Rahsia Takdir Antara Kita

By scarletwani

1.8M 50.8K 2.4K

COMPLETE ✅ (The Best Floriarity Romance 2020🏅) (Top🥈Novelist Award Of Sad Romance) Hidup Nur Hanis berubah... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69

Bab 52

31.2K 697 14
By scarletwani

"sayang.. please jawab."

Berkali kali dia call Hanis tapi isterinya itu tidak mengangkat, daripada hari itu dia mencuba tapi masih tak angkat.

Mungkin Hanis sudah tidak mahu berhubung dengannya lagi, kesalahan Huzair pada dia bukannya kecil, tapi mampu merobek habis hati suci isterinya itu.

Huzair duduk di tepi katil, dia sudah buntu untuk call Hanis. Dia tetap tidak mahu mengangkat panggilannya.

Bingkai gambar di sebelahnya direnung lalu dicapai, sayu dia melihat wajah Hanis pada gambar itu. Jarinya mengusap perlahan gambar itu, setitik air matanya jatuh tepat pada gambar mereka.

Sungguh dia rindukan Hanis, dia betul betul menyesal kerana membuat keputusan yang terlampau melulu. Dia menyesal kerana dia tidak siasat dulu perkara sebenar, sehingga begini jadinya. Akhirnya dia yang sengsara.

Rumah yang diduduki Puan Rozi dan Encik Samad sudah diperginya tapi kosong. Tiada siapa siapa lagi yang menghuni rumah itu. Jiran di situ pun ada beritahunya yang Hanis dan kedua mak ayah mertuanya sudah lama pindah. Sempat dia bertanya lokasi mereka sekarang, tapi tiada jawapan. Dia pun tidak tahu di mana keberadaan mereka.

Hampir putus asa dia untuk mencari di mana isterinya itu berada.

Tiba tiba Lisa terlintas dalam kepala otaknya, ya.. gadis itu mesti tahu Hanis pindah ke mana.

Huzair membuat keputusan untuk berjumpa dengan Lisa, dia bangun mencapai kunci keretanya lalu mengatur langkah laju ke tingkat bawah.

***

Tiada di rumah, mengeluh Huzair apabila dia tengok Lisa takde di rumah. Dia berjalan ke kiri ke kanan di hadapan pagar rumah gadis itu.

Telefonnya dibuka lalu menelefon Lisa, lama dia menunggu sebelum satu suara menyapa.

"Hello?"

"He.. hello Lisa. Along ni..", ujar Huzair.

"Tahu.. kenapa tiba tiba call Lisa ni? Ada apa hal?", Acuh tak acuh Lisa bertanya. Dia malas sebenarnya mahu layan lelaki itu, tapi disebabkan rasa ingin tahu lelaki itu menelefonnya dia layankan je.

"Err.. Lisa kat mana sekarang? Along nak jumpa.. Ada hal along nak tanya.", Soal Huzair. Kedengaran Lisa berdecit perlahan.

"Lisa taknak jumpa dengan along.", Balas Lisa, selamba.

"Lisa.. Lisa. Jangan macam tu, along nak minta tolong dengan Lisa ni. Please..", rayu Huzair. Lisa mendiamkan diri, dia berfikir sejenak sebelum setuju untuk berjumpa dengan lelaki itu.

"Nanti Lisa share location.", Panggilan ditamatkan. Huzair mengeluh perlahan, haraplah gadis itu tahu di mana keberadaan Hanis.

Matanya dihalakan ke rumah di depannya itu, ada satu momen yang dia tidak dapat lupakan. Momen di mana pertama kali dia melihat Hanis.

Momen di mana sewaktu dia mengambil Firdaus di situ kerana kereta adiknya itu rosak. Punya lama dia tunggu di depan pagar tapi Firdaus masih tak muncul muncul lagi. Nasib baik adiknya itu bukan berdua duaan dalam rumah tersebut kerana tuan rumah itu ada membuat parti hari jadi kecil. Jadi ramailah yang datang. Kemudian matanya tertangkap pada seorang gadis yang sedang berdiri di pintu sambil melihatnya ke arahnya.

Waktu itulah jantungnya berdegup melihat keayuan dan kejelitaan Hanis yang berbaju kurung. Hanis pula hanya menunduk sedikit sambil tersenyum padanya tanda menyapa.

Baru sahaja dia mahu menyapa dia, Firdaus pula baru keluar dari rumah itu. Diikuti dengan Lisa di belakang yang sedang ketawa. Itu ke kekasih Firdaus? Soalnya di dalam hati sambil melihat ke arah Lisa.

Matanya dikalihkan semula memandang ke arah Hanis yang sedang berborak perlahan dengan Firdaus.

"Bye awak. I love you..", ujar Firdaus sambil melambaikan tangan.

"I love you too awak.." Huzair mendengar dengan jelas ayat itu keluar daripada mulut gadis yang menarik perhatiannya itu. Terus dimatikan niatnya untuk mencuba nasib memikat gadis itu.

Dan sekarang, siapa sangka Hanis sendiri telah sah menjadi isterinya. Tapi Huzair? Dia hanya menyia nyiakan Hanis, dan membuat hati milik wanita itu terluka.

Sekarang dia sudah bertekad di dalam hati akan mencari isterinya itu di mana sahaja, menagih kembali cinta mereka yang tergantung.

Kedengaran bunyi notifikasi mesej masuk, Lisa telah menghantar lokasi dia sekarang. Huzair terus masuk ke dalam kereta lalu meluncur laju meninggalkan kawasan itu.

***

Lisa memeluk tubuh sambil matanya memandang ke arah lain, dia rasa menyampah bila melihat wajah yang melukai hati teman karibnya ada di situ.

"Ada apa along nak jumpa Lisa ni? Cepat sikit.. orang banyak kerja ni.", Huzair menarik nafas. Dia tidak kisah dengan kedinginan gadis itu padanya, memang silap dia pun.

"Err.. Lisa tahu tak Hanis ada dekat mana sekarang?", Lisa menoleh ke arah Huzair dengan muka cemberutnya.

"Buat apa along nak cari dia lagi? Bukan ke along tu dah benci sangat dengan Hanis? Sampai sanggup halau dia..", Huzair menunduk memang lantai.

"Itu salah along.. along yang bodoh masa tu, ikutkan sangat marah along ni.", Lisa hanya menggeleng melihat lelaki di depannya itu.

"Sampai hati along ya? Lisa ingatkan bila Hanis dah kahwin dengan along, along jaga dia baik baik. Tapi rupanya macam ni along buat pada Hanis?", Ujar Lisa.

"Mana pergi kepercayaan along pada dia? Along dah tuduh dia macam macam, hina dia macam macam. Lepastu senang senang nak pergi cari dia?", Sambungnya lagi. Matanya sudah membulat memandang Huzair.

"Lisa please.. bagitahu along kat mana Hanis. Along nak cari dia, along menyesal sangat sangat..", rayunya. Cakaplah banyak mana pun pada dia, dia akan tetap ingin tahu di mana keberadaan isterinya itu.

Lisa tergelak sinis sambil memandang Huzair.

"Apa? Ingat Lisa nak bagitahu ke kat mana Hanis sekarang? Dengan apa yang along buat dekat dia, jangan ingat along akan dapat jumpa dengan Hanis semula.", Ujarnya sinis. Dia sudah hilang hormat pada Huzair sejak kejadian hari itu.

"Kenapa beria sangat nak jumpa Hanis? Ohh.. dah tahu perkara sebenar ke?", Huzair mengeluh.

"Along tak kisah Lisa nak cakap apa pasal along. Lisa cakaplah.. along tak kisah langsung." Ujar Huzair.

"Tapi Lisa kena tahu, semua orang buat silap. Along nak minta maaf pada dia, sebab along dah buat silap pada dia. Kalau Lisa jadi along, takkan Lisa nak duduk diam sampai dia balik semula pada Lisa? Along datang sini merayu minta Lisa bagitahu along kat mana isteri along sekarang. Tapi Lisa sikit pun taknak bantu along dapatkan Hanis semula.", Lisa mendiamkan diri. Matanya dikalihkan ke tempat lain.

"Along bukan malaikat sampai salah pun along tak pernah buat, ya.. along tahu yang along ni jahat. Seksa perasaan isteri sendiri. Tapi itu semua di luar sangkaan along. Sedangkan along sendiri pun ditipu dan dianiaya oleh keluarga along sendiri.", Ujar Huzair. Dia memejam mata seketika, sia sia sahaja dia datang ke situ. Mata dibuka semula memandang Lisa yang dari tadi tidak bersuara.

"Takpelah Lisa.. biarlah along cari dia sendiri. Tapi Lisa kena ingat suatu perkara ni. Selama mana pun Lisa nak rahsiakan daripada along, Lisa kena ingat yang dia masih isteri along yang sah. Apa hukum memisahkan suami dengan isteri?", Dia pun tidaklah baik mana, tapi hanya itu sahaja yang mampu dikeluarkan daripada mulutnya.

Dia sudah berkira kira hendak pulang, tangannya menyeluk poket seluarnya.

"Along balik dulu la..", dia terus melangkah meninggalkan Lisa di situ. Kalau gadis itu tidak mahu beritahu dia, takpe dia boleh cari sendiri. Salah dia, jadi dia yang kena tanggung.

Lisa hanya memerhati langkah Huzair yang sudah jauh meninggalkannya.



Continue Reading

You'll Also Like

174K 10.7K 36
HAQEEM | MYROSE Kisah mengenai seorang gadis gemuk bernama Myrose Aeera yang kembali ke bumi Malaysia setelah 2 tahun dengan penampilan yang agak ber...
2.5M 62.7K 88
Dua hati disatukan tanpa ikatan cinta. Bukan paksaan keluarga. Bukan kerelaan hati. Tengku Ammar Mukhriz mengahwini Nur Rania Erynna tanpa mengenal...
885K 6.8K 12
QASEH MIKAYLA- Dirinya pasrah menjadi isteri kepada tunang kembarnya sendiri kerana wasiat. Qaseh sedar dia tidak akan bahagia bersama Adam kerana Ad...
1.8M 44.8K 45
Pertemuan antara Azwina Sofea dan Airul Syafiq telah mengubah hidup Azwina serta merta. Dari pekerja bawahan kepada seorang yang bergelar isteri. Ist...