Chapter 18

94 16 0
                                    

"Pfftt.. haha.. huft.. huft.. huu.. haha.. ehem.. umm.. ehem!" Tawa Fiqah yang cuba untuk menenangkan dirinya.

"........."

"Huuuuuuu~~~" Hela Fiqah yang menghembuskan nafas panjang miliknya.

"........."

"Hehe! Maaf Abang Hadwan!" Ucap Fiqah dengan nada kekok, namun terkesan santai.

"Hn! Takpe!" Sahut Hadwan dengan nada lemah.

"Pfftt.. aku tak sangka kalau lelaki sedingin Abang Hadwan juga memiliki sisi manisnya juga! Sampai buat aku tak tahan dari rasa nak ketawa!" Batin Fiqah yang masih merasa ingin tertawa apabila mengingat sikap Hadwan beberapa minit yang tadi.

"Hm! Lebih baik kita cepat selesaikan kerja!" Celah Hadwan yang mula bekerja seolah-olah cuba mengelak dari situasi tersebut.

"Hehehehe.. baik~~~" Sahut Fiqah dengan nada penuh semangat dan ceria.

Dengan senang hati Fiqah membantu Hadwan dalam memeriksa khemah yang ada. Situasi masih lagi janggal bagi Hadwan, namun tidak bagi sang gadis. Fiqah terlihat lebih santai dalam melakukan pekerjaannya, bahkan ia tidak lari dari curi-curi tertawa apabila teringat sikap Hadwan sebentar tadi. Tanpa sedar. masa berlalu dengan pantas. Mereka mengambil satu jam dalam memeriksa setiap khemah dan ada di antara khemah-khemah tersebut yang rosak sehingga tidak lagi boleh digunapakai. Hadwan mengasingkan khemah yang baik dengan khemah yang tidak baik menjadi dua bahagian.

"Hmm.. nampaknya ada dalam lima buah khemah sahaja yang berada dalam keadaan baik!" Gumam Hadwan.

"Fiqah rasa dah cukup! Sebabnya kita cuma ada 9 orang! Andai kalau Emir jadi ikut serta.. Eira akan bawa lagi ahli tambahan... still takde masalah! Sebab khemah boleh muat dua ke tiga orang di dalamnya! Empat orang pun boleh memandangkan kita ada satu khemah besar!" Fikir Fiqah.

"Baiklah! Kalau macam tu... abang akan simpan khemah yang tidak boleh guna ni ke dalam stor kembali!" Ucap Hadwan yang langsung mengangkat lima beg khemah tersebut.

"Eh, Abang Hadwan! Apa kata kita pergi sama-sama! Lagipun, Fiqah nak lihat kawasan sekolah ni! And kalau boleh.. Fiqah nak juga tahu tentang kawasan kubur lama tu!" Ujar Fiqah yang langsung mencegat Hadwan dari beredar.

"Hmm.. kalau macam tu kamu ikut abang! Kita pergi ke stor terlebih dahulu!" Sahut Hadwan yang langsung bergerak keluar.

Fiqah tersenyum senang. Ia segera mengikut langkah Hadwan. Sampai di luar bilik, ia segera mengunci pintu bilik tersebut dan kembali mengikuti langkah jejaka yang sudah jauh meninggalkannya di hadapan. Sambil berlari anak, ia akhirnya berjaya tiba di sisi sang jejaka. Hadwan yang melirik ke arah Fiqah melalui anak matanya tidak berkata apa-apa sama sekali. Antara sedar dan tidak sedar, mereka berdua tiba di stor sukan. Sementara Hadwan meletakkan khemah di dalam bilik stor, Fiqah hanya menunggu di luar. Ia melihat sekeliling kawasan stor yang berhampiran dengan padang sekolah tersebut.

"Hm.. hmm... hmm.. hmm~~" Senandung Fiqah sambil bersandar di dinding bilik stor tersebut dengan santai. 

"Mari pergi!" Ujar Hadwan yang muncul di sebelah Fiqah.

"Eh? Cepatnya abang keluar?" Tanya Fiqah dengan hairan.

"Letak di tepi bilik sudah cukup! Lagipun khemah tu akan dibuang juga nanti!" Jawab Hadwan.

"Okay!" Sahut Fiqah yang tidak mempermasalahkan lagi perkara tersebut.

"Kamu kata tadi nak lihat kawasan larangan bukan? Mari pergi!" Ujar Hadwan yang mula melangkah.

"Baik!" Sahut Fiqah yang langsung mengikuti langkah Hadwan.

Mereka berdua menuju ke arah sebuah pagar yang tidak jauh dari bilik stor sukan tersebut. Pagar tersebut kelihatannya dikunci serta diberi tanda amaran yang tidak membenarkan sesiapa melintasi pagar tersebut. Dari balik pagar yang terbuat dari dawai besi ini, Fiqah dapat melihat kawasan tanah perkuburan lama yang agak terbiar tanpa dirawat dengan baik. Aura disekitar juga terasa mengerikan sehingga membuat bulu kuduk Fiqah berdiri tegak. Hadwan tetap tenang dan membuka kunci pagar tersebut tanpa berkata apa-apa. Fiqah melihat sekitar dan mula merasakan sesuatu yang tidak kena berlaku di sana.

Hantu Bilik Guru Disiplin 2Where stories live. Discover now