My Adore, Dr. Annoying

By liahhanaa

128K 6.8K 3.1K

Hazwini Raihana, seorang gadis ceria pada setiap masa. Suka menyakat lima orang sahabatnya yang sentiasa bera... More

PEMBETULAN❗
🤍 PROLOG I
🤍 PROLOG II
🤍 BAB 1
🌼 Bab 2
🌼Bab 8
🌼Bab 9
🌼Bab 14
🌼Bab 15
🌼Bab 16
🌼Bab 17
🌼Bab 20
🌼Bab 21
🐯🐣Bab 22
🌼Bab 23
🌼Bab 24
🌼Bab 25
🌼Bab 26
🌼Bab 27
Bab 28🤍
Bab 29🤍
Bab 30🤍
Bab 31🤍
Bab 32🤍
Bab 33🤍
Bab 34🤍
Bab 35🤍
Bab 36🤍
BAB 37🤍
Bab 38🤍
Bab 39🤍
Bab 40🤍
Bab 41🤍
Bab 42🤍
Bab 43🤍
Bab 44🤍
Bab 45🤍
Bab 46🤍
Bab 47🤍
Bab 48🤍
Bab 49🤍
Bab 50🤍
Bab 51🤍
Bab 52🤍
Bab 53🤍
Bab 54🤍
Bab 55🤍
Bab 56🤍
Bab 57🤍
Bab 58🤍
Bab 59🤍
Bab 60🤍
Bab 62🤍
Bab 63🤍
Bab 64🤍
Bab 65🤍
Bab 66🤍
Bab 67🤍
Bab 68🤍
🌼Bab 10
🌼Bab 3
🌼Bab 4
🌼Bab 5
🌼Bab 7
🦋Bab 18
🦋Bab 11
🦋Bab 13
🦋Bab 19

Bab 61🤍

1.2K 92 60
By liahhanaa

Buku rujukan Programming Fundamentals diambilnya lalu helaian di selak untuk dibaca. Matanya elok membaca bait-bait perkataan di dalam buku tersebut seraya otaknya ligat memproses untuk mengingati setiap isi penting. Minggu depan sudah bermulanya peperiksaan akhir tahun bagi pelajar semester tiga. Dalam tak sedar, masa terlalu pantas kerana sudah mahu menghampiri tahun baru.

Hazwini mengeluh. Buku rujukan ditutup perlahan. Penat. Walaupun jadualnya sudah mengatakan sebelum seminggu bermulanya peperiksaan dia diberikan masa seminggu bercuti. Tempoh ini ramai pelajar-pelajar bertungkus-lumus untuk memerah otak mereka dengan mengulang kaji pelajaran.

Sticky note yang terlekat di dinding ditarik,
kemudian di campak kepada tong sampah berdekatan meja belajarnya. Lama selepas itu, matanya beralih memandang meja kerja suaminya yang besar itu. Kelihatan Airil Adryan leka menghadap kerjanya sehingga tidak sedar diperhatikan oleh Hazwini.

Mereka berdua di dalam satu bilik kerja yang luas. Bilik ini juga, Hazwini turut duduk untuk menyiapkan kerja-kerja. Selain itu dia turut menghabiskan membaca novel. Bilik ini juga terdapat mini perpustakaan. Tetapi buku-bukunya adalah buku tentang komputer sahaja.

Macam tak ada life je suaminya ini. Sekurangnya-kurangnya letaklah satu komik Lawak Kampus ke, kan?

"Dah study belum?"

Tersentak Hazwini tatkala suara garau menyapa gegendang telinganya. Dia terlalu khusyuk termenung sehingga Airil Adryan sedar atas perlakuannya itu.

"Dah... Tinggal programming je. Kejap lagi sambung. Nak rest otak jap."balas Hazwini bagi menjawab pertanyaan Airil Adryan. Cermin mata yang dipakainya di mata dibuka lalu diletakkan di atas buku notanya. Kepala dilentokkan dimeja dan mata dipejam rapat.

"Subjek algoritma susah tau... Study hard. Satu, tinggal tempat kosong, seratus ringgit."

"Eleh, spoiler je lebih... Eh? What?! Seratus ringgit? Satu tempat tinggal kosong?! Nooo! Huwaa," terus terbangun dari lentok kepalanya dimeja. Terkejut bukan kepalang dengan bicara suaminya. Mentang-mentanglah dia yang buat soalan!

"Tak ada, no, no! Satu tempat tinggal kosong, seratus seringgit... Ingat senang nak buat soalan? Lepastu paper kena print banyak sebab student bukannya 60 tapi 200 lebih!"

Hazwini terdiam. Bibirnya mula mencebik. Kemudian muka sedih ditayang kepada Airil Adryan.

"Ohya, kalau hentam, seratus lima puluh ringgit, kalau cuai lima puluh ringgit... Jalan kira tak teratur, dua ratus ringgit..." kata Airil Adryan lagi tanpa memandang wajah si isteri. Iris birunya elok menumpukan pada macbook pro miliknya.

Mulut Hazwini sudah terbuka luas. Kemerapuan apakah ini?

"Biar betul..."

"Betul lah...

"Tak..."

"Betul...

"Tak...

"Ey, kang abang campak jugak lah Hana dekat bumbung kondo ni baru tau!" Serius sahaja tuturan lelaki itu membuat Hazwini tergelak besar.

"Rilek, gurau je. Salah satu nak redakan stres."

"Kalau bergurau tu, pada-padalah sikit Puan Hazwini Raihana... Awak tu, dah jadi isteri orang bukannya solo lagi dah."

Usai Airil Adryan menutur ayatnya dia bangun dari duduknya lalu mengorak langkah menghampiri Hazwini. Kerusi yang terdapat di sebelah Hazwini ditarik, lalu melabuhkan punggungnya. Nampaknya Hazwini lansung tidak membalas katanya. Selama ini dialah orang paling kuat kaki menjawab di alam semesta ini.

"Kalau tak faham, boleh tanya abang. Abang tak marah." katanya perlahan.

Hazwini diam. Seperti tadi dia melentokkan kepalanya di meja. Matanya elok merenung iris biru milik suaminya yang turut memanah tepat matanya yang berwarna coklat gelap itu.

"Why? Hana demam ke?"

Perlahan Hazwini menggeleng kepalanya. Beberapa saat, dia memejam mata. Entah kenapa jantung tiba-tiba berdengup laju. Bauan minyak wangi yang dipakai oleh Airil Adryan mula menerpa rongga hidungnya. Tandanya lelaki itu makin dekat dengannya.

Kalau dia ci...

Wini, buka mata kau!

Alhamdulillah. Airil Adryan hanya turut melentok kepalanya di meja seperti mana dia lakukan. Seketika mata mereka berdua bertaut.

"Mind to share? Cakaplah... Jangan diam. Tak tenang tau hati abang tengok Hana macam ni," ujar Airil Adryan serius. Sejak kebelakangan ini, isterinya asyik kelihatan muram, lesu dan tidak bermaya. Tidak mungkinlah tidak move on pemergian Liana ke Itali? Ataupun mengandung? Eh! Mana buat lagi. ehhhhh.

"Tak sedap hati." Akhirnya Hazwini membuka mulut.

"Tak sedap hati kenapa ni, sayang?"

Hazwini diam untuk berapa saat. Dia sedar suaminya pertama kali memanggilnya sayang. Selama ini hanya 'Hana' atau 'sweetheart'. Seketika dia menguntum senyuman nipis.

"Haih dia ni. Orang tengah risau sempat lagi senyum."

Hazwini tetap senyum. "Comel lah abang bila bebel macam ni. Huhuhu. Kalau pakai blusher and lipstick lagi comel!"

"Hana..."

"Alahai, maaf, maaf! Tergurau ehe. Entahlah Hana pun tak pasti kenapa Hana tak sedap hati. Macam ada sesuatu perkara buruk akan berlaku. Tapi tak pasti siapa dia yang kena..."

"Shhhh, nauzubillahiminzalik! Kalau ada rasa hati tu tak sedap ke susah hati atau gelisah, Hana istighfar banyak-banyak dan sentiasa ingat Allah. Bila terjaga tengah malam solat sunat tahajjud untuk bagi kita berfikiran lapang dan hati sentiasa tenang. Al Quran... Ya, ramai anak muda sekarang lalai dalam dunia mereka sehingga lansung tidak menyentuh dan membacanya. Membaca Al Quran adalah satu kaedah terapi untuk menghilangkan stres serta menghilang kegusaran yang melanda hati... Jadi, apa setiap perbuatan kita lakukan mestilah niat kerana Allah. Semoga kita dipermudahkan urusan di dunia mahupun akhirat.
Ha, lagi satu! Doa adalah penting. Sebab setiap habis solat apabila kita baca doa untuk orang lain juga, malaikat akan doakan perkara yang sama untuk kita tetapi dengan nilai yang dilipat kali gandakan. Sama ada mengadu kepada Allah, meminta pertolongan dan sebagainya. Doa pun boleh buang penyakit hati kerana doa yang ikhlas akan menjadikan hidup kita lebih mudah, diredhai dan berkat. Konsep apa abang nak katakan, doalah banyak-banyak kepada Allah S.W.T sebab dialah yang Maha kuasa dalam setiap perkara. "

Tekun sahaja Hazwini mendengar nasihat yang diberi oleh suaminya. Dia tahu tapi... Entahlah. Kegusaran dihatinya kian menebal.

"Insya Allah, Hana akan buat nanti." balas Hazwini sekian lama berdiam diri.

"Kita akan pergi ke Venice bila Hana habis final exam nanti."

Tak berkedip mata Hazwini.

"Buat apa?" soalnya hairan. Tetiba je. Mana tak hairan.

"Buat anaklah..."

"Apa?!"

"Ehem. Jumpa Papa dan Mama lah... They really miss you, tesoro." Semalam Puan Sri Izna ada menelefonnya ingin bertanya khabar dirinya dan Hazwini. Wanita itu meluahkan kerinduaannya terhadap si menantu kepadanya. Memandangkan selepas peperiksaan akhir tahun ada cuti selama dua minggu, bolehlah dia membawa isterinya ke tempat yang digelar sebagai 'City of Canals'. Selain itu, Venice digelar sebagai tempat kota cinta yang sesuai untuk sepasang suami isteri untuk berbulan madu. Kerana disitu mempunyai banyak tempat romantis sesuai untuk si suami dan isteri menikmati percutian mereka. Dengan adanya gondola, mereka akan belayar sepanjang terusan itu.

"Hana pun rindu mama. Tapi Venice tu kat Itali kan? Mesti dekat dengan Pisa Tower ala ala macam menara condong Teluk Intan! Wah tak sabarnya nak pergi..."

Tak ada angin, tak ada hujan tiba-tiba Airil Adryan menghamburkan ketawa. Kuat. Hazwini yang melentokkan kepalanya di meja terus mengangkat kepalanya. Sungguh dia blur.

"Nope, sweetheart... Adeh, lawaklah! Ni kalau Aqil dapat tau ni confirm pergi Pisa lepastu cabut menara tu letakkan kat Venice. Tak sampai seminit, menara tu dah hancur! Tu pun kalau ada tempat lah nak letak menara tu. Hahaha..."Gelak Airil Adryan lagi. Kali ni siap menampar permukaan meja berkali-kali.

Hazwini terpinga-pinga. Dengan rasa geram dia bersuara. "Habistu apa? Manalah Hana nak tahu... Kalau cakap pasal Tokyo ke, Hokkaido ke... Itu Hana tahulah... because that is my favourite place. Sanggup korban mata selama satu jam travel semua tempat kat Jepun dalam maps. Uhu, sadisnya hidup ini." ujar Hazwini penuh kenaifannya.

Kedengaran Airil Adryan ketawa lagi. Entah apa yang lawaknya, pun tak tahulah.

"Abang! Dahlah berhenti gelak tu. Huh, macam ni baik Hana sambung study lah. Erghh!"

"Ha, eloklah tu sambung. Abang pun nak sambung kerja abang ni. Tapi tulah... Tak boleh blah dengan statement Hana tadi. Pisa tower at Venice? Aduh, lawak duh. Nampak sangat tak ada pengetahuan am tentang negara Eropah."

Hazwini mencebik. Setepek ah kena perli dengan suami.

"Eleh. Negara Eropah tak bestlah! Syurga lagi best."

"Yelah... Next time abang cerita tentang Venice dan Negara Itali sekali. Kesian dia tak tahu apa-apa huhuhu. Dah rupa katak bawah mangkuk!"

Hazwini menjeling tajam kepada suaminya. Tak habis nak perli lagi tu!

"Dah habiskan? Sekarang ni nampak tak meja kerja abangkan? Jadi... Shuh, shuh lah anda kesana. Katak bawah mangkuk yang ada gelar sebentar tadi, mahu study... Shuhhh!" Halaunya kepada Airil Adryan secara halus. Kelihatan suaminya sudah membuka langkah kembali ke mejanya.

"Ni kalau viralkan statement  Hana dekat twitter, apalah reaksi dia orang eh..."

Mata Hazwini membulat besar. Laju dia menjerit kecil.

"Abang!!!"

"Hahahaha...." ketawa Airil Adryan meletus. Seronok hatinya mengusik si isteri.

Cho Dong Jib Korean Restaurant, Queensbay mall, Penang

USAI memesan makanan, Hazwini kembali lagi merenung meja makan yang terdapat di restoran ini. Dia sendiri tidak sangka dia akan memakan makanan Korea yang selama ini tidak pernah merasai. Alhamdulillah, rezekinya bersama Adriana, Fify dan Aleya kerana Aisyatul terlebih rajin untuk membelanjai makanan mereka tengah hari. Dan harini juga dia dan sahabatnya selesai menduduki peperikssan akhir tahun bagi semester tiga. Mereka bebas dari peperangan otak. Tetapi ada lagi satu sahaja semester yang perlu mereka tempuhi iaitu semester terakhir bagi tahun hadapan. Walaupun mereka belum bebas sepenuhnya lagi... Mereka tetap akan mengulang kaji pelajaran dan sentiasa hadir ke kuliah.

"Hoi, kau ni dah kenapa? Tengok meja serupa nak telan je. Lek ah tak lari kemana pun Dakjuk dan Seluntang kau tu, Wini..." tegur Aleya yang sedari melihat Hazwini merenung meja.

"Seolleongtang lah, nguk!"

Tersengih-sengih Aleya apabila Adriana menegur sebutannya. Yalah, makanan sini nama-namanya agak pelik. Lagipun pertama kali dia hendak mahu memakan makanan Korea. Tambahan pula, si Adriana sudah tahu negara Korea ini Mungkin sebab rajin menonton Drama Korea.

"Oh.. Tapi tu macam kimchi ke?"

"Tak... ia sup tulang lembu. Sedap weh! Aku pergi Korea hari itu sampai tiga mangkuk aku makan!" sampuk Aisyatul sekaligus menjawab pertanyaan Aleya.

"Alah, sup tulang lembu ke? Aku ingat daging lembu..."

"Aduh, aku lupa lah kau tak suka makan tulang lembu! Ha, sorry Wini!"

Hazwini hanya diam. Selang berapa saat dia berkata. "Tak apa lah... Aku makan dakjuk tu. Tapi dakjuk tu apa?" Sewaktu dia sampai di restoran ini Aisyatul dan Adriana sahaja yang memesan menu memandangkan mereka berdua terlebih arif bab ini.

"Bubur ayam." jawab Adriana.

Hazwini mengangguk kecil.

"Tak apa, seolleongtang tu bagi aku makan. Kau makan bibimbap aku order tu," tutur Aisyatul kepada Hazwini.

"Okey..."

Selepas itu mereka berlima masing-masing berdiam diri. Kedengaran hanya suara pelanggan-pelanggan yang didalam restoran ini.

Seperti tadi Hazwini kembali merenung meja.

"Kau okey tak ni Wini? Macam ada masalah je."

Hazwini tersentak dengan teguran Fify. Pelik. Minah ni khusyuk main game tapi sempat melihat dirinya sebegini.

"Tak ada." Kata Hazwini, jujur. Macam seronok pula merenung meja. Walhal boleh je buat benda lain.

"Tak baik tipu, Allah marah..." celah Aleya.

"Tak ada pun. Ni aku nak tanya sikit. Pisa tower dekat Venice, Itali kan?" soal Hazwini. Baru dia teringat tentang hal itu semenjak kes dia di ketawa oleh suaminya pada minggu yang lalu.

"Zaman punya moden, hei pergi lah search google."

Spontan Hazwini menepuk dahi. Sungguh dia lupa!
Lantas tote bag miliknya dibuka zip untuk mengeluarkan telefon pintarnya.Setelah menekan button on/off di sisi telefonnya, jarinya pantas menekan enjin pencarian maklumat yakni dikenali Google.

The Leaning Tower of Pisa (Italiantorre pendente di Pisa) or simply the Tower of Pisa (torre di Pisa [ˈtorre di ˈpiːza]) is the campanile, or freestanding bell tower, of the cathedral of the Italian city of Pisa, known worldwide for its nearly four-degree lean, the result of an unstable foundation. The tower is situated behind the Pisa Cathedral and is the third-oldest structure in the city's Cathedral Square (Piazza del Duomo), after the cathedral and the Pisa Baptistry.

Reaksi wajahnya mula berubah. Patutlah suaminya bukan main gelakkannya hari itu! Menara Pisa terletak di Bandar Pisa. Bukannya di Venice.Aduh...

Selepas itu jarinya laju menaip perkataan lain di tempat pencarian.

Venice, Italy

Dia membaca maklumat itu dengan penuh teliti.

Venice, the capital of northern Italy’s Veneto region, is built on more than 100 small islands in a lagoon in the Adriatic Sea. It has no roads, just canals – including the Grand Canal thoroughfare – lined with Renaissance and Gothic palaces. The central square, Piazza San Marco, contains St. Mark’s Basilica, which is tiled with Byzantine mosaics, and the Campanile bell tower offering views of the city’s red roofs.

Kini baru Hazwini faham sepenuhnya. Ya Allah... Malunya.... Senang-senang dirinya kena 'cap' oleh Airil Adryan iaitu 'katak bawah mangkuk'.

Fuh...

Telefon pintar diletak kembali dalam totebag. Kepalanya dilentok dimeja seraya memeluk totebagnya itu. Serius malu!

"Ya Allah... Kau dah kenapa ni Hazwini Raihana?" Kata Adriana. Nadanya amat risau sekali.

"Huwaaa aku tengah malu ni. Huhuhu."

Mereka yang lain terpinga-pinga seketika.

"Kejap, kau malu apa ni?"

"Aku malu. Ah, tak nak cakap! Nanti kau orang gelak. Tak nak...!" balas Hazwini menjawab pertanyaan Fify.

"Tak nak cakap sudah. Baik kau bangun. Aku rasa makanan dah sampai tu."

Lantas dia mengangkat kepalanya. Memang betul kata Aisyatul, pelayan sudah menghampiri meja mereka sambil menantang dua dulang.

Usai makanan mereka yang dipesan itu semuanya ada di meja mereka masing-masing sudah menadah doa untuk membaca doa makan.

Fify, sebagai ketua yang mengetuai bacaan doa makan sudah mengaminkannya.

Perlahan-lahan Hazwini mencapai sudu untuk memakan dakjuk. Tiba-tiba rasa tidak selera untuk makan walaupun makanan dihadapannya amat menyelerakan.

"Makan, Wini... Nak aku suap kau ke?" ujar Adriana yang sedang memegang penyepit makanan.

Pantas Hazwini menggeleng kepalanya.

Dengan terpaksa dia mula makan. Secara tak langsung matanya meliar sekeliling dan suapannya terhenti kerana matanya tertumpu ke arah sesuatu.

Dia kenal susuk tubuh lelaki itu. Sungguh dia kenal. Tapi tak mungkin lah...

Malas hendak berfikir lebih lama, dia meneruskan suapannya.

Continue Reading

You'll Also Like

520K 14.1K 59
❛ 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pad...
34.1K 3.5K 38
RAJA MALIK SYAHIR x EVELYN SKYE Dalam dunia korporat yang penuh dengan intrik dan misteri, Evelyn Skye, wanita Alpha; seorang pewaris empayar perni...
161K 9.9K 59
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku femini...
375K 14.7K 76
Satu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tida...