Sara :Mo Li Hua ( Vol 2)

By lindaazhar2010

24.9K 2.9K 128

Sara dibawa oleh rantai mutiara merentas ke Dinasti Ming sekali lagi setelah dia menangis seharian di bilikny... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
93
94
95
96
97
98
99
100 Finale
Special Chapter

25

288 28 0
By lindaazhar2010

Lao ye, Da Nyangzi, Lao Furen, Li Yang Jian yang ditemani oleh Han Mei dan Yuan Yuan sedang minum pagi. Lao Furen masih tidak menjamah apa-apa kerana menanti Sara sampai.

"Zaoshang an," tegur Sara ceria. Dia masuk ke rumah besar itu bersama Xiao Lian. 

"Li Furen begitu cantik hari ini," puji Han Mei. Li Yang Jian yang sedang menjamah sarapan hanya memerhatikan sahaja Mo LI Hua di hadapannya.

"Sudah tentu, bila seorang perempuan bakal mendapatkan kebebasan abadi, dia akan gembira seperti ini," balas Sara. Jawapan itu membuatkan Yuan Yuan tersenyum.

"Selamat pagi Lao Ye, Da Nyang zi dan Zumu. Maaf Li Hua lewat sedikit," kata Sara sopan.

"Mari makan, Zumu menunggu Li Hua," sapa Lao Furen. "Nah, pau," kata Lao Furen meletakkan Pau di piringnya. 

"Terima kasih Zumu," ucap Sara ceria.

"Li Furen, minyak wangi ini tidak pernah Han Mei jumpa. Sangat wangi dan lembut pada masa yang sama," tegur Han Mei.

"Ehmm, minyak wangi ini dari Peranchis," jawab Sara.

"Li Hua membelinya di pasar pedagang asing?"tanya Lao Furen.

"Shu Daren yang menghadiahkannya," jawab Sara ikhlas. Wajah Li Yang Jian terus berubah mendengar nama Shu Wu Ji disebut. "Lao Ye, Da Nyangzi dan Zumu, nampaknya Li Hua mesti keluar sebentar hari ini. Tempoh hari Li Hua menempah kain untuk dibawa balik kampung,"beritahu Sara. Lao Ye dan Da Nyang zi tidak membantah akan permintaan itu.

"Baik, aku temankan," kata Li Yang Jian. 

"Tak perlu, Li Hua akan keluar sebentar sahaja. Kalau risaukan keselamatan Li Hua, bolehlah meminjamkan Zhu Wu kepada Li Hua sebentar," balas Sara tersenyum. 

"Err Lang, Yuan Yuan banyak lagi persediaan bayi yang belum disiapkan," tegur Yuan Yuan segera.

"Aiyoh, Yuan Yuan, saya minta maaf tidak dapat membantu sebab saya pun sibuk ni. Daren, boleh ya menemani Yuan Yuan,"pinta Sara sambil tersenyum. Li Yang Jian langsung tidak membalas kata-kata itu. Dia memandang Yuan Yuan dan mengangguk.

"Banyak lagi yang perlu disiapkan Li Hua," tanya Da Nyang zi.

"Tinggal beberapa sahaja lagi Nyang," jawab Sara. Tiba-tiba Zhu Wu masuk dan membawa pesanan dari Istana.

"Kenapa Zhu Wu?"tanya Li Lao Ye.

"Ini surat makluman, yang Zheng gonggong akan berkunjung esok pagi," beritahu  Zhu Wu.

"Apa halnya?"tanya Lao Ye sendiri.

"Zheng gonggong ingin bertemu LI Furen sebelum Li Furen pulang ke Hang Zhou," beritahu Zhu Wu.

"Betul ke? Sudah lama Li Hua tidak bertemu dengan Zheng gonggong," kata Sara. Han Mei membisikkan sesuatu kepada Yuan Yuan.

"Macamana wanita yang tiada status itu mengenali menteri ternama?" Yuan menggelengkan kepalanya. Sara tahu ramai yang terkejut apabila mendengar berita itu.

"Li Hua mengenali Zheng gonggong?"tanya Lao Furen. Sara mengangguk.

"Zheng gong gong selalu datang ke rumah waktu Li Hua kecil," jawab Sara. 

"Baguslah begitu. Elok juga bertemu dengan legenda seperti dia," kata Lao Furen.  Li Yang Jian memandang sahaja Sara melayan Lao Furen dan  Da Nyangzi makan. Sara langsung tidak mempedulikan dia di meja makan itu. Hatinya begitu sakit setiap kali melihat Sara tersenyum manis kepada orang lain tapi bukan dirinya. 

"Na, LI Hua minta diri dulu Zumu, Lao Ye dan Da Nyang zi. Nanti lama pula tuan kedai itu menunggu,"kata Sara meminta diri. Hari itu, Sara kelihatan seusianya. Tiada baju yang berlapis, berenda berat. Rambutnya pula ditocang satu. Wajahnya ayu dengan solekan yang lebih kebaratan. Musim panas, memang pakaian akan menjadi sedikit nipis kerana cuaca yang panas.

"Sebelum pergi tolong ingat kau tu isteri orang," kata Li Yang  Jian bersahaja sambil tersenyum kepada Yuan Yuan.

"Haih, sudah tentu sebab tak lama dah pun jadi isteri orang. Kan Yuan Yuan?" balas Sara melambai mesra kepada Lao Furen. Dia berlarian bersama Xiao Lian. Mereka tiba di pintu gerbang dengan pantas dan sudah ada kereta kuda tersedia. "Chan Chan," panggil Sara pemandu kereta kuda itu. 

"Ya Furen," jawab lelaki 2oan itu. 

"Saya hendak ke pekan dengan menunggang kuda sahaja, begitu juga Xiao Lian. Berikan saya dua ekor kuda," arah Sara kepada Chan Chan.

"Baik, Furen. Tunggu sebentar," selang seminit dua, dua ekor kuda dibawa ke hadapan. "Furen silakan. Ini Ming, Ini Bai," kata Chan Chan memperkenalkan dua ekor kuda itu. Satu berwarna coklat berkilat bernama Ming dan putih bersih bernama Bai. Kuda itu baka yang tidak terlalu tinggi dan sesuai ditunggang oleh wanita.

"Xiao Lian kau ambil Ah Bai, aku menunggang Ah Ming," arah Sara. Dengan pantas mereka berdua menaiki kuda itu. 

"Furen, kalau LI Daren bertanyakan kenapa, Nuchai-"

"Beritahu yang sebenarnya. Saya yang meminta untuk menunggang. Faham?"jawab Sara. Chan Chan mengangguk. Tanpa berlengah, Sara dan Xiao LIan menunggang ke pekan. Sampai di Pekan mereka meletakkan kuda mereka di bangsal yang disewa.

"Li Hua, setahu aku kau tak pernah memesan apa-apa kain," tegur Xiao Lian turun dari kuda.

"Dah sampai sini baru bertanya? Bagus boleh simpan rahsia," puji Sara ketawa. 

"Kita nak ke mana ni?"tanya Xiao Lian.

"Aku nak makan di kedai situ. Hari tu tak sempat makan datang mamat gila mana tah mengacau selera aku," jawab Sara selamba. 

"Hah?Kau cakap apa ni Li Hua. Aku tak faham," tanya Xiao Lian.

"Hai, RAM rendah sungguh," balas Sara perlahan. "Aku kata aku lapar nak makan mi di kedai itu," kata Sara menunjuk ke arah kedai Shu Wu Ji. 'Aku harap aku dapat bertemu kau Wuji hari ini,'doanya di dalam hati.

"Ah...kau belanja kan?"tanya Xiao Lian.

"Sudah tentu!" jawab Sara memeluk bahu Xiao Lian berjalan ke gerai yang sibuk itu.

Li Yang Jian yang baru selesai bersarapan menemani Yuan Yuan ke Pekan untuk mencari persediaan saat akhir sebelum pewaris Keluarga Li dilahirkan tak lama lagi. Dalam kereta kuda dia meninjau-ninjau keluar tingkap mencari kelibat Mo Li Hua. 

"Err lang cari apa?"tanya Yuan Yuan yang perasan kegelisahan Li Yang Jian.

"Tak cari apa-apa. Cuma, Err lang pelik hari ni orang lebih ramai membeli-belah,"jawab Li Yang Jian berbohong.

"Mungkin hari ini cuacanya baik jadi lebih ramai yang boleh keluar berjalan-jalan," beritahu Yuan Yuan sambil menyingkap tirai tingkapnya. Memang ramai orang di jalanan hari ini, fikirnya.

"Mi udang dua! Nai cha dua juga laoban," jerit Sara gembira.

"Li Hua, kau tu puan besar bukannya tidak berkahwin lagi," tegur Xiao Lian. Sara membuat muka kepada Xiao Lian.

"Muda lagi dah suka membebel. Aku tak boleh bayang kau tua mesti tak berhenti membebel," usik Sara. Xiao Lian menarik muka diusik begitu. Makanan mereka sampai dan Sara makan dengan penuh berselera.

"Li Hua," panggil satu suara yang dirindui oleh Sara. Tersedak Sara di situ. "Aiyoh Li Furen, makan tu senonoh sikit," usik Shu Wu Ji lalu duduk di sisi dan  menepuk-nepuk belakangnya. Dia memberikan teh untuk diminum oleh Sara.  Shu Wu Ji ketawa. Sara menampar kepala Shu Wu Ji. "Heih, aku pegawai besar di sini  tolong jaga airmuka aku sikit ya,"kata Shu Wu Ji memegang kepalanya. Tidak sakit pun sengaja dia mengusik Sara. Ah Chan yang berdiri itu melihat sahaja Shu Wu Ji dan Li Furen di hadapannya.

"Duduklah, yang kau berdiri macam patung tu kenapa? Kita makan bersama," ajak Sara. Ah Chan memandang ketuanya. Shu Wu Ji mengangguk dan dia pun mengambil tempat di sisi xiao Lian. Mee rebus daging untuk dua orang sampai tanpa dipesan.  "Wah, mentang-mentang taukeh datang, tak perlu tanya dah tau kegemarannya, ya?"usik Sara. Shu Wu Ji mengangkat bahu dan terus menikmati mee rebus daging itu di hadapannya. "Sedap tak mi tu?"tanya Sara apabila nampak Shu Wu Ji makan dengan penuh berselera. 

"Nah,"balas Shu Wu Ji menyuapkan sesudu mi itu kepada Sara.  Xiao Lian dan Ah Chan berpandangan. 

"Ehem,"Ah Chan berdehem. Shu Wu Ji terkejut kerana terlupa dia di mana dan di sebelahnya bukanlah Shuang Er atau Sara bekas tunangannya dahulu. Sara tersenyum simpul melihat Shu Wu Ji serba-salah.

"Lembut dagingnya,"kata Sara dan tersenyum. "Ah Chan, jangan bimbang. Kami memang macam ini," usik Sara. Ah Chan tersipu-sipu ditegur begitu. "Na, kalau Xiao Lian dan Ah Chan sudah makan tolong saya ke kedai belah sana tu," pinta Sara.

"Kedai buah kering itukah Furen?"tanya Xiao Lian. 

"Ya, Ah Chan pergi bersama Xiao Lian kerana saya memesan banyak nanti kasihan Xiao Lian banyak kena bawa," minta Sara lembut.

"Furen jangan khuatir, Ah Chan akan menolong sedaya upaya," jawab Ah Chan lalu berdiri. Xiao Lian juga berdiri dan menunduk hormat. Mereka berjalan seiringan.

"Ok apa yang kau dapat dari siasatan keluarga MO?" tanya Sara. Shu Wu Ji merapatkan kerusinya kerana dia mahu penerangannya hanya untuk telinga Sara.

"Not good," jawab Shu Wu Ji. "Maklumat dari orang aku menyatakan Mo Cheng De ditipu oleh adik sepupunya sendiri. Mo Cheng De suka minum dan masa dia mabuk dia telah menandatangani hak milik harta kepada sepupunya," sambung Shu Wu Ji.  Dari kejauhan, ada mata yang memerhatikan mereka. Wajah Shu Wu Ji dan Sara hanya beberapa inci dari satu sama lain. Zhu Wu duduk lagi di situ memerhatikan lagi Shu Wu Ji dan Sara bercakap. 

"That is the stupidest story ever," kata Sara menggelengkan kepalanya.  "Apa jadi kepada mereka sekarang?"tanya Sara.

"Mereka menjadi hamba di rumah sendiri untuk menutup semua ketidakadilan itu. Jadi setiap kali ada tetamu mereka akan menjadi ibubapa Mo Li Hua berlakon seperti tuan rumah," jawab Shu Wu JI. 

"Gila apa mereka ni?"tanya Sara sendiri.

"Kau dapat surat tak Zheng gonggong hendak berkunjung esok?"tanya Shu Wu ji. Sara mengangguk. "Aku dah ceritakan semuanya kepada Zheng gonggong dan dia merasakan yang dia perlu campur tangan dalam hal ni kerana Mo Cheng De adalah sahabat karibnya," beritahu Shu Wu Ji.

"Hmm, bagus tu. Nampaknya aku perlu ke sana bukan sebagai MO LI Hua," balas Sara. "Tetapi-"

"Zheng Shuang," kata Shu Wu Ji dan Sara serentak.

"Kau rasa mereka akan percaya ke kau ialah Zheng Shuang?"tanya Shu Wu Ji.

"Aku harap untuk seberapa ketika mereka akan terlepas pandang kerana semasa LI Hua kemalangan mereka tidak pernah datang menjenguk dan menurut Xiao Lian, sepanjang tiga tahun itu, mereka tidak pernah mahu datang melihat Mo LI Hua di sini," terang Sara. Zhu Wu yang sudah lama memerhatikan meninggalkan tempat persembunyian dan pergi mencari Li Yang Jian.

"Jadi mereka sudah lama tidak berjumpa Mo LI Hua," kata Shu Wu Ji. Sara mengangguk. Shu Wu Ji mengalihkan semula bangkunya untuk berada jauh sedikit dari Sara. Sara mengaup wajahnya. Lagi disiasat lagi rumit dirasakan masalah keluarga Mo Li Hua. Dia mengeluh panjang. "Hai mengeluh kenapa?"tanya Shu Wu Ji sambil meneguk minumannya.

"Aku saja cari pasal ke masuk campur urusan keluarga ni?"tanya Sara kepada dirinya sendiri.

"Kalau kau tak mengambil tahu maka kau bukanlah Sara atau Shuang er yang aku cintai," bisik Shu Wu Ji. Sara membuat muka kepada Shu Wu Ji.

"Sedar sikit nak jadi ayah ya," usik Sara. Shu Wu Ji menjeling kepada Sara. Zhu Wu mendapatkan Li Yang Jian di kedai ubat herba untuk keperluan selepas bersalin Yuan Yuan. Dia memberi laporan terperinci tentang di mana dan apa yang sedang dilakukan oleh Sara. 

"Yuan Yuan," panggil Li Yang Jian. "Errlang rasa eloklah kita balik sahaja. Sudah lama di sini. Lagipun Yuan Yuan mesti menjaga kesihatan. Sudah tidak berapa lama hendak bersalin ni," pujuk Li Yang Jian lembut. Yuan Yuan tersenyum melihat sikap ambil berat itu terhadapnya. Li Yang JIan memimpin Yuan Yuan masuk ke kereta kuda.

"Errlang, tidak balik bersama?"tanya Yuan Yuan kehairanan. Li Yang Jian menggelengkan kepalanya.

"Errlang ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan. Kita jumpa di rumah ya?"jawab Li Yang Jian manis. Yuan Yuan mengangguk dan masuk ke dalam kereta kuda itu semula. "Chan Chan bawa puan muda balik," arah Li Yang Jian. "Aku dan zhu Wu akan balik sendiri nanti," tambah Li Yang Jian. Chan Chan dengan setia memulakan perjalanan pulang.




Continue Reading

You'll Also Like

52.2K 583 7
#BOOK 1 (DUNIA MANUSIA) siri tiga alam dunia Xynn Ri cuma mahu jadi kuat. Dia berlawan dan mencabar sesiapa sahaja yang kuat. Impiannya cuma satu, m...
2.4K 310 63
Pengarang : Qian Lu Novel Terjemahan Penafian : Bukan Hak Milik saya. Sinopsis: Ikuti kisah seorang ketua penyiasat forensik termuda, cantik dan ber...
160K 5K 46
'Saya harap suatu hari nanti awak berubah'-Diana Isabella 'Aku nak keluar daripada geng ni.Aku nak cuci tangan.Aku tak nak buat keja kotor ni lagi'-D...
143K 963 9
duniaku yg penuh dgn dugaan