Rahsia Takdir Antara Kita

By scarletwani

1.8M 51K 2.4K

COMPLETE ✅ (The Best Floriarity Romance 2020🏅) (Top🥈Novelist Award Of Sad Romance) Hidup Nur Hanis berubah... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 67
Bab 68
Bab 69

Bab 66

31.2K 732 12
By scarletwani

Tangan kedua dua ibu dan ayah mertuanya disalam Hanis. Sudah agak lama dia tidak bertemu dengan mereka. Rasya yang sedang berjalan menggunakan tongkat itu hanya menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Mulanya Hanis musykil sedikit, tetapi salam gadis itu disambutnya juga.

"Hanis sihat?", Datin Yasmin menyapa Hanis. Hanis cuma mengangguk.

"Alhamdulilah..", bisik Datin Yasmin perlahan.

Hanis dari tadi hanya memerhatikan Datin Yasmin dan Rasya yang kelihatan berbeza dari sebelum ini. Imej mereka sudah bertukar, kalau dulu mereka tidak bertudung. Tapi kali ni mereka muncul dengan imej baru. Cantik bertudung mengikut syarak.

"Hanis..", tangan Hanis dicapai. Dia memandang ke arah anak mata Hanis.

"Mama minta maaf..", ucapnya. Hanis melihat mata Datin Yasmin yang dah mula bergenang dengan air mata.

"Ampunkan mama, sayang.. mama banyak berdosa dengan Hanis.", Ikhlas dia berkata. Berbeza dengan lakonan dia yang dulu.

"Mama jahat dulu, sampai sanggup nak pisahkan Hanis dengan Huzair. Mama menyesal sangat sangat. Mungkin ini balasan Tuhan pada mama.", dia mengesat air matanya dengan belakang tangannya.

Hanya Allah saja yang tahu betapa terkejutnya dia semasa mendapat tahu Huzair sedang bertarung dengan kanser. Jantungnya bagai nak luruh.

"Tolong maafkan mama.. mama minta sangat pada Hanis.", Rayunya. Dia sudah menunduk, tidak sanggup bertatapan dengan menantunya itu.

"Sya pun sama, kak Hanis. Terlalu banyak salah Sya pada kak Hanis. Sya kesal sangat. Kesal dengan perbuatan Sya pada along dengan kak Hanis.", Rasya yang berada di sebelah Hanis turut meminta maaf.

Hanis masih mendiamkan diri. Dia sudah nampak keikhlasan di mata kedua wanita itu. Tapi hatinya terasa payah hendak memaafkan. Perlahan lahan dia beristighfar.

"Sya juga yang menyebabkan along benci pada kak Hanis.. Sya lah yang perangkap kak Hanis.", Berjuraian air mata Rasya.

Hanis menoleh memandang Rasya di sebelah. Astaghfirullahalazim.. tidak sangka dia..

"Tolong maafkan Sya.. Sya menyesal sangat..", Hanis menyabarkan hatinya. Dia tidak mampu untuk memarahi mereka. Hatinya yang sedia sedih dengan keadaan Huzair, tidak mampu memikirkan soal lalu.

"Perkara tu dah pun lepas. Benda dah jadi pun. Tak boleh lagi kita nak undurkan masa. Tapi.. Hanis harap sangat, mama dan Sya akan berubah menjadi yang lebih baik selepas ni.", Itu saja yang mampu dia keluarkan daripada mulutnya.

"Hanis maafkan kami?", Tanya Datin Yasmin. Hanis hanya mengangguk perlahan.

"Ya Hanis maafkan..", pantas Datin Yasmin dan Rasya memeluk Hanis dengan erat. Teresak esak mereka.

"Terima kasih sudi maafkan kami..", Hanis hanya tersenyum kecil.

"Sekarang ni kita kena banyak berdoa, sebab Huzair tengah bertarung nyawa melawan sakit dia kat dalam tu. Mudah mudahan Allah permudahkan segalanya.", Lancar Hanis menyusun kata. Walaupun dalam hatinya sudah sebak.

"Amin."

***

Hanis mengetuk perlahan pintu wad sambil matanya memandang ke arah Huzair. Huzair yang sedang membaca Al Quran itu memandang sekilas sebelum dia menghabiskan bacaannya dan diletaknya di tepi.

"Hanis ganggu abang ke?"

"Hanis tak pernah ganggu abang, sayang.. malah menceriakan hidup abang lagi ada lah.", Hanis tergelak kecil mendengarnya.

Hanis melangkah menghampiri Huzair yang tersandar di kepala katil itu sambil di tangannya memegang mangkuk tingkat yang dibawanya daripada rumah.

"Sedapnya bau.. sayang masak apa?", Ujar Huzair. Dia terpaksa berkata begitu demi menjaga hati isterinya. Padahal dirinya yang tak bermaya itu usahkan selera tiada, nak bangun berdiri pun tak larat.

"Sedap kan bau dia? Belum rasa lagi..", tersengih Hanis sambil tangannya membuka satu persatu mangkuk tingkat itu.

Dia memasak sup ayam bersama sayur rebus. Memang perlu jaga pemakanan Huzair itu sebelum hari pembedahan.

Hanis mengeluarkan sudu lalu mula menyuap Huzair. Biarlah dia yang menyuap suaminya itu walaupun dia boleh makan sendiri.

"Hmm so sedap..", ujar Huzair meski tekaknya rasa payah untuk menelan.

Hanis yang memang nampak wajah kelat Huzair bersama kunyahan yang perlahan memang sudah dapat agak yang Huzair tiada selera. Tapi dia teruskan menyuap sehingga licin bekas mangkuk tersebut.

"Nak air..", Hanis menuangkan air masak yang berada di dalam jug air itu ke dalam cawan kaca.

Rakus Huzair meneguk air itu sehingga habis.

Wajah isterinya dipandang lama, entah kenapa dia merasakan dia takkan dapat menatap wajah kesayangannya itu selepas ini.

"Abang rindu sayang..", ujar Huzair setelah dia bersandar semula ke kepala katil.

"Aik baru tinggalkan kejap dah rindu?", Hanis memandang Huzair sambil tangannya menutup mangkuk tingkat tadi.

"Mestilah.. sayang kan cinta hati intan payung abang. Mana tak rindu kalau berjauhan walaupun sekejap je.", Muncung Huzair.

"Sayang tak rindu abang ke?", Tanya Huzair membuatkan Hanis tersenyum kecil.

Dahi suaminya itu dicium perlahan sebelum matanya memandang anak mata Huzair.

"Rindu. Rindu sangat sangat..", ucap Hanis. Mustahil lah kalau dia tak rindu, nak balik masak pun rasa berat hati. Nasib baiklah tadi ada Dato Jalal, Datin Yasmin dan Rasya yang menemani Huzair sementara dia pulang rumah.

Tadi pun Encik Samad mencarikan homestay yang berdekatan untuk mereka menginap. Maklumlah, rumah mereka tak cukup bilik.

"Sayang kan dah janji taknak menangis dah.", Hanis segera menyeka air matanya. Dia terlalu lemah untuk ini.

"Mata masuk habuk jelah. Mana ada menangis.", Sengaja mencipta alasan. Ketawa Huzair mendengar.

"Sayang.." tangan Hanis dibelai dengan ibu jarinya.

"Hmm?"

"Esok abang dah kena bedah.", Hanis diam. Matanya masih memandang Huzair.

"Sebelum tiba hari esok, abang nak minta maaf pada Hanis. Tolong maafkan semua kesalahan abang pada sayang.", Entah kenapa Huzair berasa sebak. Matanya mula berkaca.

"Kan Hanis dah maafkan abang..", pipi Huzair itu diusap dengan tangannya.

"Tahu. Tapi abang nak minta maaf banyak kali.. abang takut kalau terjadi apa apa pada abang."

"Shh.. janganlah cakap macam tu. Insha Allah semuanya akan berjalan dengan lancar. Hanis ni setiap masa berdoa pada Allah agar umur abang dipanjangkan. Yang penting abang kena kuat, lawan habis habisan. Ingatlah pada hubungan kita yang masih panjang lagi perjalanan. Abang tak teringin ke nak ada anak dengan sayang? Abang tak nak tengok anak abang membesar depan mata ke? Sayang pun nak merasa jugak zaman tua dengan suami sayang ni.", Pipi Huzair dicubitnya.

Huzair ketawa kecil. Ya, dia nakkan semua tu. Tapi perancangan Allah, dia tak tahu. Tawakkal sahaja yang dia mampu.

"Cakap je orang jangan menangis, tapi dia pun menangis jugak.", Tegur Hanis.

"Masuk habuk jugak..", ujar Huzair sambil menggosok matanya.

"Nakal eh tiru ayat orang.", Ketawa Huzair apabila Hanis mencucuk pinggangnya.

"Insha Allah sayang.. moga Allah kabulkan doa kita." Hanis mengangguk.

"I love you.."

"I love you more.."

"I love you more and more.."

"I love you more more more more..", mereka berdua ketawa walau dalam hati penuh kebimbangan yang menggunung.



Continue Reading

You'll Also Like

340K 14K 26
[Status: Completed ] Tak tahu macam mana boleh dia terlalu suatu lorong sunyi membuatkan dia terlibat menjadi saksi satu kes perbuatan kejam. Hidupny...
1.9M 45.5K 62
# 1 out of 4.1k omg !!!!!! #26 out of 863 auchhh? (6/7/18) -Tamat- " Aku tak boleh terima kau dalam hidup aku . Kenapa mesti kau hadir dan musnahkan...
226K 5.4K 57
Wawa seorang gadis biasa yg dulunya bertemu dngn Izzul. Tetapi itu sementara, cintanya putus ditengah jalan akibat orang ketiga. 4thun kemudian dia b...
1.5M 45.2K 79
Adella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup memperma...