Cinta Hati Mr. Annoying

By therozez

310K 22.7K 1.7K

'Aku seperti sudah jatuh ditimpa tangga harini. Sekelip mata semuanya hilang.' Bila kehilangan terjadi, kita... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
BAB 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61 [The End]
PDTR

Bab 43

4.7K 351 26
By therozez

-

Selepas menghantar kepulangan mummy, daddy serta Aqram, aku terus menapak ke ruang dapur. Nampaknya jiran jiran juga sudah balik ke rumah masing-masing.

Tinggal mama, mak tok, Eliya dan Mira mengemas dan mencuci periuk belanga yang kotor. Dazrin dan Darwish barangkali masih di luar rumah.

"Fira buat apa kat sini sayang? Cari apa?" mama menegurku.

"Fira nak tolong sekali,"

"Tak payah sayang, Fira baik pergi rehat sana. Fira kan penat tu."

Haa memang aku penat. Penat gila. Tapi itulah diorang mesti penat juga. Sehari suntuk layan tetamu. Even aku pengantin baru mana boleh lepas tangan macam tu je.

"Betul cakap mama tu Fira. Pergilah naik atas bersihkan diri sana. Dengan gaun nikahnya nak tolong orang.." sahut mak tok.

"Takpa ke Fira tak tolong? Banyak yang kena cuci tu."

Badan aku memang dah rasa lesu habis ni.

"Jangan mengada lah kau Fira. Aku sorang boleh lah cuci semua ni. Kau tu ha pergi naik atas layan suami kau. Malam pertama korang ni kena lah tidur awal."

Ha tak lain tak bukan itu mulut tak berlesen Mira berbunyi. Aku sodok-sodok muka tu dengan pinggan kotor baru padan sikit. Tak sudah sudah dengan malam pertama dia.

Aku mengunci mulut di samping merenung tajam ke arah Mira. Dalam diam aku perasan ada satu lembaga turut menjelingku. Bukan Mira. Tapi Eliya.

Mungkin mata dia tu sakit kot lepas tengok aku bersanding harini.

Haha

Tak kuasa aku nak melayan engkau.

"Ha bagus awak datang Dani. Pergi bawa isteri awak ni masuk bilik. Dah macam pengantin lari pula berdiri kat sini."

Aku terus memandang si suami yang muncul di sisi. Serta-merta dia mencapai tanganku dan membawaku pergi.

"Do the best guys."

Telingaku menangkap suara Mira menyakat. Kau tunggu kau kahwin nanti Mira. Aku malukan kau sampai ke muka pintu bilik tidur. Biar malam pertama kau tak jadi. Seronok sangat kenakan orang.

"Tak payah acah sangatlah nak tolong. Cakap je sebenarnya awak dah tak sabar nak tidur kan?"

Eh eh

Ada ke?

"Pergi mana tadi?"

"Saya berbual dengan mummy, daddy. Saya cari awak tadi tapi mungkin awak tengah mandi." aku tengok dia pun sudah berkurta hijau. Tangan aku tak lepas lepas dari pegangannya.

"Aqram ada sekali kan? Sebab tu lupakan saya."

Cop.

Asal nak berdrama pula laki ni? Apa masalahnya aku bercakap dengan Aqram? Kawan baik dia juga kan?

"Bual apa dengan Aqram?"

"Tak ada apa sangat. Dia ucap tahniah je."

"Ucap tahniah sampai awak boleh nangis bagai?"

Okey aku menyesal sebab cuba temberang dia.

Huh

*

Kakiku mengiring langkah Dani menapak masuk ke dalam bilik tidurnya. Setelah itu kunci pintu diselak. Jantung aku sedikit berdebar melihat tindakannya. Aku menelan air liur.

"So kita dah boleh start..." perlahan-lahan dia mengatur langkah menghampiriku.

Lantas aku berdehem. "Saya nak pergi mandi."

Sejurus itu, kedengaran helaian tawa kecil Dani. "Tadi abang suruh sayang mandi kenapa sayang tak mandi lagi? Kan sekarang makin lama abang tunggu.."

Bahasakan diri 'abang' eyh?

"Awak jangan nak mengada sangatlah. Selalunya elok je tidur sorang sorang. Kenapa sekarang nak tunggu orang pula?"

"Sebab sekarang abang dah ada isteri."

Perubahan yang amat ketara sekali. Seakan Dani yang berada di hadapan aku sekarang bukan mr. annoying yang aku kenal sebelum ni. Aku suka dengan perubahan dia.

"Wait. Abang yang mengada atau Fira? Abang suruh Fira naik atas tadi, mandi dulu tapi kenapa turun balik? Ke nak abang teman mandi? Nak abang mandikan sekali pun boleh." sekali lagi dia tertawa.

Sah sewel Mira dah berjangkit dekat laki aku.

"Malas nak layan awak. Saya dah panas ni. Nak keluar kejap ambil tuala baju dalam bilik Dayana."

"Tak perlu. Pakaian sayang abang dah bawa sini semua. Abang letak dalam almari abang sekali."

"Kenapa susah susah kemaskan? Saya boleh buat sendiri."

"Saja nak tolong isteri.."

Aku senyum kelat. Alangkah baiknya kalau awak ada perasaan yang sama pada saya sebagaimana saya mencintai awak..

"Sayang pergilah mandi. Lepas ni kita solat Isyak sama-sama sekali dengan solat sunat. Boleh?"

Kepala aku anggukan seraya mendekati almari baju. Terbuka saja pintu almari mata aku tertumpu pada pakaian dalam aku yang terletak di dalam sebuah bakul kecil.

Dia dah...

"Sayang tak payahlah malu dengan abang. Abang dah tengok semua tu tadi sempat lipatkan lagi. Cantik. Warna-warni." hujungnya dia tersengih.

Aku mengetap bibir. Mana aku nak letak muka!!!

*

Usai mengaminkan doa, Dani memusingkan badannya ke arahku lalu menghulurkan tangannya. Aku termenung seketika.

Sungguh tak percaya kini aku sudah punya imam solatku. Aku telah merasakan saat indah berjemaah bersama suami.

Ya Allah usah rampas kebahagiaan ini lagi. Kekalkan ia hingga ke akhir hayat kami.

"Sayang?"

Tangan suami laluku kucup.

"Awak, terima kasih kerana datang dalam hidup saya. Terima kasih kerana capai tangan saya di saat saya meraung meminta pertolongan. Awak lah kekuatan saya. Jadi tolong jangan sesekali tinggalkan saya." aku mula menangis. Sebak.

Terasa tangannya mengusap lembut kepalaku.

"Terima kasih kepada Allah sayang kerana mempertemukan dan menyatukan kita. Minta pada Dia agar jodoh kita panjang."

Aku mengangkat kepala. Air mata di pipi, aku lap menggunakan hujung telekung.

"Bunny, I promised you that I will never leave you until the end of my life. Hanya Allah yang mampu pisahkan kita. Cliche kan?"

Aku tersengih. Cliche memang cliche tapi saya akan berpegang dengan janji awak Dani.

"Sayang abang tak?"

"Saya tak nak panggil awak abang,"

"Kenapa pula?"

"Semua perempuan muda boleh panggil awak abang lah. Termasuk Eliya tu. So saya akan panggil awak.. hubby."

Muncul dimple di kedua pipinya.

"Hubby? Bunny? Nampak sweet sikit kan? Nice."

"Of course encik dimples." sahutku riang.

Saya sayang awak Dani. Terlalu sayangkan awak sampai tak sanggup jika dipisahkan daripada awak. Saya teringin nak tanya awak perkara yang sama. Tapi saya dah tahu jawapannya.

Awak kahwin dengan saya semata ingin menjaga saya memandangkan abang Kamil menyimpan dendam pada saya.

Itu je kan?

Tak mungkin awak boleh jatuh cinta pada saya dengan perkenalan yang sesingkat ini.

"Sayang pasal kes siang tadi, polis ada cuba cari Kamil di antara para tetamu tapi tak jumpa langsung jejak dia."

"Mungkin saya salah tengok." silap aku juga kali. Tak pasal pasal dah bikin orang susah.

"Sayang jangan risau sangat. Kamil tak akan boleh apa-apakan sayang termasuk sesiapa pun. Itu janji hubby pada diri sendiri."

Aku senyum segaris. Saya harap sangat saya boleh dengar ucapan cinta keluar dari mulut awak hubby.

"Tunggu apa lagi?" dia memberi isyarat mata ke arah katil.

Alamak aku hampir terlupa tentang tu. Mesti malam ni juga ke?? Macam mana aku nak elak arr?

"Tak payah buat muka macam tu lah bunny. Hubby ajak tidur pun tak nak?"

Bukan tak nak.

Takutt

🎈

Klik star☆ sebelum pergi yaa.

Saya sudahkan dgn ucapan terima kasih!

Continue Reading

You'll Also Like

707K 18K 48
[COMPLETED] [ Start : 24 Jun 2016 ] [ End : 22 Disember 2016 ] Cerita yang mengisahkan dua orang manusia yang dipaksa untuk berkahwin secara tiba-tib...
43.4K 2.2K 16
Cinta Sejati ©️ 2021 Status : Completed Cinta yang sudah lama terjalin putus disebabkan orang ketiga. Kalau hati tidak melayan, mana mungkin akan be...
1M 29.5K 61
Syed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh k...
2.2M 69.1K 75
"wei, kalau aku nak kawin dengan kau boleh tak?" - Afi "Gila apa? Aku baru habis exam" - Aiqa "Kita kawin mudalah. Kan nampak sweet" - Afi "Hmm, akan...