Chapter 20

125 19 2
                                    

Pada keesokan pagi, iaitu pada hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Eira dan yang lain sudah sampai dihadapan sekolah tahfiz. Mereka melihat gerbang sekolah tahfiz yang besar tersebut dengan perasaan yang berat dan juga penuh waspada. Dihadapan mereka terlihat Ustaz Qairul, Tuan Suhaiman, dan Tok Imam, dan juga empat orang ketua kampung berdiri berhadapan mereka. Mereka hadir untuk menghantar Eira dan yang lain masuk ke dalam sekolah tahfiz sebelum misi dijalankan dengan sepenuhnya.

"Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih atas kesanggupan kamu dalam menerima kes ni, Eira!" Ucap Ustaz Qairul selaku yang berkuasa di sana.

"Ini sudah menjadi tanggungjawab Eira dalam memikul tugas, ustaz!" Sahut Eira.

"Ya! Selagi ini dapat membantu warga kampung! Kami akan lakukannnya, dan itu juga kerana Allah!" Ujar Harraz.

"Benar! Terima kasih atas bantuannya!" Sahut Tok Ketua.

"Baiklah! Kalau macam tu.. kami akan bergerak sekarang! Team 1, 2, dan 3 bolehlah bergerak untuk melakukan tugas korang!" Arah Eira.

"Okay!" Sahut Rafia yang mula bergerak bersama Fatin.

"Team keselamatan akan bergerak sisi timur, roger!" Ucap Fiqah dengan semangat.

"Haaahh~" Keluh Hadwan yang langsung mengikut langkah gadis itu sambil membawa peralatan milik Kemy.

"Yosh! Kami pun tak akan kalah!!" Sorak Syahiril yang langsung bergerak bersama Harraz dan Haikal.

"Kita jumpa di pusat utama ya, Eira!" Ucap Harraz sambil tersenyum ke arah isterinya.

"Baik abang!" Sahut Eira yang membalas senyuman suaminya.

"Oit, Eira! Tok sah ler berlovey dovey nye tu... Bantu aku angkat barang ni, haa~~" Sindir Kemy.

"Kau dah macam orang tualaa Kemy!" Ucap Eira yang membalas kata-kata sindiran sang sahabat.

"Hn!" Gumam Kemy sebagai tanda tidak peduli.

"Haih~ kalau macam tu.. kami masuk dululah, ya! Kalau boleh pastikan tempat ni kosong dalam sepuluh minit! Semua penduduk kampung tidak dibenarkan sama sekali keluar dari kampung masing-masing! Itu sahaja yang Eira minta!" Pesan Eira.

"Baiklah, kami faham!" Sahut Ustaz Qairul, manakala yang hadir hanya mengganggukkan kepala mereka sebagai tanda faham.

Eira langsung masuk ke dalam sekolah tahfiz tersebut. Pintu sekolah tahfiz itu langsung ditutup oleh Eira. Ia memberikan sebuah senyuman kecil kepada mereka yang berada di luar sekolah sebelum ia berpaling untuk melangkah ke dalam. Di dalam sekolah, kelihatan setiap rakan-rakannya sedang sibuk menjalankan tugas mereka, iaitu memasang setiap kamera cctv di setiap penjuru khas sekolah. Beberapa peralatan canggih yang dibuat oleh Kemy juga sedang dipasang di beberapa lokasi. Eira langsung menuju ke arah pusat operasi mereka, iaitu tempat di mana Kemy sedang memasang segala kelengkapan miliknya.

"So far macam mana persiapan kelengkapan kita, Kemy?" Tanya Eira.

"Well~ setakat ni baik-baik sahaja! Tidak ada sebarang masalah!" Lapor Kemy.

"Good!" Ucap Eira yang berpuas hati dengan laporan tersebut.

"Then! Kau rasa.. macam mana pula dengan perkembangan team luar?" Tanya Kemy dengan berhati-hati.

"Hmm.. well~..." Gumam Eira dengan senyuman kekok.

Wajah Kemy terbingung-bingung apabila melihat reaksi Eira yang terlihat kekok, namun hendak ketawa disaat yang sama. Eira sedar akan reaksi Kemy, namun apabila ia mengingat laporan yang ia terima daripada Emir tentang pergerakan kumpulan luar membuat Eira tidak menafikan bahawa ia hampir sahaja ingin ketawa kekok. Itu semua disebabkan tingkah Afwan dan Suhairi yang sesungguhnya membuat Emir pening kepala.

Hantu Bilik Guru Disiplin 2Where stories live. Discover now