Rahsia Takdir Antara Kita

נכתב על ידי scarletwani

1.8M 50.8K 2.4K

COMPLETE ✅ (The Best Floriarity Romance 2020🏅) (Top🥈Novelist Award Of Sad Romance) Hidup Nur Hanis berubah... עוד

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69

Bab 48

24.9K 639 22
נכתב על ידי scarletwani

Laju langkahnya masuk ke dalam hospital, melilau dia matanya mencari wad yang menempatkan adiknya itu.

Dia kemudian pergi ke kaunter pertanyaan, menghampiri jururawat yang berada di situ.

"Cik, boleh saya tahu pesakit Rasya Imani ada di mana ya sekarang?", Soal Huzair.

"Sebentar ya..", baru sahaja jururawat itu mahu mencari nama Rasya, kedengaran suara Datin Yasmin memanggil Huzair.

Huzair menoleh memandang ke arah Datin Yasmin yang teresak esak, dia terus mendapatkan wanita itu. Seperti yang dijangka, Datin Yasmin terus memeluk erat anaknya itu.

Hatinya begitu risau, pukul 1 pagi tadi dia menerima panggilan daripada pihak hospital menyatakan anaknya kemalangan jalan raya berlanggar dengan sebuah lori. Hampir luruh jantungnya mendengar, dia pun terus bergegas ke hospital berkenaan.

"Macam mana boleh jadi macam ni?", Soal Huzair pada Dato Jalal sedang duduk di kerusi.

"Adik kamu mabuk, berlanggar dengan Lori.", Huzair menggeleng perlahan. Berat benar dugaan dirinya, sudahlah dia pun kemalangan hari tu, pulak tu dia menghidap kanser, Kali ni adiknya pula ditimpa malang.

Dia tertanya tanya di dalam hati, adakah ini ujian atau kifarah?

Dia memujuk Datin Yasmin yang berada di dalam pelukannya, teresak esak wanita itu menangis.

"Bawak bersabar ma. Insha Allah Sya tak apa apa tu.", Pujuk Huzair.

Dia membawa Datin Yasmin ke kerusi, wanita itu didudukkan di atas kerusi. Lemah benar rupanya.

Dato Jalal hanya mendiamkan diri, dia menyesal kerana tidak berkeras dengan anaknya. Patutnya dihalang betul betul Rasya daripada keluar. Hatinya berkecai mendengar anaknya itu sanggup meneguk air kencing syaitan!

Masing masing bisu, tidak bersuara. Hanya esakan Datin Yasmin yang kedengaran.

Tidak lama kemudian, Datin Yasmin menoleh ke arah suaminya. Dia mengelap hidungnya yang berair dengan belakang tangannya.

"Awak ada call angah?", Soal Datin Yasmin.

Dato Jalal sudah berdecit perlahan.

"Budak tu daripada dulu saya call tapi tak dapat, malas lah saya nak call dia lagi. Entah apa yang dibuatnya tah sampai lupa keluarga dia dekat sini!", Marah Dato Jalal. Sewaktu Huzair kemalangan pun, dia juga berkali kali call Firdaus tapi panggilannya tak berjawab. Runsing kepalanya memikirkan anaknya itu yang tidak habis habis dengan merajuk.

"Awak cubalah call lagi, adik dia kemalangan ni. Suruh dia balik..", gesa Datin Yasmin.

"Tadi saya dah call dah, memang dia tak dapat! Cubalah faham bahasa sikit..", Huzair hanya mengeluh perlahan. Tak guna betul lah budak Daus ni.

Sampai bila dia mahu merajuk sampai tak balik balik jenguk keluarga dia? Sampai mereka semua mati ke baru dia nak balik?

Geleng dia perlahan mengenangkan sikap adik lelakinya itu.

***
Hanis sudah nekad, dia tidak mahu lagi ada kaitan dengan keluarga Huzair. Cukuplah dengan apa yang mereka buat padanya, takkan dia tunduk lagi dengan mereka.

Selepas dia membuat panggilan dengan Hakimi, bosnya itu. Dia terus menyelubungi diri dengan selimut. Hakimi agak terkejut tadi, Hanis tiba tiba minta berhenti kerja. Padahal baru sebulan dia bekerja di situ.

Hanis pula cuma beritahu ada urusan peribadi, jadi dia tak boleh teruskan kerjanya itu.

"Pandai pandailah aku cari kerja lain. Malas aku kerja setempat dengan pengkhianat. Dasar penipu!", Ujar Hanis, perlahan.

Dia yang ingin memejamkan matanya sebentar tidak jadi kerana terdengar suara Puan Rozi memanggilnya dari luar. Pantas dia bangun mengatur langkah ke luar, pintunya dibuka lalu dikeluarkan kepalanya sedikit.

"Kenapa umi?", Soalnya sedikit kuat. Puan Rozi berada di dapur waktu itu, jadi dia perlu kuatkan sedikit suara. Bukan berniat nak tinggikan suara pun.

"Mari sini turun makan, umi dah siap masak ni.", Ujar Puan Rozi. Hanis terus menutup pintu biliknya, kemudian menapak ke arah dapur. Dia lihat di atas meja dah siap semua lauk.

"Kenapalah umi tak panggil Hanis. Kesian umi kena masak sorang sorang.", Puan Rozi tersenyum.

"Takpelah, mesti Hanis penat kan?", Padahal dia mahu membiarkan Hanis bersendiri dulu, tidak mahulah dia mahu menganggu anaknya itu. Mesti dia mahukan ruang juga selepas terkejut dengan pengakuan yang dibuat Firdaus itu.

Berkerut dahi Hanis. Dia bukan buat apa apa pun sampai nak penat penat bagai.

Hanis menarik kerusi lalu dilabuhkan punggungnya, dia melihat lauk yang dimasak Puan Rozi dengan mata bercahaya. Lauk kegemarannya.

Tiba tiba perutnya yang tidak rasa apa apa tadi, berbunyi apabila melihat lauk kegemarannya itu.

Matanya melilau mencari seseorang. "Mana abah?", Soal Hanis.

"Ada tu kat depan, umi dah panggil tadi, kejap lagi dia datanglah.", Hanis mengangguk. Dia hanya menunggu dengan sabar, cepatlah abahnya itu.. dia sudah terliur dah dengan lauk di hadapannya itu.

***

Selepas dioperasi, Rasya terus dipindahkan ke wad biasa. Agak teruk jugaklah cederanya itu, tapi Rasya masih stabil. Mereka bertiga masih setia berada di situ menemani gadis itu.

Huzair yang sedang tidur di sofa itu terganggu lenanya dengan serangan sakit kepalanya yang tiba tiba datang. Berkerut mukanya dengan sakit yang terasa.

Dato Jalal di sebelah terkejut dengan Huzair yang tiba tiba mengadu sakit sambil memegang kepalanya.

"Along.. hei kenapa ni?", Dia tidak pasti Huzair memang betul betul sedang sakit atau mengigau sahaja.

Huzair pantas menggeleng, mukanya dibiasakan dengan terpaksa. Tak nak dilihat seperti menahan sakit. Dia perlu pulang ke rumah, masanya untuk memakan ubat sudah tiba. Doktor ada pesan, kalau dia diserang dengan sakit kepala, Huzair perlu menelan ubat penahan sakit yang diberikan oleh hospital.

"Papa, mama.. along nak balik rumah sekejap. Ada barang tertinggal.", Huzair segera bangun keluar daripada wad itu. Datin Yasmin yang sedang duduk di sebelah katil yang menempatkan Rasya hanya mengangguk.

***

Firdaus hanya duduk di ruangan makan di tempat kerjanya sambil termenung. Hakimi baru saja memberitahunya tentang Hanis yang sudah berhenti kerja.

Dia rasa bersalah sangat, sebab dia Hanis sekarang nekad berhenti kerja. Macam mana dia mahu mencari duit untuk menampung umi dan abah dia.

Wajahnya diraupkan perlahan, dia mengalihkan pandangan ke arah Syira yang sedang memerhatikan dirinya di sebalik pintu. Terkebil kebil dia memandang gadis itu, dah lama ke dia ada dekat situ.

Syira terkejut Firdaus perasan akan kewujudannya di situ, tiba tiba rasa malu pulak. Mesti lelaki itu menganggap dirinya gatal tengok tengok dia.

Syira terus mengatur langkah ke arah Firdaus, dia juga turut melabuhkan punggung di atas kerusi bertentangan dengan lelaki itu.

"Abang okay ke ni?", Firdaus hanya mengangguk perlahan. Tengkuknya digosok perlahan.

"Kalau abang ada masalah, abang boleh share dengan Syira, mana tahu Syira boleh tolong?", Syira mempelawa dirinya.

"Tak ada apalah Syira. Abang okay je..", balas Firdaus.

"Kenapa kak Hanis berhenti kerja? Tiba tiba je berhenti.. terkejut Syira.", Hairan dia mendapat tahu, Hanis tidak lagi kerja di situ. Dia pun tak ada pula menghubungi wanita itu.

Firdaus terdiam sekejap, bibirnya diketap. Tak tahu nak jawab apa.

"Ada masalah peribadi kot. Abang pun tak tahu kenapa, nanti kita tanya lah dia.", Ujar Firdaus. Dia tidak mahu memanjangkan cerita, nanti lagi banyak soalan yang keluar daripada mulut gadis itu.

"Itulah. Syira ada jugak niat nak call kak Hanis. Tapi takut pula kalau menganggu dia.", Kata Syira.

"Okay lah. Hmm Syira nak pergi warung depan ni. Abang nak apa apa ke? Syira tolong belikan.", Soal Syira. Firdaus hanya menggeleng, seleranya tidak ada untuk menjamah apa apa.

**************

המשך קריאה

You'll Also Like

1.4M 77.8K 55
4th Romance by CikMardiah Cover by @_Aisywa NUREEN DAMIA. Dia ingatkan perkahwinan yang terbina atas dasar cinta itu akan kekal bahagia sampai bila-b...
368K 15.7K 61
(COMPLETED) Nurul Izaty seorang gadis gempal yang selalu di hina oleh orang ramai semasa zaman remajanya. Setelah beberapa tahun berlalu dia kini me...
2M 71.7K 75
@Choco_Lyn @BilaHatiBisikCinta @Wattpads2018 @StoryKe8 @2018 @Romance 'Kak, tengok ni-tengok ni!!!'-teruja Aysha menunjukkan poster artis kegemaranny...
339K 14K 26
[Status: Completed ] Tak tahu macam mana boleh dia terlalu suatu lorong sunyi membuatkan dia terlibat menjadi saksi satu kes perbuatan kejam. Hidupny...