My Adore, Dr. Annoying

بواسطة liayurina

128K 6.8K 3.1K

Hazwini Raihana, seorang gadis ceria pada setiap masa. Suka menyakat lima orang sahabatnya yang sentiasa bera... المزيد

PEMBETULAN❗
🤍 PROLOG I
🤍 PROLOG II
🤍 BAB 1
🌼 Bab 2
🌼Bab 8
🌼Bab 9
🌼Bab 14
🌼Bab 15
🌼Bab 16
🌼Bab 17
🌼Bab 20
🌼Bab 21
🐯🐣Bab 22
🌼Bab 23
🌼Bab 24
🌼Bab 25
🌼Bab 26
🌼Bab 27
Bab 28🤍
Bab 29🤍
Bab 30🤍
Bab 31🤍
Bab 32🤍
Bab 33🤍
Bab 34🤍
Bab 35🤍
Bab 36🤍
BAB 37🤍
Bab 39🤍
Bab 40🤍
Bab 41🤍
Bab 42🤍
Bab 43🤍
Bab 44🤍
Bab 45🤍
Bab 46🤍
Bab 47🤍
Bab 48🤍
Bab 49🤍
Bab 50🤍
Bab 51🤍
Bab 52🤍
Bab 53🤍
Bab 54🤍
Bab 55🤍
Bab 56🤍
Bab 57🤍
Bab 58🤍
Bab 59🤍
Bab 60🤍
Bab 61🤍
Bab 62🤍
Bab 63🤍
Bab 64🤍
Bab 65🤍
Bab 66🤍
Bab 67🤍
Bab 68🤍
🌼Bab 10
🌼Bab 3
🌼Bab 4
🌼Bab 5
🌼Bab 7
🦋Bab 18
🦋Bab 11
🦋Bab 13
🦋Bab 19

Bab 38🤍

1.5K 93 41
بواسطة liayurina

"Awak tahu kalau awak buat prank macam tu boleh membuatkan jantung saya berhenti berdegup? "

Airil Adryan mengangkat kening kanannya. Matanya hanya fokus dengan pemanduan. Dia sudah agak pasti gadis itu akan membebel padanya.

Suasana di dalam kereta sepi, hanya dendangan lagu dari radio sahaja yang kedengaran.

Hazwini mengetap bibir. Geram. Orang tengah cakap, buat tak tahu pula mamat ni! Beberapa saat kemudian dia mengalih wajahnya ke luar tingkap kereta. Menikmati keindahan sawah padi yang terbentang luas sepanjang jalan. Rasa menyesal menyulubungi dirinya. Sepatutnya dia tidak perlu kata kepada lelaki itu bas untuk pergi ke Penang sudah habis. Sekarang ni? Ha.. Terpaksa kena tumpang balik dengan Airil Adryan. Kena hadap muka annoying dan perangai selamba kerbau dia tu.

Seketika dia mengeluh perlahan. Jari-jemarinya dimain-mainkan di atas peha.

"Tak tahu pulak. Lagipun prank tu bukan idea saya. Saya hanya mengikut arahan," bicara Airil Adryan menyetakkan lamunannya.

"Hurm, yalah tu. Kalau awak tak setuju, diaorang semua takkan nak buat prank macam tu sendirian,"

"Apa lagi yang awak tak puas hati dengan saya?"

Hazwini menjuling matanya ke atas. Sakit hati gue dengan dia ni!

"Awak tahu tak yang saya sayang ibu dengan adik saya tu. Awak tak tahu apa yang saya rasa kalau diaorang betul-betul tinggalkan saya. Awak tak tahu. Jadi, tolonglah jangan buat prank mengejut macam ni. Diaorang sahaja lah yang saya ada kat dunia ni selain kawan-kawan saya tu. Kalau diaorang dah tak ada, saya akan ikut jejak diaorang iaitu tinggalkan dunia ni."

"Puas? Dah puas Hazwini Raihana?" Balas Airil Adryan sambil tersenyum sinis.

"Kalau Haziq dengan ibu mati disebabkan awak, saya tak teragak-agak nak buat report polis. Awak layak dihukum atas kesalahan membunuh. Mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan, awak boleh dihukum mati," bebel Hazwini dengan penuh kejiwaan. Mana entah dia taram nombor seksyen tu pun tak tahu lah.

"Awak cakaplah apa yang awak nak, Hazwini. I just wanna say..I love you, sweetheart."

Terasa jantung Hazwini sudah berhenti menjalankan tugasnya. Kata-kata lelaki itu membuat dirinya hendak lompat dari kereta ni.

"Baik awak cakap kat beruk sana tu. Saya sure mesti beruk tu dah fall in love dengan awak... huhu," tutur Hazwini sambil memandang ke arah luar tingkap.

"Awak dengan merapu, merepek, mereput dan mekerepek tak pernah berpisahkan?"

"Yup. Betul tu. Sebab tu saya suka makan kerepek, boleh merepek sampai hati saya puas! Hahaha."

"Did you finish my assignment?" Soal Airil Adryan serius. Tangannya elok mengawal stereng kereta.

"Mestilah dah. Kenapa?"

Pantas Airil Adryan mengangguk perlahan. "Bagus lah macam tu..."

"Awak, nanti bila dah sampai turunkan saya dekat mana? Kalau boleh janganlah depan blok asrama saya."

"Why?"

"Segan lah saya kalau kawan-kawan satu blok asrama tengok saya dengan awak satu kereta. Sudah lah awak ni pensyarah suam-suam kuku dalam kampus," jawab Hazwini. Kemudian baru dia tersedar dengan cakapan terakhirnya. Spontan dia menampar bibirnya perlahan.

"Pensyarah suam-suam kuku? Can you explain?"
Hazwini menggaru kepalanya tidak gatal seraya tersengih. Alamak... Mati aku macam ni! Mulut pun satu hal. Tak boleh simpan rahsia langsung.

"Hazwini Raihana?"
Lantas Hazwini mengalih pandangan ke arah Airil Adryan. Wajah itu tampak redup sekali. Iris biru yang sentiasa memukau pandangan kaum hawa cuma memandang fokus dengan pemanduan. Rasa tenang bila memandang wajah kacak berkacukan Melayu-Itali ini.

"Ya?" Sahutnya perlahan.

"Saya tahu lah saya ni lebih handsome dari Emilio Martinez. Tak payah lah tenung muka saya ni macam nak terkeluar biji mata," kata Airil Adryan. Bibirnya terjungkit sikit menandakan dia menahan gelak dari meletus.

"Ya Allah perasannya awak ni! Saya rasa Emilio Martinez lagi handsome dari awak. Tolong lah jangan perasan..." nafi Hazwini. Dalam hati sudah menyumpah-nyumpah pada mata sendiri agar tidak memandang wajah kacak itu. Huhu.

"Pensyarah suam suam kuku? Apa tu?" Soal sekali lagi Airil Adryan kepada Hazwini.

Hazwini mengeluh. Hurm, maaf kawan-kawan sekampusku! Itu saja yang dapat diluahkan dalam hati.

"Maksudnya... Okey. Macam ni. Tapi bukan saya yang cakap tau.. Pelajar perempuan dalam kampus kata Dr. Airil hot and cool. Kalau hot and cool bercampur ia akan jadi suam. Hah, macam itulah."

Airil Adryan mengusap dagunya yang berjambang halus dengan perlahan. Otaknya mencerna bicara yang ditutur oleh gadis itu.

"Tapi saya rasa dia orang just say hot and cool right? Yang teori rekaan suam-suam kuku tu awak yang tambah. Kan?"

Automatik Hazwini tersengih. Terkantoi!

"Suka hati saya lah nak turunkan awak dekat depan blok asrama awak ke... Kat laut ke.."

"Alahhh, jangan lah! Tolonglah. Saya tidak mahu di kecam. Huwaa!"

"Okey... Macam itu kita kahwin? Bila sampai dekat Penang, saya singgah pejabat agama." Suara Airil Adryan kali ini amat serius. Wajahnya nampak tegang. Biar betul?

"Sa..sa..saya..." Hazwini tergagap-gagap. Takut-takut dia memandang wajah kacak yang sudah berukar menjadi serius. Macam nak marah pun ada.

"Hahahaha. I'm just kidding, sweetheart. Takut juga eh awak dengan muka serius saya ni.. Hahaha!" Gelak Airil Adryan kuat. Langsung dia tak sangka gadis itu takut-takut kepadanya. Tapi comel!

"Airil Adryannnn!" Marah Hazwini geram. Beg silang di tepi tempat duduk diambil lalu menghempuk kuat bahu sasa itu.

"I am sorry, sweetheart. Saya nak awak ceria selalu."

_________________________________________
Desasiswa Fajar Harapan F26, Universiti Sains Malaysia.

DENGAN penuh malas Hazwini menarik perlahan bagasinya. Pemergian kenderaan lelaki itu dipandandang dengan ekor matanya. Langkah diatur kemas menuju lif. Butang lif ditekan.

Sampai sahaja di blok penginapannya, sambil dia jalan tangannya meraba beg silang yang terdapat kunci pendua bilik asramanya. Satu lagi kunci sebenarnya berada di Liana.

Apabila dia ingin mencucuh anak kunci pada lubang pintu, semerta-merta pintu sudah terbuka dari dalam.

"Wini? Yeayyy, kau dah balik! Kau orang, tengok Wini dah balik," terjerit-jerit Liana. Hazwini hanya tersenyum nipis. Syukur, ada juga orang yang menyambut kepulangannya. Huhu.

Kemudian Hazwini masuk langkah kedalam. Pintu bilik dikunci rapat. Tak lama kemudian matanya membulat besar melihat keadaan bilik tersebut.

"Astagfigrullahalzim... ini bilik ke, ini tempat perlombongan sampah?" Terkejut dibuatnya Hazwini melihat bantal dan selimut berterabur.

Serentak itu, Liana, Aisyatul, Fify dan Aleya tersengih kambing. Hazwini mampu menggeleng perlahan. "Aku tak ada, best kau orang berparti ya? Wei, mana aci tak ajak aku!"

"Hahahahah!" Gelak mereka berlima.

"Adriana ni dah kenapa?" Tegur Hazwini bila matanya ternampak sahabatnya itu berkelumbung dalam selimut. Badan kecil itu tampak menggigil sekali di atas katil bujang miliknya.

"Dia demam terkejut. Kau ingat tak peristiwa yang memalukan kat rumah kau tu?" Jawab Aleya. Aleya menghampiri ke arah Adriana lalu selimut di paras bahu Adriana, di tutup sampai kepala.

Pantas Hazwini mengangguk mengiyakan pertanyaan Aleya sebelum bersuara. "Gila lah! Peristiwa dah seminggu berlalu, takkan tak habis-habis dengan terkejut dia ni? Perghh.."

"Penangan terkejut dari Dyaz membuat Adriana terkejut tak ingat dunia. Huhuhhaha," ujar Fify selamba sebelum dia tergelak terguling-guling dibawah lantai berlapikkan karpet berbulu lembut.

"Hahahaha..." gelak mereka, menyambungkan gelak Fify yang sudah melampaui batas.

"Tak sangka aku, kawan Dr. Airil ni handsome sangat sampai Adriana ni demam terkejut," kini Aisyatul pula bersuara.

"Eh, kau diam lah Aisya! Aku tendang kau kat Korea balik baru kau tahu!" Leter Adriana yang masih lagi dalam selimut. Tergigil-gigil badannya.

"Hek eleh, macan kaki kau panjang nak tendang aku sampai kat Korea? Dah la.. pen.."

"Sudah lah tu mengusik si Yana ni, Sya. Kesian dia.." sela Liana. Memberhentikan perbalahan.

Terus bibir Aisyatul muncung sedepa.

"Eh, kau orang dari melepak bilik aku ni... Baik masuk bilik kau orang cepat! Aku takut warden check mampus kena bayar compaun,"

"Argh, kejap lagi lah kita orang balik. Bukan kami buat bising pun."

Hazwini menjeling tajam ke arah Aleya. Amboi, tak buat bising konon! Rasanya kalau mak cik cleaner sapu sampah kat bawah blok ni, mungkin boleh dengar suara mereka berenam ni bising dari tingkat atas. Huh!

"Wini, aku lupa lah nak bagi souvenir dari Korea," ujar Aisyatul setelah mereka senyap sepi kerana masing-masing buat hal sendiri.

"Wah, apa dia? Nak."

Lantas Hazwini mengambil beg kotak yang dihulurkan oleh Aisyatul. Dengan penuh debaran dia membelek isi yang terdapat dalam beg kotak itu.

"TWICE official lightstick, CANDY BONG Z?" Tak berkedip kelopak matanya melihat barang tersebut. Sungguh dia terkejut. Benda yang diimpikan sudah muncul di depan mata. Tanpa membuang masa terus dia memeluk Aisyatul dengan erat sekali. Mereka yang lain hanya pandang hairan.

"Thank you, Sya! I love you so much! Kau tahu tak lightstick ni memang aku idam-idamkan semenjak aku jadi ONCE sejati?"

"Aku tahu... Sebab tu lah aku beli. Bukan sebab souvenir tau. Untuk hadiah hari jadi kau dan..."

"Ulang tahun persahabatan kita berenam kali kesepuluh tahun!" Sampuk Adriana tiba-tiba. Sampai terbangun dari pembaringan.

"Uiks, hilang dah demam terkejut kau tu?" Tanya Fify dengan muka penuh tanda tanya.

"Err.. Sikit je. Pening-pening.. hehe."

Hazwini, Liana, Aisyatul dan Aleya menggeleng kepalanya.

"Aku pun rasa nak demamlah," terpacul ayat keluhan dibibir Hazwini.

"Kau jangan Wini... Esok kelas Dr. Airil kut. By the way, kau orang semua dah siap task dia?"

Mereka berlima hanya mengangguk membalas pertanyaan Liana.

"Wei aku dengan Aisyatul cau dulu tau. Jumpa esok!" Pamit Fify untuk pulang kebilik.

"Aku pun..." tutur Aleya dengan suara malas. Kemudian dia bangun dari duduk lalu mengeliat untuk membetulkan saraf-saraf.

"Adriana?" Soal Liana perlahan. Dipandang tubuh Adriana yang masih terbaring lemah di atas katil bujang Hazwini.

"Alololo, meh sini mama papah Yana. Meh!" Gedik-gedik Aleya membuat suara keibuan. Bunyi macam nak makan penampar.

Adriana hanya mampu menjeling tajam ke arah Aleya. Pada yang sama juga dia menggagahkan dirinya untuk berdiri.

"Kalau apa-apa yang tak okey just inform kat aku tau, Yaya?" Ujar Hazwini risau. Dia hanya dapat melihat wajah Adriana kini pucat lesi. Kalau dibezakan Aleya dan Adriana... Dah rupa mayat hidup Adriana ni.

"Okey," sahut Aleya. Perlahan-perlahan dia memapah tubuh Adriana yang berbahang kepanasan itu.

"Aku nak rest kejap. Kalau azan asar masuk, gerak aku tau Lia?" Pesan Hazwini sebelum merebahkan diri di atas katil.

"Yalah, aku pun nak layan Dibo aku ni..."

"Hisyh, kau ni! Mahkluk naga comel pun kau layan lagi?" Soal Hazwini sambil tergelak kecil. Siapa tak kenal Dibo the gift dragon.

"Eleh, kau dengan rakun biru kepala botak tu, apa cerita? Hak alah...kita ni dua kali empat je. Masing-masing minat kartun." Bidas Liana. Sambil itu dia sudah meniarap di atas katil. Laptop juga sudah sedia terpasang.

"Whatever lah Cik Liana Imanina Dibo. Jangan suatu hari nanti muka anak kau macam Dibo sudahlah.." sakat Hazwini lagi dengan mata terkatup rapat.

"Hazwini Raihana!"

Hazwini mampu tersengih. Dalam tak sedar dia terlena...








____________________
1715 words. Speed record bhai. Hahaha. Sorry chap penuh menghambarkan. Jangan lupa ya, anak-anak sekalian untuk VOTE. Kita bagi😘 ni muahh! Huhu

PROMOTE: KAU YANG TERAKHIR BUATKU- @NuraFatini

Hurm, ngeklah tak keluar pun user.🙄






واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

28.5K 2.5K 29
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
208K 14.2K 75
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...
861K 85.5K 73
COMPLETED ✔️ BLURB ❝Maaf maaf, itu je yang kau tahu?❞ - Ziyad Hayder Pertemuan yang tak dijangka. Pertama kali, jejaka itu menyelamatkan dia daripad...
660K 25.1K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...