Maths

By missblossom_

343K 34.6K 7.4K

γ€Ž COMPLETED 』 πŸ† WATTYS 2020 WINNER FOR YOUNG ADULT CATEGORY πŸ† πŸ… THE BEST TEEN FICTION STORY FOR YOKINA HO... More

01 β€’ Result
02 β€’ Bila mula?
03 β€’ First class
04 β€’ Homework
05 β€’ Special one
06 β€’ Lies
07 β€’ Abang
08 β€’ Advice
09 β€’ Visit
10 β€’ Perlu ke tipu?
11 β€’ f3: Polygons II
12 β€’ f3: Algebraic expressions III
13 β€’ f3: Linear equations II
14 β€’ f4: Quadratic expressions & equations
15 β€’ f4: Straight line
16 β€’ f5: Graph of function II
17 β€’ Weekend
18 β€’ SPM trial exam I
19 β€’ SPM trial exam II
20 β€’ SPM trial exam III
21 β€’ Something fishy
22 β€’ Break up
23 β€’ Life changed
24 β€’ Absent
25 β€’ Nasihat papa
26 β€’ Is he the one?
27 β€’ Hot gossip
28 β€’ Hidayah
29 β€’ Forgive me
30 β€’ Rival
31 β€’ Feelings
32 β€’ Masih sayang
33 β€’ Graduation day
34 β€’ Memories
35 β€’ Stay with you
36 β€’ His family
37 β€’ Second mom
38 β€’ Cat lover
40 β€’ Alone together
41 β€’ His other side
42 β€’ Gaduh
43 β€’ That night
44 β€’ Getting closer
45 β€’ The day I
46 β€’ The day II
47 β€’ Good bye
48 β€’ Miss you
49 β€’ We did it!
50 β€’ New adventure awaits
☁︎ Ainril moments ☁︎
BOOK 2 is out!

39 β€’ Close friend

4.6K 568 110
By missblossom_

— Maths —





Day 6

Bibir Ain tak lepas dari tersenyum semasa menggunakan telefonnya sejak tadi. Airil yang memandang pun rasa menyampah bila wanita tersebut dari tadi tersenyum-senyum sendiri di ruang tamu.

"Bahagianya dia main phone tu. Text siapalah tu kan?" Tegur Airil mendatar.

Ain mengerling padanya.

"Suka hatilah. Yang kau nak sibuk kenapa?"

Jelingan Ain dibalas oleh Airil.

"Entah-entah chat dengan budak Faizz tu. Dah get back dengan ex agaknya."

Mendengar kata-kata Airil, Ain automatik mempamerkan riak wajah meluat.

"Ew, hell no! Aku takkan get back dengan ex, okey? Ugh, ni budak-budak junior yang sibuk DM akulah. Aku layan jelah."

"Sudah-sudahlah tu. Sibuk sangat chat dengan budak bukan mahram. Tak dapat apa pun."

"Ehh biarlah. Dahlah, jangan kacau kita."

Ain bersandar pada sofa dan sambung mesej pelajar tingkatan dua itu.





b0b0.d1.m4n4

Awak tahu tak?
Awak ni macam selipar kat masjid
Awak curi hati saya
Dan sekarang ia hilang selamanya.. 😔💔
Menjadi milik awak

Aww~ so sweet! 😭💖
Hahahah sorry
Tak bermaksud pun nak curi hati awak 😗
Nanti saya pulangkan ya?

Ehhhhh takpe awak, takpe
Simpanlah hati saya selama mana awak nak
Saya tak kisah 😙💘





"Hahahahah! Weh, sweet betul budak ni! Pandai dia main hati orang." Ujar Ain kepada Airil yang sedang duduk di sofa berasingan.

Airil langsung tak mengendahkannya. Dia teruskan membaca buku rujukan Sejarahnya. Suasana sunyi di ruang tamu itu pecah dengan gelak tawa Ain saja memandangkan Puan Dina dan Wawa sekarang berada di dalam bilik. Encik Suhaimi pula semestinya sedang bekerja pada waktu begini.

"Tengoklah ni weh. Cer baca."

Ain menunjukkan skrin Iphone 7 plus dia pada Airil yang memaparkan mesej antaranya dengan budak 14 tahun itu. Airil pun membacanya dengan riak wajah malas.












"Bodo, budak-budak. Geli sia." Respon Airil.

"Ahahahah! Eh biarlah. Comel apa dia?"

"Takde kerja ke? Pergi belajar lagi bagus."

"Ish, kau jelah yang belajar. Orang nak enjoy dulu masa muda-muda ni. Sibuk sangat belajar."

"Lepas belajar, dapat result elok, baru boleh enjoy hidup senang. Bukannya menyesal kemudian bila dapat result teruk." Kata Airil.

Ain mengerling ke arah lelaki itu.

"Perli orang la ni?"

"Lebih kuranglah."

"Ish, sudahlah kau."

Ain teruskan menatal melalui feed Instagram, mengabaikan lelaki itu.

Dia tengok profile Instagram dia. Ramai juga yang follow dia di aplikasi tersebut. Sampai lebih 50k. Ain rasa macam nak kecilkan lagi social circle dia. Banyak orang yang tak dikenalinya menjadi follower dia.

Jadi, dia mengambil keputusan untuk mencipta satu lagi akaun khas untuk dia dan kawan-kawan rapatnya saja. Akaun tersebut ditetapkan olehnya dalam mode private.

Selesai membuat akaun kedua, dia update story di akaun pertamanya untuk close friend.





Follow my second account, gais! @ainsaraaaaa_ 😗





"Airil, follow weh second account aku." Kata Ain kepada Airil yang baru saja bangun dari sofa ingin masuk ke bilik belajar.

"Second account?"

"Ha'ah."

"Buat apa buat akaun banyak-banyak?" Soal Airil pelik.

"Tak banyak pun. Baru dua. Halah, biarlah. Aku nak kurangkan post kat akaun pertama aku ni. Nak buang follower tapi macam banyak sangat."

"K, nantilah aku follow."

Hilang saja Airil dari pandangan, Ain menatap semula skrin telefonnya. Matanya melihat bilangan post akaunnya.

145 posts.




Banyak sangat post ni. Aku kena archive beberapa.



Ain mula mengarkibkan kebanyakan post di akaun Instagram pertama dia, meninggalkan hanya 40 post saja. Ada juga post yang dia rasa macam nak delete, dia padamkan saja.

Dia rasa macam tak perlu kot nak post tentang hidupnya di media sosial sangat sebab manusia bukannya kisah tentang diri kita sangat pun.





Day 7

Di dalam kelas, di sekolah...

"Airil, hari ni kitorang nak datang rumah kau boleh tak? Dah lama tak main Fifa weh." Ujar Syafiq.

"Hari ni tak bolehlah."

"Apasal? Aaaa... lupa. Kau bawa perempuan masuk rumah kau kan?"




Pap!

Sebuah bekas pensel dibaling oleh Airil pada Syafiq.

"Cakap tu jangan kuat sangat boleh tak? Kang orang dengar kang, salah faham pulak." Ujar Airil.

"Hahahah sorry bro."

"Kitorang belajar je. Korang jangan fikir macam-macam."

"Tahu.. tahu.."




Mereka diam sebentar.










"Kau dengan Ain couple ke do? Rapat semacam aku tengok korang."

"Kannn." Hanif menyokong pernyataan Khairul.

"Merepek apa siot? Mana ada. Haram, bodo." Airil memandang rakan-rakannya pelik.

"Yelah tapi.. kalau kau nak, kau ambillah dia do. Kalau lambat, melepas weh." Sambung Khairul.

"Ha kalau kau tak nak, bagi aku je. Lawa do dia." Syafiq bersuara.

Airil menggeleng-geleng kepala mendengar kata-kata rakannya itu.

"Kau pikir dia mainan ke? Ha?? Jangan nak jadi budak-budak la weh. Kesian kat dia." Ujarnya.

Fikiran dia teringat akan situasi di mana Ain menangis di depan matanya disebabkan Izz.

"Yelah yelah, hak alah kau ni. Gurau sikit, dah serius sangat. Cakap jelah kau suka dia. Senang kerja."

"Pale hotak kau." Airil mengerling pada Khairul.







"Tapi kan... aku tengok member kita ni macam dah berubah do." Hanif pula bersuara.

"Tulah kan. Sejak dia dengan Ain ni, dia dah kurang sombong do."

"Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dia berubah ke arah yang lebih baik." Khairul menyokong setelah Syafiq bersuara.

"Hahahahahah!"

"Amende do korang." Airil hanya tersenyum pendek bila kawan-kawannya mengusik.





"Jom panggil Ain nak?" Khairul mencadangkan idea nakal.

"Nak buat apa?" Tanya Hanif.

"Saja. Kacau member."

"Okey okey. Boleh je."

"Takyah la kacau-"

"Ain!"

Belum sempat Airil ingin menghalang mereka, Khairul sudah melaung nama Ain.

Ain yang sedang berbual dengan Farah di meja belakang memandang ke arah mereka. Matanya sekilas pandang Airil yang memukul bahu Khairul.

"Takyah kacau dia, bodo." Ucap Airil geram.

Khairul dan yang lain tertawa.

"Yes? Kenapa?" Ain menyoal.

"Takde apa. Hai." Khairul melambai kecil pada gadis itu.

"Err.. hai?" Tersenyum kekok Ain. Pelik dengan kelakuan mereka.

Dia kembali berborak dengan Farah. Waktu ni cikgu lambat masuk kelas. Terlupalah tu ada kelas.





~~~~





Di rumah, setelah Ain pulang dari sekolah, dia membersihkan diri sebelum meniarap di atas katil dan melihat notifikasi yang keluar di Instagram.

Ada beberapa orang yang follow request di akaun keduanya. Tak reti baca agaknya. Dah terang-terang bio cakap "accepting my close friends only 😗✌️". Masih tak faham ke? Perasan diri tu kawan rapat orang.

Ain tengok senarai follow request itu. Ramai juga. Sedang dia menatal melalui senarai tersebut, matanya menangkap username seseorang.





izz_dniel





Alamak, macam mana ni? Izz nak follow aku? Erm... nak terima ke tak??




Ain berkira-kira ingin terima follow request Izz ataupun tak. Lama dia berfikir sehingga seseorang mengetuk pintu biliknya.




Tok tok.

"Cepat turun woi. Belajar."

Kedengaran suara Airil di luar bilik. Tersentak Ain.

"Ha ye ye! Nanti aku turunlah. Kau pergi dulu." Balas wanita tersebut.

Suasana sepi saja selepas itu menandakan Airil sudah beredar dari situ.

Ain bersiap-siap sebelum menapak keluar dari bilik bersama buku-buku dan telefon di tangannya. Dia turun ke tingkat bawah dan masuk ke dalam bilik belajar.

Tempat duduk sebelah Airil diambil lalu Ain menghidupkan telefonnya kembali setelah meletak buku-buku di atas meja. Dia memandang Airil yang sedang membuat latihan.

"Weh, Izz follow request kat second account aku. Kau rasa patut ke aku accept?" Tanya Ain sambil jarinya mengetuk-ngetuk belakang telefonnya.

Otaknya sedang berfikir.

"Suka hati kaulah. Tanya aku apasal? Akaun kau, bukan aku." Jawab Airil tanpa menoleh sedikit pun.

Ain membisu saja. Bibirnya sesekali dimuncungkan sambil berfikir sebentar. Dah jadi tabiat sangat, suka muncung bibir.




Accept jelah. Takkan nak delete pula request dia? Nanti terasa Izz. Kesian.. (╥﹏╥)




"Hm, accept jelah." Ucap Ain lalu menekan butang accept di sebelah username Izz.

Airil senyap-senyap memandang melalui ekor mata.



Kau accept? Ya Allah, masih nak terima dia ke weh? Kau tak sedar lagi ke dia tu toxic dalam hidup kau??





"Apa function kau buat akaun kedua ni?" Soal Airil ingin tahu.

"Erm... sebab aku nak kurangkan post kat social media. Kalau kau perasan, aku dah archive banyak post kat akaun pertama aku. Ada yang aku delete jugak. Sebab.. entahlah. Rasa macam private life lagi aman daripada tunjuk kat public." Usai berkata begitu, Ain tersenyum :]

Airil pula mengangguk saja.

"Tahu pun. Sibuk sangat dengan populariti."

"Ish, biarlah. Siapa je yang tak suka famous?"

"Aku tak suka. Semak manusia ramai-ramai dalam hidup."

"Eleh.. yelah tu."

"Dah dah, buat kerja. Ada soalan, tanya cepat." Arah Airil lalu Ain pun membuka buku latihan Kimia dan mula menjawab soalan di dalamnya.





~~~~





Malam hadir seperti biasa...

Airil menepuk-nepuk bantalnya dan sedia untuk tidur. Lampu bilik dipadamkan, tinggal lampu katil saja. Jam dinding ditilik.

Pukul 10:23 malam.

Dia membaringkan diri di atas katilnya lalu menarik selimut paras pinggang sebelum merenung siling biliknya. Kedua-dua tangannya direhatkan di belakang kepalanya.

Memikirkan peperiksaan besar yang akan tiba beberapa hari saja lagi membuatnya susah hati pula. Keputusan yang akan dia dapat bagi peperiksaan tersebut akan menentukan masa depannya. Jika cemerlang, alhamdulillah. Jika tidak, agak sukarlah untuk memohon masuk universiti selepas tamat zaman persekolahan.









Tok tok tok.

"Airil~ dah tidur ke?"

Kedengaran bunyi ketukan pintu diikuti suara Ain di luar bilik. Airil pun menoleh ke arah pintu biliknya.

"Nak apa?" Tanya dia.

"Tolong." Ain membalas dari luar.

"Tolong apa?"

"Ala, bukalah pintu ni dulu. Baru aku bagitahu."

"Tak nak. Kau bagitahu dulu nak tolong apa."

"Kalau aku bagitahu, nanti kau tak nak tolong."

"Ah, kalau macam tu lantak kaulah. Aku nak tidur."

"Ala, Airil. Bukalahhhh."




Tok tok tok tok!

"Airil!" Ain memanggil sambil memandang geram ke arah pintu bilik Airil.




Minta tolong pun tak nak. Langsung tak gentleman!











"Airil... tolonglahhh. Nanti-nanti jelah tidur..." suara Ain mulai mengendur. Sedih pula dia.




Tok tok tok.

Dia mengetuk pintu lagi tetapi kali ni dengan perlahan saja.

Mendengar suara Ain yang mengendur itu melemahkan hati Airil lalu dia pun mengeluh perlahan. Pemuda itu bangun dan berjalan ke arah pintu lalu membukanya.

Kelihatan Ain yang sedang memakai t-shirt besar berwarna biru muda sambil memegang buku rujukan Matematik pada dadanya. Dia menunjukkan buku tersebut pada Airil dengan muka dibuat-buat comel. Airil pula memandangnya pelik.

"Esok jelah weh. Aku nak tidurlah." Ucap lelaki itu malas.

"Ala, jomlahhh. Awal lagi nak tidur."

"Awal mende? Kau tahu tak family aku tidur paling lewat pun pukul 11 tau. Takdenya sampai lewat malam tak tidur." Balas Airil.




Mak aii.. awal gila. Family aku pukul 12 pun belum tentu dah tidur. Mama dengan papa iyelah. Along dengan abang takdenya nak tidur awal.

Hati Ain berdesis.

"Woi. Kau tenung apa lagi? Pergi tidur." Airil memetik jari di depan Ain menyebabkan gadis itu tersentak.

"Ala, kejap jeee. Aku tak boleh tidur selagi tak dapat jawapannya. Jomlahhh."

"Ughhh."

Melihat Ain yang mendesak, Airil dengan malasnya melangkah keluar dari bilik lalu mereka berdua pun menuruni tangga ke tingkat bawah. Ain dan Airil duduk di ruang tamu yang terdapat sebuah meja. Di atasnya, ada buku-buku rujukan dan alat tulis Ain.

Airil dapat mengagak gadis itu mengulang kaji di ruang tamu sebentar tadi. Haih, ada bilik belajar, nak study di ruang tamu. Ni mesti belajar sambil tengok TV ni.

"Kau suka sangat study malam-malam kan? Orang study waktu siang, malam tidur. Engkau?" Airil melabuhkan punggung di atas lantai depan meja tersebut setelah Ain duduk di sebelah lain meja itu.

"Halah, biarlah. Aku ni kan burung hantu. Suka berjaga waktu malam."

"Engkau burung hantu? Mana ada. Kau ikan."

"Tch, diamlah. Cepat tolong ajar ni. Ish."





~~~~





Airil menguap untuk kali ketiga sambil belakang telapak tangannya menutup mulut. Mengantuk sangat. Sekarang sudah hampir pukul 11 malam. Mereka masih belum tidur.

"Dahlah tu weh. Aku ngantuklahhh." Rungut Airil sambil menongkat kepalanya dengan tangan kiri.

"Kejaplahhh. Aku aktif belajar waktu malam je do. Waktu siang susah sikit nak masuk otak."

"Ergh, kau buatlah dulu. Aku nak tidur jap."

"Okeyyy."

Airil terus merehatkan kepalanya di atas meja beralaskan lengannya. Dalam beberapa minit saja, dia sudah terbuai mimpi.

Ain pula teruskan membuat latihannya. Memang dia seorang yang aktif pada waktu malam. Bak kata omputeh, night owl. Ha gitew~





~~~~





20 minit berlalu...

Ain tersekat di satu soalan KBAT mengenai trigonometri. Dia memandang lelaki di hadapannya yang masih tidur nyenyak walaupun dalam keadaan duduk.




Nak kejut ke? Kesianlah pulak kalau kacau dia tidur. Hm, biar jelah. Kau cubalah jawab sendiri, Ain.

Desis hati Ain.

Dia pun cuba menjawab dengan ilmu yang diketahuinya meskipun dia kurang yakin dengan jawapan yang akan didapatinya nanti.




Sewaktu Ain sedang membuat latihannya, Airil tiba-tiba terjaga dari tidur lalu mengangkat muka memandang ke depan. Dia meraup wajahnya dan menguap sekali sambil menutup mulutnya dengan dengan belakang telapak tangan. Ain yang perasan jejaka itu sudah terjaga mula bersuara.

"Ha, bangun pun. Ni aku nak tanya soalan trigonometri ni. Tolong aku weh." Kata dia.

"Mm... kau buatlah sendiri dulu. Nanti aku tengok." Balas Airil agak serak bila dia baru bangun dari tidur.

"Masalahnya aku tak tahu weh. Macam mana nak buat kalau-"

"Halahhh, buat jelahhh. Kau nih, aku baru bangun tidur, dah membebel. Bisinglah." Airil menggaru kepalanya kasar.

Rasa mengantuk masih bersisa tetapi dia rasa lebih segar berbanding tadi. Eloklah dah dapat tenaga sikit lepas tidur tadi walaupun sekejap.

Ain berdecit mendengar balasan Airil. Dia pun sambung menjawab dengan muka tak puas hati.





Selalu macam tu. Suruh jawab dulu, baru nak ajar. Macam mana aku nak jawab kalau tak tahu? Ish.






Sedang Ain menjawab soalan tersebut, Airil memerhatinya sambil merehatkan dagu pada tangannya yang dikepalkan menjadi penumbuk sebagai alas dagunya itu.

Dia teringat akan situasi petang tadi di mana Ain meminta dia untuk follow akaun kedua gadis itu. Mengingatkan bio akaun tersebut membuatkan Airil terfikir sesuatu.





Dia anggap aku sebagai kawan rapat dia?

Hati Airil tertanya-tanya.

Terasa diri ini istimewa pun ada bila digelar sebegitu walaupun dia tahu dia bukannya siapa-siapa dalam hidup gadis tersebut.

Wajah Ain dipandang. Matanya berwarna hitam. Keningnya terbentuk elok. Bibir berwarna merah natural yang sering kali memuncung apabila berasa tak puas hati dan kadangkala secara tanpa sedar kerana sudah menjadi tabiat. Hidungnya pula elok saja bentuknya. Semua yang ada pada diri gadis itu sempurna di mata Airil.

Terkenang lagi situasi di mana Ain menangis selepas putus cinta dengan Izz. Bukan sekali gadis tersebut mengalirkan air mata di hadapannya tetapi sudah masuk dua kali. Mengenangkan wajah Ain yang kemerahan dengan mata sembap lagi membuatkan Airil tersenyum dalam diam.




Kau nangis pun comel weh. Inikan pula senyum dan gelak.

Bisik hati lelaki itu.

Jantung Airil mula memainkan rentak laju daripada biasa secara tiba-tiba. Dia sendiri tak tahu kenapa.
















"Apasal tak dapat jawapan niiii?" Berkerut dahi Ain bila melihat jawapannya dengan jawapan di muka surat belakang tak sama.

Dia memadam jawapan dan jalan kerjanya setelah menyemak apa yang salah. Kemudian, dia membaca soalan kembali dan cuba menjawab sekali lagi.

Airil tersenyum lagi melihat wajah gadis itu yang kelihatan stres semasa menjawab soalan. Dia menyorok senyumannya di sebalik tangannya yang satu lagi.

Lama-kelamaan, senyuman itu mulai putus. Dia tersedar sesuatu bila perasan akan perubahan dirinya sewaktu memandang wanita di hadapannya ini.
































Airil, kau suka dia ke?





❤️❤️❤️

Eh... hahahah.

Yang part Khairul panggil Ain tu, pernah tak terjadi kat korang? I pernah tau skdksk. Banyak kali. Panggil orang, pastu cakap hai je :/

Macam.. kau nak apa sia? Agaggaga

And yeah, private life is much more safer and easier 😗✌️

Continue Reading

You'll Also Like

312K 10.6K 89
Ain telah dijodohkan menjadi isteri kepada farhan sejak berumur 15 tahun Tetapi dirahsiakan oleh kedua orang tua mereka. Akhirnya mereka terjumpa tet...
88.4K 8.5K 46
[Option : Yes or Yes] "Sudi tak awak jadi boyfriend saya?" "No." "Tett.. Dalam soal ni, tak ada perkataan No. Yang ada hanyalah Yes or Yes." "Wha...
100K 2K 17
SHAHRUL MATEEN x ALAILA SOFEA Shahrul Mateen jejaka kegilaan ramai wanita. Oleh kerana dia kaya, kacak dan peramah, hal ini membuatkan ramai wanita y...
30.8K 1.8K 14
𝓐𝓻π“ͺ𝓡𝔂𝓷 𝓀𝓢π“ͺ𝓲𝓻π“ͺ ~ 𝓑𝓲𝔃𝓺𝓲 𝓕𝓲𝓻π“ͺ𝓼𝓱 A little sweet moment between them. ps:-maaf sekiranya ada banyak kesalahan tatabahasa <3