Sara :Mo Li Hua ( Vol 2)

By lindaazhar2010

24.9K 2.9K 128

Sara dibawa oleh rantai mutiara merentas ke Dinasti Ming sekali lagi setelah dia menangis seharian di bilikny... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
93
94
95
96
97
98
99
100 Finale
Special Chapter

33

270 30 0
By lindaazhar2010

Selepas menggendong Sara dan berlari keliling taman sederhana besar Mo LI Hua sebanyak tiga kali, Pipit dikerah untuk membuat tekan tubi sebanyak 100 kali dan Sara duduk membaca di belakang Pipit yang terpaksa membuat tekan tubi itu. 

"Penat, Pipit?"tanya Sara mengusik.

"Tidak cik muda," jawab Pipit, peluh jantan betina membasahi pakaian dan seluruh tubuhnya kini.

"Kau menyesalkah berjumpa aku kembali Pipit?"tanya Sara yang duduk bersila selesa di atas belakang pipit.

"Tidak sekali-kali cik muda," jawab Pipit dalam kepayahan. Sara menghela nafas panjang. Pipit sudah terlalu kepenatan. Dia tersenyum sendiri. Sememangnya Pipit seorang lelaki yang berwibawa.

"Mo LI Hua!" jerit LI Yang JIan yang terkejut melihat betapa rapatnya Sara dan Pipit.  Pipit menghentikan senaman itu apabila melihat Li Yang Jian masuk ke taman itu. Cuaca sudah terang tetapi angin sepoi-sepoi bahasa membuat cuaca agak nyaman. Sara yang masih bersila di atas Pipit hanya memandang lelaki baran yang mengganggu ketenteraman paginya.

"Pipit, plank dalam kiraan 30 detik," arah Sara dan Pipit membuat kedudukan plank seperti yang diarahkan.

"Kau turun sekarang dari belakang pengawal kau sekarang!" jerit Li Yang JIan sambil menghampiri Sara dan Pipit yang berada di bawah pokok.

"Boleh tapi mesti selepas 30 detik," jawab Sara yang selamba di hadapan Li Yang Jian. 'Kalau Mo LI Hua yang dulu akan rasa nak pengsan dengan suara kau sahaja LI Yang Jian, tapi Mo LI hua Sara akan anggap suara kau macam anjing menyalak sahaja,'kata Sara di dalam hatinya.

"30 detik?"tanya Li Yang Jian tidak mengerti.

"Kiraan Pipit," kata Sara lebih kuat.

"25, 26,27,28, 29, 30. 30 detik cik muda," jerit PIpit menahan berat badan Mo LI Hua di atasnya. Sara turun dari belakang Pipit dan Pipit jatuh ke tanah kepenatan. Sara melihat Pipit dan terketawa kecil.

"Kau boleh berehat sekarang," arah Sara. Pipit yang masih tidak boleh bangun mengangguk di atas tanah meniarap.

"Hei, kau buat apa ni?"tanya LI Yang JIan berjalan mendekati Sara. Sara hanya memerhatikan sahaja lelaki baran yang bersinar-sinar matanya seperti mahu menerkamnya. "Hei! Aku tanya, kau bisu ke?"sergah LI Yang Jian.

"Macamana aku tak dengar? Suara kau sampai ke pejabat Majistret boleh kedengaran," jawab Sara. Dia pergi ke kerusi di bawah pondok untuk berehat. 

"Kau-"balas LI Yang Jian yang tidak puas hati melihat Sara tidak mempedulikan kata-katanya.

"Pipit, kau boleh balik sekarang. Mandi dan ingat aku suka lelaki segak dan gagah. Bukan lelaki yang suka menjerit-jerit macam makcik di pasar." Li Yang Jian menjadi bertambah marah dengan sindirian itu. "Err...Ingat kau mesti berada bersama aku senantiasa," arah Sara. Pipit bangun mengibas tanah di tubuhnya dan memberi hormat. Li Yang Jian yang sedang menggenggam penumbuk menanti masa untuk menumbuk siapa sahaja di hadapannya.

"Izinkan Pipit di sini, cik muda," kata Pipit masih sedikit tercungap-cungap kepenatan. Dia risaukan keselamatan Sara kerana LI Yang Jian seperti anjing gila di hadapan mereka sekarang.

"Siapa menang tadi?"tanya Sara.

"Cik muda," jawab Pipit. Sara berkias kepada Pipit supaya jangan bimbangkan dirinya kerana dia boleh menghadapi Li Yang Jian.

"Pergi," kata Sara lembut. Pipit mengerti dan mengikut sahaja arahan itu untuk meninggalkan mereka berdua di situ.

"Belum pernah aku melihat perempuan bangsawan duduk di atas belakang lelaki seperti itu," tegas LI Yang Jian.

"Kalau begitu, ini adalah kali pertama kau melihatnya," sindir Sara sambil menghirup teh di mejanya. Sara menjeling LI Yang Jian yang masih berdiri di sisinya. Li Yang Jian merentap tangan Sara hinggakan teh itu jatuh ke lantai. Li Yang Jian cuba menarik Sara mengikutnya. Sara mengilas pergelangan tangannya dan pada masa membawa tangan Li Yang jian ke belakang.

"Ah, sakit!" jerit Li Yang Jian. Sara menolak tubuh Li Yang jian ke tanah. Li Yang Jian berpaling dan terus berdiri. "Kau siapa?!"tempik LI Yang Jian. Sara terkejut dengan pertanyaan itu.

"Aku siapa?" tanya Sara kembali. "Kau dah hilang ingatan LI Yang Jian?"tanya Sara dia kembali ke tempatnya dan mengutip cawan teh yang terpelanting tadi dan meletakkannya ke atas meja. 

"Kau bukan MO LI Hua! Sejak balik dari pergunungan kau bukan Mo LI Hua!" jerit Li Yang JIan. Sara melepaskan nafasnya ke atas. 

"Li Yang Jian, selepas pergaduhan ini kau akan tentu sakit tekak. Kau tak bolehkah perlahankan sikit suara kau tu?"tanya Sara mengerutkan dahinya. 

"Kau siapa?"tanya LI Yang Jian masih lagi tegas tetapi lebih perlahan. Sara berfikir sejenak apakah jawapan yang paling bersesuaian.

"Zheng Shuang. Anak Nakhoda Diraja Zheng He," jawab Sara masih lagi tenang melihat LI Yang jian yang sudah seperti hilang akal itu. Li Yang Jian ketawa mendengarkan jawapan itu.

"Penipu! Zheng Shuang adalah orang Melaka yang dijadikan anak angkat oleh Nakhoda Diraja Zheng He," balas Li Yang JIan. Sara yang  terkejut tetapi dapat mengawal ekspresi mukanya.

"Wah, LI  Daren, pandai sungguh menyiasat ya?"sindir Sara menuangkan teh ke dalam cawan yang lain.

"Zheng Shuang sudah balik ke Melaka mengikut Wang Li Bao gongju sebagai Heqin," balas Li Yang Jian. Sara mengangguk. 

"Jadi, sekarang kau menuduh jiaofu menipu?"tanya Sara memandang LI Yang JIan. 'Sabar Sara, dua hari sahaja lagi. Dan tengahari ini Mo LI Hua mendapat kebebasan dari lelaki gila ini,'pujuk Sara dalam hatinya. Li Yang Jian terdiam. Dia tidak dapat buktikan yang Zheng Shuang itu adalah identiti palsu. "LI Yang Jian, nah teh," pelawa Sara meletakkan teh itu di hadapannya.  "Duduklah," kata Sara lagi. Li Yang JIan menghampiri meja itu dan duduk di hadapan Sara. Dia meminum teh itu kerana tekaknya terasa kering. "Nak lagi?"tanya Sara menuangkan teh secawan lagi untuk Li Yang JIan. Pandangan Li Yang Jian tidak lepas daripada Sara yang berpakaian serba hijau di hadapannya. Dia menghabiskan teh itu dengan sekali teguk. "Na...LI Yang JIan, agaknya apa yang aku akan lakukan jika aku katakan aku letak racun di cawan itu?"usik Sara. Li Yang terkejut lalu berdiri.  

"Racun?"tanya LI Yang Jian tidak percaya.

"Ya, tapi jangan bimbang. Aku akan bagi penawarnya selepas kita menandatangani surat perceraian di hadapan Jiaofu dan Li Lao Ye. Li Yang Jian mendengus dan mengesat mulutnya dengan lengan kanan. Li Yang Jian memberikan senyuman manis kepada Sara.

"Kau ingat aku takut? Baiklah mungkin ini yang terbaik," balas LI yang Jian. Sara cuba menelah apakah tindakan gila Li Yang Jian selepas ini. "Apakata kita mati bersama hari ini?" kata LI yang JIan dan terus mencekik Sara sekuatnya. "Aku akan menemani kau di sana Li Hua. Aku tak perlu hidup jika kau sudah tiada." Sara cuba melepaskan diri dari cengkaman LI Yang Jian. 

"Li Yang Jian, kau mesti bunuh aku hari ini kerana jika aku terselamat, kau yang akan aku bunuh!" kata Sara hampir hilang pernafasannya. Dia mengeluarkan pisau kecil dari pinggangnya dan menusuk hujung pisau itu di leher LI Yang Jian. Dengan segera LI Yang Jian melepaskan cengkamannya kerana dia tahu pisau itu boleh membunuhnya. Sara terbatuk-batuk dan lehernya tertinggal bekas tangan LI Yang Jian yang begitu kuat mencekiknya. 

"Zheng Xiaojie!" jerit Xiao LIan yang baru saja tiba di situ kerana mahu membawa Sara ke bilik mandi. Dia berlari mendapatkan Sara yang sedang sukar bernafas. "LI Daren! Tolonglah, lepaskan Zheng Xiaojie!" rayu Xiao LIan menangis. Li Yang Jian yang memegang lehernya yang sedang  berdarah memandang Sara dengan penuh kebencian.

"Zheng Xiaojie?" kata Li Yang Jian ketawa mengejek. "Hei, kau tu datang dari keluarga miskin. Kau datang ke sini sehelai sepinggang. Dahlah hodoh. Sekarang kau Zheng Xiaojie? Hah?" ejek LI Yang JIan.

"Zheng Xiaojie!" panggil Pipit berlari ke arah Sara. Dia mengambil sebatang kayu dan menyerang LI Yang JIan. Serangannya terlalu pantas dan kayu itu mengenai belakang LI Yang Jian dan dia rebah ke lantai. Pipit mahu  memukul lelaki yang banyak menyusahkan Sara selama ini. 

"Li Daren!" panggil Zhu Wu yang datang pada masa yang sama.  Dia mengangkat Li Yang Jian yang rebah dan menghunuskan pedangnya untuk menyerang Pipit. 

"Zhu Wu!" panggil Sara dalam kepayahan. Dia bangun perlahan dibantu oleh Xiao LIan dan Pipit. Zhu Wu melihat dengan jelas leher Sara merah bekas tangan seperti dia telah dicekik oleh seseorang dan dia tidak perlu meneka kerana dia tahu itu adalah perbuatan tuannya sendiri.  Dia terkejut kerana LI Yang Jian untuk sekian kalinya cuba mencederakan Mo Li Hua hanya kerana Mo Li Hua tidak mengikut permintaannya. 

"Li Daren, LI Lao ye memanggil LI Daren ke rumah besar," beritahu Zhu Wu lalu tanpa berlengah menarik LI Yang Jian untuk pergi dari situ. Dia menoleh ke belakang dan melihat betapa Mo Li Hua teruk diserang oleh suaminya sendiri. Sara mengerti pandangan itu. Pandangan simpati seorang manusia. Dia mengangguk kecil kepada Zhu Wu yang bermakna dia berterima kasih kepada Zhu Wu.

Continue Reading

You'll Also Like

539 260 108
Siapa sangkakan cinta boleh berputik tak kala diri dilanda musibah. Yaa begitu la kisah Haqiem dan Lisya, dimana Lisya muncul untuk menyelamatkan nya...
52.2K 583 7
#BOOK 1 (DUNIA MANUSIA) siri tiga alam dunia Xynn Ri cuma mahu jadi kuat. Dia berlawan dan mencabar sesiapa sahaja yang kuat. Impiannya cuma satu, m...
2.4K 310 63
Pengarang : Qian Lu Novel Terjemahan Penafian : Bukan Hak Milik saya. Sinopsis: Ikuti kisah seorang ketua penyiasat forensik termuda, cantik dan ber...
160K 5K 46
'Saya harap suatu hari nanti awak berubah'-Diana Isabella 'Aku nak keluar daripada geng ni.Aku nak cuci tangan.Aku tak nak buat keja kotor ni lagi'-D...