Cinta Hati Mr. Annoying

By therozez

310K 22.7K 1.7K

'Aku seperti sudah jatuh ditimpa tangga harini. Sekelip mata semuanya hilang.' Bila kehilangan terjadi, kita... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
BAB 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61 [The End]
PDTR

Bab 14

4.9K 387 14
By therozez

-

Sedang elok aku rajin kemas rumah, alih alih kena angkut si Dani pergi mana entah. Tapi aku tak kesah. Keluar berdua dengan dia perlahan-lahan pulihkan jiwa raga aku.

"Awak tak pergi mall ke harini?"

"Apa kau sibuk aku pergi ke tak?"

Tak pernah lah aku dengar dia ni jawab soalan aku dengan budi pekerti.

"Bagitahulah saya nak bawa saya pergi mana? Tu pun susah ke?"

"Aku nak tunaikan janji tunang kau pada kau dulu."

Lagi lagi tunang.

"Biar saya betulkan, bekas tunang. Janji apa ni? Kenapa tiba-tiba pula?" dia tu ada ada je lah. Bila lah aku nak berhenti dengar pasal dia?

"Kau fikirlah sendiri. Aku buat ni sebab paksarela. Dia yang merayu sangat. Takut kalau dia yang datang tunaikan sendiri, kau tak nak."

"Buat apa nak dengar cakap dia? Tunaikan janji bagai.."

Nampak macam aku benci Aqram?

Tapi hakikatnya tak. Setiap kali aku bicara tentang dia, setiap kali itu juga aku sedang berperang dengan rasa. Aku bersungguh nak move on daripada dia. Dah bukan takdir kami. Dia jodohnya orang lain.

Aku nak buang semua rasa cinta aku pada orang yang salah. Biar cinta aku hanya untuk orang yang Allah tetapkan sebagai jodoh aku.

"Aku tak ada masalah dengan Aqram, Fira. Tak salah aku tolong dia sebagai kawan. Dia baik kot."

Ada juga rasa prihatin kau dengan orang eh? Tapi tak dinafikan yang Aqram memang baik. Sampai Dani yang poyo ni pun boleh puji.

"Jangan silap beza kebenaran dan kesalahan Fira. Dari apa yang Aqram cerita dekat aku, kau betul-betul dah buat kesilapan besar. Kau tak berikan dia sedikit peluang pun untuk jelaskan hal sebenar pada kau. Mata kau terus dikaburi helah setan."

Apa yang dah Aqram cerita pada dia? Aku dah buat kesilapan besar? Dikaburi dengan helah setan?

Kesian kau setan. Mesti nama kau saja yang manusia petik.

"Dalam kasih sayang mesti ada kepercayaan. Dalam kejujuran pula mesti ada keberanian. Kau buta ke yang dia bersungguh nak yakinkan kau yang dia tak salah?"

"Apa maksud awak?"

"Tak payah tanya. Kau dah terlambat nak tahu."

Mata aku terus memandang ke hadapan. Kereta Dani berhenti di tanah perkuburan Islam.

Ini janji Aqram?

"Bila semuanya dah selesai, I janji akan bawa you pergi kubur mama papa you nanti. Tapi sekarang you isi perut dulu. Okey?"

Bermain semula kata-kata yang pernah Aqram lafazkan pada aku dulu.

Kubur mama papa.

"Dah ingat balik? So kau nak pergi ke tak ni?"

"Kenapa awak tak beritahu dulu? Saya dah lah tak pakai tudung."

Laci kecil di depannya lalu dibuka. Dia mengeluarkan satu shawl hitam.

"Pakai ni."

"Siapa punya?" tiber ada shawl dalam kereta mamat ni.

"Penting ke semua tu?"

Aku mula melilitkan shawl tersebut ke atas kepala.

"Cepat lah keluar."

*

Batu nisan mama aku usap. Sayu pandanganku melihat kubur mama papa yang hanya bersebelahan.

Dani pula beredar entah ke mana lepas hantar aku ke sini.

"Mama, papa, adik datang ni.." terus bertakung air mataku. "Adik minta maaf sebab lambat datang jenguk. Adik minta maaf juga sebab.. tak tolong uruskan pengebumian mama papa. Maafkan adik tau?"

Jernihan air mata mula mengalir keluar. Aku tak mampu tahan rasa sebak yang teramat menusuk jiwa.

"Adik rindu korang. Adik takkan mampu lupakan mama papa. Terima kasih ambil adik masuk dalam keluarga kita. Mama papa jaga adik baik sangat. Mama papa tak pernah sisihkan adik walaupun adik bukan darah daging korang."

Aku hanya membiarkan air mata membasahi pipi.

"Adik sedih adik tak berpeluang luangkan masa dengan mama papa buat kali terakhir."

Hati aku pilu. Dada aku sesak bagai dihempap batu besar. Aku nak sangat jumpa mereka sekarang. Aku nak peluk mereka. Aku nak ucap kata rindu di hadapan mereka.

Nama mama di batu nisan aku pandang dengan mata yang dikaburi air mata.

"Kenapa cepat sangat mama papa pergi? Mama papa tak fikirkan perasaan adik pun. Kenapa mama papa aku ya Allah? Kenapa Kau cabut nyawa mereka?"

Sekelip mata aku dah hilang arah. Aku dikuasai rasa sedih yang melampau. Sukar untuk aku gambarkan rasa ini.

"Apa kau cakap ni Fira?" suara Dani menegur. Tangan aku tak henti mengusap batu nisan mama.

"Berdosa kau tahu tak mengarut macam tu? Semua manusia akan mati Fira. Termasuk kau dan aku. Makhluk Tuhan tak ada satu pun yang hidup kekal. Kau belajar agama kan? Jangan ikutkan rasa hati."

Mata aku pejam erat. Luka lama terasa pedih kembali. Kenapa kau masih tak redha Fira?

"Stop Fira. Balik."

"Biar saya lama sikit dengan mama papa please.." pintaku.

"Boleh. Tunggulah selama mana kau nak. Aku nak balik."

Segera aku berdiri di sebelahnya. Mata kami bertaut.

"Semua orang akan rasa kehilangan." ujarnya kemudian mula melangkah pergi.

Aku menunduk menatap pusara orang tuaku.

"Maafkan Fira.."

*

Badan aku sandarkan di kerusi. Penat lepas nangis teruk tadi. Nasib kerusi di restoran ni selesa.

Tiba-tiba Dani menghulurkan sapu tangan meroon kepadaku.

"Lap lagi air mata kau. Jangan guna shawl tu."
eleh macam lah aku nak kotorkan shawl makwe kau ni.

Aku hanya mengambil sapu tangan tersebut.

"Stop lah kau nangis. Nanti orang fikir kau baru lepas kena cerai."

Dengan mata yang sembab macam ni dia ajak aku pergi restoran. Dah kebulur sangat ke?

Aku tak memesan apa apa tadi. Cuma jus limau. Dani aje yang order jus strawberry bersama mee goreng daging.

Dia mula menikmati hidangannya yang masih panas dengan penuh rakus. Uish boleh tahan lapar arn? Aku kot yang melebih-lebih nangis tadi.

Walaupun aroma mee goreng daging tu memang menusuk kalbu, tapi aku tak teringin pun nak makan sekarang.

Aku mengamati Dani yang fokus dengan makanannya. Kau makan pun masih nampak segak. Tiap kali aku pandang kau, tiap kali tu juga bunga-bunga kedamaian jatuh mententeramkan diri.

Rasa tenang sangat.

"Aku tahu aku kacak. Tapi boleh berhenti renung aku?" Dani menyentakkan lamunan.

Aku berdehem mengawal ekspresi wajah yang malu. Berpaling ke arah pinggannya, dah licin dah. Biar betul. Memang ngap sekali gus lah tu.

"Kat kubur tadi awak pergi mana?"

"Kubur papa dan adik aku."

Ha adik? Dia ada adik dah.. ?

"Papa aku dah 10 tahun meninggal. Adik perempuan aku meninggal enam bulan selepas papa aku pergi."

Aku terkilan. Betul lah sangkaan aku dulu yang Doktor Dahlia ada anak perempuan.

"Sebab tu aku cakap dengan kau tadi Fira. Semua orang akan rasa kehilangan. Bukan kau sorang. Faham?"

Dani seakan betul-betul kuat selepas diuji dengan kepergian dua ahli keluarganya. Tak macam aku meratap tak habis habis. Takdir Tuhan terus dipersalahkan.

"Dahlah mengelamun. Kau tak makan ni, kat rumah kalau lapar masak sendiri." katanya lalu bangun menyusun langkah pergi.

"Awak.. " ish bukannya reti tunggu orang.

🎈

haihai

byebye

Continue Reading

You'll Also Like

246K 8K 37
Alexander hidup dalam kemewahan namun seringkali dirinya gagal dalam bercinta. Namun bila dia jatuh cinta lagi, dia mula sensitif dan trauma. Pertemu...
43.4K 2.2K 16
Cinta Sejati ©️ 2021 Status : Completed Cinta yang sudah lama terjalin putus disebabkan orang ketiga. Kalau hati tidak melayan, mana mungkin akan be...
2M 57.7K 121
Tak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru di...
379K 13.7K 57
Bagi Aina Natasya, dia tidak layak untuk bahagia atas sebab-sebab tertentu. "Saya tak layak untuk dapat kebahagiaan." -Aina Natasya Namun, Tengku Hak...