Cinta Hati Mr. Annoying

By therozez

310K 22.7K 1.7K

'Aku seperti sudah jatuh ditimpa tangga harini. Sekelip mata semuanya hilang.' Bila kehilangan terjadi, kita... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
BAB 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 59
Bab 60
Bab 61 [The End]
PDTR

Bab 58

4.5K 291 55
By therozez

-

Satu keluhan berat aku lepaskan. Sakit yang menyengat kepala masih tak hilang. Kepalaku masih lagi berbalut. Sekali sekali aku memicit-micit dahi apabila luka terasa berdenyut perih.

Nasib aku baik sebab dalam kemalangan tu aku hanya luka di kepala. Tapi tidak Dani dan Aqram. Aku tak tahu macam mana kecederaan mereka. Segala yang berlaku ni berpunca daripada aku. Semata nak selamatkan aku, nyawa mereka dalam risiko.

Aku takut kalau hilang mereka. Aku tak sedia.

"Hye babe." datang si Mira membibit bungkusan mcd di tangan? "Aku bawakan kau mcd. Mesti kau lapar kan?"

Boleh tahan gila minah ni. Dia belikan mcd untuk orang sakit?

Semua perkara ikut kepala otak dia.

"Aku tahu kau tak ada selera pun makan makanan kat hospital ni. Sebab tu aku belikan kau makanan yang sedap sikit. Aku nak kau makan banyak and sembuh cepat."

Aku senyum. "Doktor tak marah ke aku makan benda ni?"

"Lantaklah. Makanan kat hospital ni akan buat kau makin sakit tau. Dah dah tak payah banyak tanya. Aku teman kau makan." jawab Mira bersahaja. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Kau tak kerja ke harini?"

"Bagi aku sahabat lagi penting dari kerja. Aku nak jaga satu-satunya sahabat semati aku ni sampai sihat semula."

Aku senyum lagi. Terharu.

"Mira.. macam mana dengan Kamil?" sengaja aku tanya pasal dia. Aku teringin nak tahu apa jadi dengan manusia berhati busuk tu.

"Still juga nak ambil tahu pasal si gila tu? Dia yang dah tak ingat Tuhan jadikan korang macam ni tau? Kat mana entah dia dah buang akal dia."

Aku diam dan tunduk.

"Dia dah dibawa ke balai polis. Siap dah kena jail. Kau dengan dia tak alami luka teruk. Lagipun tak payah nak tunggu dia sembuh sangat, nanti kena hukum mati juga."

"Hukum mati?"

"Yes. Kemungkinan dia akan dijatuhkan hukuman mati. Padan muka. Akhirnya lenyap juga si gila tu."

Baguslah. Setimpal atas perbuatan dia selama ni. Suka sangat bunuh orang kan? Sekarang giliran dia pula hadap malaikat maut!

"Dia tak patut berdendam dengan aku sampai macam ni sekali. Sekurang-kurangnya pun nak musnahkan aku, janganlah sampai sakitkan orang lain. Sebab tu tak mudah untuk aku maafkan dia."

"Fira.. believe that everything happens for a reason. Now maybe it seems like the world is cruel and unfair. But just think about the moment that will come."

Mira mengambil nafasnya seketika dan menyengih kecil. "The moment everything will feel perfect. The moment will have its flaws. It's just the moment is too beautiful that you don't even care about the flaws. Think about it. Deeply."

Aku mengangguk-anggukkan kepala. Setiap bibit kata Mira sangat mendorong aku supaya tetap cekal.

"Pandai kau ey sekarang?"

"Halah aku ni cikgu apa."

Aku memutarkan bebola mata. Cikgu yang kadang-kadang tolol kadang-kadang bijak.

Huh

Rindu terhadap si suami mula menerpa diri.

"Mira, kat mana beg aku?" aku nak cari sesuatu dalam phone aku. Mesej mesej yang Dani kirim dekat aku langsung aku tak buka dan baca. Sekarang aku nak sangat baca semua tu untuk lepaskan rindu.

"Oh ada dalam laci sana. Kejap aku ambilkan."

Mira mula mendekati laci yang berada di sebelah katil. Laci yang paling bawah dia tarik dan mengeluarkan handbag-ku berserta sekeping surat dan satu kotak cincin berbentuk hati.

Dari mana datang benda tu?

"Nah." Mira meletakkan semuanya di atas katil.

Aku menjongketkan keningku tanda hairan barang ni kepunyaan siapa.

"Ini doktor jumpa dalam hoodie Am. Aku rasa Am nak bagi tu pada kau sebab ada tertulis nama kau atas surat."

Surat itu capai.

"Erm aku keluar dulu lah. Kalau ada apa-apa panggil aku."

Aku sekadar mengangguk. Seusai beredarnya Mira, lipatan surat itu mula aku buka. Isinya tertulis..

Hi Fira, entah kenapa saya teringin sangat nak tulis surat ni untuk awak. Mungkin nanti kalau awak rindu saya, awak boleh baca semula.

Fira, saya cintakan awak dari dulu sampai sekarang. Tak pernah sedikitpun ada kurang rasa ini. Saya tahu mungkin salah kerana mencintai isteri orang tapi saya hanyalah diri saya. Yang tak mampu melupakan awak walau sekali pun.

Fira, cinta bukanlah mendapatkan atau menerima tetapi cinta adalah memberi. Memberi sepenuh kasih sayang kepada insan yang dicintai. Tak ada cara lain lagi untuk saya tunjukkan kasih sayang saya kepada awak selain bantu awak untuk hidup bahagia semula.

Tak ada sesiapa yang boleh memilih siapa yang patut saya cintai. Tak perlu alasan untuk menyukai seseorang. Cinta bukan syarat orang itu harus punya perasaan yang sama seperti kita. Saya mencintai awak kerana saya memang mencintai awak.

Simpanlah cincin ini sebagai memori kita suatu ketika dahulu. Di mana kita pernah tertawa, tersenyum dan menangis bersama. Dan di mana kita pernah mempunyai satu impian yang serupa.

Andai perjalanan hidup ini singkat, jaga diri baik-baik. Hiduplah bahagia bersama Dani. Harapan saya agar awak tak pernah padam nama saya sebagai teman baik awak.

Saya merelakan awak kerana saya mencintai awak.

For A.F
From A.M

Aku melipat semula surat tersebut seperti tadi. Air mata aku usah dikata, dah macam air paip yang mengalir keluar. Aku menghela nafas berat. Kotak cincin merah itu aku buka.

Terdapat dua bentuk cincin di dalamnya. Ia milik kami berdua suatu ketika dahulu. Cincin pertunangan kami.

Awak tak boleh pergi Am. Awak mesti kuat untuk lawan sakit awak. Saya masih teringin nak berbual panjang bersama awak. Awak mesti bertahan.

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan Mira yang bergegas masuk ke sini. Air wajahnya nampak pucat. Tengok dia cemas macam tu aku dah dapat hidu khabar yang tak enak dia bawa.

"Kenapa Mira?"

"Dani.."

Janganlahh

*

Aku berdiri di hadapan bilik icu. Walaupun keadaan aku masih tak mengizinkan untuk bangun dari bilik rawatan tapi aku tetap berdegil suruh Mira bawa aku ke sini. Untuk tunggu Dani.

Doktor beritahu denyutan jantung dia berhenti dengan tiba-tiba tadi. Dan doktor terpaksa menggunakan mesin defibrilator ke atasnya.

Allah

Sekali lagi jantung aku rasa nak tercabut. Aku takut ya Allah. Jangan ambil suami aku. Aku benar benar tak mampu hidup tanpa dia. Aku tak bersedia langsung untuk kehilangan dia dari hidup aku.

Dia kekuatan aku. Dia satu-satunya tangan yang memimpin aku agar dapat terus berjalan di saat dunia aku dalam kegelapan. Dia datangkan kemanisan dalam hidup aku sehingga aku dapat gembira semula.

Alangkah nyawa dapat ditukar ganti, aku rela Tuhan ambil nyawa aku dahulu. Aku takkan mampu jalani kehidupan aku lagi jika dia tiada.

Hubby teruslah kuat.

"Tunggu hubby tau? See you soon sayang."

Berlegar ucapan terakhirnya yang dia lafazkan di hadapanku.

Yes. Fira tengah tunggu hubby sekarang. Kita akan berjumpa semula. Pasti.

Aku menahan dadaku yang bergelora. Sebak di jiwa sedaya upaya aku diamkan. I can't lose you because if I ever did, I'd lose my soulmate, my smile, my laugh and my everything.

"Fira kau jangan fikir banyak sangat tau? Dani will be fine. Dia kan kuat."

Sejurus selepas itu doktor di dalam bilik icu kelihatan sudah keluar. Mama, aku dan Mira lekas mendapatkannya.

"Doc how?" mama menyoal laju.

"Relax Doctor Dahlia, your son such a strong man. Alhamdulillah kadar degupan jantungnya kembali normal. Kami akan sentiasa memantau keadaannya selepas ini."

Kami bertiga menghela nafas lega. Lega yang teramat. Terima kasih ya Allah.

"Tapi.."

Aku dan Mira berpandangan sekilas. Doktor tersebut sedang cuba menyusun kata.

"What's wrong doctor? You just said my son is fine."

"Not your son doctor. Seorang lagi mangsa, dia.."

Aqram. Dia kenapa pula??

"Kami dapati hempapan yang berlaku ke atas dadanya mengakibatkan darah beku mula terjadi. Ia menyebabkan dia sukar untuk bernafas. Dan jantungnya bermasalah untuk terus mengepam darah untuk tubuh."

"Jadi dia boleh selamat kan doktor dengan cara dibedah?" pintasku.

"Darah mangsa sudah berhenti untuk mengalir. Oleh sebab itu semua organ dalam badannya gagal untuk berfungsi. Maafkan saya, dia tak dapat diselamatkan."

Aku mendengus kuat. "Tak. Tak mungkin. Permainan apa ni doktor?" badanku serta-merta longlai. Aku jatuh terduduk di atas lantai.

"Babe.." Mira terus merangkul tubuhku.

"Gurauan apa ni Mira? Am tak mungkin pergi macam ni je kan? Huh?"

"Sabarlah babe."

Aku pun melepaskan tangisan semahu-mahunya. Rasa pilu ini seakan tak tertanggung.

Am bangunlah dan bagitahu saya yang ini hanya sekadar kejutan daripada awak.

🎈

Vote✔
Comment✔
Share if u want

Itu sahaja untuk kali ini.

Continue Reading

You'll Also Like

2M 57.7K 121
Tak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru di...
737K 41.6K 76
Hidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus d...
379K 13.7K 57
Bagi Aina Natasya, dia tidak layak untuk bahagia atas sebab-sebab tertentu. "Saya tak layak untuk dapat kebahagiaan." -Aina Natasya Namun, Tengku Hak...
379K 14.5K 33
"Kenapa you kembali? Kenapa you kembali setelah you buang I dari hidup you?" - DR MAWAR ELENA. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta terhenti sek...