ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWR...

By shirxyvki

41.8K 5.2K 2.2K

[SINCE 2020] Tajuk: Ingatkan Dia (rudyman) Genre: Fanfiction ft. Angst Series: Ejen Ali [Wau Animation] Statu... More

Prologue: Amnesia [EDITED]
Bab 1: Mana
Bab 2: Senior
Bab 3: Keluar [EDITED]
Bab 4: Akhirnya [EDITED]
Bab 5: Kunci
Bab 6: Maaf
Bab 7: Rumah
Bab 8: Demam
Bab 9: Makmal
Bab 10: L[K]awan
Bab 11: Terungkap [ON-EDITING]
Bab 12: Sebab?
Bab 13: Flash
Bab 14: Ingat
Bab 15: Bersalah
Bab 16: Batas [EDITING]
Bab 17: Pasar [EDITING]
Bab 18: Dia [EDITING]
Bab 19: Keseorangan [EDITING]
Bab 20: Pengakhiran [EDITING]
Bab 21: Terlanggar
Bab 22: Maria Lania
Bab 23: Rival [EDITED]
~SSWY~❄⛄ [TENGKIU❤]
Bab 25: Martin [EDITING]
Bab 26: Kerana Kasih [EDITED]
Bab 27: Silap
Bab 28: Dedah [EDITED]
Bab 29: Tembak [EDITING]
Bab 30: Berkas (AKHIR)
Bab 30: Diari (GURAU)
Bab 31: Tukar [EDITED]
Bab 32: Dulu
Bab 33: Runtuh [EDITED]
Bab 34: Sedar
~SSWY~❄️ [MatRiYa❤️]
Bab 35: Love
Bab 36: Déjà vu [EDITED]
Bab 37: Harapan [EDITED]
Bab 38: Rindu [EDITED]
Bab 39: Kembali
BAB 40: Trauma
BAB 41: Cuti?
Bab 42: Pantai
Bab 43: Balik
BAB 44: Healing
BAB 45: Berbaik
BAB 46: Pulang
BAB 47: Teman

Bab 24: Feelings [EDITED]

887 117 129
By shirxyvki

"KAU dengar tak apa aku cakap tadi?"

Rudy berdecit kecil. Sedikit menyampah.

"Apa benda?"

Jet mengeluh kasar. Kurang asam sungguh.

"Aku cakap... since kau pun dah muslim, jomlah kita berjemaah sama-sama malam ni," cadangnya sekali lagi.

Ceh, itu je? Rudy mengangguk sekali dan membalas 'okey'.

Kening Jet bertaut rapat. Kenapa dia rasa lain sungguh dengan kawannya ini?

"Kau ni kenapa? Kau pandang apa?" soal Jet bertubi. Hairan dia dengan gelagat rakannya. Lehernya juga turut dipanjangkan meliar ke seluruh sudut.

Bukan dia tak perasan tangan Rudy. Daripada tadi lagi terkepal-kepal macam tengah marah. Kalau bukan sebab sut ejen itu, nampak sudah segala urat berjaluran. Apahal? Kau nampak jebon ke?

"Takda apalah," jawab Rudy mengawal reaksinya.

Jet menayangkan muka sebalnya. Seperti biasa dia memang tak pernah percaya dengan Rudy. Walaupun Rudy memang pandai menipu tapi mereka sudah lama berkawan.

Jet memanjangkan lehernya lagi mencari sesuatu atau lebih tepat lagi seseorang. Jumpa saja dia dengan 'orang' itu, Jet terhenti seketika. Oh... ini ke sebabnya? Ini bukan apa tapi siapa.

Mata Jet dibawa memandang Rudy. Bibirnya tanpa dipaksa mengulum senyum penuh makna. Oh, kawanku...

"Kau pandang Iman, eh?"

"Kalau aku pandang dia pun, kenapa?" Rudy berkata tanpa sedar dan lantas dia terpempan. Kejap, apa?

Jet agak terkejut dengan jawapan yang diberi kawannya itu. Cara Rudy menjawab lain betul nadanya. Macam cemburu bercampur marah aje. Selalunya kalau Rudy yang 'sebenar' dia akan palau aje. Paling geram pun jeling.

Belum pernah Jet melihat sisi kawannya yang... rapuh? Tak, tak bukan. Gelabah! Kawan kita ini dah gelabah. Rudy sebenarnya cemburu dengan Chris dan dia tak tahu nak buat apa dengan perasaannya itu.

Jet menepuk dahinya secara mental dan tergelak serupa orang gila dari dalam. Oh, my friend. Nampaknya anda begitu 'baru' dengan hal perasaan menggebu ini. Takpo, takpo. Abe Jet ado.

Jet tersenyum meleret sambil memandang Rudy. Kepalanya ditongkat pada kepala sofa ruang legar akademi itu.

Berkerut dahi Rudy melihat kawannya yang sudah bertukar biul. Apahal gila?

"Kenapa kau pandang dia?" soal Jet buat-buat tak tahu.

Rudy membisu. Matanya ditala ke setiap ruang legar ini. Waktu-waktu begini dia tak mahu membuka mulutnya, kerana Rudy tahu otaknya takkan mampu berfikir secara rasional.

Sekali lagi Rudy menggerakkan bibirnya, pasti hilang segala apa yang dia panggil maruah. Entah sejak bila dia reti menggelabah pun tak tahu.

Melihat Rudy yang dah serupa cacing kepanasan, Jet tergelak dalam hati. Peluang!

Jet berdecit dan buat-buat pening. Pelipisnya dipicit perlahan-lahan. Rudy mengerling saja Jet penuh sebal. Minta penampar sungguh la...

"Haih... aku tak pahamlah kau ni. Awal-awal haritu aku ajak kau jumpa Iman bukan main lagi kau marah aku. Ego, cakap perlukan masa la. Sekarang, kau tengok. Mata tu asyik nak perhati je, macam mana ni?" ujarnya menahan diri dari tertawa.

Panas rasa telinga Rudy dek menahan malu. Dia menarik nafas dalam cuba menenangkan jantungnya. Terasa bagai dicarik pula hati ini.

Memang Rudy tak nafikan apa yang Jet cakap tadi itu benar belaka. Tapi perlu ke ungkit? Sepak kang.

Melihat muka Rudy yang sudah berona merah, ketawa Jet terus meletus.

"Mengaku je la, weh. Kita sama-sama lelaki, jadi aku tahulah pandangan tu macam mana. Berbeza. Kau sebenarnya dah syok kat dia, kan?" soal Jet terus tanpa selindung. Inilah namanya go straight no kona-kona.

Rudy diam mengetap rahang. Bahang betul rasa segenap mukanya. Nafasnya cuba dikawal sebaik mungkin.

Marah? Mungkin. Malu? Mungkin. Menyampah? Sudah tentu! Rudy rasa nak gari saja Jet dan gantung di siling akademi.

"Dah la weh tak payah la nak menipu. Telinga kau pun dah merah teruk dah tu." Ketawa kecil Roza di akhir kata turut sama tumpang sekaki.

Makin puas hatinya melihat mata Rudy yang sudah terbuntang. Balasan! Disebabkan kau hampir bagitahu Jet pasal perasaan aku tadi, inilah makannya. Tak guna kau, rambut durian.

"Chris!" laung Jet tiba-tiba.

Nafas Rudy terhenti semerta. Dah apa pula pakcik getah ni nak buat sekarang.

"Gapo dio?" sahutnya dari jauh.

"Sini kejap!" pinta Jet pula. Dia lantas berkalih memandang Rudy semula sebaik Chris sudah melangkah mendekati mereka.

"Haa, Iman dah duduk sorang-sorang tu. Pergilah kat dia," suruhnya sambil menolak bahu Rudy.

"Kau gila?" Rudy menepis tangan Jet.

"Pergi je la. Aku ada benda nak cakap dengan Chris," paksa Jet, memberi alasan yang tidak logik.

"Kau yang nak cakap dengan dia, apa kaitannya dengan aku?" dengus Rudy tetap juga tak berganjak. Macamlah dia tak tahu taktik murahan pakcik ni.

"Kau temanlah Iman dulu sementara aku bercakap dengan Chris kat sini," pujuk Jet lagi.

Namun seperti yang disangka, Rudy tetap juga berkeras. Rudy tak mahu atau lebih tepat, Rudy ego. Jet mendengus halus. Apa ke payah sangat landak ni? Orang nak tolong pun tak nak.

Kadang Jet sendiri pun tak faham dengan spesiesnya. Dah suka tu buatlah cara suka. Ini tidak, jeling dari jauh dengan tangan terkepal-kepal. 

Mujur saja masa disergah tadi tidak melayang penumbuk Rudy ke muka Jet. Kalau tidak, habis senget muka dia yang lawa itu.

"Mung nok gapo?" soal Chris sudah berdiri di hadapan mereka.

Bibir Jet melebar dengan sendirinya. Cun! Sekarang Chris sudah ada di sini, Rudy dah takda pilihan lain selain duduk dengan Iman di sana.

"Kau tengok tu, dia dah duduk sorang-sorang. Aku rasa nak tak nak, better kau pergi teman dia. Yalah, dia kan perempuan. Nanti datang pulak orang kacau dia, tak ke susah?" ujar Jet sekali lagi pada Rudy dengan menggantikan nama Iman kepada 'dia' agar tidak disyaki Chris.

"Malas aku. Buang masa." Rudy merengus halus lalu mengangkat punggungnya dan berlalu dari situ. Makin lama dia sini, makin sakit hati.

"Hmm, sekurang-kurangnya kita dah cuba." Roza berkata

"Gapo bendo mung nok nge..."

"Shh. Tengok tu." Jet meletakkan jari di bibir tidak sengaja memotong persoalan Chris.

Wajah Chris berkerut. Apa benda? Penatlah dia dengan Jet ni. Sebaik mata Chris menangkap apa yang terjadi terus wajahnya terkendur sendiri.

"Kita berjayalah..."


═ ∘◦❦◦∘ ═


Rudy mengatur langkah ingin ke bilik latihan simulasi. Rutin biasa yang selalu dia akan habiskan masanya dan dia lakukan untuk kekusutan di kepala. Rudy perlukan latihan untuk buatkan dia kurang stres sekarang ini.

"Aku rasa nak tak nak, better kau pergi teman dia. Yalah, dia kan perempuan."

Terngiang kata-kata Jet di telinga Rudy. Dah macam pita rosak.

"Nanti datang pulak orang kacau dia, tak ke susah?"

Eh, biarlah! Takda kena mengena pun dengan aku. Tempelak Rudy dari dalam. Menyampah tahu tak, menyampah? 

Kenapa Rudy rasa perasaannya ini macam bola getah? Makin kuat ditendang, makin tinggi pula melantun. Semakin hampir dia dengan bilik latihan, langkah Rudy terhenti pula.

Rudy mendengus kasar akhirnya menukar langkah. Seketika, dia nampak Iman yang sudah di hadapannya. Ah, perasaan ini benar-benar tak guna!

"Buat apa sorang?" soal Rudy. Soalan tak kreatif.

Tersentak Iman melihat Rudy yang sudah berdiri di sebelahnya.

"Hmm? Oh... takda buat apa." Iman menggeleng perlahan dan tersenyum kecil.

Rudy mengangguk. Seketika kemudian, situasi di antara mereka canggung semerta. Rudy mengusap belakang tengkuknya manakala Iman pula tertunduk bermain dengan makanannya. Masing-masing membisu.

'Kenapa Rudy kat sini?' desis Iman dalam hati.

'Aku nak cakap apa dengan dia?' Rudy bermonolog sendiri.

"Awak..."

"Kau..."

Dua-dua tersentak. Jantung Iman berdetak lebih laju dari biasa. Rudy pula sudah meneguk air liurnya berkali-kali.

"Kau cakaplah dulu."

"Eh, takpa. Awak cakap la dulu. Saya terlupa saya nak cakap apa tadi," kata Iman sambil tersenyum hambar.

Iman tak tahu dah kenapa bibirnya tiba-tiba saja berbicara sendiri. Padahal dia sendiri pun tak fikir lagi nak sembang apa dengan Rudy. Huh, dah macam drama. Klise sangat! Menyedihkan.

"Kau... marah aku ke?" soal Rudy setelah lama membisu.

Tercantum kening Iman mendengar soalan itu.

"Marah awak?" soalnya, bingung.

"Kau macam tak nak cakap dengan aku je."

Iman jeda sebentar. Apakah? Terkedip-kedip matanya secara mental. Dia salah dengar atau Rudy yang dah tertukar sifat? Sejak bila Rudy pernah kisah kalau Iman tak mahu bercakap dengannya?

"Kau macam tak suka je aku kat sini," tebak Rudy sebaik mendapat reaksi Iman yang seperti disangka.

Tersentak Iman dengan konklusi melulu Rudy.

"Sorry la kalau aku mengacau."

Tak, awak...

"Kejap." Iman melangkah setapak ke depan.

Rudy menoleh memandang gadis yang menahannya daripada pergi jauh.

"Awak nak duduk?"

"Haa?" Kening Rudy tercantum spontan. Tiba-tiba pekak.

"Saya baru teringat saya nak cakap apa tadi dengan awak. Awak nak duduk dulu tak?" kata Iman, mengulang soalannya kepada Rudy.

"Kat luar?" cadang lelaki itu.

"Boleh juga." Iman mengangguk perlahan setuju. Sebaik Rudy membuka langkahnya, dia mengikuti lelaki itu dari belakang. 

Sempat gadis itu menyambar beg kecilnya yang terletak di atas sofa ruang legar Cyberaya. Iman membalas senyuman Jet, Roza dan Chris. Tapi senyuman Jet agak menyeramkan hati hawanya.

"Goodluck."

Tertoleh kepala Iman memandang Jet dengan dahi yang sedikit berkerut. Dia yakin itu suara Jet tapi... Jet cakap dengan dia ke? Apa yang goodluck?

"Iman!" pekik Rudy, menyentakkan gadis itu.

"Aak!" Terjerit Iman tika bahunya terlanggar pintu utama akademi.

"Kau ni kenapa?" Rudy yang di tangga pantas berlari semula ke atas ingin mendapatkan ejen kombat itu.

Berkerut dahi Iman mengusap bahunya. Sakit gila! Nasib baik Rudy pekik namanya tadi. Sempat la juga Iman menoleh ke depan untuk brek mengejut. Kalau tidak, mahu terjatuh tersembam dia nanti.

"Kau okey tak?" soal Rudy lagi risau. 

Matanya sempat mencerlung Jet yang sedang menahan tawanya bersama dua manusia di belakang itu. Bukan Rudy tak perasan sebab apa Iman berjalan tak tengok depan tadi. 

Kenapalah dia punya langkah ni besar sangat? Dah sampai tangga baru perasan Iman takda di belakang.

Iman mengangguk dalam paksa. Tak mahu lelaki itu risau. Lagipun salah dia juga jalan tak tengok depan.

Melihat anggukan Iman, Rudy menghela nafas sedikit lega. Dia kembali menyambung langkahnya diikuti gadis itu. 

"Awak," panggil Iman dari belakang dan Rudy segera menoleh.

"Nah," hulur gadis itu bungkusan roti floss kepada lelaki itu. Roti yang dari tengah hari tadi dia simpan dalam begnya. 

Rudy berkerut kehairanan.

"Mesti awak belum makan, kan?" tebak Iman faham dengan maksud tersirat wajah lelaki itu.

Wajah Rudy mula dikendur dan roti itu disambutnya tanpa bunyi. Memang dia sudah janji dengan Iman untuk terima apa saja makanan yang diberi gadis itu.

"Awak jangan amalkan benda macam tu lagi boleh tak?" Iman sudah membuka mukadimahnya untuk mengomel. 

"Bahaya tau. Dah la tadi awak buat ujian, tak makan apa-apa. Nasib tak jadi benda buruk. Kalau terjadi lagi benda yang..."

"Kalau kau nak membebel aku tak nak makan," lawan Rudy memotong kekata Iman sambil melipat lengannya. Nasib roti di tangan sempat digenggamnya erat.

Iman menggigit bibirnya, menahan geram. Ingin saja dia luku kepala lelaki ini dengan tangannya yang sudah tergenggam. 

Nak melawan pun biar berasaskan sikit tak boleh ke? Marah gadis itu dari benak. Iman mendengus mengalah lalu mengambil tempatnya di bawah pokok yang redup.

Rudy tersenyum kemenangan melihat wajah geram Iman. Marah pun macam kucing, ingat aku takut ke? Tak seram langsung. Rudy gelak jahat dalam hati.

Rudy bersandar pada pokok yang membawa sisi tubuhnya menghadap Iman yang membelakangi pintu utama akademi. Berjarak juga dia dengan gadis itu. Plastik roti itu dibuka dengan mudah.

Tanpa sengaja mata Rudy mendarat pada Jet dan Roza yang sedang berdiri di belakang Iman. Atau lebih tepat di muka pintu depan akademi. Terus terjatuh tangan Rudy yang memegang roti ke atas peha sambil mengeluh berat.

Dia melihat Jet sudah menayang wajah nakal sambil bermain dengan keningnya. Sementara Roza pula sekadar menaikkan ibu jarinya dengan senyum nipis.

Rudy cuba mengawal reaksinya. Tak habis-habis lagi ke? Jet di sana Rudy perasan sedang menggerakkan bibirnya seperti hendak menyampaikan sesuatu. 

'Cakap.'

Dia menyumbat ke dalam mulut roti serunding yang diberi Iman tadi.

'Kat Iman.'

Dahi Rudy berkerut seketika. Selang beberapa saat dia mula faham. Terus berubah wajahnya. Weh, tolong jangan...

'I love you.'

"Uhuk!" Terduduk Rudy akibat dadanya yang sempit.

"Rudy? Awak ni kenapa?" soal Iman ternaik sedikit nadanya kerana terkejut bercambur risau.

Gadis itu tanpa disuruh, laju saja membuka penutup botol mineral di tangannya dan dihulur pada Rudy. Lelaki itu pantas menyambutnya lalu diteguk air itu rakus.

"Indirect kiss!" jerit Jet dari jauh.

Rudy tersedak. Botol air mineral di tangannya, dihempas ke atas tanah dan digenggam sehingga kemek. Dia mengetap rahangnya kuat.

Terhinjut bahu Iman dek terkejut. Habis basah rumput-rumput di sini dengan percikan air yang terkeluar dari botol. Urat-urat halus pada dahi Rudy mula kelihatan.

Iman mengetap bibirnya. Lebih baik dia diam. Gadis itu meneguk liurnya dan kembali duduk di tempatnya tadi yang agak berjarak dengan Rudy.

Okey... sabar, jangan marah. Buat apa nak marah? Tenang, bro. Rudy menarik nafas tika menenangkan diri sendiri.

Seketika, telefonnya lantas dikeluarkan lalu nombor Jet dicari. Jumpa saja, Rudy mengetik beberapa abjad dan hantar.

Satu saat. Dua saat. Tig...

"AHAHAHAHAHAH."

Meletus bunyi tawa bahagia Jet dari dalam. Rudy mencerlung penuh sebal. Perangai tu memang dasar a'uzubillahi minashaiton!

Tercantum kening Iman mendengar gelak Jet yang tiba-tiba bergema. Dah kenapa dia? Malas hendak berfikir lebih, Iman terus membuka plastik roti di tangan. Matanya ditala memandang Rudy pula.

"Awak... okey tak ni?" soal Iman lambat-lambat.

Rudy menggumam kecil lalu mengangguk sekali dua. Malas dia nak panjangkan cerita. Bukan ada manfaat pun.

Rudy menarik nafas dalam lalu menghembusnya perlahan. Akhirnya... dia dapat bernafas dengan tenang tanpa gangguan perosak. 

Kepala Rudy tertoleh secara refleks dan spontan retinanya mendarat pada Iman. Berkerut dahi lelaki itu perhati cara Iman menjamah rotinya.

"Kau memang makan cubit-cubit, eh?" soal Rudy.

"Hmm? Oh, haah..." Iman mengangguk perlahan.

Tak jugak. Ayat terakhir itu Iman simpan dalam hati. 

Rudy mengherotkan bibirnya ke tepi lalu menjuling ke atas. Faham sangat dia sebenarnya.

"Dah la, makan. Aku tak tengok," kata Rudy, mencampakkan pandangannya pada parit akademi yang suci tanpa pencemaran.

Terkedu Iman semerta. Sisi tubuh lelaki itu diperhatikannya seakan tak percaya. Rudy boleh baca dirinya?

"Janji," ujar lelaki itu lagi.

Iman terdiam untuk seketika. Setelah yakin dia yang Rudy berkata benar, lantas roti itu sumbat ke dalam mulut.

"Dah ke belum?" soal Rudy saja mengusik.

"Kejap, sabar," balas Iman sedikit marah. Jangan nak berani toleh! Tadi kata janji. Desir hati hawanya sambil mencerlung Rudy tajam.

Rudy menahan senyum. Lantas dia berdehem kecil ingin menghilangkan rasa geli hatinya. Agaknya perempuan memang tak suka orang tengok diorang makan kot.

Terutama sekali kalau orang itu lelaki. Perempuan dan insecure berpisah tiada. Rudy mengangkat sebelah bahunya secara mental. Malas dia nak fikir lebih.

"Okey dah," kata Iman menepuk-nepuk tapak tangannya.

Rudy tidak mengangguk, tidak juga menggeleng. Dia pun dah habis. Matanya masih melekat hebat pada keindahan alam di pulau ini. Lautan sekeliling yang terkadang bersinar memantulkan cahaya itu sedikit menyilaukan mata.

Tanpa sedar Rudy sudah tersenyum tenang. Terpukau dia sebenarnya. Burung-burung yang bebas terbang di atas awan sana juga berjaya mencuri perhatian jiwa adamnya. 

Sementelah juga dengan pemandangan bandar Cyberaya daripada pulau ini. Sungguh memukau. Ini baru siang, Rudy lebih suka pada waktu malam. Auranya terasa lain.

"Sini sampah awak."

Tersentak Rudy tatkala Iman terus mengambil plastik sampah roti dari tangannya dan botol plastik di sebelah. Terus kepalanya berkalih memandang gadis itu. Rudy memerhatikan saja Iman yang melangkah pergi untuk membuang semua sampah mereka.

Apabila gadis itu berpatah balik dan semakin dekat, Rudy segera mengalihkan wajahnya pada parit semula. Entah kenapa, jantung dia tak kuat nak pandang Iman lama-lama. Lebih lagi pada jarak yang dekat.

"Awak memang suka eh duduk sini?" soal Iman sebaik dia melabuhkan semula punggungnya.

Rudy terdiam buat beberapa ketika. Dia tidak terus menjawab. Batu kecil yang terletak di sebelah mula dicapainya.

"Boleh la. Kalau aku malas nak buat apa-apa, aku lepak je sini," katanya lalu membaling batu kecil ke dalam parit.

"Sorang-sorang?"

"Eh, taklah. Dengan tupai," sindir Rudy dengan wajah tak beriak.

Iman berdecit kecil dengan jawapan sarkastik lelaki itu. Orang nak beramah pun nak marah-marah. Bikin hati sakit betullah ini lelaki.

"Sorang-sorang la." Rudy mengerling Iman sekilas. Apa punya soalan la tak berapa nak cerdik.

"Tak bosan ke duduk sorang-sorang?"

"Aku lagi bosan kalau lepak dengan orang."

Tergelak terus Iman dengan jawapan tak bernada Rudy. Mulutnya ditekup bersama wajah yang tertunduk menahan tawa.

Rudy mengekalkan wajahnya yang kosong. Memang betul kalau dia lepak dengan orang, dia makin bosan. Manusia acap kali menyedut semua tenaga daripadanya dengan cara 'bersembang'.

Natijahnya, Rudy pula yang penat kerana perlu berinteraksi dengan komitmen yang langsung takda manfaat. Tadi dia melepak dengan Jet pun sebab kawan itu yang heret.

"Habistu dengan saya?"

Terkedu Rudy dengan soalan tiba-tiba daripada Iman.

"Awak tak bosan?" soal gadis itu lagi sambil menjongketkan bahunya ke atas.

Hening. Terkelu lidah Rudy saat Iman melontar soalan itu. Sungguh otaknya seakan terhenti.

Lama sangat membisu, akhirnya gelak kecil Iman berjaya memecahkan sepi di antara mereka.

"Okey tak, tak. Saya gurau je. Tak perlu jawab," kata gadis itu lalu menggeleng perlahan. Senyuman nipis diulumnya.

Tertunduk kepala Rudy menala rumput-rumput yang menjadi permainan jejari kecil Iman.

"Kau okey," jawabnya masih tertunduk.

Wajah Iman terangkat semerta. Terkedu.

"Aku suka lepak dengan kau," kata Rudy lagi mengalihkan wajahnya semula pada parit. Menyembunyikan hakikat bahawa mukanya sudah merah.

Iman tertunduk menyimpan senyum. Hailah... waktu-waktu macam ni la hati nak tersipu-sipu.

Tak sangka betul. Kalau dulu Iman nak tegur Rudy pun, mesti akan fikir dua tiga kali. Tapi sekarang, rasa macam tak percaya.

Agaknya kalau Rudy dah dapat ingatannya semula, dia masih mahu berkawan dengan Iman ke? Terfikir akan perkara itu, muka Iman berubah tiba-tiba. Matanya dibawa merenung rumput.

Iman tahu, dia pernah cari Rudy duhulu hanyalah kerana ingin membantu lelaki ini pulih dan sihat kembali. Tapi sekarang? Dia rasa berat betul hendak melaksanakan niatnya yang asal itu.

Kalau Iman mahu Rudy kekal begini, tak boleh ke? Maksudnya amnesia yang kekal dan takkan sembuh. Walaupun jauh di sudut hatinya, Iman tahu permintaan itu agak keterlaluan. 

Tapi salah ke dia? Salah ke kalau dia ingin Rudy terus menjadi kawannya? Iman tak mahu Rudy melayannya seperti orang asing seperti dulu.

Iman sudah mula rasa selesa dengan lelaki ini. Iman dah jatuh suka dengan Rudy. Lagi. Awalnya bila Iman dah tahu akan perasaannya ini, memang dia sedaya upaya buat tak tahu.

Sebab Iman yakin perasaan ini hanyalah daripada budak yang tak matang. Dia masih budak belasan. Jadi tak mustahil perasaan ini juga bukanlah asal lahirnya ikhlas. 

Sekadar minat saja bukan suka. Namun perasaan yang cuba Iman diabaikan dulu nampaknya semakin bercambah dari hari ke hari. 

Dan hari ini, perasaan itu seperti ingin memberitahu yang dia tak mahu Rudy melayannya sedingin dan sebeku dulu. Dia mahu Rudy yang sekarang. 

Rudy yang sedikit sebanyak sudah mula membuka hatinya untuk menerima orang lain. Menerima dia.

Iman tergelak kecil. Kelakar pabila memikirkan dirinya yang begitu mementingkan diri sendiri.

Rudy menoleh memandang Iman semerta. Berkerut dahinya tiba-tiba.

"Apahal kau?"

"Awak ingat tak d..." Kata-kata Iman terhenti di pertengahan. Terus berubah 360 darjah air mukanya.

"Takda apalah." Tergeleng perlahan kepala gadis itu.


















════
Total words: 2.9k

hahah 'buat apa sorang?' 😭 i kenot berain 

Continue Reading

You'll Also Like

178K 3.3K 59
ONCE AGAIN ? RHEA ILMELDA, seorang wanita yang berkaliber dan naif tapi kenaifannya tergugat apabila dia telah dimalukan oleh seorang lelaki yang be...
23.4K 267 11
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
1.5K 153 10
Dani Inayat X Fareehal Dahlia
398K 18.6K 47
Zawana ialah gadis berumur 22 tahun. Cubalah teka. Dia tersuka dekat abang kawan dia, Akmal. Akmal ni pulak abang sulong daripada 3 orang adik beradi...