ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWR...

By shirxyvki

41.8K 5.2K 2.2K

[SINCE 2020] Tajuk: Ingatkan Dia (rudyman) Genre: Fanfiction ft. Angst Series: Ejen Ali [Wau Animation] Statu... More

Prologue: Amnesia [EDITED]
Bab 1: Mana
Bab 2: Senior
Bab 3: Keluar [EDITED]
Bab 4: Akhirnya [EDITED]
Bab 5: Kunci
Bab 6: Maaf
Bab 7: Rumah
Bab 8: Demam
Bab 9: Makmal
Bab 10: L[K]awan
Bab 11: Terungkap [ON-EDITING]
Bab 12: Sebab?
Bab 13: Flash
Bab 14: Ingat
Bab 15: Bersalah
Bab 16: Batas [EDITING]
Bab 17: Pasar [EDITING]
Bab 18: Dia [EDITING]
Bab 19: Keseorangan [EDITING]
Bab 21: Terlanggar
Bab 22: Maria Lania
Bab 23: Rival [EDITED]
Bab 24: Feelings [EDITED]
~SSWY~❄⛄ [TENGKIU❤]
Bab 25: Martin [EDITING]
Bab 26: Kerana Kasih [EDITED]
Bab 27: Silap
Bab 28: Dedah [EDITED]
Bab 29: Tembak [EDITING]
Bab 30: Berkas (AKHIR)
Bab 30: Diari (GURAU)
Bab 31: Tukar [EDITED]
Bab 32: Dulu
Bab 33: Runtuh [EDITED]
Bab 34: Sedar
~SSWY~❄️ [MatRiYa❤️]
Bab 35: Love
Bab 36: Déjà vu [EDITED]
Bab 37: Harapan [EDITED]
Bab 38: Rindu [EDITED]
Bab 39: Kembali
BAB 40: Trauma
BAB 41: Cuti?
Bab 42: Pantai
Bab 43: Balik
BAB 44: Healing
BAB 45: Berbaik
BAB 46: Pulang
BAB 47: Teman

Bab 20: Pengakhiran [EDITING]

855 131 44
By shirxyvki

RUDY merenung ke dalam anak mata gadis itu, inginkan jawapan. Dalam ramai-ramai orang, kenapa dia?

Iman menggeleng sambil tersenyum nipis. "Saya cuma tertanya.. dapat ke saya kenal islam yang sebenar," beritahu Iman, jujur.

"Maklumlah, zaman sekarang ni kan. Makin menjadi-jadi perangai manusia. Macam-macam diorang buat nak burukkan agama kita. Dan hampir satu dunia termakan dengan taburan fitnah diorang," dengus Iman, geram. Sakit benar hati dia.

Rudy mengemam bibirnya. Tak boleh dinafikan, memang betul semua tu. Dia sendiri pun kalau tak tinggal di Malaysia, mesti dah kene kencing habis-habis dengan orang kafir sejati. Bukan main lagi mencanang.

"Diorang cakap Islam ni mengongkong kehidupanlah, menyekat kebebasan wanitalah, dari atas sampai bawah kene tutup habis semua bagai. Semua benda tak boleh, haram itu haram ini. Puasa pula hanya memudaratkan kesihatan, macam-macamlah tuduhan diorang buat. Tak guna!" hambur Iman semua yang terbuku dihati. Puas pulak rasa hatinya dapat menjerit. Tapi ni baru sikit.

Tersentak Rudy mendengar Iman melenting. Rasa macam tadi pelan je suara dia bercakap. Asal tetiba meninggi lak ni?

"Boleh diorang kata, 'They always seems to cover everything, it's like they have to hide themselves from others. I feel a lil bad for them. Women have their rights too, you know?'" beritahu Iman, meniru cara percakapan perempuan kristian tersebut yang dia jumpa melalui internet tempoh hari. Gedik betul!

Iman melepaskan nafas mengejek. "Awak tahu tak betapa offendednya saya, dengar dia cakap macam tu?!" soal Iman pada Rudy, bersama mata yang penuh dengan api kemarahan.

Tegak berdiri bulu roma Rudy apabila Iman memandangnya mengejut dengan muka yang bengis. Takut pula dia rasa duduk sorang-sorang dengan Iman ni. Padahal dia yang lelaki.

"Boleh dia cakap macam tu kat kita? Feel bad for us? Excuse me?! Well, I feel bad for you for exposing too much skin!!" pekik Iman sorang-sorang. Nah, hambik!

Rudy menelan air liurnya gerun. Ah, sudah... ini kalau mulut je yang berbunyi takpe. Tapi sekali dengan pakej tangan melayang ke langit sana-sini ni, apahal? Nasib baik aku suruh dia duduk jauh-jauh. Tak fasal-fasal aku pulak yang diwushunya kat sini.

Rudy diam sahaja membiarkan Iman melepaskan geram. Kang kalau dia menyampuk, dia pulak yang kene marah.

Jelas sekali kelihatan dada Iman yang turun naik, mengumpul nafas. Huh, panas betul rasa jiwa dan raganya.

And for your information catholic woman, wearing hijab is our rights too if you are too idiot to realise that. It keeps us save from all the bad eyes. What d'you know?

Hijab ini bagi Iman umpama halangan. Halangan yang melindungi perhiasan tercantik, dan juga fitnah terbesar dunia, yakni wanita. Daripada apa? Daripada dipandang oleh mata-mata mereka yang menjadikan nafsu sebagai tuhan. Tak kiralah lelaki ke perempuan, sama sahaja dua-dua. Tak ada beza.

"Dia yang tak tahu apa-apa, acah woman's right, woman's right. Pigidahhh. Woman's right ke nafsu's right? Huh, lain kali study! Study, woman! Study, before you embarrass yourself!" tempik dia lagi, buat kali terakhir.

Tergamam Rudy dengan perubahan emosi mendadak Iman. Tadi nangis, sekarang ngamuk. Perubahan hormon ke? Ke dia yang datang bulan?

This is the main reason why I stay single. Too complicated to hadle. Huh, perempuan.

Iman menarik nafas dalam, menenangkan dirinya sendiri. Relax, girl. Relax. Mereka semua jahil... dan bodoh yang amat! Ish, astaghfirullahalazdim, Iman... sabar.. tenang.

Jangan emo, jangan emo. Inhale, exhale. Inhale, exhale. Seketika, Iman berjaya menangkan dirinya sendiri.

Haih, huduh betul terpekik depan jantan. Habis hilang semua sifat kelembutan.

"Sebab tulah, awak.. saya selalu kagum dengan orang yang masuk islam," kata Iman, tersenyum nipis. Ya, dia tak tipu memang betul dia benar-benar kagum.

Suaranya juga kini sudah tidak lagi segarang seperti tadi. Lembut sahaja dia bercakap kalini.

Rudy menghembuskan nafas lega. Lega dia sebab Iman dah bertenang. Takde lah dia takut sangat. Yela, takde orang kut kat sini. Kot nanti Iman berubah lagi jadi serigala jadian? Haa, tak tengok langit lah pakcik ni esok.

"Bagi saya, mereka lebih kuat. Dan ujian mereka jauh lebih hebat daripada orang yang macam saya, yang lahir-lahir sahaja terus beragama islam. Tak perlu saya nak mengucap dua kalimah syahadah untuk memberitahu dunia yang saya ni dah muslim." sambungnya lagi.

"Tapi non-muslim ni lain. Mereka perlu berusaha untuk mencari kebenaran itu sendiri." keluh Iman, menekan perkataan terakhirnya.

"Yang terkadang mereka sendiri yang akan berlawan dengan ego mereka. Sama ada perlu terima atau terus sahaja setia dengan kepercayaan yang mereka pegang." sambung Iman, sayu. Dia seolah faham dengan keadaan mereka. Mesti sukar. Mesti banyak sahaja ujian.

"Dan jujur saya cakap, bukan salah mereka kalau mereka meragui kata-kata quran. Sebab mereka jahil dan mereka tak tahu. Sungguh kalau mereka tahu cerita disebalik ayat, takkan mereka sia-siakan islam. Sebab tu Allah ada cakap dalam quran, tiada paksaan dalam agama." terang Iman, tersenyum mendatar, dan mengerling Rudy sekilas.

Dia mula menongkat dagu di atas lutut dan memeluknya erat sambil bermain dengan tali gelangnya.

"Siapa kita nak hukum orang itu ahli neraka? Siapa kita nak tentukan tempat yang selayaknya untuk dia di akhirat nanti? Kita bukan tuhan yang boleh tengok hati manusia."

"Sedangkan malaikat yang bebas dari dosa tu pun tak mampu nak menilai keikhlasan manusia, apatah lagi kita manusia yang sehari semalam buat maksiat?" soalan demi soalan yang dilontar Iman.

Rudy diam sahaja tekun mendengar. Sikitpun tak terasa nak menyampuk. Dia serius nak dengar banyak lagi.

"Dan bukan juga kemahuan dia nak dilahirkan sebegitu. Semuanya Allah dah aturkan di luh mahfuz. Masa silam dia, masa kini dia dan masa depan dia. Semua tu Allah dah tulis awal-awal sebelum kita lahir lagi," terang Iman, lancar. Wajahnya kelihatan agak tegang tapi suaranya kekal lembut saat membicarakannya.

Siapa mak ayah kita. Siapa adik beradik kita. Dengan siapa kita berkawan, dengan siapa kita berkerja, untuk siapa kita bekerja. Dengan siapa kita bercinta, dengan siapa kita berkahwin, siapa anak kita. Dan sehinggalah saat kita menghembuskan nafas yang terakhir. Semua perjalanan kita Allah dah susun cantik-cantik.

Kita hamba yang kerdil ini takde hak dan tak mampu nak lawan takdir yang ditentukan. Kalau Allah kata sekarang, sekarang lah kau dapat. Kalau Allah kata nanti, nantilah kau akan dapat.

Dan kalau Allah cakap bukan untuk kau, kau pusinglah satu dunia, cubalah macam-macam cara, habiskanlah banyak mana pun duit kau, sikitpun benda tu takkan sampai ke dalam genggaman kau jikalau Allah tak izinkan.

"Penting sangat ke sebuah permulaan sedangkan apa yang Allah tengok adalah pengakhiran?" Iman berkalih memandang Rudy dan tersenyum kecil.

Rudy menarik nafas terkejut, mendengar soalan Iman. Pengakhiran? Dia tertunduk merenung tanah, berfikir. Dia mengangkat kepalanya semula tatkala Iman mula menyambung.

"Daripada anggur jadi arak. Daripada anggur jadi kismis," Iman berhenti seketika. "Arak dan kismis," gumam Iman, melepaskan nafas mengejek.

Sekali lagi Rudy tersentap. Dengan hanya kata-kata sahaja, tak tahulah berapa banyak sudah hatinya terasa dicuci.

"Yang awalnya hanyalah buah biasa, bertukar menjadi kencing syaitan dan makanan sunah nabi," kata Iman, lembut.

Nak kata perli, takde lah macam perli sangat. Nak kata puji pun, muka macam mengejek je. Lowkey sarcasm kata orang.

Rudy menarik nafas dalam-dalam. God... pandai Iman membuat perumpamaan. Ni sentap kali ke berapa dah ni, dia pun tak tahu.

Permulaan tak pernah menentukan pengakhiran sesuatu benda. Begitu juga seseorang.

"Samalah juga macam kita manusia. Tak kisahlah kalau asal kita daripada lorong yang kotor atau ahli masjid yang suci sekalipun, kalau kita sendiri tak cuba untuk menjadi hamba yang terbaik, tak kemana juga." geleng Iman, mengemam bibirnya selepas itu.

Rudy mengetap bibirnya dan menggigit bahagian dlam bibirnya, menghadam setiap bait kata yang keluar dari mulut gadis itu.

"Mungkin masjid lebih suci daripada lorong, tapi manusia? Kita tak tahu, mungkin yang hidup dekat lorong itulah yang selalu berdoa kepada Allah, supaya dibawa keluar dari tempat yang kotor tu," sambung Iman lagi, tersenyum tawar.

"Dan yang asal daripada rumah Allah tu pulak, mungkin sering merasakan diri mereka mulia dan baik disisi Allah, hanya sebab mereka berjaya menjalankan perintah Allah dengan baik." terang Iman, menjeling ketepi. Wajahnya kelihatan keruh.

"Dan secara tak langsung merasakan diri mereka sudah cukup layak untuk ke syurga. Sedangkan mereka lupa.. dapat beribadat dengan baik tanpa halangan merupakan salah satu rezeki yang Allah kurnia buat mereka." kata Iman, rahangnya digerakkan seperti menyimpan pelbagai perasaan. Marah, sedih dan kecewa.

"Mereka sombong dengan nikmat yang Allah beri dengan golongan yang tak bernasib baik. Menghukum atas dasar asal usul," keluh Iman, merenung kasutnya. Pelukan pada lututnya masih kekal erat.

"Takkan sebab tempat asal dia dari lorong, dia langsung tak layak nak sembah Allah? Padahal Allah juga tuhan dia. Allah tuhan kepada semua makhluk. Baik yang ghaib mahupun tak, Semua,"

"Takkanlah sebab status dia kafir, dia langsung tak boleh nak mengenali Allah, sedangkan dia juga manusia yang mahukan kebenaran?" soal Iman, merenung tepat ke dalam anak mata Rudy, seolah-olah dia mahukan jawapan daripada pemuda itu.

"Kita semua ada aib. Dan semua aib kita kotor. Tapi kita nampak mulia sebab Allah jaga aib kita. Jadi kenapa kita kene sombong?" soal Iman, sedikit keras. Macam marah pun ada. Suaranya kedengaran lelah.

"Saya minta maaf sekali lagi atas apa yang kawan saya dah cakap dekat awak. Dia memang macam tu, dan saya sendiri pun dah penat dah ulang benda sama dekat dia," pohon Iman, menukar posisi duduknya, dengan menghadap Rudy sepenuhnya.

Rudy tergamam. Bersungguh Iman meminta maaf bagi pihak kawannya. Kawannya memang beruntung dapat Iman sebagai kawan. Tak semua kawan macam ni.

Iman menghelakan nafas perlahan dan menundukkan kepalanya. Dia bermain dengan jarinya.

"Tak kisahlah dari mana asal awak, bagi saya awak hebat. Saya boleh nampak macam mana susahnya awak nak hidup sehelai sepinggang dalam usia yang tersangat muda. Awak dah lalui macam-macam dugaan, dan sikit pun saya tak pernah dengar awak mengeluh. Saya bangga dengan awak, Rudy." ucap Iman, menghadiahkan senyuman manisnya buat Rudy.

Terkesima Rudy mendengarnya. Saat dia merasakan dirinya malang, ada yang merasakan dirinya hebat.

"Walaupun first time saya kenal awak dulu, awak ni sombong, muka asyik ketat je tak pernah nak senyum. Tapi sekarang saya dah tak kisah dah dengan semua tu. Saya suka berkawan dengan awak." ucap Iman, jujur.

Terharu dia dengan kata-kata Iman. Dapat dia rasakan sendiri kehadiran ikhlas yang datang daripada mulut gadis tersebut.

"Biarlah orang nak cakap awak ni kerek ke, dingin ke, tak berhati perut ke sekalipun. Bagi saya, awak baik sangat. Cuma awak je yang tak berapa suka nak menunjuk semua tu," sambung Iman lagi, tergelak halus. Dasar tsundere.

Rudy mengetap rahangnya, lalu dia meneguk air liurnya perlahan. Wow! Okay.. jujur sangat tu.

Lama mereka diam, Rudy memanggung kepalanya memandang Iman.

"Aku kerek sangat ke?" soal Rudy, setelah sekian lama berdiam diri.

"Ermm...." Iman mengetap bibirnya, menahan diri daripada tersenyum. Aih.. terasa ke, bang? Jangan gelak, Iman. Jangan gelak.

Ima berdehem sebelum menjawab. "Sangat." jawabnya, tanpa teragak-agak tapi masih lagi mengawal nadanya agar Rudy tak tersinggung.

Iman tidak gelak namun sebaliknya dia tersenyum lebar. Tak dapat gelak, dapat senyum pun okaylah.

Rudy tanpa sengaja tergelak kecil sambil menganggukkan kepalanya. "Okay..."

Tak tahula, entah kenapa terasa lawak pulak. Ya, dia sedar dulu dia lebih suka memencilkan diri. Dan sekarang pun rasanya sama je. Tak banyak pun yang berubah. Dia jenis yang tak suka bercakap dan bersosial dengan orang.

Kalau hal itu bukan atas dasar misi, dia takkan mengambil inisiatif untuk berbicara dengan sesiapa. Emosi yang sering dia keluarkan hanyalah yang negatif sahaja. Waktu melawan musuh pun dia akan mengeluarkan sedikit rasa marah dan agresifnya supaya dapat menundukkan pihak lawan dengan lebih mudah. Begitu juga semasa dia menjalan latihannya di akademi.

Gembira terasa hati Rudy kerana Iman tidak cuba untuk menipu sebab nak menjaga hatinya.

"Jom," pamit Iman, menepuk pehanya sebelum dia bangun berdiri. Sakit pula terasa tulang punggungnya duduk lama-lama.

"Jom pergi mana?" soal Rudy, menaikkan keningnya. Mungkin Iman tak nampak sebab sebahagian daripada mukanya terlindung dengan hoodie.

"Baliklah. Cuba tengok jam awak dah pukul berapa?" suruh Iman, bersilang lengan.

Rudy mengambil telefon dari dalam poketnya. Terbuntang kecil matanya saat melihat skrin telefon tersebut. Dah lebih 40 minit. Lama jugak aku bertapa.

"Laaa..."

Tersentak Rudy apabila Iman tiba-tiba sahaja bercangkung dihadapannya dengan dahi yang berkerut seribu.

"Tangan awak ni dah kenapa? Awak bertumbuk ke?" soal Iman, menilik tangan Rudy. Macam mana dia boleh tak perasan tadi? Sebab duduk jauh sangat ke?

Rudy tergamam. Dia menunduk, melihat tangannya sendiri. Terbuka luas matanya, turut sama terkejut. Mak oi, merah!

Kekuranya juga kelihatan sedikit luka. Tapi tadi masa dia bertumbuk takde pulak dia rasa apa-apa. Rasa bingit adalah. Ke sebab dia marah sangat, sampai tak dapat rasa apa-apa?

Ni kalau Iman tak bagitahu ni, sampai ke rumah kot dia tak perasan. Sekarang bila disebut, baru dia mula merasa pedih pada tangannya.

Iman memanggung kepalanya. "Rudy, awak dengar tak?" soal Iman, sedikit geram. Tanya tak jawab.

"Err.. aku.." Rudy terhenti, menelan air liurnya, mencari alasan yang sesuai. Matanya dialihkan ke tempat lain.

Aku nak bagi alasan apa? Takkan nak cakap aku tumbuk si benget yang nak melepaskan sangap tadi? Kang tak memasal Iman pula yang malu. Dahla isu sensitif.

"Rudy!"

Tersentak Rudy terjaga dari lamunan. "Apa?"

"Saya panggil awak banyak-banyak kali, awak dengar ke tak?" dengus Iman. Eih, landak ni.. menguji kesabaran betul. Banyak pahala free aku dapat harini.

"Ya, aku dengar." jawabnya ringkas dan malas.

"Jawablah soalan saya," paksa Iman, penatlah dia kalau diteruskan begini.

Rudy berdecit sebelum menjawab. Dia menarik tangannya, bawa masuk ke dalam poket. "Tadi aku tumbuk dinding. Stres." bohong Rudy, selamba sahaja dia menipu.

Mulut Iman melopong luas. Mukanya terseringai habis. "Tumbuk dinding? Awak dah gila ke?" marah Iman, membuatkan Rudy terdiam. Wow, ganas.

"Kalau ye pun stres, tak payahlah sampai nak tumbuk dinding. Kalau patah tangan awak ni, awak ingat boleh ganti?" omel Iman, mendengus perlahan.

Rudy menghelakan nafas berat seraya menjulingkan matanya ke atas. "Tangan aku, suka hati akulah. Bukan kau yang tanggung pun." jawabnya.

Iman mengeluh mendengar jawapan mamat ni. "Rudy, Allah tak suka tau kalau kita cederakan diri sendiri dengan sengaja tanpa sebab. Salah dan berdosa. Awak nak ke nanti awak bla bla bla......." Iman sudah mula memberi tazkirah ringkas dipetang hari.

Rudy memejamkan matanya, menelengkan sedikit kepalanya ketepi. Eh... minah ni.. membebel sampai nak kasi putus telinga aku. Tak penat ke bercakap?

"Sini tangan awak." arah Iman, mengeluarkan sesuatu dari dalam bagnya.

"Ha?"

"Letak atas ni." arahnya lagi, membuka luas handkerchief tersebut.

Rudy hanya menurut, sikit pun tak membantah. Aih, baik pulak landak kita ni, selalunya banyak aje alasan.

"Nasib baik kain ni ada dalam beg saya tau. Kalau tak, nak balut pakai apa? Takkan nak biar je luka awak ni macam ni? Kalau kuman masuk macam mana? Tambah lagi sakit. Kan dah menyusahkan orang," omelnya, bersama tangan yang ligat membaluti kekura Rudy.

Rudy menarik nafas dalam, menahan sabar. Tak habis bebel lagi ke dia ni? Aku yang mendengarnya pun dah penat. Multitasking pulak tu. Membalut sambil membebel. Hurm, sungguh berjiwa perempuan.

"Okay, dah," kata Iman, bingkas bangun.

Rudy pun turut sama bangun dari duduknya. Seketika, dia terhenti dan menilik kain yang membaluti tanganya. Keningnya terangkat sedikit. "Kain ni.." gumamnya, yang hanya dia sahaja yang mendengarnya.

Ya, dia kenal benar dengan kain ni. Kain ni lah yang dia bagi pada kawan Iman masa Iman terseliuh kaki haritu. Iman masih simpan?

"Rudy?"

Rudy memanggung kepalanya saat namanya dipanggil.

"Kenapa? Ketat sangat ke saya ikat?" soal Iman, sudah mula risau.

"Erm.. takdelah," geleng Rudy, menurunkan hoodie yang menutup mukanya.

"Okay je," sambungnya, menghadiahkan segaris senyuman nipis buat Iman. Dia mula menapak, meninggalkan lorong tersebut.

Iman terkedu, kakinya terasa keras melekat pada tanah. Dia senyum.. kat aku? Jarang nampak Rudy senyum ni. Dia sakit ke? Ke aku je yang perasan?

"Iman.." panggil Rudy.

"Ya?" laju Iman menjawab, menoleh kebelakang memandang Rudy.

Iman meneguk air liurnya perlahan tatkala merasakan jantungnya tak semena-mena berentak laju.

Ambil masa yang lama untuk dia perasan, dan sekarang baru Iman sedar. Rudy jarang menyebut namanya, 'Iman'. Boleh kerat jari banyak mana sahaja landak ni sebut namanya. Malah, dia memanggil Iman pun dengan hanya menggunakan aku-kau.

Pergi mana-mana, 'kau'. Nak suruh buat apa-apa, 'weyh'. Jaranglah nama Iman tu nak keluar dari bibir dia.

"Asal muka kau merah?" soal Rudy, risau, lalu menapak selangkah dua mendekati gadis itu.

"Ha?" Iman jeda. Merah?

"Kau okay tak ni?"

Iman mengangguk laju. "Ha? Aa.. Oh, o.. okay, okay. Sa..saya okay," jawab Iman, mengemam bibirnya dan secara mental memukul dahinya sendiri. Sejak bila pulak aku senang menggelabah ni?

Rudy menggeleng perlahan sambil tersenyum senget. Dia melangkah mendekati Iman. Dengan aku, kau takleh tipu lah, Iman.

Waktu Rudy melangkah mendekati Iman, makin laju pulak jantungnya berlari. Woy-woy, social distancing, woy. Jauh, jauh. Tersekat terasa nafas Iman.

"Kau panas, eh?" tebak Rudy.

"Ha? Ah, aa.. haah panas. Panas sikit," jawab Iman tergelak halus, seraya mengangguk laju, setuju dengan tebakkan Rudy.

Oh bukan sikit nak, banyak!! Ya tuhan, kuatkan jantung aku. Tak fasal-fasal mati kering aku kat sini.

"Jomlah, balik. Nanti lama pulak mak kau tunggu," ajak Rudy, sudah membuka laluan untuk Iman jalan dulu. Duduk lama-lama bawah matahari ni tak elok.

Iman mengangguk seraya berkata okay. Dia memberi isyarat supaya Rudy berjalan dulu. Rudy mengangkat bahunya dan hanya menurut, malas nak berkata lebih.

Mereka berjalan keluar daripada lorong tersebut. Masing-masing diam, tak berkata apa. Kadang ada juga rasa janggal, tapi kalau nak sembang pun, nak cakap apa? Diam je lah.

"Iman," panggil Rudy, akhirnya memecahkan kesunyian diantara mereka berdua.

"Hm?" jawab Iman, tanpa sedari dia tersenyum sendiri.

Aih, sedap pulak dia sebut nama aku ni. Haa, Iman kau jangan macam-macam. Kene sekeh kau satgi.

"Kalau aku nak convert into islam macam mana?" soal Rudy. Dari tadi dia nak bertanyakan soalan tersebut tapi tak tahu nak cakap macam mana.

Langkah Iman terhenti. Iman menekup mulutnya, tak percaya. Whaaat??? Aku tak salah dengar an? Seketika, Iman tersenyum pula kegembiraan.

"Asal? tak boleh ke?" soal Rudy, mula risau. Takutlah dia, kene ada syarat apa-apa ke nak masuk islam.

Iman menggeleng laju. "Boleh, boleh, boleh. Siapa kata tak boleh?"

Rudy menghelakan nafas lega. "So? macam mana?"

"Senang sangat. Awak ikut saya, ye?" pinta Iman, masih lagi tersenyum.

Rudy mengangguk, akur.

Satu persatu ucapan dua kalimah syahadah yang diucap Iman, diikuti Rudy. Sikitpun tiada sekat-sekat, lancar sahaja. Sehinggalah, mereka sampai ke terjemahan.

"Aku naik saksi bahawa.."

"Aku naik saksi bahawa."

"Tiada tuhan yang layak disembah.."

"Tiada tuhan yang layak disembah."

"Melainkan Allah.."

"Melainkan Allah."

"Dan aku naik saksi.."

"Dan aku naik saksi."

"Bahawa Nabi Muhammad itu.."

"Bahawa Nabi Muhammad itu."

"Pesuruh Allah.."

"Pesuruh Allah."

Sebaik sahaja Rudy menyebut kata yang terakhir, Iman tak dapat menahan dirinya daripada menjerit dan melompat keriangan.

"Aaaa!! Chukka hamnida!! Chukka hamnida!! Chukkahaeyo!!" Iman menjerit sambil bertepuk tangan, gembira.

Rudy berdiri sahaja melihat gelagat Iman. Kau cakap cina apa, perempuan? Aku tak faham.

Yang sempat Rudy menangkap cumalah 'da-da' dengan 'yo' sahaja dekat hujung ayat. Setahu dia bahasa yang pakai ayat-ayat centu korea kan? Huh, minah korea rupanya.

Rudy ada juga berkalih memandang ke sekeliling mereka. Nasib baik tak ramai orang lalu-lalang kat sini. Buat malu je terpekik tengah-tengah manusia.

Tapi dalam diam, dia juga tersenyum, gembira. Terasa suci pula diri. Terusik pula hatinya melihat telatah Iman, happy betul.

"Baiklah, mulai harini, awak dan saya bersaudara," beritahu Iman, gembira.

"Saudara?" kening Rudy terangkat, tak faham.

"Yes. Saudara seislam saya," terang Iman lebih spesifik.

Rudy mengangguk, mengerti. Ingatkan sekeluarga, wakaka. Kay, gurau.

"So nanti bila dah sampai rumah, awak kene solat asar berjemaah dengan keluarga saya. Jangan balik lagi, dan tak boleh tolak. Asar dah nak masuk ni, jadi wajib untuk awa--"

"Weyh, kejap."

Iman tersentak, apabila Rudy memotong ayatnya.

"Aku mana reti solat. Nak kene buat apa? Nak kene baca apa? Mana aku nak tau semua tu," beritahu Rudy, berterus terang.

Pernah lah juga sekali-sekala dia tengok Jet solat dirumah, tapi masa tu mana terbuka lagi hati dia nak tanya lebih-lebih fasal islam.

Iman terdiam. Ye tak ye jugak. Adoi, aku ni.. teruja lain macam sampai aku lupa semua tu.

"Okay takpe, macam ni.." Iman berhenti seketika sebelum menyambung.

"Saya bagitahu Umi saya pasal awak dah convert dan saya janji, saya tak tipu dengan awak yang dia memang berbesar hati untuk ajak awak semua pasal islam. Okay?" kata Iman, mengeluarkan tiga jarinya.

Rudy mengangguk, setuju. "Okay."

"Alright, jom. Mesti Umi saya dah lama tunggu," pamit Iman.

Mereka pun sambung berjalan beriringan sehingga ke tempat kereta Umi diparkir.

Dapat Iman lihat dari jauh Umi sedang bersandar pada badan kereta sambil mengipas-ngipas dirinya sendiri menggunakan tangan. Eh, Umi ni kenapa tak duduk je dalam kereta?

Nampak sahaja Umi, Iman dan Rudy dari jauh, terus sahaja dia berdiri tegak sambil bercekak pinggang.

"Haa, sampai pon. Lama Umi tunggu tau. Korang dua pergi mana?" soal Umi, melihat dua orang itu berjalan mendekatinya.

Dahla panas kat luar ni. Kek aku tu pun tak termakan lagi. Menunggu korang berdua sampai, kebulur dah aku kat sini. Bising Umi dalam hati.

"Tak pergi manalah Umi. Ada orang tu sesat," usik Iman, menekan perkataan terakhirnya, dan mengerling ke arah Rudy.

Rudy tersentak, dan lantas dia memandang Iman terseringai. Kau dah kenapa? Ada benda tak puas hati, cakap. Ada pula main perli-perli. Ceh!

Tersengih-sengih, sukalah tu dapat kenekan aku. Okay, takpe, sokay. Aku pun boleh kasi. Yang mendalam punya aku bagi. Kau tunggu, kau.

"Haa? Siapa yang sesat?" soal Umi, bingung.

Rudy berdehem sebelum berkata. "Haah Umi, ada orang tu jugak lama betul memilih barang. Tak jumpa barang yang nak dibeli. Tu sebab 'tersesat' tu," balas Rudy pula selamba macam tiada apa-apa. Dia menekan juga perkataan sesat sama seperti Iman. Hammik!!

Sebal muka Iman memandang Rudy. Apa kaitan sesat dengan pilih barang lama-lama? Macam off je. Iman jeda seketika, berfikir. Akhirnya, dia faham juga dengan maksud Rudy.

Tak jumpa barang yang nak dibeli, sama seperti tak jumpa jalan keluar. Atau dalam erti kata lain, sesat.

Huh! Dia nak kata aku lah ni punca dia sesat? Wahhh, kemain batin ayat dia. Kalau bercakap dengan pembaris ni, confirm boleh naik gila.

Iman mengepal penumbuknya, geram. Dasar landak! Aku gurau je pun. Ee, sensitif macam perempuan.

"Haa? Apa benda pulak sesat dengan tak jumpa barang ni? Umi tak fahamlah," bentak Umi. Dua budak ni aku kahwinkan kang baru tahu. Banyak pulak alasan.

Haa, kan Iman dah kata. Pembaris memang takkan faham. Orang macam ni nak kene explain yang tersurat lagikan yang tersirat baru boleh mencapai tahap pengertian disebalik perlian.

"Takda apalah, Umi," jawab Iman, tersenyum sumbing. Sempat jugak dia menjeling Rudy yang selamba berdiri disebelahnya.

"Pelik-pelik jelah budak zaman sekarang nih. Dah, masuk." arah Umi, sudah membuka pintu bahagian pemandu.

Iman dan Rudy hanya menurut.

Umi... bukan kitorang yang pelik, mi. Umi yang slow. Kutuk Iman sendiri dalam hati.

Nasib baik dia cakap dalam hati. Kalau dibawa keluar? Haa, kene tinggallah dia kat sini, jalan kaki je balik rumah nanti. Huii, patah kaki nak melangkahnya, weyh!

Ampun, Umi. Bukan ngutuk. Kebenaran.











**********

[ON EDITING PROCESS]

Continue Reading

You'll Also Like

107K 11.4K 89
Ali, baru sahaja mendapat tahu yang dia memiliki sepupu, iaitu anak kepada kakak tiri ayahnya. Boboiboy, turut menghadapi perkara yang sama, bila ma...
34.9K 2.6K 151
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
111K 3.3K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...
398K 18.6K 47
Zawana ialah gadis berumur 22 tahun. Cubalah teka. Dia tersuka dekat abang kawan dia, Akmal. Akmal ni pulak abang sulong daripada 3 orang adik beradi...