ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWR...

By shirxyvki

42.1K 5.2K 2.2K

[SINCE 2020] Tajuk: Ingatkan Dia (rudyman) Genre: Fanfiction ft. Angst Series: Ejen Ali [Wau Animation] Statu... More

Prologue: Amnesia [EDITED]
Bab 1: Mana
Bab 2: Senior
Bab 3: Keluar [EDITED]
Bab 4: Akhirnya [EDITED]
Bab 5: Kunci
Bab 6: Maaf
Bab 7: Rumah
Bab 8: Demam
Bab 9: Makmal
Bab 10: L[K]awan
Bab 11: Terungkap [ON-EDITING]
Bab 12: Sebab?
Bab 13: Flash
Bab 14: Ingat
Bab 15: Bersalah
Bab 16: Batas [EDITING]
Bab 17: Pasar [EDITING]
Bab 18: Dia [EDITING]
Bab 19: Keseorangan [EDITING]
Bab 20: Pengakhiran [EDITING]
Bab 21: Terlanggar
Bab 22: Maria Lania
Bab 24: Feelings [EDITED]
~SSWY~❄⛄ [TENGKIU❤]
Bab 25: Martin [EDITING]
Bab 26: Kerana Kasih [EDITED]
Bab 27: Silap
Bab 28: Dedah [EDITED]
Bab 29: Tembak [EDITING]
Bab 30: Berkas (AKHIR)
Bab 30: Diari (GURAU)
Bab 31: Tukar [EDITED]
Bab 32: Dulu
Bab 33: Runtuh [EDITED]
Bab 34: Sedar
~SSWY~❄️ [MatRiYa❤️]
Bab 35: Love
Bab 36: Déjà vu [EDITED]
Bab 37: Harapan [EDITED]
Bab 38: Rindu [EDITED]
Bab 39: Kembali
BAB 40: Trauma
BAB 41: Cuti?
Bab 42: Pantai
Bab 43: Balik
BAB 44: Healing
BAB 45: Berbaik
BAB 46: Pulang
BAB 47: Teman

Bab 23: Rival [EDITED]

700 114 37
By shirxyvki

SEPANJANG mereka di dalam bullet lift, hanya bunyi angin dan enjin saja yang kerap menyinggah ke telinga masing-masing.

Iman sedari tadi mengerling Rudy yang sedang menongkat dagunya dan membuang pandang ke luar. Bila diperhati semula, Iman tak pernah sedar pula mata Rudy sebenarnya terbentuk cantik.

Mungkin sebab lelaki ini suka sangat menjeling. Tambah pula dengan muka tegang dia yang susah betul nak senyum. Iman pun tak berani nak pandang lama-lama.

Antara sifat Rudy yang menarik perhatian Iman ialah dia seorang yang tak banyak bercakap tapi masih boleh berkomunikasi dengan baik semasa menjalankan misi. Dia pun... agak sombong dengan semua orang. Tapi itu bukan satu kekurangan pada Iman.

Ayah pernah cakap lelaki yang sombong berkemungkinan besar seorang yang setia. Mungkin kerana itulah Rudy berkeras tak mahu percaya bahawa Djin membelot M.A.T.A. hanya kerana kuasa dan dendam.

Fikir pasal Djin... macam mana agaknya Rudy atasi perasaannya tika itu?

Tanpa sedar, mata Rudy mendarat pada iris coklat miliknya. Mengeras terus tubuh Iman macam terkena arus elektrik. Ah, sudah.

Terjongket sebelah kening lelaki itu, mahukan penjelasan. Nak apa?

Iman meneguk liurnya dalam diam. Dia menyembunyikan gelabahnya dengan menggeleng kecil lalu menghadiahkan senyum nipis. Kata orang cover.

Dahi Rudy berkerut lalu menjeling Iman dan kembali mendaratkan retinanya di bawah laut itu.

Iman tersentak. Hei... orang senyum kot, balaslah balik! Senyum tu kan sedekah, kalau tak suka pun tak payah la sampai nak jeling. Iman mendengus halus menggerutu dalam hati.

Ah, kau siapa Iman nak dia senyum balik? Bercakap pun boleh kerat sebelah jari aje, ada hati nak mesra lebih-lebih macam kawan biasa. Iman mengeluh secara mental tika teringatkan itu.

Tak semena, wajah Iman berubah terus tika dia terperasankan telinga Rudy yang sudah bertukar merah padam serupa udang bakar. Sementelah juga dengan halkumnya yang bergerak atas bawah.

Alamak. Tergamam Iman buat seketika. Tangannya spontan mengusap perut yang tak pasal-pasal dipenuhi rerama. Marah ke?

Iman menarik nafas dalam.

"Tadi..."

Rudy berkalih tatkala Iman bersuara. Bercakap pun kau! Ingat nak jeling aku sampai tembus tadi. Buat aku naik gila aje. Dengus isi hatinya.

"Awak cakap apa dengan Marla?" soal gadis itu, tanpa memandang wajah Rudy.

"Kenapa nak tahu?" Soalan dibalas soalan. Sedikit terganggu Rudy kerana Iman bercakap dengannya tetapi tak memandangnya. Tertunduk... tunduk... pandang sinilah!

"Saja... macam serius je," balas Iman. Gila tak serius? Betul punya ketat muka lelaki itu sepanjang dia bercakap dengan Marla tadi.

Tadi masa Iman mahu datang dekat tak berani. Sebab dari jauh lelaki itu melarangnya dengan isyarat mata. Sudahnya, Iman duduk aje diam-diam macam tengah tunggu jodoh. Lama dan membosankan.

"Takda apa. Takyah sibuklah."

Iman tergigit bibirnya dari dalam. Geram. Rudy ni memang tak pernah bosan ke jadi beku? Eee, menyampah la. Marah Iman dalam hati.

Sudahnya, masing-masing bisu aje sehingga tiba ke pulau akademi. Rudy mengambil giliran pertama untuk keluar dari bullet lift itu kemudian Iman.

"Iman!"

Terjerit kecil ejen muda kombat itu akibat tubuhnya yang sedikit terdorong ke depan dek dipeluk tanpa amaran dari belakang. Tertoleh Iman ke sisi memandang gadis yang amat dia kenali.

"Kita ni jodoh ke sampai sama-sama?" soal Moon, meleraikan pelukannya dari leher kawan itu.

Rudy hanya mengekalkan wajah kosongnya dan terus melangkah berlalu dari situ. Bukan dia boleh tahan pun dengan perangai becok Moon itu. Macam mana la Iman boleh santai?

"Jodoh apa benda? Takda siapa nak dengan budak kepoh macam kau," sampuk Khai yang sebenarnya sampai sekali dengan Moon.

"Ahahahah... itu apa yang kau nampak je. Kau tak tahu ke? Aku ni..." Moon menoleh ke sisi sambil merendahkan sedikit wajahnya. Sebelah pipi gadis itu ditekup pula.

"Boleh tahan comel jugak sebenarnya," tutur Moon perlahan disambut tawa Iman.

Terlucut kaca mata Khai semerta. Kewarasan budak ini tertinggal dekat sekolah ke apa? Tang mana comelnya? Khai tengok takda pula hati dia cair ke, jantung doki-doki ke, tulang rusuk bergetar bagai. Takda! Perasan sungguh.

Moon sekadar tertawa melihat reaksi menyampah Khai. Tergeleng Iman sebaik tawanya yang sudah reda. 

Seketika, wajahnya berubah saat baru perasan sesuatu. Melilau terus kepala Iman mencari seseorang yang terasa hilang.

"Kalau kau cari Rudy, member tu dah lama gerak. Jomlah," terang Khai disusuli ajakan. Tanpa disambut, lelaki itu terus membuka langkahnya terlebih dahulu.

"Oh..." Spontan kepala Iman tertunduk bersama kaki yang turut mengorak langkah.

Rudy dah gerak? Macam mana dia boleh tak perasan?

Pap!

"Aaa! Apa awak ni?" marah Iman pada Moon yang memukul lengannya. Tiba.

"Kau ni obvious sangat la, Iman," kata Moon sedikit tergelak. Lengannya disauk pada lengan Iman lalu sama-sama berjalan beriringan di belakang Khai.

Iman terkedu. Obvious? Moon dapat baca air mukanya? Oh, tidak.

═ ∘◦❦◦∘ ═

"SEDIA..." Ejen Leon mengira masa dari atas platform.

Rudy bersedia dengan posisinya di arena. Nafas ditarik dalam lalu dilepaskannya perlahan. Bertenang.

"Mula!"

Rudy berlari sepantas kilat sebaik penggera masa berbunyi dan berdetik. Setiap halangan berjaya dilepasinya. Dia tersenyum sinis. 

'Senang sangat.' Rudy mendesis di dalam hati.

Tangga yang berubah menjadi lantai yang curam dan robot yang menjaga intel. Semuanya sama. Jumlah robot dan drone je berbeza.

Ejen Leon yang perasan dengan senyuman sinis di bibir ejen inviso itu juga turut sama mengulum senyum senget. Nampaknya Rudy memang memandang rendah. Ejen Leon mengerling jam di tangannya. 

Kalau diikutkan masa ia patut berlaku... sekarang!

Swoosh!

"Whoah!" Rudy mengundur sedikit ke belakang akibat terkejut. Jantungnya tak semena-mena berdegup laju.

Mereka yang perhati dari atas pun turut sama terkejut.

"Apa benda tu?" soal Jet, memanjangkan lehernya ingin melihat.

Iman pula sudah berkerut kening. Tak ingat pula dia dalam ujian ada bahagian ini.

Rudy mencari dari mana datangnya benda yang hampir menusuknya tadi. Terbuntang luas mata lelaki itu setelah mendapat tahu ianya adalah anak panah! Rudy terseringai. Sejak bila akademi main anak panah?

Ejen Leon mengekalkan senyuman di bibirnya. Dia berdiri sambil bersilang lengan. Mari kita lihat apa yang pelajar terbaik akademi akan lakukan bila berdepan situasi sebegini.

Sengaja Ejen Leon membuat perubahan pada latihan Rudy kerana ingin mencabar kebolehan pelajar itu. Takkan semua misi berjalan seperti yang dirancang. Di dalam situasi genting beginilah kita kena perlu sentiasa bersedia.

Rudy mengambil masa menenangkan diri. Okey... ini baru. Dia perhatikan alat yang memanah tadi. Ini ciptaan baru M.A.T.A. ke? Anak panah ini tak dipanah daripada dinding tapi daripada busur yang berupa drone.

Rudy mendengus kasar bersama muka yang berkerut seribu. Dia mengangkat wajah lalu menjeling mentornya sekilas. Atau khususnya Ejen Leon.

Nampaknya Ejen Leon benar-benar ingin mencabarnya. Rudy tersenyum sinis.

Rudy kembali menumpukan perhatiannya pada ujian simulasi ini. Dia berlari sambil mengelak beberapa anak panah yang telah diprogram untuk menyerangnya.

Rudy menggelecek di antara sekumpulan robot dan menggunakan arrow drone tersebut untuk menumpaskan mereka. Daripada lima robot yang menyerangnya kini sudah dikurangkan menjadi dua.

Rudy teruskan lagi dengan melontar garinya pada salah satu pergelangan robot yang masih ada. Dia mengawal robot itu untuk menyerang arrow drone yang terapung di udara.

Satu demi satu arrow drone ditumbangkan. Setelah berjaya menumpaskan kesemuanya, dia mencampakkan pula robot tersebut ke dinding sehinga ia hancur berkecai.

Rudy melepaskan nafas dengan kasar. Peluh Penat.

Masing-masing terpegun dengan kebolehan Rudy. Ada yang sudah melopong dan ada juga yang tidak tahu hendak membuat riak apa. Terlalu speechless.

"Bukan Rudy amnesia ke?" soal Moon kehairanan. Kalau Rudy hilang ingatan kenapa Moon rasa seperti Rudy lebih hebat dari sebelum ini?

Ejen Leon mengerling Moon sekilas. Amnesia hanya memudaratkan sebahagian memori sahaja. Bukan gerak geri badan. Rudy mungkin tak ingat apa-apa mengenai latihannya bersama M.A.T.A. tapi itu hanyalah memorinya bukan tubuhnya.

Inilah namanya muscle memories. Tubuh Rudy yang sudah dibiasakan dengan latihan simulasi akademi sepatutnya sudah fleksibel dengan segala halangan ini.

Rudy menapak hendak mengambil intel. Namun baru sahaja Rudy hendak mencapainya, tangannya ditembak pula oleh sesuatu. Rudy terkejut dan lantas menoleh. Kelihatan ada satu lagi robot yang masih berdiri teguh di hujung penjuru.

Rudy mendengus geram. Macam mana dia boleh lupa ada satu lagi robot? Tak guna. Ini semua drone panah tu punya fasal! Marah Rudy dalam hati.

Rudy tanpa berlengah lagi, pantas membuka langkah seribu lalu membaling wristbandnya. Tapi apa yang Rudy tak sangka robot itu berjaya menepisnya. Wristband itu jatuh ke atas lantai dan robot tersebut mengambil peluang ini untuk menembak Rudy bertubi-tubi.

"Argh!"

Terbaling ejen inviso itu ke belakang apabila salah satu tembakannya mengena tepat ke arah dada bidang Rudy.

Iman mengambil satu langkah ke hadapan. Terhenti sesaat nafasnya melihat lelaki itu ditembak. Rasanya ini kali pertama Rudy tumbang semasa ujian.

Rudy mengerang kesakitan. Kepalanya diurut sambil merengus perlahan. Okey memang salah dia. Dia sepatutnya sudah agak taktik yang sama tak akan berjaya dua kali.

Rudy bingkas bangun dari jatuhnya. Dia berlari dan sambil dia mengelak dari tembakan, dia memikirkan strategi untuk menumpaskan robot tersebut. Dia ejen inviso. Kemahiran dia bukan satu.

Tanpa sengaja, mata Rudy mendarat pada sebuah arrow drone di kakinya. Terus otaknya sudah memikirkan satu idea. Ini mungkin ada akan dapat mengalihkan perhatian robot.

Tak mahu berlengah lagi, Rudy pantas mengambil drone itu dari atas lantai lalu dibalingnya sekuat hati ke arah robot tersebut. Seperti yang Rudy sangka robot itu menembak drone tersebut bagi melindungi dirinya.

Keadaan menjadi semakin genting apabila drone yang ditembak robot tersebut mengeluarkan asap yang agak menutup penglihatan mata. Namun tak lama, hanya dalam beberapa saat sahaja.

"Mana dia pergi?"

Robot tersebut cuba mengesan lokasi Rudy namun tak berjaya. Tanpa dia sedar, kakinya tiba-tiba digari oleh alatan canggih. LED pada gari yang tadinya berwarna hijau, kini sudah bertukar merah.

"Situ!" jerit Moon dari atas.

Rudy tersenyum sinis. Dapat pun!

Rudy bingkas berdiri dari atas lantai setelah menyamar menjadi robot yang rosak dan seraya itu juga hoodie samarannya menukar semula imej asal Rudy.

Hoodienya yang menutupi hampir keseluruhan wajahnya tidak ditanggalkan. Dengan kawalan yang ada pada wristbandnya, Rudy menarik robot itu menghampiri dirinya.

"Hargh!" Rudy memberi satu extra super back kick pada robot tersebut bagi melepaskan amarah. Seletah melihat robot itu tumbang satu sahaja yang Rudy rasa. Puas!

Setelah memastikan tiada lagi robot dan apa-apa sahaja yang dapat menghalangnya, Rudy melangkah untuk mengambil semua intel. Dapat sahaja intel itu di tangan Rudy, automatik ujian simulasinya tamat.

"Whoo! Gempaklah, Rudy!"

"GG, bro!"

"Nanti berlatih dengan aku!"

Sorak beberapa ejen lain dari atas. Ada yang sudah bertepuk tangan.

Rudy tertunduk memegang lututnya keletihan. Tercungap-cungap dia mengumpul nafas. Wau, stamina dia benar-benar perlu ditingkatkan lagi. Kepala Rudy diangkat ingin melihat kepada masa. 50 saat.

"50 saat...." Dia meneleng ke tepi sambil mengangkat sebelah keningnya.

50 saat! Rudy mengetap rahangnya, marah. Kalau bukan sebab drone panah tu tadi sudah lama Rudy memecahkan rekodnya daripada 40 ke 20 saat. Huh, tak guna. Rengus Rudy dalam diam masih lagi tak puas hati.

"Tahniah saya ucapkan buat kamu Rudy. Pencapaian kamu semakin meningkat. Dengan peningkatan kamu ini, saya harap kamu dapat tingkatkan kebolehan kamu di masa akan datang," ucap Ejen Geetha sudah berdiri di hadapan Rudy.

"Baiklah, kamu semua boleh rehat. Dan Rudy..." Mata Ejen Leon mendarat pada pelajarnya yang satu itu.

Kepala Rudy lantas terkalih memandang Ejen Leon.

"Tahniah." Mentor tersenyum kecil sebelum beredar.

Rudy hanya mengekalkan wajahnya yang tidak beriak. Tahniah? Ejen muka ketat itu ucapkan tahniah?

"Nah." 

Terkalih kepala Rudy melihat botol air mineral yang dihulur Roza. Tak berfikir panjang, terus disambar botol yang sudah dibukakan penutupnya. Air itu diteguk Rudy dengan rakus.

"Air Rudy je? Air aku tak ada?" Jet muncul di sebelah Roza dan menayangkan muka 10 sennya.

"Air kau pergi ambik sendirilah. Banyak cantik muka." Roza menjuling ke atas.

"Kau ni... dengan aku pun nak berkira." Jet bersilang lengan. Mukanya mencuka habis. Alang-alang dah ambilkan untuk Rudy, ambilkan la untuk aku sekali.

"Dengan kau la aku kena berkira. Ingat aku ni apa? Kuli? Nak air, amiklah sendiri. Aku amik untuk Rudy ni pun sebab dia letih. Kau aku tengok elok je," bebel Roza panjang dari biasa. Dia menjeling Jet atas bawah.

Jet mencebik tak puas hati. Ah, lantaklah. Sekarang ni pun sudah waktu rehat. Nanti dekat kafe pun dia akan minum juga. Jet membalas jelingan Roza sebelum berlalu dari situ.

Rudy melepaskan nafas seperti hendak ketawa. "Kau cakap banyak bila kau nervous."

Roza memaling memandang Rudy. "Haa?"

"Sudahlah... berapa lama kau nak sorok perasaan kau ni?" soal Rudy selamba.

Roza jeda. Apa?

"Lambat laun dia tahu juga, kan?" soal Rudy tersenyum sinis. Dia mengenyitkan matanya sebelum menghabiskan air yang masih berbaki.

Roza tersentak. Kejap, apa? Rudy perasan. Mukanya sudah berona merah. Oh, tidak! Dia tak pernah beritahu sesiapa fasal perasaannya, macam Rudy boleh tahu? Rudy tak dapat tahu semudah itu kecuali...

Mata Roza ditala memandang Rudy yang sudah jauh ke hadapan. Dia membuka langkah mengejar lelaki.

"Weh!" panggil Roza dari belakang.

Iman meneguk air liurnya melihat Rudy dan Roza dari jauh sedari tadi. Jantung tak semena-mena terasa dihimpit. Apa tadi tu? Rudy kenyit mata ke? Kenapa muka Roza terus merah? Apa semua ni?

Kejap, kenapa otak tanya banyak sangat soalan ni? Iman menggenggam buku limanya lalu diletakkan di dahi. Kenapa aku nak sibuk? Suka hati dia la nak kenyit mata dekat siapa pun.

Oh, Iman..

"Iman."

Tersentak Iman apabila disapa rakannya sebegitu.

"Bakpo dighi sini soghe? Moon mano?" soal Chris sambil memanjangkan lehernya mencari sahabat sejati Iman.

Sebaik Chris bertanyakan soalan itu, terus terpusing-pusing kepalanya. Haah la... mana Moon? Keningnya digaru perlahan.

"Tak tahu, rasa macam tadi dia dekat sebelah saya," kata Iman kehairanan. Memang semua ejen Inviso berjalan macam drakula ke? Tak berjejak langsung. Mula-mula Rudy lepas tu Moon.

"Apa!"

"Biar betul?"

Serentak kepala Iman dan Chris berkalih sejurus jeritan di ruang legar itu tiba-tiba bergema.

"Kau Islam?"

"Bila convert?"

"Entah! Tak bagitahu aku pun."

Iman menyembunyikan senyuman kecilnya. Dah agak dah mesti ramai yang teruja.

"Sapo yang Islam?" soal Chris dengan mengekalkan wajahnya yang bingung.

"Oh, diorang cakap pasal Rudy la tu. Dia masuk islam."

"Iyo? Sejok bilo?" soal Chris separuh jerit. Serius dia tak sangka.

"Baru je. Saya tolong dia mengucap haritu," jawab Iman.

"Wah, hebat. Mesti rame doh awok tolong deh," puji Chris.

Iman tergelak kecil sambil menggeleng perlahan. 

"Bilo maso? Ambo baghu tolong so ja."

Terkejut Chris bila Iman bercakap kelantan. "Kecek klate doh mung mu lo ni?"

"Awak juga yang ajar," balas Iman sambil menjuling ke atas dan tersenyum gembira.

Kadang Iman cemburu juga dengan Chris ni. Muka dia putih melepak kalah perempuan! Memang jambu sungguhlah.

"Iman."

"Ya?"

"Err..." Chris mengusap belakang tengkuknya.

"Ambo nok mintak tolong sikit boleh dok?" pinta lelaki itu malu-malu.

"Tolong?" Tercantung kening Iman.

"Sparring?"

"Oh, nak berlatih la ni? Boleh je." Iman tersenyum nipis sambil mengangguk kecil.

"Oh, comey! Jom." Chris tersenyum lebar sebaik Iman setuju ingin menolongnya.

Mereka kini sudah mengorak ke bilik khas buat pelajar ejen kombat untuk berlatih. Iman antara ejen muda kombat yang terkuat. Jadi Chris memang sudah lama mahu mencabar kebolehannya.

"Iman."

"Hmm?"

"Don't go easy on me," kata Chris sudah kelihatan keris plasmanya yang terapung di sisi.

Iman tersenyum kecil. Sinis.

"Same."

Chris terlebih dahulu memulakan serangan. Memandangkan dia pun sudah tahu, Iman tak suka mengambil langkah pertama.

Kuat bunyi dentuman gajet masing-masing berlaga antara satu sama lain.

═ ∘◦❦◦∘ ═

IMAN mengipas diri sendiri dengan tapak tangannya. Botol gas yang tiba-tiba muncul di hadapan matanya membuatkan dia menoleh. Tersenyum kecil dia.

"Terima kasih," ucap Iman lalu menyambut huluran Chris. Buat susah je, sedangkan dalam begnya masih penuh botol yang berisi air.

"Hebat deh awok. Tokse ajor ambo ko?"

Iman hanya tergelak. Ajar Chris? Tak jadi masalah kot memandangkan Chris ni lelaki. Mesti jiwa pun kental. Tak semena matanya jatuh pada Bulat yang kebetulan lalu di situ.

"Bulat," panggil Iman.

"Khai mana?" soalnya sebaik lelaki itu menoleh.

"Dekat makmal tekno. Dia kata nak siapkan projek dia tu awal-awal."

Iman mengangguk kecil dengan jawapan Bulat. Patutlah tak nampak langsung bayang kawannya itu dari tadi.

"Moon?"

"Dia tadi aku nampak dengan Zass. Tapi sekarang aku Zass nampak je, dia aku tak tahu kat mana," jawab Bulat lagi.

Sekali lagi Iman mengangguk. Dia mengulum senyum kecil lalu mengucapkan terima kasih. Sesaat, Bulat pun beredar dari situ.

"Agh! Bloody idiot!" pekik Chris pabila penutup botol air gasnya tak mahu buka. Alih-alih tangan dia pula yang sakit.

"Excuse me?" Iman berbunyi dengan nada sedikit dalam. Berkerut dahinya menikam Chris yang baru saja mencarut dalam bahasa ibunda sendiri.

Terteguk liur Chris tatkala ditikam Iman. Alamak.

"Ah, I mean... daffodils green!" Terus lelaki berbangsa kaukasia itu menukar kosa katanya. Nada dia lebih kurang sama marah macam tadi.

Tertekup mulut Iman dek tawanya yang terlepas dengan cara Chris mengubah carutannya. Tak jadi dia nak marah lama-lama.

"That's right. No cursing," kata gadis itu, memberi pesanan berbentuk amaran.

"Whatever you say, sugar. Help me?" pinta Chris menghulurkan botolnya.

Iman tersenyum kecil lalu menyambutnya dari tangan Chris. Penutupnya tolong dibukakan lalu dihulur semua botol itu pada tuannya.

Istimewanya orang Inggeris, mereka boleh buat diri mereka kedengaran mencarut tanpa sebenarnya mencarut. Pelik tapi benar. Ramai saja masyarakat mereka amalkan budaya seperti ini. Sebagai contoh, Alfred High.

Iman dan Chris terus berbual dengan hal biasa. Walaupun Chris bercakap dengan loghat kelantan dan Inggeris pekatnya, Iman masih boleh faham.

Tapi yang kelakarnya, bila Chris cakap Kelantan, rasa macam kawan ini tengah cari gaduh. Tapi bila keluar loghat Inggeris United Kingdom dia, terus rasa macam Chris tengah mengorat.

Logik tak kalau Iman nak fikir macam tu? Gentleman sungguh!

"Ya ke ni?" soal Iman sedikit sangsi.

"Ho la! Acu Iman tra teh. Boleh dok?"

"Ish, tak nak la. Kalau tercucuk mata awak, naya," kata Iman disambut tawa Chris.

Iman menggeleng perlahan sambil tersenyum kecil. Ada ke patut Chris minta Iman mencuba kerisnya? Oh, tidak... terlambung keris tu ke langit habislah dia kalau terpacak dekat kepala anak orang.

Matanya dikecilkan memandang dari jauh. Ada sekali itu, dia tak sengaja mendengus kasar. Rahangnya diketap kuat, marah. Apa yang dibualkan oleh rakan-rakannya langsung dihiraukan.

Melihat Iman gembira dengan orang yang selain daripada dirinya membuatkan darahnya menggelegak. Apatah lagi bergelak ketawa. Kenapa Iman tak pernah gelak macam tu bila dengannya?

"Woi!"

Rudy pantas menoleh memandang Jet. Seperti baru sedar dari alamnya.














═════════
[AKAN DIEDIT]
Total words: 2.9k

Shirayuki in this chapter be like...
Kelantan: 😕🙅🏻‍♀️
British: 😌👌🏻

But I'm suck at both accents anyways 😩🤷🏻‍♀️

Continue Reading

You'll Also Like

6.9K 588 46
𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...
4.3K 619 51
❝ Ajar aku bunuh diri. ❞ Halilintar Grandville, putera kedua dari keluarga yang berpengaruh. Wajahnya tanpa ekspresi, tatapannya dingin dan rahsia Ha...
25K 455 25
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
17.5K 2.5K 48
[Babymonster story #1] la.fam-i-lle la/ˈfam(ə)lē/ -a group of all the descendants of the common parents living together as a unit. *** Perihal sekisa...