Cinta Hati Mr. Annoying

By therozez

310K 22.7K 1.7K

'Aku seperti sudah jatuh ditimpa tangga harini. Sekelip mata semuanya hilang.' Bila kehilangan terjadi, kita... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
BAB 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 60
Bab 61 [The End]
PDTR

Bab 59

4.8K 292 39
By therozez

-

"Kenapa awak berpura-pura baik baik saja sedangkan tak sama sekali Am?"

"Maybe this is my last sacrifice for you. My love."

Aku terkesima. Dia pula boleh tersengih kambing lepas cakap tu.

Perbualan terakhir kami yang takkan aku lupakan. Awak seolah tahu Am, bila selesainya perkara ni awak akan pergi. Pergi untuk selamanya.

Sesudah menghantar kepergiaan mummy daddy, aku kembali menatap pusara merah Aqram, ditemani Mira. Mummy terlihat sangat terkesan dengan kepergian satu-satu anaknya. Ibu mana yang tak bersedih bila berhadapan dengan kematian anak.

Aku pula tetap gagahkan diri untuk datang ke sini. Walaupun semua ini seakan terlalu pantas berlaku. Yang pergi tetap pergi. Tak ada apa yang perlu ditangisi. Ia takkan mampu mengembalikan Aqram semula.

Terima kasih Am untuk tidak pernah melupakan saya serta selalu menjaga saya.

"Fira jom balik? Kau perlu rehatkan diri semula."

Aku menghela nafas kecil kemudian mula berdiri di sebelah Mira. Kami sama sama senyum segaris. Mira pun banyak juga nangis. Kelihatan sembab sedikit matanya.

Sebelum menyusun langkah pergi, aku berpaling ke arah pusara Aqram sekali lagi.

"Sampai hati Am kan? Pergi tanpa ucapkan selamat tinggal pada kita. Apa punya lelaki lahh" aku tengok Mira sedang menyeka air matanya. Lengannya aku usap perlahan.

Saya balik dulu Am. InshaAllah saya akan datang lagi bersama Dani.

"Fira?"

Aku terus menoleh ke arah suara asing tersebut. Nampaknya isteri Aqram yang datang. Automatik mata aku mengerling perutnya. Dah tak buyung lagi jadi dah bersalinlah dia.

"Sekarang baru muncul dapat apa?" Mira menyindir.

"Boleh I bercakap dengan you kejap Fira?"

" 'I , you' bagai pula. Sorrylah Fira masih tak sihat. Kau mesti tahu kan dia pun terlibat dalam kemalangan yang terjadi ke atas suami kau?"

"Mira," tegurku.

Sara lalu dijeling hebat makcik ni.

"Kau tunggu aku kat kereta. Nanti aku datang." ujarku. Tak nak pula aku dia gaduh dengan Sara kat sini.

"Kau jangan lama lama."

Aku mengangguk. Mira pun membuka langkah pergi. Sempat juga minah tu pergi langgar bahu Sara. Memang tak kisah pasal situasi lah perangai dia.

Tanpa berlengah, aku terus memulakan bicara. "Kenapa baru sampai? Datang dengan siapa?"

"I naik teksi. Parents I tak ikut sekali sebab tolong tengokkan anak I." dia menundukkan wajah seperti tengah menahan tangisan. Pusara Aqram dikerling. "Am seorang lelaki yang sangat baik. I menyesal sangat atas apa yang I pernah buat pada dia dan you. Fira, I tak kisah kalau you masih nak bencikan I. Tapi tolong izinkan I untuk ziarah kubur Am. Itu saja yang I nak minta Fira.." air matanya lalu berderai gugur.

"Jangan risau, saya takkan halang semua tu. Awak isteri Am, awak ada hak."

"Isteri? Mungkin you tak tahu tapi Am dah lama ceraikan I."

Aku terkilan.

"Dia tak boleh paksa diri dia jadi suami I. Dia sangat cintakan you Fira. Cinta yang begitu kuat tu menyebabkan I kalah. I tak boleh paksa dia untuk teruskan ikatan perkahwinan kami. Tapi dia tetap berjanji yang dia takkan singkirkan anak I. Dia lelaki yang terlalu baik."

"Dia tak pernah bencikan I apalagi berdendam. Walaupun I adalah orang yang dah rosakkan hubungan dia dan you, dia masih tak sisihkan anak I. I akan menyesal seumur hidup kerana menghancurkan impian lelaki baik seperti dia."

Air mataku bertakung semula. Jadi Aqram tak pernah fikirkan masa depan dia sendiri. Dia cuma pentingkan cinta dia terhadap aku. Di masa yang sama dia tetap ingin bantu Sara untuk besarkan anak dia.

Hebat pengorbanan awak Am.

"I salah. I punca semuanya. Tanpa belas kasihan, I pergi porak-perandakan hidup Am. Kita nampak dia okey, kita nampak dia kuat tapi hakikatnya tak. Dia sanggup pendam duka dan lara tu seorang diri semata nak tengok orang lain bahagia."

Sebuah senyuman yang selalu Aqram hadiahkan kepadaku suatu ketika dahulu, kembali terimbas di fikiran. Ya. Dia jenis orang yang tak akan tunjuk derita dia.

"Satu malam tu, dengan mata I sendiri, I nampak Am tengah duduk dalam gelap lepaskan tangisan dia. Dia sorok perkara tu daripada semua orang. Dia nak orang tahu yang dia tak pernah sekalipun jatuh. Then I terus tanya pada diri sendiri, "apa yang kau dah buat Sara? kenapa bahagia dia yang kau rosakkan? kau cintakan dia tapi kau hiris hati dia dengan mulut jahat kau". Macam mana I nak tebus balik kesalahan I Fira?"

Mata dan hidung Sara terlihat kemerahan. Hujung shawl-nya diangkat untuk mengelap wajah basahnya. Aku pula terus menyeka laju air mataku. Helaan nafas kecil aku lepaskan.

"Yakinlah yang Am dah lama maafkan awak. Sara.. walaupun Am cintakan saya tapi awak perempuan yang mencintai dia, bukan saya. Jadi tolong simpan nama Am baik-baik dalam ingatan dan doa awak. Saya maafkan kesalahan awak dulu." ya hari ini di hadapan Aqram, aku ikhlas maafkan Sara.

Dia tersenyum penuh kegembiraan. "Thanks Fira. Thanks a lot."

Rasa luas jiwa ni. Betullah. Kalau kita maafkan orang sekeliling yang pernah buat jahat pada kita, hati sendiri juga akan tenang.

"Babe!"

Aku beralih kepada Mira yang muncul semula di sini.

"Dani.."

🥀🥀🥀

Mira yang tertawa kecil di sisi, aku pandang tajam. Sikap sewel dia yang suka kenakan aku memang tak pernah pupus! Aku ingatkan dia datang bagitahu keadaan Dani kritikal lagi ke apa.

Rupanya tergopoh-gapah bawa aku pergi hospital sebab Dani dah sedar. Dan dah dipindahkan ke wad biasa.

Hampir nak tercabut jantung aku tau dibuat minah tu.

"Pergilah masuk cepat." arah Mira.

Semua ahli keluarga dah berkumpul di dalam bilik termasuk Geisha. Masing-masing menunggu tindakan aku. Aku menelan air liur. Dani cedera di pergelangan tangan kirinya dan terdapat calar-balar di lengan dan wajahnya.

Dia juga sedang menanti aku. Handphone-ku yang sejak bila dia ambil, dihulurkannya.

"Kau tunggu hari kau eyh?" bisikku kepada Mira seraya menapak mendekati sang suami.

Keterujaan di hati menyaksikan Dani sudah bangun seperti itu, cuba aku kawal. Kalau tak dah lama aku lari ke arah dia dan peluk dia erat.

Sesampai disampingnya, aku rasa janggal gila. Dahlah banyak mata yang memerhati kami.

"Bacalah.." pintanya perlahan. Telefon bimbitku bertukar tangan.

Terpapar satu mesej di skrin. Tengok tarikh, mesej itu dihantar sehari sebelum hari kemalangan itu.

From: MY Hubby
Bunny, honestly there are no words could describe these feelings. But the day we met, the day we got to know each other was the best day of my life.

Knowing you is the greatest blessing of my life. Having you by my side are everything my dreams made of. Loving you is my need. For me you are my everything.

And I shall cherish our precious moments until the end of time. Please forgive me sayang.

Jatuh setitik jernihan mutiara di pipiku. Kata-kata yang menyentuh hati. Aku rasa bersalah sangat sebab abaikan dia dulu.

Tiba-tiba dia menarik tanganku. Aku terduduk di atas katil. Tubuhku terus dirangkul. Sungguh aku rindukan dakapannya ini.

"I love you sayang. I'm sorry."

Ya Allah diri ini sedang dicengkam perasaan penuh hiba.

"Hubby, Am dah tak ada." tangisanku semakin galak di atas bahu Dani. Boleh basah bajunya akibat aku.

Tangannya terasa mengelus lembut rambutku. "I know sayang. Although it was hard for us to accept this fact tapi hubby yakin Am sekarang dah berada di tempat yang tenang. Sudah sampai masanya dia untuk berehat. Hm?"

"Kalau.. kita tak libatkan dia dalam masalah kita, mungkin sekarang dia masih ada di sini kan?"

"Fira no. Setiap manusia Allah dah tetapkan macam mana mereka akan mati. Ajal Am dah tiba. Dan syukurlah kita berdua diberikan peluang kedua untuk mulakan hidup baru. Inilah permulaannya."

Aku sudah teresak-esak. "F-Fira sebenarnya takut.."

"Fira takut apa sayang? Hubby ada ni kan? And now semuanya dah selesai. Kamil dalam tahanan polis. Dia akan terima balasan atas perbuatan dia. No one wants to hurt you anymore."

"Fira takut yang Fira akan mati dalam kemalangan tu. Fira tak sempat minta maaf pada hubby. Fira juga takut sangat kalau.. Fira hilang hubby. Fira tak boleh bayangkan hidup tanpa suami Fira."

Terdengar Dani tersengih. "I'm still alive." pelukan kami dileraikan. "Stop crying bunny, please?" jarinya mengusap air mata di wajahku.

Mata kami mula bertaut. Perasan matanya juga kemerahan. Dia menghadiahkan aku sebuah senyuman beserta lesung pipit.

"I'm so sorry. I don't take good care of you. Kamil already hurts you. You must have suffered a lot right?"

Kepala aku angguk.

"Tapi Fira lega sangat yang Allah masih berikan Fira kesempatan untuk hidup bersama hubby. Fira janji lepas ni Fira tak akan abaikan hubby, Fira tak akan kuat marah." tanganku berada dalam genggamannya.

"And I promise I will always be honest with you after this."

"Betul?"

"Yes bunny."

Pergelangan tangannya yang berbalut itu aku pandang. "Macam mana luka hubby tu?" aku takut dia punya cedera sampai dah tak boleh tembak orang.

"There's nothing you need to worry about. Suami awak ni kuat dan kebal orangnya."

Cakap besar kan?

"Eleh kau ngah. Semalam bukan main nadi tiba hilang bagai. Kebal lah sangat." Darwish menyampuk.

Haha betul lah tuu

"Heish sibuk celah perbualan orang!" balas Dani.

"Aku minta maaf ngah. Kalau aku tak bawa masuk Kamil tu dalam rumah kita, korang takkan jadi macam ni. Mati mati aku ingatkan lelaki tu waras." jelas riak wajah Dazrin nampak bersalah bercampur geram.

"Tak perlu salahkan diri kau, long. Ini semua berlaku atas kehendak Tuhan. Dia nak kami ambil pengajaran dengan apa yang jadi ni."

Aku tersenyum bangga dengan jawapan Dani.

🎈

Vote✔

❤❤❤❤❤

Continue Reading

You'll Also Like

802K 19.6K 90
[ C O M P L E T E. ] Hatinya remuk apabila mengetahui hubungan rahsia yang dijalinkan oleh si suami. Hatinya semakin bertambah remuk taktala si suami...
253K 6.8K 48
Pertemuan yang tak dijangka diantara Saira Irdina dan Zafrel Amran telah mengundang hubungan "baik terpaksa" apabila Saira yang merupakan peguam baru...
64.8K 3.6K 51
⚠️: Banyak typo. Sorry tau. Qairul Darween dipinang seorang gadis berusia 22 tahun, membuatkan dia hanya mampu tercengang. Dia cuba untuk memberi ala...
54.3K 5.9K 62
﷽ 𝑇ℎ𝑖𝑟𝑑 𝐵𝑎𝑏𝑦 @haniswrite Narissa Safiyya - Seorang penulis novel yang tidak diketahui identitinya , hanya mahu dikenali dengan nama pena iai...