hantarkan abang ke bilik mesyuarat? Kawan-kawan abang ada dekat sana! Lagipun, abang tak bermaya nak bangun sekarang ni!" Pinta Haikal dengan lembut.

"Baiklah! Mari saya bantu!" Sahut sang remaja sambil menghulurkan tangannya yang dibalut kulit putih pucat.

Dengan sisa tenaga yang tinggal, Haikal cuba menggerakkan tangannya untuk menyambut huluran tangan milik sang remaja. Remaja yang sedikit lebih rendah, bahkan bertubuh kurus itu berusaha untuk memapah Haikal dengan tenaga kecilnya itu. Sementara Haikal hanya memerhatikan wajah sang remaja dengan teliti. Entah mengapa wajahnya terlihat sedikit iras dengan dirinya. Jika orang-orang melihat mereka berdua, kemungkinan orang-orang akan salah faham bahawa mereka adalah adik beradik kandung. Namun, kini Haikal lebih risau jika ia menyusahkan sang remaja. Maklumlah, tubuh sang remaja terlihat sangat kurus, bahkan ia juga lebih kecil dari dirinya yang lebih besar.

"Kamu tak rasa abang berat ke?" Tegur Haikal yang perlahan-lahan melupakan rasa takutnya.

"Bolehlah! Tapi.. takkan saya nak biarkan abang macam tu sahaja!" Jujur sang remaja.

"Hahahaha.. menariklah kamu ni!" Tawa Haikal yang terhibur, terutama apabila melihat telinga sang remaja yang memerah walaupun raut wajahnya dingin.

"........"

"Nama kamu apa?" Tanya Haikal.

"Aril!" Jawab sang remaja dengan ringkas.

"Aril.. hmm sedap nama tu! Sesuai dengan kamu! By the way.. nama abang adalah Danny Haikal! Kamu boleh panggil Haikal sahaja sebab semua orang panggil abang macam tu!" Ujar Haikal dengan ramah.

"Baik, Abang Haikal!" Sahut Aril.

"Kamu pelajar tahun ke berapa dekat sini?" Tanya Haikal sambil melihat kawasan sekeliling.

"Saya pelajar Tingkatan 3!" Jawab Aril dengan nada suram.

"Tingkatan 3! Hmm.. means kamu 5 tahun lebih muda dari abanglah!" Gumam Haikal.

"Abang buat apa dekat sekolah kami?" Tanya Aril sambil menatap Haikal.

"Ouh, abang dan kawan-kawan datang sini sebab nak selesaikan masalah yang melanda sekolah kamu nilah! Supaya kamu semua dapat hidup dengan aman!" Jawab Haikal yang teringat kembali akan tujuan mereka datang ke sekolah tersebut.

"............"

"Ouh, dah sampai pun dekat pejabat! Jomlah masuk ke dalam! Boleh kenal dengan kawan-kawan abang, terutama gadis yang abang cintai!" Ajak Haikal dengan riang.

"Lain kalilah abang! Lagipun, tak sopan kalau menganggu semua orang yang sibuk!" Tolak Aril yang perlahan melepaskan Haikal.

"Eh, takdelah! Mungkin dengan kehadiran kamu.. kami dapat lagi tahu akan situasi sekolah ni.. memandangkan kamu adalah pelajar di sini! So, boleh kami tahu akan pandangan kamu pula!" Ujar Haikal yang sudah mampu untuk berdiri walaupun kedua kakinya masih lemah.

"It's okay!" Tolak Aril tanpa emosi.

"Betul kamu tak nak masuk ni?" Tanya Haikal untuk memastikan keputusan Aril kerana walaubagaimanapun ia merasa sayang untuk berpisah dengan remaja tersebut.

"Pergi dulu!" Ucap Aril yang berbalik dan langsung pergi begitu sahaja.

"Eh? Aril! Hey, Aril!" Panggil Haikal yang sama sekali tak diendahkan oleh Aril.

Klik!

"Haikal?" Tegur Kemy yang baru sahaja keluar dari dalam pejabat.

"Honey? Buat apa keluar ni?" Tanya Haikal apabila melihat kekasih hatinya keluar dari bilik tersebut.

"Cari awaklah! Siapa lagi! Semua orang risau bila awak tak balik-balik dari tadi!" Keluh Kemy sambil memicit keningnya.

"Saya okay! Cuma penat sikit!" Jawab Haikal sambil tersenyum lembut.

"........"

"Mungkin ini yang terbaik untuk tak memberitahu apa yang dah berlaku tadi!" Batin Haikal.

"Kalau sakit.. bagitahu! Jangan buat semua orang risau!" Keluh Kemy.

"Maaf!" Ucap Haikal yang tersenyum kekok.

"Betul okay ni? Kalau tak okay.. kita boleh pergi klinik!" Tanya Kemy yang was-was.

"Okay! Nanti kalau rehat sikit.. saya okaylah tu!" Jawab Haikal dengan ceria.

"Marilah kita masuk! Awak tak payah buat apa-apa pun! Dengar sahaja! Kalau tak larat.. Ustaz Qairul kata.. boleh jer baring dekat sofa!" Ujar Kemy yang perhatian akan tunangnya.

Haikal hanya tersenyum lalu mengangguk sebagai tanda mengiyakan kata-kata sang kekasih. Sangat jarang ia melihat sikap Kemy yang begitu perhatian akan dirinya. Jadi, tentu sahaja ia tidak mahu merosakkan suasana dengan sesuatu yang boleh membuatkan gadis itu marah. Sesekali menjadi akur akan perintah Kemy, tidak akan membuat dirinya rugi. Kemy pula membuka pintu dan membiarkan Haikal masuk terlebih dahulu. Ia kelihatannya sangat risau akan kesihatan Haikal sehingga dia sendiri yang menjaga sang jejaka tersebut. Lengan berlapik kain baju Haikal dipegangnya untuk memimpin Haikal. Terlihat dengan jelas bahawa jejaka itu tidak mampu berjalan dengan baik. Maka, untuk menyokongnya, Kemy memegang lengan Haikal.

Klik!

"Haikal? Kau okay?" Tanya Harraz yang langsung bangun untuk memapah sang sahabat setelah melihat Haikal dipimpin oleh Kemy.

"Okay! Sedikit pening! Rehat sekejap.. nanti okaylah tu!" Jawab Haikal dengan senyuman lembut.

"Lebih baik kamu berbaring sahaja di sofa ni! Perbincangan juga belum selesai!" Arah Ustaz Qairul.

"Terima kasih, ustaz!" Sahut Haikal dengan sopan.

"Pelan-pelan!" Ucap Harraz yang sedang membantu Haikal berbaring di sofa.

"Ini ada minyak angin! Berikanlah pada Senior Haikal, Kemy!" Ujar Fatin yang mengeluarkan sebotol minyak angin daripada beg tangan kecilnya.

Kemy mengambil minyak tersebut daripada tangan Fatin lalu memberikannya kepada Harraz untuk disapukan ke dahi Haikal. Mereka yang lain hanya memperhatikan sahaja bagaimana Harraz merawat sahabat baiknya itu. Kemy ingin sahaja membantu Haikal. Namun, apabila mengingatkan bahawa ia belum lagi sah menjadi isteri kepada Haikal, tentu sahaja ia perlu menjaga batas-batas yang sudah ditetapkan oleh agamanya sendiri. Oleh kerana itu, ia lebih memilih untuk melihat daripada tepi sahaja buat masa sekarang.

"Baiklah! Apa kata kita sambung kembali perbincangan kita! Lebih cepat kita akhiri perkara ni.. lebih cepat kita boleh balik untuk biarkan senior berehat!" Sampuk Syahiril.

"Hmm.. baiklah!" Sahut Rafia.

"Sampai mana kita tadi?" Tanya Fiqah.

"Kita berbalik kembali kepada siasatan awal untuk mencari dalang yang sebenar! Oleh kerana tu.. kalau boleh, kami pun nakkan akses untuk keluar masuk sekolah ni pada bila-bila masa sahaja! Kemungkinan ada masa kami akan menginap di sekolah ni untuk mencari tahu akan pokok masalah utama kes ni!" Ujar Eira.

"Kalau boleh.. kami nak kebenaran untuk mengakses data-data sekolah! Kami perlukan maklumat sampingan untuk mencari bukti!" Tambah Kemy.

"Akses untuk memasuki kawasan terlarang sekolah ni juga diperlukan! Saya dengar kalau kawasan kubur lama tu.. adalah tempat terlarang! Kalau boleh kami nak ke sana untuk mencari tahu perkara dibalik ritual sesat dijalankan! Mana tahu ada sejarah dibalik perkuburan lama tu!" Ucap Fatin.

"Untuk akses keluar masuk sekolah ni.. saya boleh beri kebenaran! Tetapi untuk akses data sekolah juga kubur lama tu.. mungkin agak sukar sedikit! Dua-duanya memerlukan persetujuan daripada Tuan Suhaiman sendiri!" Fikir Ustaz Qairul.

"Kalau sebolehnya.. kami harap ustaz dapat memujuk Tuan Suhaiman untuk kami! Ini bukan sahaja keselamatan para pelajar, tetapi juga melibatkan keselamatan orang kampung di sini!" Ujar Harraz.

"Baiklah! Akan saya cuba lakukan!" Sahut Ustaz Qairul.

"Umm.. tetapi kita kena rancang perkara ni dengan Abang Hadwan sekali, Ustaz Qairul! Ustaz tahu jelah macam mana sikap Abang Hadwan kalau tak dimaklumkan perkara ni terlebih dahulu!" Ujar Syahiril.

"Ada betulnya juga tu! Hampir terlupa pulak kalau segala perkara yang melibatkan keselamatan sekolah perlu melalui Hadwan terlebih dahulu! Biar saya panggil dia ke sini!" Gumam Ustaz Qairul yang langsung menghubungi Hadwan untuk datang ke bilik mesyuarat tersebut.

"Hmm.. nampaknya, abang angkat Eira menjadi orang penting, ya di sekolah ni!" Ucap Eira dengan nada senang.

"Hahahahaha.. kalau kamu nak tahu! Dia adalah pemuda yang paling kuat di kampung ni!" Ujar Tok Ketua dengan bangga.

"Yeah~ Abang Hadwankan! Pewaris ilmu silat dari keluarganya! Setelah itu, berguru dengan tok wan! Tentu sahaja dia sangat kuat!" Ucap Rafia dengan nada santai.

"Hmm.. lama Eira tak dengar khabar, Abang Hadwan! Kali terakhir adalah masa acara pengebumian arwah tok wan! Setelah tu.. dia ke luar negara untuk sambung pengajian!" Gumam Eira dengan nada sedih.

"Hadwan baik-baik sahaja, Eira! Dia kembali ke kampung ni setahun yang lalu! Katanya dia akan menyambung pelajaran ke tahap master di Universiti Malaya!" Ujar Tok Ketua.

"Wow! Kalau Abang Hadwan tu sangat hebat dalam pendidikan.. kenapa dia bekerja di sini sebagai security guard?" Tanya Fiqah.

"Itu.. kena tanya Nak Hadwan sendirilah!" Ucap Tok Ketua tepat disaat pintu bilik dibuka menampilkan Hadwan yang muncul di sana.

"Sampai pun kamu, Hadwan!" Ucap Ustaz Qairul.

"Ada apa ustaz panggil saya ke sini?" Tanya Hadwan dengan wajah tanpa emosi.

"Begini! Mereka semua datang untuk menyelesaikan masalah yang melanda sekolah ni! So, sepanjang penyiasatan dijalankan.. kamu akan turut serta bersama mereka semua! Tugas kamu adalah menjaga keselamatan mereka semua! Sebabnya, kali ni kemungkinan kita akan melawan seseorang yang kuat!" Jelas Ustaz Qairul.

"Baiklah! Saya akan lakukan seperti yang diarahkan!" Sahut Hadwan.

"Biarkan mereka semua mengakses masuk ke sekolah ni.. pada bila-bila masa sahaja! Ini arahan dari saya! So, kamu hanya perlu memastikan bahawa mereka selamat berada di sini!" Tegas Ustaz Qairul.

"Baik!" Sahut Hadwan dengan akur.

"Okay! Permasalahan utama telahpun selesai! Untuk yang lain.. saya akan bincangkan terlebih dahulu dengan Tuan Suhaiman!" Ujar Ustaz Qairul.

"Baik, terima kasih! Jadi, kami akan segera mengatur masa untuk memulakan siasatan! Sebaik sahaja semua kelulusan diberikan.. saya dan yang lain akan langsung memulakan siasatan!" Ucap Eira.

"Syahiril dan Hadwan! Kamu berdua dipertanggungjawabkan untuk kes ini juga! Memandangkan data sekolah akan memerlukan guru yang mengaksesnya dan keselamatan sekolah diserahkan oleh Hadwan! Maka, kamu berdua akan turun tangan sekali dengan mereka!" Ujar Tok Ketua.

"Baik!" Sahut Syahiril, manakala Hadwan hanya mengangguk.

"Kalau takde apa-apa lagi! Kita akhirilah perbincangan kita! Tinggal menunggu keputusan akhir dari Tuan Suhaiman sahaja buat masa sekarang!" Ujar Rafia.

"Untuk urusan tu.. serahkan sahaja kepada saya!" Ucap Ustaz Qairul.

"Baiklah! Semoga semuanya dapat bekerjasama dengan baik! Tok harapkan kamu dapat selesaikan kes ni, Eira!" Ujar Tok Ketua.

"Insyaallah, tok! Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah!" Sahut Eira sambil tersenyum.

Setelah semuanya selesai, Eira dan para sahabatnya yang lain bersiap-siap untuk kembali. Harraz pula memapah Haikal yang masih lemah untuk berjalan. Mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Qairul, mereka semua langsung beredar sambil dihantarkan oleh Hadwan. Syahiril pula tinggal di sekolah untuk kembali menyambung tugasnya sebagai seorang guru di sekolah tersebut. Sebelum beredar, Eira membisikkan sesuatu kepada Syahiril, dan jejaka itu langsung mengangguk lalu mengucapkan terima kasih kepada sang gadis. Entah apa yang dibualkan oleh Eira kepada Syahiril pun mereka tidak tahu. Namun, apabila melihat wajah lega dan senang milik Syahiril, membuat mereka tertanya-tanya akan perkara tersebut.

"Apa yang kau bualkan dengan Syahiril tadi, Eira?" Tanya Fiqah.

"Aku cuma bagi tips-tips untuk melindungi diri sepanjang ia berada di sekolah! Maklumlah, sumpahan tu.. bukan benda biasa! Jadi, demi keselamatan Syahiril.. aku bagi beberapa langkah keselamatan dekat dia!" Jawab Eira.

"Hmm.. bagus juga tu! Takdelah kita terlalu risau akan keadaan dia!" Fikir Kemy.

"Ouh, ya! Dengar kata kalau abang balik ke kampung ni setahun yang lalu!" Ucap Eira yang menatap ke arah Hadwan.

"Hn!" Gumam Hadwan sambil mengangguk.

"Abang Hadwan dah selesaikan pengajian dekat sana ke?" Tanya Eira.

"Ya!" Jawab Hadwan.

"So, kali ni.. abang akan melangkah ke mana pula?" Tanya Eira lagi.

"UM!" Jawab Hadwan dengan nada acuh.

"Ouh, ya? Wow! Kalau arwah tok wan lihat abang dah berjaya macam ni.. mesti dia bangga! Eira pun bangga sangat bila tahu abang akan melangkah ke universiti terbaik di negara kita ni!" Ujar Eira dengan sangat kagum.

"Hmph! Universiti jer yang terbaik! Tapi sikap! Takdelah baik mana pun!" Sindir Kemy yang panas hati apabila melihat sikap Hadwan yang sangat dingin terhadap sahabat baiknya itu.

"Kemy~" Tegur Rafia.

"Cih!" Decih Kemy.

"Right! Seingat Eira.. Abang Hadwan sebelum ni belajar di Stanford University di Californiakan! Tak silap Eira.. abang ambil bidang perubatan! So, kenapa abang nak sambung pelajaran dekat sini pula?" Fikir Eira.

"S-Stanford... STANFORD UNIVERSITY!!!!" Tempik mereka semua dengan sangat terkejut kecuali Harraz yang tergamam, dan tok ketua yang bersikap tenang.

"......."

"Gila! Stanford University, khusus bidang perubatan pula tu! Hebat betul!!! Kalau macam tu.. kenapa bekerja sebagai security guard dekat sini?" Ujar Kemy dengan sangat terkejut.

"Hn! Untuk hilangkan rasa bosan!" Jawab Hadwan dengan nada acuh.

"Eeekkkk!!! U-untuk hilangkan rasa bosan????" Tempik para gadis dengan wajah tidak percaya kecuali Eira yang hanya tersenyum.

"Ceritalah sebabnya, Abang Hadwan!!!" Rengek Fiqah, disertai para gadis yang lain.

"Haaahhh~ setahun yang lalu, abang kembali ke Malaysia! Awalnya, abang diarahkan untuk bertugas di Institut Kanser Negara. Tetapi, abang berubah fikiran kerana sekurang-kurangnya abang nak merasai pendidikan perubatan di Malaysia! So, kerajaan tetapkan abang untuk masuk ke UM! Tapi permohonan tu hanya boleh buat setelah tahun depan! Kira abang akan cuti selama setahun setengah! Permohonan dibuka enam bulan setelah abang tiba di Malaysia! Setelah tu.. menunggu kemasukan pun.. lama!" Cerita Hadwan dengan terpaksa apabila melihat mata para gadis yang berbinar-binar untuk mendapatkan jawapan darinya.

"So, abang kembali ke kampung ni.. untuk bekerja di sini?" Tanya Haikal yang masih dipapah oleh Harraz.

"Ada sebab kenapa abang bekerja di sini! Balik sahaja ke sini.. abang merasakan ada yang tak kena dengan sekolah ni! Awalnya, hanya syak sahaja! Tapi.. ada benda yang tak kena.. so, abang tawarkan diri untuk kerja di sini, memandang pengawal yang sebelum ni berhenti kerana tak sanggup nak hadap kes hantu di sini!" Jawab Hadwan dengan serius.

"Sedangkan Abang Hadwan sendiri boleh rasa kalau ada yang tak kena dengan sekolah ni!" Gumam Fatin.

"Nampaknya, ada banyak perkara yang tak diselesaikan di sekolah ni!" Fikir Harraz.

"........"

"Ouh, ya! Abang Hadwan ambil kos apa? Tadi abang kata kalau abang diarahkan untuk bertugas di IKN!" Tanya Eira.

"Master of Oncology! Bahagian khusus berkaitan kanser!" Jawab Hadwan

"Minat betul abang dengan bahagian kanser! Dari dulu.. abang selalu sahaja mengkaji buku-buku berkaitan kanser!" Ucap Rafia sambil tersenyum manis.

"Hn!" Gumam Hadwan.

"Tapikan.. kalau kembali ke Malaysia setahun yang lalu.. kenapa abang tak datang ke majlis perkahwinan, Eira?" Fikir Kemy.

"Siapa yang sanggup apabila melihat wanita yang dicintai dimiliki oleh lelaki lain!" Ujar Hadwan lalu beredar pergi.

Mereka semua langsung tergamam apabila mendengar jawapan daripada jejaka yang berumur 25 tahun itu. Wajah terkejut menghiasi wajah-wajah sahabat Eira, termasuk sang suami. Rafia pula hanya berdiri kekok, dan tok ketua hanya menghela nafas lelah. Tidak disangka bahawa jawapan yang keluar dari mulut Hadwan membuat semuanya terkejut. Entah bagaimana Eira ingin menjelaskan perkara tersebut kepada mereka semua. Hadwan yang menghilang dari sana juga membuat dirinya kebingungan untuk menjelaskan apa yang telah terjadi.

"A-apa maksud Abang Hadwan tu, Eira?" Tanya Harraz yang akhirnya mendapatkan kembali kesedarannya dari rasa terkejutnya itu.

"........"

"Haaahh~ nampaknya budak tu masih tak boleh lupa tentang diri kamu, Eira!" Keluh Tok Ketua.

"Nampaknya, macam tulah tok!" Sahut Eira sambil menghela nafas lelah.

"Apa yang berlaku sebenarnya?" Tanya Fiqah.

"Nanti aku ceritakan bila kita sampai di rumah! Buat masa sekarang.. lebih baik kita kembali ke rumah! Kesian.. Senior Haikal! Dia tak sihat tu!" Cadang Rafia.

Mereka yang lain hanya mampu mengangguk tanda setuju akan pendapat Rafia. Memang betul jika mereka tertanya-tanya akan perkara yang telah berlaku. Namun, apabila terkenangkan keadaan Haikal yang tidak berapa baik saat ini, mereka akhirnya menerima cadangan Rafia untuk kembali ke rumah. Kemy juga risau akan keadaan sang tunang yang bahkan berdiri pun sudah tidak sanggup sehingga dipapah oleh Harraz. Maka, tanpa berlengah lagi, mereka semua bergerak pulang ke rumah tok wan. Melambai ke arah Hadwan yang menjaga pondok keselamatan, dua buah kereta Proton Saga itu bergerak keluar dari kawasan sekolah.

Continue Reading

You'll Also Like

430K 24.9K 89
Terima kasih semua yang dah sudi baca, undi dan komen :D Dari #1 sampai #44: Himpunan cerita pendek tentang pengalaman diri sendiri, pengalaman ahli...
MANUSKRIP By M

Paranormal

19.3K 1.2K 27
[PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] Kerana sebuah manuskrip mereka dincar oleh makhluk tak kasat mata yang mahukan keadilan akan kematiannya. Seorang mema...
2.5M 83.9K 37
| 2017 | PREVIU 35 BAB PDF | EBOOK ROMANCE 𝐐𝐮𝐢𝐝 𝐩𝐫𝐨 𝐪𝐮𝐨 : 𝐀 𝐟𝐚𝐯𝐨𝐮𝐫 𝐨𝐫 𝐚𝐝𝐯𝐚𝐧𝐭𝐚𝐠𝐞 𝐠𝐫𝐚𝐧𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐫𝐞𝐭𝐮𝐫𝐧 𝐟𝐨𝐫 �...
829K 66.1K 110
Pengalaman sebenar penulis. Terpulang mahu percaya atau tidak... 'Rezeki' datang dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit... anak.. rakan.. nasihat.. da...