Rahsia Takdir Antara Kita

By scarletwani

1.8M 51K 2.4K

COMPLETE โœ… (The Best Floriarity Romance 2020๐Ÿ…) (Top๐ŸฅˆNovelist Award Of Sad Romance) Hidup Nur Hanis berubah... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69

Bab 62

28.1K 655 7
By scarletwani

  Memang nampak riak wajah Hanis yang begitu fokus ke arah pemanduannya. Kereta Huzair yang tidak berada jauh di hadapannya tadi juga diperhatinya dengan teliti.

Tiba di satu persimpangan, terlihat kereta Huzair memberi isyarat ke kiri. Dia pun turut memberi isyarat yang sama. Sampailah mereka membelok ke dalam satu kawasan kedai makan.

Hanis hairan kenapa suaminya itu memasuki ke kawasan kedai kedai makan. Dia memperlahankan keretanya melihat Huzair yang selesai memarkir keretanya di tempat yang disediakan.

"Aku tunggu dalam kereta je la. Lagipun dari sini boleh nampak dia.", Matanya tetap memerhatikan Huzair yang baru saja mengambil pesan pada pelayan restoran itu.

Agak lama dia menunggu untuk mengetahui apa sebabnya lelaki itu datang ke sini. Kata ada hal penting, tapi dia tengok elok je bersantai kat kedai makan.

Selepas selang beberapa minit kemudian, matanya terganggu oleh sebuah kereta berjenama Axia yang baru melintasi hadapan keretanya.

Hanis yang agak kebosanan memerhatikan Huzair terus dialihkan pandangannya ke arah kereta Axia yang baru diparkir tadi. Saja la dia mahu melihat siapa gerangan pemandu tersebut.

Dia lihat seorang wanita dalam lingkungan sebayanya. Keluar daripada kereta sambil membetulkan bajunya.

Pandangan matanya dialihkan semula ke arah Huzair. Malas lah dia mahu memerhatikan orang lain yang tiada kene mengena dengannya.

Melopong sedikit Hanis melihat Huzair yang lama memandang wanita yang memandu Axia tadi. Dia menyimpan geram di dalam hati.

Mentang mentang la perempuan tu lawa, siap pakai kebaya lagi. Sedap kau je eh nak pandang pandang dia!? Desis hatinya.

"Dasar gatal!", Terkeluar suara daripada mulutnya.

Tiba tiba dia lihat Huzair bangun dari duduknya. Ah mungkin dah nak balik kut. Fikir Hanis.

Tapi sangkaannya meleset. Dia terkejut melihat wanita berkebaya tadi mengambil tempat di hadapan Huzair.

Tubuhnya ditegakkan, dia terkelu melihat Huzair yang berdua dengan wanita lain.  Hatinya terasa dipukul apabila melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh mereka berdua.

Ini ke hal dia yang penting sangat tu? Marahnya sudah membuak. Tak guna betul! Menipu dia dalam dia ya?

Selama ni dia percayakan lelaki itu benar benar ada hal yang mustahak. Tapi tidak menyangka dia apa yang dilihatnya tidak pernah langsung terlintas dalam kepalanya.

Hanis terus menurunkan brek tangan untuk memulakan perjalanan. Kalau dilihat dalam drama, si isteri akan terus menyerang suaminya. Tapi dia tidak, dia akan menyelesaikan semuanya apabila lelaki itu sudah balik. Dia mahu tengok sampai mana Huzair nak menipu lagi.

Keretanya terus keluar melucuri laju ke jalan raya.

***

Dia berjalan mundar mandir di dalam biliknya sambil memeluk tubuh. Fikirannya yang sudah berkecamuk menambahkan lagi kemarahannya pada lelaki itu.

Sesekali dia mengerling ke arah jam di dinding. Dah nak pukul 6 petang tapi Huzair masih tak balik balik lagi. Wah bukan main lagi lelaki itu berseronok di belakangnya.

Dirinya yang sudah mula mahu memaafkan suaminya itu terus lesap dari niat dalam hatinya. Amarah yang melanda itu terus menerus menyelubungi dirinya.

Lelaki itu memang penipu!

Kedengaran derapan kaki daripada luar ditangkap telinga Hanis. Pintu dibuka dan terjengul Huzair yang nampak terkejut melihat Hanis yang berdiri di sebelah katil sambil memandang dingin ke arahnya.

Huzair sengaja tidak melayan, dia terus menutup pintu biliknya dan melangkah ke almari.

Dia tau Hanis mesti merajuk dengannya, yelah kata nak balik awal tapi lambat jugak.

Malam semalam dia baru mendapat panggilan daripada doktor yang merawatnya untuk berjumpa di kedai makan berhampiran sahaja kerana dia ada tugasan lain yang perlu diselesaikan.

Doktor itu hanya berbincang sahaja mengenai progres terhadap dirinya. Kata doktor, dia memang ada harapan untuk sembuh kerana kepatuhannya terhadap arahan pihak pakar. Pembedahan pula akan dibuat dalam masa terdekat.

Selepas itu, Huzair terus bergerak menuju ke hospital untuk mengambil ubatnya, yelah stok ubatnya pun hampir habis. Pulak tu boleh pulak ramai orang kat hospital tu, terpaksalah dia menunggu.

"We need to talk.", Dingin Hanis berkata. Huzair yang mendengar hanya menyimpan senyuman di dalam hati.

Alahai sayang.. takkanlah sebab balik lambat pun nak marah marah?

"Kenapa awak lambat balik?", Huzair menoleh ke arah Hanis di belakang.

"Hal abang tu lambat sikit nak habis. Tu yang balik lambat tu. Sorry sayang.. mesti sayang rindukan ab.."

"Siapa perempuan tu?", Huzair terdiam. Perempuan?

"Maksud Hanis?"

"Jangan pura pura tak tahu lah Huzair! Saya nampak semuanya!", Hanis mula meninggikan suara. Dia tidak dapat lagi mengawal perasaannya.

Huzair berdiri kaku di depan almarinya. Dia tertanya tanya apakah isterinya itu mengekorinya daripada belakang? Kalau benar, Hanis sudah salah faham.

"Sayang ikut abang?"

"Itu semua tak penting! Yang saya nak tahu sekarang ni, siapa dia?", Tajam matanya memandang lelaki itu.

"Itu.. itu kawan abang lah sayang. Abang dah lama tak berjumpa dengan dia.", Huzair mencipta alasan. Takkanlah dia mahu memberitahu Hanis yang dia berjumpa dengan doktor tadi?

"Sejak bila pulak yang awak ni ada kawan dekat sini?" Lelaki ini memang dah melampau. Belakang dia boleh keluar dengan minum dengan perempuan lain!

"Kebetulan je sayang abang terjumpa dengan dia dekat sini. Itu yang dia ajak minum minum kejap.", Balas Huzair.

"Sayang.. jangan lah cemburu sangat. Abang tak de apa apa pun dengan dia.", Hanis yang menoleh ke arah lain terus memandang Huzair.

"Cemburu? Eh jangan merepek lah!", Marah Hanis.

"Awak tak fikir ke apa yang orang lain akan cakap bila diaorang nampak awak keluar dengan perempuan lain? Awak kena ingat sikit, orang dekat sini dah tahu yang awak tu suami saya. Malu la sikit! Nanti umi abah jugak jadi mangsa tahu tak?", Huzair sekadar menunduk.

Dia tidak sangka yang Hanis akan mengekorinya tadi.

"Asyik keluar lepastu balik lambat. Ini rupanya kerja awak ya?", Penat dia hendak memandang wajah lelaki itu.

"Umi dan abah tu selalu risaukan awak kalau awak tak balik lagi. Tapi apa yang awak buat?", Hanis perlahan lahan melabuhkan punggungnya di atas katil.

Huzair melutut di sebelah kaki Hanis. Tangan isterinya itu dipegang.

"Abang sayangkan sayang. Takkan abang nak ada perempuan lain pulak, sayang. Cuba percayakan abang. Abang memang takde apa apa dengan dia. Sumpah!", Hanis menarik tangannya semula. Kepalanya dialihkan ke tempat lain.

"Jangan bersumpah macam orang munafik! Hakikatnya awak tu dah menipu saya. Terutamanya umi dan abah!"

Hatinya yang sedia hancur bertambah sakit melihat Huzair bermesra dengan perempuan lain.

"Apa tujuan awak sebenarnya datang ke sini?", Tanya Hanis, perlahan.

Huzair memandang Hanis dengan sayu.

"Saya ingatkan awak betul betul ikhlas nak cari saya. Minta maaf pada saya, merayu pada saya agar kembali pada awak.", Ujarnya.

"Tapi tak.. entah entah itu helah awak supaya awak dapat jumpa dengan perempuan simpanan awak tu.", Hanis membuat tuduhan tanpa bukti.

"Astaghfirullahalazim. Sumpah abang ada Hanis seorang je dalam hati abang. Takde perempuan lain. Seluruh hidup abang hanya cintakan sayang. Sayang lah wanita yang paling bertakhta di hati abang. Takkan tergamak abang nak ada perempuan lain?", Sungguh sungguh Huzair membela dirinya.

"Perlu ke saya bangga mendengarnya? Kata kata cinta awak selama ni hanya palsu. Menyesal saya hampir percaya dengan awak.", Huzair memejamkan matanya. Hanis memang seorang yang keras kepala. Mustahil dia akan percaya padanya.

"Awak tak malu kan? Sudahlah isteri sendiri pun awak sakiti. Di belakang saya pun awak berfoya foya dengan orang lain.", Sambungnya lagi.

"Abang sedih sayang layan abang macam ni. Abang tahu abang selalu paksa sayang kalau abang nak perhatian. Tapi abang tak nak isteri abang macam ni..", sayu Huzair menyuarakan apa yang terbuku dalam hatinya.

"Habistu? Awak nak saya layan awak macam mana? Macam tak apa apa berlaku? Abang.. abang pergi mana, Hanis risau lah.", Hanis sengaja melembutkan suaranya. Dia sengaja berlakon macam tu.

Huzair lama merenung Hanis. Matanya bergenang.

"Abang rindu Hanis yang itu..", terangguk angguk Huzair.

Hanis menghela nafas kasar. "Dah la.."

"Awak lepaskan jelah saya Huzair. Saya tak bahagia dengan awak.. selama ni saya hanya merasakan derita sahaja sejak saya berkahwin dengan awak.", Huzair membuka matanya, terkelu dia mendengar permintaan isterinya itu.

Tidak, dia takkan lepaskan Hanis.

"Abang takkan lepaskan sayang. Sayang cakap lah macam mana pun. Abang akan sentiasa menjaga hubungan kita dengan utuh.", Balas Huzair.

Hanis menarik nafas panjang. Dia memandang lelaki di depannya dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirkan.

"Baik. Kalau awak taknak lepaskan saya, biar saya je yang pergi mahkamah. Minta fasakh!", Hanis sudah mula meninggikan suaranya.

"Sayang..", tergeleng geleng Huzair. Dia tidak mahu berpisah dengan isterinya itu.

"Sekarang, saya nak awak keluar daripada rumah saya. Saya benci tengok muka awak.. meluat!", Pekik Hanis sambil menunjuk ke arah pintu.

"Saya benci ada suami macam awak! Dasar penipu! Keluar dari rumah saya dan jangan cuba untuk datang sini lagi!", Jeritnya.

Kedengaran pintu bilik sudah diketuk ketuk berkali kali.

"Hanis? Kenapa terjerit jerit tu, nak?", Terdengar suara Encik Samad daripada luar.

Hanis terus meluru ke arah pintu lalu dibukanya.

"Keluar!", Pekik Hanis memandang Huzair.

"Allahuakhbar. Bawak mengucap Hanis. Apa yang terjadi ni?", Soal Puan Rozi. Dia memegang bahu anaknya itu. Menenangkan dia.

"Dia tipu kita umi abah. Selama ni kita kena tipu. Kononnya ada kerja yang tak dapat dielakkan, tapi rupanya keluar pergi jumpa perempuan lain.", Encik Samad terus memandang Huzair.

Dalam hatinya, dia tidak percaya Huzair akan buat begitu. Padahal dia betul betul nampak cahaya keikhlasan di mata Huzair.

"Kamu jangan tuduh sembarangan Hanis. Dengar dulu penjelasan dia.", Tegur Encik Samad. Dia yakin Huzair ada sebab tersendiri.

"Tak ada apa yang nak dijelaskan lagi. Bukti dah ada depan mata! Hanis sendiri yang nampak dengan mata kepala Hanis.", Ujar Hanis.

"Dah sekarang awak keluar dari rumah. Keluar lah!", Hanis menarik baju Huzair dengan kasar. Terpaksa Huzair menurut sahaja.

Dia sudah berdiri di luar pintu rumah. Tak mampu lagi nak buat apa apa, kerana saat itu dia merasakan sakit kepalanya sudah menyerang.

Tak mampu lagi dia ingin bersuara.

Hanis terus mengunci diri di dalam bilik. Tidak mahu lagi dia memandang wajah penipu itu.

"Ya Allah Hanis. Kenapa lah kau macam ni, nak..", keluh Puan Rozi. Dia sudah memicit dahinya.

"Takpe Huzair. Mari masuk. Kita selesaikan dengan cara baik.", Huzair tersenyum simpul.

"Takpe lah abah, umi. Saya keluar sekejap dari rumah. Hanis perlukan ruang tu. Esok Insha Allah saya datang sini balik. Saya kan dah berjanji yang saya akan sedaya upaya memenangi balik hati isteri saya tu.", Balas Huzair, lembut.

"Dah nak malam dah ni Huzair. Kamu nak pergi mana?", Tanya Encik Samad. Setahu dia dekat dekat sini bukannya ada hotel.

"Jangan risau lah abah. Insha Allah, Allah lindungi saya. Saya minta diri dulu.. tolong tengokkan Hanis untuk saya.", Huzair menghulurkan tangannya kepada kedua ibu dan ayah mertuanya untuk menyalam.

"Jaga diri Huzair.", Pesan Puan Rozi. Dia dan Encik Samad sudah saling berpandangan sebelum masing masing melepaskan keluhan.

Bilalah hubungan mereka itu akan baik semula?

Continue Reading

You'll Also Like

771K 25.5K 45
Cry. Forgive. Learn. Move on. Let your tears water the seeds of your future happiness. Hubungan yang sudah terjalin lama terputus ditengah jalan kera...
127K 5.1K 77
Ahmad Ilham Haziq ialah kebahagiaan Hani. Kehadiran lelaki itu dalam hidup Hani telah mengubah sikapnya. Tetapi kebahagiaan itu tidak kekal lama. "K...
373K 13.1K 66
Raihana atau lebih dikenali Raihana Sofea bt Datuk seri Hakim. di sekolah lama dia,nak dikatakan gangster tak juga sebab dia tak buli orang. tapi dia...
276K 18K 43
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...