Maths

By missblossom_

345K 34.6K 7.4K

怎 COMPLETED 怏 šŸ† WATTYS 2020 WINNER FOR YOUNG ADULT CATEGORY šŸ† šŸ… THE BEST TEEN FICTION STORY FOR YOKINA HO... More

01 ā€¢ Result
02 ā€¢ Bila mula?
03 ā€¢ First class
04 ā€¢ Homework
05 ā€¢ Special one
06 ā€¢ Lies
07 ā€¢ Abang
08 ā€¢ Advice
09 ā€¢ Visit
10 ā€¢ Perlu ke tipu?
11 ā€¢ f3: Polygons II
12 ā€¢ f3: Algebraic expressions III
13 ā€¢ f3: Linear equations II
14 ā€¢ f4: Quadratic expressions & equations
15 ā€¢ f4: Straight line
16 ā€¢ f5: Graph of function II
17 ā€¢ Weekend
18 ā€¢ SPM trial exam I
19 ā€¢ SPM trial exam II
20 ā€¢ SPM trial exam III
21 ā€¢ Something fishy
22 ā€¢ Break up
23 ā€¢ Life changed
24 ā€¢ Absent
25 ā€¢ Nasihat papa
26 ā€¢ Is he the one?
27 ā€¢ Hot gossip
28 ā€¢ Hidayah
29 ā€¢ Forgive me
30 ā€¢ Rival
31 ā€¢ Feelings
32 ā€¢ Masih sayang
33 ā€¢ Graduation day
34 ā€¢ Memories
35 ā€¢ Stay with you
36 ā€¢ His family
37 ā€¢ Second mom
39 ā€¢ Close friend
40 ā€¢ Alone together
41 ā€¢ His other side
42 ā€¢ Gaduh
43 ā€¢ That night
44 ā€¢ Getting closer
45 ā€¢ The day I
46 ā€¢ The day II
47 ā€¢ Good bye
48 ā€¢ Miss you
49 ā€¢ We did it!
50 ā€¢ New adventure awaits
ā˜ļøŽ Ainril moments ā˜ļøŽ
BOOK 2 is out!

38 ā€¢ Cat lover

4.5K 552 108
By missblossom_

— Maths —





Day 4

Ain duduk di atas sofa berhadapan dengan TV dan mencapai controller PS4. Dia memilih game racing CTR lalu memandang Airil yang sedang duduk di atas sofa satu lagi.

"Airil, jom main." Ajak Ain.

"Kau ni asyik ajak aku main je. Belajarlah."

"Ala, asyik apanya? Baru sekali."

"Sekali kebenda? Semalam dah dekat empat kali kau ajak aku main. Tak pernah pun kau ajak belajar."

"Ish, penatlah belajar. Aku nak rehat kejap je."

"Itulah alasannya. Penat.. penat.."

"Dahlah, diam. Kalau kau tak nak main, biar aku main seorang."

Ain mula bermain seorang diri tanpa menghiraukan Airil yang sedang menjelingnya.


Kalau setakat datang nak main game, baik duduk rumah sendiri. Kata ada PS4 sendiri kat rumah.





~~~~





Makan malam bersama...

Ain selesai makan dahulu lalu bangun dan ke dapur untuk mencuci pinggannya. Sedang dia basuh, Airil tiba-tiba masuk ke dalam dapur juga. Nampaknya lelaki itu telah siap makan juga.

Selamba badak dia meletak pinggannya ke dalam singki.

"Basuh." Arahnya lalu menolak Ain ke tepi untuk membasuh tangan.

"Eh dia niii. Dah kenapa kau?" Kening Ain dengan spontan bertaut.

"Kau dah tumpang rumah aku, jangan nak malas sangat."

Sabun cuci tangan dipam oleh Airil lalu dia mencuci tangan lagi. Ain berganjak ke tepi sikit memberi ruang kepada pemuda itu menggunakan singki.

"Rumah kau? Ni rumah parents kau k?"

"Rumah parents aku pun rumah akulah."

"Ish, pape jelah. Cepatlah sikit!"

Ain menunggu Airil selesai mencuci tangan dengan riak wajah menyampah. Setelah Airil siap membasuh tangan, dia merenjiskan tangannya yang basah itu ke muka Ain dan berlalu pergi.

"Airiiilll, janganlahhh!"

Terus Ain mengelap wajahnya dengan lengan bajunya. Nak lap pakai tangan, tak boleh. Kotor sebab basuh pinggan.

Airil keluar dari dapur lalu berjalan menuju ke tangga untuk ke biliknya. Ibu dan ayahnya dengar saja apa yang bising di dapur itu.

"Kenapa kacau Ain tu, Airil?" Soal Puan Dina.

"Dia kacau Airil dulu." Lalu kelibat Airil pun hilang di sebalik dinding rumah tangganya setelah lelaki itu naik ke tingkat atas.

Ain yang mendengar di dapur pun ternganga mulutnya.




Aku kacau dia? What?! Seriously? Ehhh, budak ni memang nak kena!




Selesai mencuci pinggan Airil, Ain mengeringkan tangan lalu keluar dari dapur dan naik ke tingkat atas menuju ke bilik Airil. Pintu bilik diketuk-ketuk olehnya.

Tok tok tok tok!

Sekejap saja menunggu, pintu bilik dibuka dari dalam dan Ain melihat wajah Airil yang agak kebasahan mungkin lelaki itu baru selesai mengambil wuduk untuk solat Maghrib.

"Oi, sedap je kau cakap aku kacau kau dulu kan? Engkau yang kacau aku dulu." Marah Ain.

Airil melepaskan keluhan.

"Kau ketuk pintu aku semata-mata nak marah pasa ni ke?" Soalnya malas.

"Iyelah. Kebenaran harus ditegakkan." Rapu Ain membuatkan Airil menggeleng kepala.

Pemuda itu pun menutup pintu tanpa sebarang amaran. Terkesima Ain.



Kurang asam punya budak. Dia main tutup je pintu macam tu? Ishhh!



Dengan perasaan tak puas hati, Ain melangkah masuk ke dalam biliknya sambil menghentak kaki. Geram dengan perangai Airil yang suka melayannya acuh tak acuh.





Day 5

Pada waktu petang yang tenang, Airil sedang duduk di halaman rumah bersama adiknya. Lelaki itu sibuk main game dalam telefon sambil duduk di atas kerusi manakala Wawa bermain dengan kucing-kucing peliharaan mereka.

Kemudian, Airil memandang adiknya bila dari ekor matanya, dia nampak macam kanak-kanak itu buat benda tak patut pada kucingnya. Terkejut dia melihat Wawa sedang membuli Leo.

"Aip! Adik, no. Jangan buat macam tu."

Wawa berhenti daripada membuli kucing tersebut tatkala abangnya menegur. Tersengih dia.

Airil pun sambung main game. Namun, dia rasa terganggu apabila terdengar bunyi kucing mengiau. Pantas dia menekan butang pause game tersebut lalu memandang ke arah adiknya.

Kelihatan Wawa sedang duduk di atas Leo seperti menunggang kuda.

"Adik! Janganlahhh. Ya Allah, turun! Kau pikir kau ringan ke ha?"

Wawa tergelak kecil lantas turun dari badan Leo. Kucing itu ingin melarikan diri tetapi Wawa menahannya. Dia memeluk Leo sambil tersenyum lebar lagak macam dia sayang kucing itu, padahal nak ambil hati abangnya saja.

Airil membiarkannya lagi dan sambung main game dengan dahi berkerut. Stres ada adik nakal.








"Ghrriauuuu~!"

Pandangan Airil segera dialihkan pada kucingnya bila dia mendengar Leo macam nak terberanak saja, padahal jantan.

Pantas lelaki itu menekan butang pause dan meletak telefonnya di atas meja sebelum bangun dan menarik adiknya dari kucing tersebut.

Boleh pula Wawa pergi berdiri atas kucing tu? Kau fikir apa? Surfboard??

"Abang kata jangan tu, jangannn! Jangan naik atas Leo! Adik tu berat!" Airil memukul lengan Wawa dua kali.

"Ah! Uwarghhh~! Sakitlah abangggg! Bagitahu ibuuu!"

Wawa berlari masuk ke dalam rumah dan naik ke tingkat atas di mana ibunya berada.

"Bagitahulah. Kisah apa aku? Pukul sikit dah nangis. Mengada sangat."

Bulu lembut kucing yang berwarna hitam putih itu diusap perlahan oleh Airil.

"Kesiannn kau, Leo. Takde otak punya adik."

Airil memeluk kucing tersebut lalu mendukung dan membawanya berjalan-jalan di sekitar halaman rumah.

Budak tu lima tahun, Airil. Kau fikir apa?








15 minit selepas itu, Ain pulang ke rumah Airil dan membuka pagar rumah bersama raket di tangannya. Dia baru saja selesai bermain badminton dengan Farah di Taman Indah.

"Akakkkk, abang pukul adikkk! Huhuwaaghh~!"

Secara tiba-tiba Wawa berlari keluar rumah dan memeluk kaki Ain ketika Ain masuk saja ke halaman rumah. Terkejut gadis itu dibuatnya.

Airil pula hanya memandang dengan pandangan menyampah.



Mengadanya budak niii. Menyampah betul aku.




"Pukul adik? Kenapa?? Adik buat apa?" Tanya Ain sambil memandang Airil yang sedang bermain bola dengan Leo dan kucing yang lain.

Airil melirik mata pada Ain.

"Budak tu pergi pijak kucing ni. Mana aku tak marah?" Jelas lelaki itu sambil memandang tajam adiknya yang sedang memeluk kaki Ain.

Tak berani Wawa ingin memandang renungan maut abangnya, terus dia melarikan pandangan.

"Ya Allah, weh dia kecil lagi weh. Lima tahun. Mana tahu pape. Janganlah sampai pukul dia." Kata Ain lalu mendukung Wawa.

"Dah tu kau nak aku biar je? Kau tahu tak dia duduk atas Leo tadi? Kalau kuda takpelah, ini kucing. Kalau mati kucing ni memang aku takkan maafkan budak ni. Kucing ni muda lagi tau. Sembilan tahun baru."

"Um, okey? Tapi adik kau lagi muda."

"Ah, kisah apa aku? Aku jaga kucing ni sebelum adik aku wujud lagi. Aku sayang dia k." Airil mendukung kucingnya itu dan memeluknya.

"Kau.. kau nak cakap yang... jap, adik masuk rumah dulu. Nanti akak masuk ya?"

Ain berjalan ke pintu masuk dan meletak Wawa di muka pintu rumah. Wawa pun masuk ke dalam dan bermain dengan mainannya di ruang tamu. Kemudian, Ain berjalan mendekati Airil dan duduk di atas kerusi berhadapan dengan pemuda itu.

"Kau nak cakap yang... kau lagi sayangkan kucing kau daripada adik kau?" Tanya Ain.

"Yep." Bersahaja Airil menjawab.

Tercengang Ain.

"Ibu aku beli dia masa aku darjah empat tau. Masa tu dia kecil lagi. Dua tahun baru." Kata Airil sambil mengusap kepala Leo. Tersenyum dia main dengan kucing-kucingnya. Dia geram tengok kucingnya yang comel itu.

"Okay but.. kalau sampai tak sayang adik tu memang peliklah."

"Aku bukan tak sayang. Aku cakap aku lagi sayangkan kucing aku daripada dia."

"Okey, kau pelik. Bye."

Ain segera bangun dan melangkah masuk ke dalam meninggalkan Airil di halaman rumah.


Pelik apanya? Normal la tu kan?

Hati Airil kehairanan.





~~~~





Ain melangkah keluar dari bilik untuk makan malam bersama. Pada masa yang sama, Airil turut keluar dari bilik juga. Dia memandang Ain yang berbaju-t hijau muda dan berseluar jeans. Rambut disepit dengan beberapa klip rambut berwarna.

"Kau bercantik kat rumah ni nak buat apa? Bukannya ada siapa-siapa kisah pun kau cantik ke tak." Tanya Airil pelik.

"Eh? Cantik ke? Memang ini pakaian simple akulah. Apa maksud kau cantik?" Soal Ain balik.

Airil mengerutkan dahinya.



Serius la pakaian simple? Selesa ke do pakai jeans?



"Jap. Kau nak cakap aku cantik ke ni? Ha?? Serius ke Airil? Omg, nampaknya Airil dah notice kecantikan saya~" Ain berpura-pura terharu menyebabkan Airil menggulingkan mata.

"Gila. Siapa je yang pakai jeans kat rumah?"

"Tak boleh ke? Apa? Rumah ni ada peraturan takleh pakai jeans jugak ke macam mana? Ke... memang pantang larang orang kaya?"

"Kau ni tak betul do."

Airil menyusun langkah ke tangga untuk turun ke tingkat bawah lalu Ain pun mengikut langkahnya menuruni anak tangga.

"Halah, biasalah weh... perempuan. Kami kena jaga penampilan kami. Takdelah kena judge dengan lelaki, cakap kami selekeh pulak." Ujar gadis itu.

Airil hanya pekakkan telinganya dan teruskan langkah menuruni tangga. Sampai di tingkat bawah, mereka berdua mengambil tempat duduk dan makan malam bersama ibu, ayah dan adik Airil.





~~~~





Selesai makan malam, mereka menunaikan solat fardu Maghrib di bilik masing-masing. Setelah itu, Ain baring santai di atas katilnya sambil menatal skrin telefon melalui media sosial.

Beberapa minit kemudian, pintu biliknya dikuak dari luar perlahan.

"Akakkk.. abang pukul adik... ihikk ihik."

Kelihatan Wawa sedang masuk ke dalam bilik Ain sambil pipinya agak basah, mungkin disebabkan air mata.

"Abang pukul lagi? Ehhh, abang jenis apa Airil ni? Asyik pukul adik je."

Ain bangun dari baring dan membawa Wawa ke dalam dakapannya.

"Takpe takpe, nanti akak pukul dia balik k? Dah dah, jangan nangis."

Airil yang mendengar di luar bilik mula menolak tepi pipinya dengan lidah.




Pandai kau berlakon eh budak? Aku jentik telinga je, kau dah kata aku pukul. Siap kau nanti.





~~~~





Ain menghulurkan Wawa batang besbol mainan jenis plastik lalu berbisik pada telinga kanak-kanak itu.

"Ha, pergi pukul abang. Pukul kuat-kuat." Arah Ain sambil tersenyum nakal.

Matanya senyap-senyap memandang Airil yang sedang berbaring di atas sofa sambil leka bermain game dalam telefon.

Wawa mengangguk. Perlahan-lahan kakinya berjalan menuju ke sofa di mana Airil sedang baring dan laju dia memukul Airil kuat.

"Aduh!" Terkejut lelaki itu dibuatnya.

Dia menggosok-gosok pahanya yang diketuk kuat oleh adiknya sendiri. Bebola matanya tajam memandang kanak-kanak itu yang sedang berlari ke arah Ain semula.

"Hi-five adik! Hahahaha!!" Tertawa besar Ain bila dah kenakan Airil.

"Kau apahal?! Aku tak kacau kau pun kan!" Marah Airil.

"Kaulah apahal? Yang pergi pukul Wawa kenapa?"

"Aku jentik je weh! Bukan saja-saja aku marah dia! Dia duduk atas Chomot! Dah tak faham bahasa sangat, aku jentiklah telinga dia!"

Sedaya upaya Ain menahan tawa ketika melihat Airil dalam keadaan marah.

"Oh ye ke? Ahahaha. Rilek la weh. Budak-budak kot. Banyakkan bersabar."

"Sabar.. sabar.. kalau kau, boleh ke bersabar? Entah-entah dia yang nangis."

Airil kembali membaringkan diri dan sambung bermain game.

Ain pula sudah mencebik mendengar kata-kata lelaki itu tadi.



Apa kau pikir aku manja sangat ke ha? Ish.




Wawa yang senyap saja dari tadi dipandang oleh Ain.

"Wawa, pergi pukul abang lagi." Bisik Ain.

"Lagi? Kenapa??"

"Pukul je. Lepas tu nanti kita lari naik atas."

Wawa diam seketika. Lambat-lambat dia mengangguk perlahan.






















Pap!


"Ah!" Laju Airil bangun dari baring. "Kau sini budak!"

"Akakkk!"

Wawa berlari ke arah Ain dan segera Ain menarik kanak-kanak itu naik ke tingkat atas. Gadis tersebut melepaskan tawa lagi. Geli hati melihat Airil.

Malas Airil nak kejar mereka, dia melepaskan keluhan kasar lalu masuk ke dalam bilik belajar. Pintu dihempas.

Kecut hati Ain dan Wawa yang mendengar bunyi hempasan tersebut. Ain pun membiarkan adik Airil masuk ke dalam bilik ibu dan ayahnya sebelum dia kembali turun ke bawah dan menjenguk ke dalam bilik belajar.

Kelihatan Airil sedang menaip sesuatu pada skrin telefonnya, mungkin sedang bermesej dengan kawannya. Dia yang perasan pintu bilik terbuka segera mengalihkan pandangan ke arah pintu. Nampak saja muka Ain di muka pintu, dia terus bangun dan berjalan ke arah situ membuatkan gadis itu terkejut lantas kaki Ain spontan melangkah ke belakang.

Airil terus menutup pintu rapat menyebabkan Ain terpempan. Tak ada mood lelaki itu nak melayan kerenah wanita tersebut lagi.

Ain mendekati pintu lalu cuba membukanya tapi tak dapat.




Kunci? Ehhh, kenapa tiba-tiba ni?

Bisik hatinya.

"Airil, bukaklah... apasal kunciii?" Tanya Ain dengan nada meminta simpati.

Namun, tak dilayan. Suasana senyap saja.





Tok tok tok.

"Airil... sorrylahhh. Buka please.. aku nak belajaaar." Kata Ain lagi sambil tangannya mengetuk-ngetuk pintu.

"Sejak bila kau nak belajar pulak ni? Pergilah main game." Ucap Airil dari dalam bilik.


Tiba-tiba je nak belajar. Tadi seronok sangat main dengan adik aku.



"Ala, dah pukul 9 kan? Mestilah nak belajar. Kau sendiri yang kata, kalau dah pukul 9 kena belajar." Ain membalas.

Airil pun memandang bahagian atas skrin telefonnya bagi melihat masa.

"Baru pukul 8:40. Tak payah."

Kata-kata Airil membuatkan dahi Ain berkerut.

"Ish, apa salahnya belajar awal? Bukaklahhh."

"Tak nak. Kau dah ajar bukan-bukan kat adik aku... ingat dah pandai sangat ke diri tu?"

"Sorrylahhh. Aku gurau je, ish. Kuat merajuk la kau ni." Balasan Ain menyebabkan Airil menjeling ke arah pintu.




Tak sedar diri punya budak.

Hati lelaki itu bergumam.

Dia cuma membiarkan pintu berkunci dan teruskan bermesej dengan kawan-kawannya.







Tok tok tok.

Sesekali pintu bilik diketuk oleh Ain dari luar namun Airil cuma mengabaikannya.


















Tok tok tok.

Pintu diketuk lagi. Airil masih mengabaikannya.






























Tok tok tok.

"Tch, diamlahhh." Geram pula Airil bila dengar bunyi pintu diketuk berkali-kali.

Ain di luar sudah mencebik geram. Dia pun senyap saja sambil duduk di depan pintu bilik tersebut dengan lututnya dipeluk sendiri. Tubuh dia bersandar pada pintu.





~~~~





Setelah jam menunjukkan pukul 8:58 malam, Airil memandang ke arah pintu bilik bila suasana senyap saja dari tadi. Dia mematikan telefon dan meletaknya di atas meja lalu bangun. Langkah disusun menuju ke pintu bilik. Kunci dibuka lalu Airil menarik tombol pintu ke bawah.

"Ehhhhh!" Ain yang sedang bersandar pada pintu terlentang ke belakang tatkala pintu tersebut dibuka dari dalam.

Tercengang Airil memandangnya.




Dari tadi dia duduk depan pintu ni ke? Dekat 20 minit kau duduk sini.

Bisik hati Airil.

Ain berdiri bersama telefonnya di tangan. Sementara menunggu tadi, sempat dia mengambil telefonnya di biliknya lalu duduk kembali di depan bilik belajar.

Tersenyum dia memandang Airil di depan yang sedang memandangnya dengan muka dingin.

"Sorry okay?" Tutur Ain lembut.

Airil tidak membalas apa-apa, sebaliknya dia mengangguk sekilas lalu masuk semula ke dalam bilik untuk mula belajar bersama Ain. Dengan senang hatinya, wanita tersebut masuk ke dalam juga setelah dirinya dimaafkan walaupun dibalas dengan anggukan saja.

"Betul eh kau maafkan aku?"

"Hm." Itu saja respon Airil.




Macam tak nak je dia ni.

Desis hati Ain.

"Betul ke ni? Macam tak ikhlas je kau ni." Gadis itu berkata.

"Tch, iyeeee. Kau pikir aku budak-budak ke nak merajuk lama-lama? Ugh. Dah dah, cepat buka buku Bio. Banyak yang kau kena belajar ni." Airil melabuhkan punggung di atas kerusi dengan dahi berkerut.

Tak pernah-pernah lagi dia beriak merajuk dengan perempuan. Tapi nak buat macam mana? Memang dia tengah marah pun. Siapa saja yang tak marah bila dipukul tanpa sebab?

Tanpa membantah, Ain menurut arahan lalu duduk di sebelah lelaki itu dan mengeluarkan buku Biologi daripada begnya. Mereka pun mula belajar.





❤️❤️❤️

Siapa je tak pukul adik bila adik degil? Ahahahha. Akhirnya, dapat jugak double update ehek. Tapi part ni merepek sikit erm takpelah. Memang nak cerita sikit gelagat adik-beradik 😗✌️

Also, i selang banyak-banyak tu sebab nak buat macam beberapa minit sudah berlalu, lepas tu baru pintu diketuk lagi. Hahahah. It's funnier in my head, i swear :')

Continue Reading

You'll Also Like

550K 30.9K 56
Tengku Athirah Qistina Binti Tengku Syahrul Nizam *Panjagn bebenor nama* Athirah kehilangan ibu bapanya ketika dia hanya berumur 5 tahun. Abang-abang...
57.7K 4.2K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
1.3M 54.4K 57
(KARYA KEDUA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif NO COPY! āš ļø [Siri L&D] B2 Perginya seorang teman serta seorang bapa...
124K 5.6K 24
Di setiap sekolah mesti ada seorang playboy. Dan di setiap sekolah juga mesti ada seseorg yg tak suka playboy tu. Tapi dia ada sebab. First, playboy...