Announcement

235 20 10
                                    

Assalammualaikum, Hi, Hello, Ohaiyo, and Selamat Sejahtera kepada semua pembaca Akio! Hope semua sihat-sihat belaka dan terhindar dari kluster covid-19, Insyaallah! Okay, kali ni Akio dah post tiga lagi chapter untuk Hantu Bilik Guru Disiplin 2 ni! Hope semua enjoy dengan tiga chapter yang sudah di post!

Okay! Sini Akio cuma nak bagitahu kalau Akio sudah mengedit beberapa kesalahan di 7 chapter awal.. ia berkaitan dengan kesalahan masa, dan jumlah tahun! Ughh.. maaflah sebab Akio ni lembap sikit kalau bab kira-kira ni! Huhuhuhuhu.. boleh kata kalau matematik Akio selalu sahaja fail! Kekuatan Akio hanya ada pada bahasa sahaja.. sebab tulah Akio mampu menulis cerita yang macam ni! Tapi itupun masih ada kekurangan! So, maafkan Akio semua kalau ada yang keliru akan perubahan masa dan tahun secara tiba-tiba..

Then ada juga di Chapter 3 di mana ada part masa mereka dalam perjalanan ke rumah tok wan.. Eira dan kawan2 mengungkit tentang Syahiril, iaitu tunang Rafia! Ada sedikit part yang tertinggal di sana yang Akio terlupa nak tambah.. bila baca balik.. nampaknya ada bahagian yang terlupakan di sana..

Seterusnya kesalahan masih di Chapter 3 di mana Eira dan kawan-kawan mengungkit tentang nama Emir Asyraff, kekasih Fatin yang tidak terlihat! Di sana Emir memiliki nama seorang rakan yang awalnya Akio letak nama Khairil! Ups.. ini pun jadi kesalahan! Actually bukan Khairil melainkan nama watak yang Akio buat adalah Aizat! So, berlaku perubahan nama karakter di sana. Kisah pertemuan Eira dan kawan-kawan dengan Emir ini Akio adalah buat dalam satu lagi novel yang berkait dengan Hantu Bilik Guru Disiplin tetapi dengan nama tajuk yang berbeza!

Tajuk untuk kisah cinta Fatin dan Emir di Sekolah Hulu Putra di mana Cikgu Syazmir mengajar adalah Terlupakan! Novel Terlupakan ini akan mengisahkan pengembaraan Eira dan kawan-kawan setelah kes Puan Hidayah sebelum ni! Hanya sahaja.. draf dia masih tak complete.. jadi Akio tak terbitkan dulu kisah ni! Insyaallah.. kisah ni akan Akio terbitkan sebaik sahaja Hantu Bilik Guru Disiplin 2 ini tamat! Ini kiranya sebagai kisah sampingan dari main story Hantu Bilik Guru Disiplin!

So untuk mengelakkan reader Akio semua keliru... so Akio jelaskan kesilapan di dalam chapter-chapter sebelum ni agar semua tak keliru.. Okay itu sahaja dari Akio! Akio akan cuba update chapter seterusnya dengan segera.. itupun kalau takde sebarang gangguan! Terima kasih kerana masih menyokong kisah Hantu Bilik Guru Disiplin ini hinggakan ramai yang komen untuk minta Akio cepat-cepat update chapter seterusnya.. Akio senang dengan komen-komen kalian.. Thank you so much guys! Teruskan support kisah ni dan kisah akan datang iaitu "Terlupakan!"

Assalammualaikum! Bye semua~~~ Jumpa lagi di next chapter~~~

Hantu Bilik Guru Disiplin 2حيث تعيش القصص. اكتشف الآن