Rahsia Takdir Antara Kita

By scarletwani

1.8M 51K 2.4K

COMPLETE ✅ (The Best Floriarity Romance 2020🏅) (Top🥈Novelist Award Of Sad Romance) Hidup Nur Hanis berubah... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69

Bab 49

25.7K 667 20
By scarletwani

"Mama.."

Datin Yasmin yang sedang membaca surah yassin di sebelahnya terhenti mendengar suara anaknya itu. Pantas ditutup surah itu lalu diletakkan di atas meja.

"Alhamdulilah.. Sya dah sedar ke?", Dia menggenggam tangan anaknya itu.

Rasya mengerdipkan matanya beberapa kali, terasa sakit di bahagian kelopak matanya. Dia mencuba sekali lagi dengan perlahan lahan, samar samar pandangannya. Kemudian wajah Datin Yasmin kelihatan , wanita itu hanya tersenyum hambar.

"Mama..", panggilnya lagi.

"Ya sayang.. mama ada kat sini", dia membelai perlahan kepala anaknya itu.

Mata Rasya melilau melihat sekeliling, agak asing tempat dia berada sekarang.

"Sya kat mana ni?

"Sya kat hospital..", Rasya memandang ke arah Datin Yasmin.

"Kenapa dengan Sya, ma? Kenapa Sya ada dekat sini?", Rasya terlalu lemah untuk berkata kata. Namun digagahkan juga untuk mengetahui apa yang terjadi padanya.

"Sya kemalangan nak..", meleret senyuman Datin Yasmin, dia cuba untuk menyembunyikan sebaknya.

Rasya mengerutkan dahi, dia tidak ingat bila masa dia kemalangan. Rasya cuba untuk bangun, namun urat uratnya terasa tegang. Badannya terasa sakit. Kakinya pula tidak terasa apa apa pun.

"Sayang, baring.. berehatlah, Sya masih sakit ni.", Datin Yasmin sudah menghalang Rasya daripada bangun. Dia menarik selimut ke badan anaknya itu. Seakan akan ada yang dia rahsiakan.

Rasya menolak. Dia cuba bangun lagi.

"Kenapa Sya tak boleh rasa kaki Sya, ma?", Hati Rasya sudah berdegup kencang, kakinya seakan akan tiada, dia langsung tak boleh bergerak.

"Shh.. baring, Sya..", dia cuba untuk mengawal tangisnya. Dia juga tak nak Rasya tahu tentang keadaan dirinya itu.

"Kenapa ni mama, bagitahu Rasya!", Dia mencampakkan selimutnya ke tepi. Dia melihat sepasang kakinya yang kelihatan kaku. Berkali kali dia cuba gerakkannya tapi tak berhasil.

"Sya.. sabar,nak..", Datin Yasmin sudah mengalirkan air mata, dia sudah tidak boleh menahan sebak.

"Tolong mama bagitahu! Kenapa dengan kaki Sya!?", Rasya sudah berhamburan air matanya.

"Tell me, ma!", Rasya menggoncangkan tangan Datin Yasmin yang memegang lengannya itu.

"Sya lumpuh, sayang..", hati Rasya tersentap. Dia menggeleng perlahan.

"No.. no..", dia mula menjerit bagaikan histeria. Habis gelas yang berada di sebelah ditolaknya jatuh pecah ke atas lantai.

Beberapa orang jururawat dan doktor masuk ke dalam wad untuk memberikan Sya ubat penenang, Datin Yasmin memandang sayu ke arah anaknya itu. Air matanya semakin lebat turun.

***

Datin Yasmin duduk bersandar lemah di sofa sambil matanya merenung Rasya yang sedang lena akibat disuntik dengan ubat penenang. Sebagai seorang ibu, dia terkesan dengan apa yang terjadi pada Rasya. Nyawanya bagaikan direntap melihat keadaan anak gadisnya itu dalam keadaan yang memilukan.

Dia mengesat air matanya perlahan, jejarinya direnung. Dia mula berfikir tentang dirinya, yang banyak berbuat dosa dan salah.

Adakah ini balasan Allah padanya? Adakah ini juga peringatan daripada Allah untuk menyedarkan dirinya kembali?

Terdengar pintu dibuka, muncul wajah Dato Jalal dengan bungkusan makanan di tangannya. Datin Yasmin menoleh ke arah suaminya itu.

"Awak.. tadi Sya dah sedar.", Dato Jalal yang hendak mengambil tempat di sebelah isterinya terus memandang Datin Yasmin.

"Yeke? Bila?", Dia mengalihkan pandangan ke arah katil.

"Tadi waktu awak keluar pergi beli makanan. Dia bangun bangun, terkejut kakinya tak boleh bergerak, menjerit dia. Nasib baiklah doktor masuk, dia bagi Sya ubat penenang.", Balas Datin Yasmin.

"Saya memang tak nak bagitahu dia pasal keadaan diri dia tu."

"Kalau awak tak bagitahu pun, dia akan tetap tahu jugak nanti. Kaki dia, tentu dia rasa.", Ujar Dato Jalal. Dalam hatinya, turut kesian dengan kejadian malang yang menimpa anaknya itu.

Datin Yasmin mendiamkan diri, dia merehatkan kepalanya di bahu Dato Jalal di sebelah.

Jarinya dimainkan, sambil kepala memikirkan sesuatu.

"Awak.. awak rasa, ini balasan untuk saya ke?", Perlahan suara Datin Yasmin menyoal.

Dato Jalal hanya mengeluh perlahan, entah apa la yang membuatkan dirinya kesal.

"Tak tahulah saya nak cakap apa. Yang saya nak pesan, bertaubatlah. Anggap ini semua peringatan daripada Allah untuk kita. Sedar atau tak Yasmin? Awak dah terlampau jauh tersasar, dan awak juga dah mengajar anak kita supaya ikut perangai awak. Awak tahu kan perangai awak tu macam mana?", Ujar Dato Jalal.

Datin Yasmin mendiamkan diri, dia membenarkan kata kata suaminya itu masuk ke dalam hatinya. Kali ni dia akan dengar, dan tidak melawan.

"Awak kena tahu halal haram, dosa pahala dalam dunia ni. Kita tak tahu bila kita ni akan mati, jadi jangan sesekali kita berbuat dosa sesama manusia.", Dato Jalal sengaja menyentuh isu itu. Dia mahu isterinya sedar, semua yang dia buat tu telah meranakan hidup orang lain.

"Awak tak tahu betapa dahsyatnya neraka Allah tu, dosa fitnah tu besar, Yasmin.", Hati Datin Yasmin tersentap kuat mendengarnya.

Dato Jalal bagaikan mengetahui tentang apa yang dia lakukan di belakangnya.

"Ambil benda ni sebagai pengajaran pada diri awak, saya harap awak berubah. Lepas Sya keluar hospital, saya nak dia berubah. Saya taknak dia berterusan dengan perangai lama.", Ujar Dato Jalal.

Datin Yasmin hanya mengangguk perlahan. Matanya dipejam rapat, kata kata suaminya itu bermain di minda.

***

Tiba di rumah, Huzair dan Dato Jalal membantu Rasya untuk keluar dari kereta. Dato Jalal sudah membuka siap siap kerusi roda yang baru dibelinya semalam, Rasya didukung Huzair dan didudukkan di atas kerusi roda itu.

Datin Yasmin mengeluarkan barang barang Rasya  yang berada di dalam bonet, dibawanya masuk ke dalam rumah.

Suis lampu ditekan sejurus saja mereka memasuki rumah, Rasya yang duduk di kerusi roda hanya merenung kakinya. Hatinya terlampau pedih, dia tak sanggup untuk berkeadaan macam ini.

"Along, tolong keluarkan baju baju Rasya semua ke bilik bawah ya.", Huzair mengangguk. Buat sementara ni, Rasya perlu duduk di tingkat bawah untuk kemudahannya.

Dia menolak kerusi roda itu masuk ke dalam bilik bawah, iaitu bilik tetamu. Dia meninggalkan adiknya itu di dalam bilik bawah lalu dia mengatur langkah ke tingkat atas. Rasya boleh menggunakan kerusi roda itu sendiri, jadi dia tak perlu risau kalau Rasya hendak bergerak.

Selepas barang, pakaian Rasya diambil dan dibawa turun ke bilik bawah, Huzair menolong dengan menyimpan di tempat tempat yang sepatutnya.

Semasa dia mengemas, dia mendengar esakan kecil daripada Rasya di belakang. Lantas, dia menoleh memandang.

Mengeluh dia perlahan melihat Rasya yang sedang melayan perasaan itu. Sedih benar rupanya.

Huzair bangun dan menapak ke arah Rasya. Dia mengambil tempat di atas katil, berhadapan dengan Rasya.

"Sya..", panggilnya lembut. Dia menyentuh perlahan tangan adiknya itu.

"Berhentilah menangis.."

"Sya sedih, Sya dah tak dapat berjalan macam dulu, Sya dah tak boleh bergerak bebas macam dulu.", Air matanya sudah banyak mengeluarkan air mata.

"Siapa kata? Sebenarnya Sya masih ada harapan tau. Sya je tak tahu.", Rasya mengesat air matanya, dia memandang Huzair.

"Ha..rapan? Sya boleh berjalan lagi ke?", soal Rasya. Dia memegang bahu lelaki itu. Ingin tahu.

Huzair mengangguk sambil tersenyum.

"Along ada kenal dengan sorang doktor ni, kawan along. Dia boleh bantu Sya, buat rawatan fisioterapi.", Ujar Huzair.

"Boleh berjaya ke?", Rasya masih ragu ragu, walau dalam hatinya ada sedikit cahaya kegembiraan.

"Insha Allah, yang penting, Sya kena usaha la. Lagi satu, Sya jangan lupa, kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang tentukan. Jadi Sya kena sentiasa dekatkan diri dengan Allah, banyakkan berdoa minta Sya sembuh dengan cepat.", Tutur Huzair penuh lembut. Dia tidak mahu emosi Rasya terganggu.

"Jangan risau.. along, mama, papa akan sentiasa sokong Sya daripada belakang. Kita kan satu keluarga. Along yakin Sya boleh sembuh.", Huzair menepuk perlahan tangan adiknya itu.

Rasya sayu memandang Huzair, dia sedikit terharu dengan sikap prihatin abangnya itu. Tiba tiba hatinya sebak memikirkan apa yang telah di buat padanya. Rasa titik kesal mula muncul di dalam hati.

"Along.."

"Hmm?", Huzair mengangkat kening.

"Sya.. minta maaf.", Ujarnya perlahan. Dia menunduk memandang lantai.

"Nak minta maaf? Kenapa? Sya bukan ada buat salah apa apa pun.", Ujar Huzair. Rasya sudah memejam mata.

Kalaulah along tahu apa sebenarnya yang terjadi, mesti along akan benci pada Sya dengan mama. Bisiknya dalam hati.

Lidahnya kelu untuk berkata kata, suaranya seperti tersekat di kerongkong.

Tiba tiba kedengaran nama Huzair dipanggil dari luar.

"Sya duduk sini dulu ya? Along nak keluar kejap.", Huzair bangun lalu melangkah keluar.

Rasya sudah meraup mukanya perlahan, dia menyesal! Menyesal dengan semuanya.

***************

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 45.2K 79
Adella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup memperma...
250K 12.7K 59
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
850K 25.8K 44
Farrahani keliru. Hari pernikahan yang sepatutnya menjadi hari bahagia bertukar menjadi hari yang malang. Megat Hakeem yang sepatutnya melafazkan aka...
330K 17.4K 47
" i will not accept the reality of our story " > " I don't need any languages to say that i love you " Perasaan itu had...