Rahsia Takdir Antara Kita

By scarletwani

1.8M 51K 2.4K

COMPLETE ✅ (The Best Floriarity Romance 2020🏅) (Top🥈Novelist Award Of Sad Romance) Hidup Nur Hanis berubah... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69

Bab 27

18.6K 609 3
By scarletwani

"Laa abang tak siap lagi ke?", Soal Hanis sebaik sahaja dia keluar daripada bilik air.

Rambutnya yang basah dilap menggunakan tuala mandi.

Huzair yang diselubungi selimut itu hanya mengeluh. Dia tak mampu nak bangun, kepalanya terasa berat.

Hanis bergerak mendekati Huzair. Tangannya dilekapkan ke dahi lelaki itu.

Suhu badannya dah tak sepanas semalam. Mungkin tindakannya yang cepat memberi ubat demam kepada Huzair.

Tapi klinik kena pergi jugak.

"Dah tak panas sangat ni. Tapi kena pergi klinik jugak ye. Abang bangunlah.", Ujar Hanis.

Dia cuba menarik tangan Huzair. Huzair terpaksa juga bangun, dia hanya memejam mata.

"Dah pergi mandi cepat. Basahkan kaki dulu pastu bawak ke atas. Sebelum tu selawat dulu tau.", Pesan Hanis kepada Huzair yang sedang berjalan ke tandas.

Arwah neneknya pernah bagitahu cara mandi untuk orang demam. Kaki terlebih dahulu dibasahkan baru bawak naik ke atas.

"Hmm..", balas Huzair. Dia mencapai tuala di tempat penyidai lalu melangkah masuk ke tandas.

Hanis menggeleng. Kesian suaminya.

Dia kemudian mencapai alat pengering rambut untuk mengeringkan rambutnya yang basah.

***

Puan Rozi melihat suaminya yang sedang bersiap.

"Abang nak pergi mana tu?", Soal Puan Rozi.

"Abang nak pergi ke kedai kejap. Nak beli serbuk kopi yang dah habis tu. Abang tak boleh kalau sehari tak minum kopi yang awak buat tu.", Ujar Encik Samad.

Puan Rozi mengangguk. Baru dia teringat serbuk kopi yang dah habis kelmarin.

Encik Samad menyarung seliparnya. Kunci di tangan dimainnya.

"Awak ada apa apa barang nak beli ke?", Soal Encik Samad.

Puan Rozi berfikir sejenak sebelum dia menggeleng. Barang basah semua ada.

"Saya pergi dulu. Kunci rumah tu.", Ujar Encik Samad.

"Abang pun hati hati bawak motor tu. Jangan bawak laju sangat.", Pesan Puan Rozi sebelum motor Encik Samad bergerak keluar dari perkarangan rumah.

***

Selepas keluar daripada klinik, Huzair dan Hanis menuju ke pasaraya di sebelah.

Ubat demam pun sudah ada. Doktor bagitahu tadi, demam biasa biasa je. Demam penat.

"Abang pergilah duduk dalam kereta, biar sayang pergi beli barang barang basah tu.", Ujar Hanis.

Kalau ikutkan hati, mahu saja dia memandu keretanya. Tetapi disebabkan kakinya yang belum sembuh. Terpaksa dia membiarkan Huzair yang memandu.

"Takpelah sayang. Abang teman. Bosanlah duduk dalam kereta, baik tolong sayang beli barang. Lagipun dalam keadaan sayang macam ni, tak akan abang nak biarkan sayang sorang sorang dalam pasaraya tu", Kata Huzair.

Mereka pun mula membeli belah di pasaraya tersebut. Banyak juga yang mereka beli, sampai penuh troli.

Takpelah untuk kegunaan di rumah juga.

Hanis juga perasan ada beberapa mata gadis yang curi curi memandang Huzair.

Hanis mengecilkan mata lalu menoleh ke arah Huzair. Suaminya sedang khusyuk membelek bungkusan biskut di tangannya.

Aish, bahaya ni. Lepas ni aku kena pakaikan suami aku ni dengan topeng muka. Biar takde siapa yang nak pandang pandang suami aku lagi.

Selesai membuat pembayaran, Huzair membawa plastik plastik tersebut ke bonet kereta. Hanis pula hanya menunggu di sebelah pintu kereta.

Plastik disimpan dan disusun elok elok, telur pula diletakkan di tempat yang selamat.

Bonet ditutup, dan pada waktu itu, mata Huzair menangkap satu motor dengan 2 orang lelaki di atas motor dalam keadaan curiga. Di tangan lelaki yang membonceng motor itu terdapat botol yang tak dapat dikenal pasti.

Tiba tiba motor itu bergerak laju menghampiri Hanis. Pantas Huzair berlari mendapatkan Hanis di depan dan menarik Hanis ke belakang. Hanis jatuh, tongkat ketiaknya pula terpelanting ke tepi.

Huzair melihat motor itu sudah memecut pergi dari situ.

Bahagian lengan kirinya terasa basah dan panas. Ya Allah asid!

"Abang!!!", Jerit Hanis cemas. Matanya terbuntang melihat lengan Huzair yang memerah.

Orang orang ramai sudah berkumpul menyaksikan apa yang berlaku.

Hanis panik tak tahu nak buat apa. Dia melihat muka Huzair yang berkerut.

Ya Allah! Aku nak buat apa ni!

Hanis juga meminta tolong daripada orang orang di situ, tetapi mereka tidak berganjak.

Tiba tiba satu tangan muncul menarik Huzair masuk ke dalam pasaraya. Dia laju membawa Huzair pergi ke tandas.

"Abah?"

Hanis pantas mencapai tongkatnya lalu mengekori Encik Samad yang membawa Huzair ke tandas.

Encik Samad pantas membuka pili air lalu dihulurkan lengan Huzair yang terkena simbahan asid ke air yang mengalir laju tersebut.

Muka Huzair sudah nampak lemah, lengannya habis merah.

"Abah? Macam mana ni?", Soal Hanis. Mukanya sedang berpeluh peluh ketika itu.

Bibirnya juga terketar ketar menahan takut. Takut dia melihat suaminya begitu.

"Kamu pergi cari serbuk penaik! Cepat!", Arah Encik Samad.

Hanis terus bergerak ke tempat yang menempatkan serbuk penaik. Tetapi pekerja pasaraya itu terlebih dahulu mendapatkannya.

Alhamdulilah, kerjanya dipermudahkan.

Pekerja pasaraya tersebut mencapai gayung di dalam tong besar lalu menuang serbuk penaik ke dalam gayung tersebut. Dan kemudian dia mencampurkannya dengan air.

Encik Samad kata biar bahagian yang terkena asid itu berada di aliran air selama 30 minit. Supaya kesan asid tersebut betul betul hilang.

Hanis yang berdiri di sebelah Huzair hanya membiarkan kepala Huzair direhatkan di atas bahunya. Rambutnya dibelai perlahan, cuba untuk menenangkan suaminya.

Dalam hati, Hanis banyak berdoa supaya suaminya tidak cedera teruk akibat asid tersebut.

Selepas 30 minit berlalu, lengan Huzair direndam pula dengan bancuhan serbuk penaik tersebut.

Serbuk penaik dapat meneutralkan kesan asid tersebut.

Lengan Huzair pula terlihat merah merah biasa sahaja selepas dibiar lama dengan aliran air.

Encik Samad juga menyuruhnya mendapatkan rawatan daripada doktor juga.

Klinik di sebelah tadi, mereka pergi semula untuk mendapatkan rawatan.

Huzair diberikan keutamaan kerana kes kecemasan. Hanis duduk di kerusi melihat doktor lelaki itu memberikan rawatan terhadap lengan Huzair.

"Alhamdulilah, kesan asid tadi dah tak teruk sangat. Cuma akan ada parut ringan sahaja apabila sembuh nanti.", Ujar doktor tersebut.

Selesai membuat pembayaran, Hanis membawa Huzair keluar daripada klinik itu.

"Mari balik rumah abah dulu.", Ujar Encik Samad.

Hanis terkebil kebil memandang ayahnya. Ya Allah, ayahnya dah maafkan dia ke?

Hanis hanya menurut sahaja ajakan Encik Samad itu. Sebelum masuk ke dalam kereta, dia sempat mengucapkan terima kasih kepada pekerja pasaraya tadi.

Katanya serbuk penaik tadi tak perlu dibayar. Anggapnya sebagai sedekah dan pertolongan.

Hanis bersyukur masih ada lagi manusia yang baik hati.

Mujur juga ada 2 orang pemuda yang baik hati untuk membantu pandu kereta ke rumah Encik Samad.

Memandangkan keadaan Hanis dan Huzair tidak dapat memandu kereta.

***

Kedengaran bunyi motor di luar membuatkan Puan Rozi bangun dari duduknya dan bergerak ke pintu rumah.

"Dah beli ke serbuk kopinya?", Soal Puan Rozi.

Dia melihat bakul motor suaminya kosong. Hairan dia.

"Kita ada tetamu.", Ujar Encik Samad.

Puan Rozi berkerut. Dia memandang ke luar pagar, terkejut dia melihat gerangan yang berada di depan rumahnya.

Dia melihat encik Samad yang memimpin Huzair masuk ke dalam pagar. Pemuda yang membantunya tadi sudah balik mengikut rakannya yang lagi satu.

Sempat dia mengucapkan terima kasih.

Berat mulut Puan Rozi untuk bertanya apa yang berlaku. Yelah, sorang memakai tongkat, sorang lagi berbalut tangannya.

Encik Samad membawa Huzair ke sofa rumah. Huzair dibiarkan duduk di situ.

Hanis yang berdiri di luar takut untuk masuk.

"Kenapa ni?", Akhirnya Puan Rozi membuka mulut. Dia melihat suaminya.

"Huzair kena simbah asid tadi.", Jawab Encik Samad.

Puan Rozi terkejut. Dia memandang Huzair yang sedang duduk di sofa. Kemudian dia memandang Hanis di depannya itu.

Dia melihat Hanis dari atas sampai bawah. Dia mahu tahu Hanis terkena juga ke kesan asid tersebut.

Puan Rozi merenung saja kaki Hanis yang berbalut. Apa yang terjadi?

Huzair yang melihat muka Puan Rozi yang penuh tanda tanya akhirnya membuka mulut.

"3 hari lepas Hanis jatuh tangga. Kena tolak.", Ujar Huzair.

Dada Puan Rozi berdegup. Dia tak tahan melihat anaknya sakit. Sebak di dada mula terasa.

Ya Allah, malangnya nasib anak aku ni. Berdosanya aku ya Allah.

Perlahan lahan Puan Rozi menyentuh tangan Hanis. Hanis mendongak memandang uminya.

"Masuklah..", ujar Puan Rozi, perlahan.

Hanis melihat Puan Rozi seketika sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah.

***

"Apa!?", Jerit Tiara.

"Macam mana kau buat kerja ni ha!? Aku suruh kau simbah kat perempuan tu! Yang kau pergi simbah lelaki tu dah kenapa!?", Soal Tiara.

Dadanya naik turun menahan marah.

"Argh!!", Jerit Tiara. Dia terus menamatkan panggilan.

"Bodoh! Kerja senang pun tak boleh buat!"

Jangan harap aku nak bayar kau orang la! Satu sen pun aku tak akan bayar. Buat kerja tak betul.

Dia meramas rambutnya yang kusut. Sejak dua menjak ni, penampilannya sudah tidak terurus.

Dia menangis dalam ketawa. "I'm sorry baby.."

Kemudian dia mengilai ketawa. Dia mengambil kepingan gambar Hanis dan mencucuk dengan sebilah pisau.

"Kalau aku tak dapat Huzair. Kau pun tak akan dapat!"

***************

Continue Reading

You'll Also Like

467K 13.7K 37
Dhia Aryana seorang gadis manja dan cantik. Perwatakannya yang sedikit kasar membuatkannya berbeza dari wanita lain. Walaupun luarannya tampak kasar...
1.9M 45.5K 62
# 1 out of 4.1k omg !!!!!! #26 out of 863 auchhh? (6/7/18) -Tamat- " Aku tak boleh terima kau dalam hidup aku . Kenapa mesti kau hadir dan musnahkan...
251K 12.7K 59
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
850K 25.8K 44
Farrahani keliru. Hari pernikahan yang sepatutnya menjadi hari bahagia bertukar menjadi hari yang malang. Megat Hakeem yang sepatutnya melafazkan aka...