ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWR...

By shirxyvki

41.8K 5.2K 2.2K

[SINCE 2020] Tajuk: Ingatkan Dia (rudyman) Genre: Fanfiction ft. Angst Series: Ejen Ali [Wau Animation] Statu... More

Prologue: Amnesia [EDITED]
Bab 1: Mana
Bab 2: Senior
Bab 3: Keluar [EDITED]
Bab 4: Akhirnya [EDITED]
Bab 5: Kunci
Bab 6: Maaf
Bab 7: Rumah
Bab 8: Demam
Bab 9: Makmal
Bab 10: L[K]awan
Bab 11: Terungkap [ON-EDITING]
Bab 12: Sebab?
Bab 13: Flash
Bab 14: Ingat
Bab 15: Bersalah
Bab 16: Batas [EDITING]
Bab 17: Pasar [EDITING]
Bab 18: Dia [EDITING]
Bab 19: Keseorangan [EDITING]
Bab 20: Pengakhiran [EDITING]
Bab 21: Terlanggar
Bab 22: Maria Lania
Bab 23: Rival [EDITED]
Bab 24: Feelings [EDITED]
~SSWY~❄⛄ [TENGKIU❤]
Bab 26: Kerana Kasih [EDITED]
Bab 27: Silap
Bab 28: Dedah [EDITED]
Bab 29: Tembak [EDITING]
Bab 30: Berkas (AKHIR)
Bab 30: Diari (GURAU)
Bab 31: Tukar [EDITED]
Bab 32: Dulu
Bab 33: Runtuh [EDITED]
Bab 34: Sedar
~SSWY~❄️ [MatRiYa❤️]
Bab 35: Love
Bab 36: Déjà vu [EDITED]
Bab 37: Harapan [EDITED]
Bab 38: Rindu [EDITED]
Bab 39: Kembali
BAB 40: Trauma
BAB 41: Cuti?
Bab 42: Pantai
Bab 43: Balik
BAB 44: Healing
BAB 45: Berbaik
BAB 46: Pulang
BAB 47: Teman

Bab 25: Martin [EDITING]

730 115 48
By shirxyvki

"APAHAL tu?" Jet bermonolog sendiri. Berkerut seribu mukanya perhatikan Rudy dan Iman dari jauh.

Tadi bukan main bergelak ketawa, sekarang dah senyap? Gaduh ke? Hadoi la Rudy ni, sweet la sikit! Kayu betul. Kutuk Jet dalam hati.

"Belum habis lagi ke?" soal Roza yang sudah penat melihat Jet yang serupa spy.

"Belum." Jet menjawab sepatah.

"Tu, makanan kau bila nak habis?"

"Kau nak, kau ambik la." Mata Jet masih lagi tak teralih daripada memandang Rudy dan Iman.

Roza mendengus halus. Dia ni memang tau. Nanti bila dah start kelas mula la bising. Roza, aku laparlah. Roza, kau ada makanan tak? Roza, teman aku makan jom.

Roza, roza, roza. Aku tembak jetpack kau kang meletup baru kau tau! Huh, nasib special.

"Jet, minyak jetpack kau tumpah," tipu Roza dengan selamba.

"Apa!" Terbuntang luas mata Jet terkejut. Dia memusingkan kepalanya ingin memeriksa jetpacknya.

Jet seketika terjeda. Eh, kejap. Jetpack aku mana pakai minyak. Zaman sekarang semua azuriumlah.

"Roza ka... ehm!" kata Jet terpotong apabila Roza dengan pantas, menyumbat sudu ke dalam mulutnya.

"Haa, tau pun makan." Roza memerli sambil berpura-pura senyum.

Je mengunyah makanannya sambil menjeling Roza atas bawah. Minyak jetpack aku tumpah, eh? Banyaklah kau punya kona!

"Nak lagi tak?" soal Roza. Jet mengangguk pantas.

"Makan sendiri." Pinggan itu ditolak mendekati Jet.

"Laa... ingatkan nak suap." Jet sudah memuncungkan bibirnya ke depan. Dia membesarkan matanya memandang Roza.

Roza mengetap bibirnya. Air liurnya diteguk melihat muka Jet. Tak payah nak acah comellah, tumbuk kang!

"Tangan kau tu elok lagi, kan? Bukannya kudung, ada penyakit kusta ke apa. Makan sendiri," kata Roza, mengalihkan pandangannya. Whoaw, that eyes almost killed me!

Jet mencebik. Ish, ni lagi sorang. Tak sweet langsung. Macam T-rex je bunyi dia, rawr-za.

**********

"TAK ada apalah. Lupakan apa yang saya cakap tadi." Iman menggeleng perlahan sambil tersenyum pahit.

Tak akanlah dia nak minta Rudy jangan jadi macam dulu pula, kan? Macam melebih aje. Terpulanglah kalau Rudy masih nak berkawan dengan dia ataupun tidak. Iman sedar dia tiada hak.

Rudy mendengus halus. "No. Cakap apa yang awak fikir tadi. Aku nak dengar."

Ni yang Rudy tak suka ni. Dah cakap tu, cakap ajelah sampai habis. Dahlah mention pasal penyakitnya, amnesia. Siapa je tak suspen? Iman dah tak mahu berkawan dengan dia ke?

Iman menarik nafas dalam. Itulah siapa suruh buka cerita? Kan Rudy dah paksa.

Gadis itu tersenyum kecil dan kekal menunduk. "Tak ada la. Cuma dulu..."

Rudy menanti sambungan daripada Iman.

"Awak tak pernah cakap dengan saya." Iman menekan perkataan 'pernah' seraya mengangkat wajahnya, memandang Rudy.

Rudy tersentak. Seketika, dia mengalihkan matanya dan mengangguk kecil. "Oh... ya?"

Rudy secara mentalnya hendak menghentakkan sahaja kepalanya ke dinding. Apa benda kau ni! Mestilah kau tahu, kau dah ingat!

Iman tergelak kecil lalu mengangguk laju. "Saya ingat lagi tau dulu, saya pernah senyum kat awak."

Rudy jeda. Dia berfikir sejenak. Ada ke?

"Awak jeling je saya," kata Iman seraya menjeling Rudy manja.

Tok!

Kepala Rudy terasa diketuk. Rudy mengaku itu memang bunyi macam dia. Iman ada senyum dekat aku ke dulu? Seriuslah? Beraninya.

"Dulu saya memang tak berani nak datang dekat dengan awak, apatah lagi nak bercakap. Sebab dulu muka awak ketat je tau. Scary," ujar Iman lagi.

Gigi Rudy diketap. Apa? Scary? Itukah perkataan Iman yang menggambarkan dirinya dulu? Dia menakutkan?

"Aku teruk sangat ke dulu?" soal Rudy ingin tahu pandangan Iman terhadapnya. Dia rasa dia tak ada la teruk sangat. Okey je. Kan?

Iman mendesis halus, berfikir. "Awak tak ada la teruk. Dan awak pun tak ada la... erm..."

Iman berhenti di tengah ayat. Aduh, nak cakap apa ni?

"Baik?" tebak Rudy.

"Peramah," sangkal Iman laju, menyebut satu-satu. Dia tersenyum sumbing memandang Rudy. Awak ni relakslah.

Rudy melepaskan nafas tak puas hati. Yalah tu. Cakap ajelah dulu aku sombong.

"Tapi apa yang saya sure, dulu awak macam kuudere," kata Iman, sudah dapat menjangka reaksi kawannya.

"Apa?" Rudy terseringai tak faham. Natang menda pula kuudere ni? Kuntilanak tahulah.

Iman mengetap bibirnya menahan diri dari tergelak. Dia menarik nafas dalam sebelum menyambung kata. "Saya cakap awak jangan marah tau."

Rudy menayang muka toya lalu mengangguk sekali. Cakap jelah.

"Kuudere ni ungkapan daripada Jepun. Diorang ni jenis yang cool, tenang, tak mudah panik, agak sarkastik dan pandai kawal emosi. Orang macam ni, dia tak berapa tunjuk sangat caring side dia dekat orang lain walaupun dekat orang yang dia sayang. Senang citer dekat luar dia acah-acah tak kisah tapi dalam hati, dia betul-betul ambil berat. Macam tulah." Iman menerang panjang lebar. Bila dah berkawan dengan budak weeb macam Suria tu, macam-macamlah dia tahu.

Rudy diam buat seketika. 

"So you think me as a hypocrite? Luar lain, dalam lain. Macam tu?" soalnya. Kedengaran dengan jelas pada nada suaranya yang dia agak terasa. 

"Apa? Taklah mana ada," sangkal Iman, laju menggelengkan kepalanya.

"Kalau awak tanya sayalah, kuudere ni bukannya teruk sangat pun. They're kinda intriguing bila diorang buat-buat tak kisah pasal something or someone but lowkey ambil berat about everything yang orang tu buat."

Rudy mengangkat wajahnya memandang Iman. Intriguing? Menarik?

"It kinda reminds me of you actually. Awak tahu... macam awak dengan Ali. Awak tak suka dia pun tapi awak end up tolong dia juga masa misi pertama awak dengan dia," beritahu Iman. Dia tahu Rudy belum ingat, tapi dia mahu kawannya itu tahu juga pasal perkara tersebut.

Rudy terkedu. Bila Iman petik pasal misi pertama dia dengan Ali, dia teringat pula kata yang pernah dia lontarkan pada Ali dulu.

'Leceh betul!'

Yup. Yang itulah.

"Faham, kan maksud saya?"

Rudy mengangguk perlahan sambil merenung pinggan kosong di hadapannya. Tapi waktu tu, aku tolong Ali sebab budak tu dalam team aku je. Bukannya sebab aku kisah ke apa. Rasanyalah...

"See? Itu bukan hipokrit ya, awak. Awak bukannya berlakon baik depan orang lepastu kutuk belakang-belakang. You just being yourself. Awak tak fake. Bila awak tak suka, awak tunjuk aje yang awak tak suka. Tak ada kias-kias dah. Full stop terus," kata Iman akhirnya sudah ke penghujung.

Rudy hipokrit? Huh, jauh sangat! Betullah hipokrit maknanya luar lain, dalam lain. Tapi luar lain dan dalam lain yang dimaksudkan, bila seseorang itu buat-buat baik atau suka secara terbuka namun hakikatnya dalam hati dia membenci habis-habisan.

Dan itu bukan Rudy. Rudy lain. Hanya mereka yang 'celik' sahaja boleh nampak warna sebenar lelaki itu. Iman sendiri tak tahu bagaimana hendak menjelaskannya tapi perbezaan Rudy dengan orang lain sangat ketara.

"Saying you didn't care when you clearly act like one is kinda cute. Maybe that's why I like you. You just being yourself," gumam Iman perlahan. Bibirnya masih tidak lekang senyum.

Rudy terkedu. Dia lantas mengangkat wajahnya, memandang Iman. Walaupun dia tahu Iman hanya menggumam perlahan tapi dia masih dapat menangkap kata-kata gadis itu.

"Kau cakap apa tadi?"

Senyum di bibir Iman terus mati. Oh, shoot! Rudy dengar ke?

"Hmm?" Iman menaikkan kedua belah keningnya ke atas sambil mengetap bibirnya, memandang Rudy.

"Kau cakap kau suka aku?" Kening Rudy ternaik sebelah.

"Ish, mana ada. Bila masa saya suka awak?" bohong Iman, melarikan matanya.

"Oh... kau tak suka aku la ni? Kau benci aku ke?" soal Rudy sudah bernada sentap.

Iman berkalih memandang Rudy semula. Dah kenapa pula dia pikir macam tu?

Iman mengeluh perlahan. "Saya sukalah."

"So betullah kau suka aku?" soal Rudy lagi sengaja ingin mengusik.

Terseringai muka Iman bersama matanya yang sudah terbuntang besar. Soalan perangkap!

"Ta... taklah! Awak ni kenapa?" soal Iman sudah menampar meja geram. Habis merah terbakar muka dia menahan malu.

"Kalau saya suka awak betul-betul macam mana?" Iman memberi soalan cepu emas. Nak jugak tahu jawapan Rudy. Suka sangat sakat orang, kan?

Rudy menjongketkan bahunya ke atas. "Aku okey je."

Iman memandang Rudy sebal. Itu je jawapan awak? Ah, sudahlah! Malas saya nak layan. Saja ja, kan kasi ayat pusing-pusing macam tu. Huh, sakit jiwa anak!

Iman mendengus kasar. Dia melarikan wajahnya yang merah padam sambil bersilang lengan. Masam mencuka habis muka dia.

Lelaki memang semua macam ni, ke?

'Aku okey je.'

Memanglah! Awak je yang okey, saya tak okey. Pedih tahu tak bertepuk sebelah tangan ni. Huh!

Rudy menyimpan senyum melihat muka Iman yang tak ubah macam tomato. Kalau bukan sebab mahram, sudah lama dicubit-cubit pipi Iman tu. Geram!

"Iman." Rudy memanggil dengan nada yang berlainan.

"Apa?" sahut Iman, malas nak layan.

"Pandanglah aku," pujuk lelaki itu.

Iman mengetap rahangnya. Tak nak! Merajuk dua minit!

Iman memejamkan matanya, cuba menenangkan jantung yang tak berhenti berdegup kencang. Bayangkan, duduk dekat meja je pun dah rasa macam berlari satu padang.

Rudy tersenyum kecil sambil menjuling ke atas. Melihat perangai malu Iman membuatkan dia rasa tergeli hati. Rasa macam...

Comel? Kalau dah muka merah macam tu, comellah kot.

"Kau jangan sampai aku paksa." Botol air yang terletak di hadapan Rudy, dialihkan ke tepi supaya dia dapat memandang Iman dengan lebih jelas.

Iman mencebikkan bibirnya. Paksa? Haa, awak paksalah, paksa. Awak buat apa-apa dekat saya, saya cekik awak nanti!

"Meet my eyes, lady." Rudy bersuara lagi dengan lebih lembut.

Iman memejam matanya rapat dan menggigit bibirnya kuat. Terasa seperti nak menjerit tapi ditahan. Semakin kuat pula jantungnya berdegup mendengar suara Rudy.

Iman rasa macam hatinya sudah menjerit bagai orang gila. Apa benda ni? Lady? Baru je merajuk tak sampai seminit dah cair? Tak guna, betul!

Sejak bila Rudy macam ni? Kalau dia buat suara macam ni selalu, agaknya berapa ramai dah yang sangkut?

Iman menarik nafasnya dalam. Tangannya sudah diletakkan di atas meja semula. Perlahan-lahan dia membawa matanya memandang Rudy.

"Yes?"

Apabila mata Rudy dan matanya bersabung, Iman terhenti. Melihat senyuman manis dan ikhlas daripada bibir Rudy, Iman bagaikan terpana. Nampak lain sangat. Handsome!

"Thank you," ucap Rudy.

Kening Iman bercantum. "For?"

Rudy kekal senyum lalu mengambil kain yang berada di dalam poketnya.

"For accepted me as your friend."

Kain yang sama Rudy beri pada Iman ketika kaki gadis itu terseliuh dulu. Dan kain itu jugalah yang membaluti lukanya ketika dia di lorong bersama Iman dulu.

"For helped me convert into islam."

Dia menyelitkan kainnya itu ke bawah pergelangan tangan Iman yang terletak di atas meja lalu diangkatnya sedikit ke atas.

"And..." Rudy mengikat kainnya di pergelangan Iman. Dia tahu Iman agak tersentak dengan tindakannya tapi dia abaikan sahaja.

"For not giving up on me." Rudy berkata sambil membawa matanya bertemu iris Iman. Lengannya yang bersilang diletakkan di atas meja.

"Aku akan selalu ingat kau," katanya lagi penuh tersirat.

Iman terkesima. Dia tak mampu berkata apa. Kain yang diikat di pergelangan tangannya dipegang dan dibawa ke dada. Matanya tidak teralih daripada memandang Rudy.

'Wow, Iman... you just got melted by the coldest agent ever! How ironic...' desis hati Iman tak keruan. Gilak!

"Sam... sama-sama." Iman tertunduk malu.

Rudy mengekalkan senyumannya di bibir. Lengannya yang bersilang diletakkan di atas meja sambil memandang Iman.

Selalu ingat. Aku dah ingat, Iman. Tapi aku tak boleh bagitau kau. At least, bukan sekarang. Tak sehingga M.A.T.A. berjaya memberkas lelaki yang dah serang kau dulu.

Wajah Rudy tanpa sedar, telah berubah tegang. Matanya juga sudah tidak lagi merenung Iman. Teringatkan lelaki itu, membuatkan darahnya panas mendidih secara automatik.

Martin.

Lelaki yang banyak menyimpan rekod jenayah. Sanggup mencederakan yang tak bersalah kerana inginkan apa yang dia mahu. Sanggup juga membunuh demi mendapatkan maklumat yang satu. Dan maklumat itu ialah Iman sendiri.

Semua teka-teki ini, akhirnya berjaya diselesaikan dengan bantuan seorang perempuan. Maria Lania, bekas kawan baik Iman ketika dia berumur tiga belas tahun. 

Kata perempuan itu, lelaki yang diupah ayahnya adalah seorang pembunuh. Marla menyangka Mono menyorok di belakang semak untuk membunuh Iman namun sangkaannya jauh meleset. Lelaki itu datang hanya kerana ingin mengambil nyawa abang susuannya, Hanzalah Aryan. 

Kekeliruan di situ menimbulkan satu persoalan di benak fikiran Rudy. Mengapa Marla menyangka Mono mahu membunuh Iman? Setelah lama bertanya, rupanya Dato' Mikael Harrith, ayah Marla memang sudah lama tidak sukakan Iman. Sejak mereka mula berkawan lagi dato' seolah menentang persahabatan mereka. 

Dato' Mikael juga sering memukul Marla kerana masih berkawan dengan Iman. Mengapa dato' bencikan Iman, itu masih lagi tidak diketahui. Dato' seolah membenci Iman tanpa sebab dan itu amat memeningkan Rudy.

Setiap perbualan dia bersama Marla seketika tadi dirakam. Dan pita rakaman suara tersebut telah pun diberikan kepada jeneral sebaik sahaja Rudy sampai ke akademi. Martin tak lama lagi akan ditangkap. Atau nama sebenarnya ialah Mikael Harrith bin Muhammad.

Semuanya bermula pada awal, di mana Rudy diberi misi untuk mendedahkan identiti Martin yang mana intel M.A.T.A. mengatakan, lokasi lelaki itu berada berdekatan kawasan persekolahan Iman. Jadi M.A.T.A. dengan sebulat suara telah mendaftarkan Rudy ke sekolah yang sama dengan Iman. Oleh kerana Rudy agak baru dengan suasana sekolah, maka Iman juga telah diberikan misi untuk sentiasa memantau lelaki itu agar dia biasa dengan keadaan di sana.

Serang Iman semasa Iman berada di belakang surau seorang diri. Mencari Iman sehingga ke rumahnya pada waktu petang. Dan maklumat M.A.T.A. yang memberitahu lokasi Martin adalah berdekatan dengan kawasan Iman. Semua jejak ini akhirnya membawa kepada satu jawapan. Iman.

Melihat daripada keadaan Iman yang kekal ceria dan seperti tidak serabut, nampaknya dia memang tak tahu langsung yang dia sedang dikejar.

Rudy mahu memberitahunya tapi tak boleh. Jeneral tidak izinkan. Katanya, ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. Jadi buat masa sekarang, misi Rudy yang perlu membongkarkan identiti, diganti dengan misi yang perlu sentiasa menjaga Iman.

Ke mana sahaja Iman pergi, Rudy mesti ada sekali. Jika sudah dijejak sehingga ke rumah, tak mustahil Martin akan bertindak lebih agresif. Macam-macam boleh terjadi jika gadis ini bersendirian.

Aku yakin, kau yang dia cari. Kau yang dia nak. Gertus hatil kecil Rudy.

Hari ini, hari khamis. Jadi, sudah hampir lima hari aku sembuh dari penyakit amnesia aku. Setakat ini, yang tahu cuma mentor dan jeneral saja.

Aku nak bagitahu kau tapi selagi Martin tak ditangkap, aku tak boleh. Dan kalau dia ditangkap sekalipun, aku tak rasa aku mampu bagitahu kau semua tu. Aku tak tahu kenapa tapi berat sangat hati aku nak lepaskan kau.

Aku risau atau sebenarnya takut. Aku takut kau tak nak berkawan dengan aku lagi. Sebab tujuan asal kita mula rapat pun sebab kau nak tolong aku sembuh.

Rudy mengeluh kecil. Sekarang bila dia dah sembuh, dia tak rasa dia mampu beritahu Iman. Kerana dia sudah mula selesa dengan gadis ini. Kehadiran Iman membuatkan Rudy rasa ceria. Rasa gembira. Jujur Rudy kata dari hati, kekosongan yang dia rasai selama ini telah diisi dengan kehadiran Iman. Dia tidak lagi rasa sunyi.

Kebimbangan Rudy cuma satu. Dia bimbang jika Iman tahu dia sudah sembuh, Iman akan mengangkat kaki tinggalkan dia seorang diri. Dan rasa kosong yang memakan dirinya sebelum ini akan kembali. Rasa sunyi yang bakal dia alami akan memedihkan lagi segala isi di hati.

Setiap kali Iman tersenyum, Rudy gembira. Tapi bila Iman sedih, Rudy rasa tak senang. Kalau Iman hilang dari pandangan mata, Rudy terus risau.

Jantung Rudy berdegup lebih laju dari normal setiap kali Iman datang dekat. Tangannya jadi sejuk tiba-tiba bila Iman bercakap dengannya. Dan nafas Rudy juga sering bergerak tak teratur setiap kali Iman merenung anak matanya. Semua yang dia rasa betul-betul buatkan dia naik gila.

Apa maksud semua ni? Belum pernah dia rasa overwhelmed dengan sesiapa dan Iman orang pertama yang membuatkan Rudy jadi tak tentu hala.

Mungkin betul apa yang Jet cakap tadi. Rudy suka Iman ke?

Aku suka dia ke?

Tak semena-mena telefon Rudy berbunyi. Dia lantas mengeluarkan telefonnya dari dalam poket.

Tanpa melihat siapa si pemanggil, Rudy pantas mengangkat panggilan. Namun belum sempat dia membawa telefonnya ke cuping telinga, dia sudah terdengar bunyi esakan perempuan daripada hujung talian. Kening Rudy bertaut rapat. Siapa pula ni?

"Hello?" Rudy berbunyi.

"Tolong I."

Rudy terhenti. Tubuhnya secara spontan tertegak sendiri.

"Maria?"









********

[AKAN DIEDIT]
Total words: 2.6k

Why did I ever decided to make fanfic?! **crying in dibidibidis

Continue Reading

You'll Also Like

52K 255 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...
254K 22.8K 62
Aleena Raudhah mendapat e-mel dari entah siapa setiap minggu. Isi Kandungan e-mel itu sentiasa membuatkan dia tertunggu-tunggu. Umpama membaca quotes...
398K 18.6K 47
Zawana ialah gadis berumur 22 tahun. Cubalah teka. Dia tersuka dekat abang kawan dia, Akmal. Akmal ni pulak abang sulong daripada 3 orang adik beradi...
57.9K 260 18
kisah seorang ustazah sekolah agama terjebak ke pelacur