Who Are You? [C]

By FanficSkill01

132K 11.3K 3.3K

"Hiks... ibu... ayah... kenapa ibu dan ayah... tinggalkan Gempa? Hiks.. G-Gempa tak nak ikut atok. Gempa nak... More

Tragedy!
Who Are You?
Get Out or Go Away!
Knowing You
Knowing You (Part 2)
Knowing You (Part 3)
Knowing You (Part 4)
The Secret
The Secret (Part 2)
That Night
I Can Hear It...
I Am Here
Know about Me
Know About Me (Part 2)
Thanks for Your Kindness
What is it?
A Group of Friends!
Fight!
Help?
What Did You Know?
Hurry!
Help!
Little Did You Know..
💐Q&A💐
Trauma
Forgiveness
Forgiveness (Part 2)
Forgiveness (Part 3)
Telling The Truth
Take You Home
Their Parents
Who Am I Actually
Who Am I Actually (Part 2)
Who Am I Actually (Part 3)
Who Am I Actually (Part 4)
Who Am I Actually (Part 5)
🌹Q&A🌹
New Home!
If...
Skirt
Beach!
Tell You The Truth
Goodbye, Halilintar.
I Am Your Love
✨💖Thank You💖✨

Epilogue

2.9K 216 77
By FanficSkill01

Gempa kini sedang berada di dalam biliknya sambil mengikat rambutnya di hadapan cermin make up yang sudah tersedia. Dia melihat wajahnya yang semakin menginjak dewasa itu. Tiada banyak yang berubah. Wajahnya tetap sama seperti arwah ibunya sepertimana kata Ju sebelum ini.

Ding! Ding!

Gempa melihat ke arah telefonnya. Telefon tersebut adalah pemberian daripada Amato dan Ju untuknya sempena hadiah hari lahir Gempa awal tahun yang lalu. Gempa berasa sangat gembira di saat dia menerima hadiah berbentuk telefon tersebut. Memang memiliki telefon adalah salah satu keinginannya selama ini kerana sewaktu dia kecil dahulu, arwah ibubapanya sering mengajarnya untuk tidak terlalu bergantung kepada telefon kerana takut ketagihan.

Gempa membuka aplikasi chat yang ada di dalam telefonnya. Dan dari barisan paling atas, dia dapat melihat nama contact yang disimpannya tertera. Tanpa berfikir panjang, Gempa pun membuka mesej tersebut.

___________

1C4120

Gempa, bersedia malam ini.
Pastikan kamu tak tinggalkan apa-apa barang-barang kamu kerana kita takkan kembali semula selepas ini.

___________

Gempa hanya diam sambil membaca mesej tersebut. Dia mengigit bibir bawahnya. Nampaknya sudah sampai masanya untuk dia melakukan perkara yang tidak akan dijangkakan malam ini.

Malam yang sepatutnya menjadi malam paling bermakna buat semua tetapi tidak untuk Gempa.

___________

1C4120

Gempa, bersedia malam ini.
Pastikan kamu tak tinggalkan apa-apa barang-barang kamu kerana kita takkan kembali semula selepas ini.

Baiklah.
✔✔

___________

_•°♠🕕🌗(´゜艸゜)🌗🕕♠°•_

Tok Aba: Atok senang sangat bila dapat tengok keadaan keluarga kita yang mana semuanya sudah berkumpul.

Tok Aba melihat wajah-wajah setiap ahli keluarganya. Bermula dari anak angkatnya iaitu Amato bersama isterinya. Kemudian ke arah Halilintar, Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar. Dan kemudian ke arah Gempa yang berada di sebelah kanannya.

Amato: Kami pun, abah. Walaupun arwah abang dulu takde... Sekurang-kurangnya kami dapat meluangkan masa bersama anaknya, kan?

Kini semua mata tertumpu pada Gempa. Gadis itu tidak berkata apa-apa. Dia hanya mengangguk dan tersenyum sahaja. Halilintar yang berada di sebelahnya turut tersenyum dan memegang erat tangannya.

Tok Aba: Baiklah, kalau macam tu. Jom kita menjamu selera sekarang. Atok pun dah lapar ni!

Trio: Jom!

Semua menikmati makan malam mereka dengan penuh berselera sekali. Mereka berbual dan bergelak tawa antara satu sama lain. Tiada apa yang ada di fikiran mereka melainkan hanyalah kebahagiaan sahaja pada saat itu.

Namun, di dalam keramaian itu, hanya seorang sahaja yang cuba sedaya-upaya untuk kekal dengan lakonannya. Dia tidak mahu dirinya diketahui oleh orang lain bahawa dirinya sedang membuat rancangan dalam diam. Tidak di hadapan yang paling peka di dalam keluarga itu. Tidak lain dan tidak bukan sudah tentulah Ais, Solar dan... Halilintar.

Hali: Gem?

Gempa: Y-ya?

Gempa menoleh untuk melihat Halilintar berada di sebelahnya. Lelaki itu diam sahaja melihat Gempa. Tetapi tiada sebarang wajah yang menunjukkan kerisauan. Ia hanyalah wajah yang jelas menunjukkan dia sedang gembira berada bersama Gempa.

Hali: Aku dah balik. Jadi... Lepasni kita akan bersama, kan?

Gempa tersenyum. Dia pun beralih ke makanannya semula dan teruskan sesi makan malamnya.

Gempa tidak pandai menipu. Dia bukan pakar dalam hal tersebut. Jadi, untuk mengelakkan diri daripada diketahui, Gempa harus mengabaikan Halilintar.

Halilintar pula, hanya memandang sahaja Gempa yang sedang menikmati makan malamnya. Tangannya memeluk pinggang Gempa lalu dia menyentuhkan dahinya di kepala Gempa.

Hali: Aku tak sabar untuk bersama dengan kau lepasni...

Gempa kekal diam. Dia tahu... Dirinya sekarang amat lemah. Tidak kuat. Jika diikutkan hatinya yang lemah itu, dia akan menangis di situ juga kerana terpaksa menipu Halilintar.

'Maafkan aku, Halilintar... Walaupun aku tak nak... Tapi aku harus pergi... '

Tanpa mempedulikan Halilintar yang berada di sebelahnya, Gempa teruskan sahaja menikmati makan malamnya. Tiada sesiapa yang tahu rancangan Gempa malam itu kecuali dirinya seorang.

•°•°•_🍁🍂(´;д;')🍂🍁_•°•°•

Jam 2 pagi. Kini kesemua penghuni di dalam rumah mewah milik keluarga Tok Aba pun sudah lena tidur dan dibuai oleh mimpi masing-masing. Dan melihat dari keadaan yang tenang itu, nampaknya tidak akan ada tanda-tanda untuk mereka bangun sehingga pagi. Nampaknya kesemuanya tidur dengan lena selepas menikmati makan malam yang besar bersama-sama keluarga tersayang.

Ah, tetapi ternyata bukan semua yang sudah tidur. Ternyata masih ada seorang lagi yang belum memejamkan matanya sedari tadi lagi.

Gempa.

Gadis itu berjalan mundar-mandir sambil merenung mesej di dalam telefonnya. Dia sedang menunggu sesuatu, atau lebih tepat menunggu seseorang untuk menghantarkan pesanan baharu.

Ding! Ding!

Tepat pada masanya. Gempa melihat mesej baharu tersebut.

_____________

1C4120

Aku sudah sampai.
Kau boleh keluar sekarang.

____________

Dan tanpa membalas mesej tersebut, Gempa pun segera mendapatkan segala beg dan barang-barang yang berisi barang keperluan miliknya lalu memikulnya. Ada satu beg galas di bahunya dan satu lagi beg besar yang dipegang di tangannya.

Walaupun Gempa sudahpun berambut panjang, tetapi dia membuat keputusan untuk memotongnya sekali lagi. Potongan rambutnya itu diletakkan di atas meja alat solek dan disertakan dengan nota di atasnya. Gempa memakai jaket dan berpakaian semula seperti orang lelaki. Tidak lupa juga dengan topi kegemarannya yang selalu dipakainya suatu ketika dahulu.

Sebelum berangkat keluar dari bilik, Gempa melihat ke arah nota dan rambutnya buat kali terakhir.

'Maafkan aku... '

Klik!

Bunyi pintu bilik ditutup rapat menandakan Gempa sudah keluar dari biliknya.

Gempa membuat keputusan untuk melompat turun dari balkoni rumah yang pernah menjadi tempatnya dan Halilintar bersama suatu ketika dahulu untuk melihat bintang bersama. Teringat akan Halilintar, Gempa pun melihat ke arah pintu bilik Halilintar. Dia memandangnya lama.

Klik!
Kreeaaakkk...

Gempa membuka pintu bilik tersebut dengan berhati-hati. Dia pun mengintai keadaan di dalam bilik itu. Sunyi. Matanya serta-merta fokus ke arah katil bersaiz king di dalam bilik itu. Dan nampaknya Halilintar sedang tidur dengan nyenyak sekali tanpa terganggu sedikitpun dengan kehadiran Gempa.

Gempa berjalan mendekati Halilintar. Dia merenung wajah insan yang dia sayangi itu lama. Tiba-tiba perasaan serba salah dan sedih merempuh hatinya. Dia takut. Takut akan keputusan yang dia buat ini akan menjejaskan hubungannya dan Halilintar suatu hari nanti.

Bagaimana jika dia dan Halilintar akan bertemu semula suatu hari nanti? Adakah Halilintar akan mengingatinya? Adakah Halilintar akan marah padanya?

Gempa menyentuh wajah Halilintar dengan lembut. Bibirnya menempel di dahi Halilintar.

'Maafkan aku, Halilintar. Segala impian kita bersama tidak dapat diraih kerana aku... Aku terpaksa pergi walaupun aku tidak mahu. Tolonglah maafkan aku. Maafkan aku. '

Sebelum pergi buat selamanya, Gempa mencium bibir Halilintar lama. Dia menikmati saat-saat terakhirnya bersama lelaki yang disukai dan disayanginya itu. Sekuat dan seteguh apa pun hati Gempa, dia pastinya akan runtuh juga apabila harus meninggalkan orang yang tersayang.

Gempa: Saya cintakan awak, Halilintar... Jadi tolong lupakan saya...

Gempa tidak mahu lama di situ. Masih ada misi penting yang harus dia lakukan selepas ini. Ditarik selimut Halilintar bagi menghangatkan lagi badannya dan diusap kepada Halilintar dengan lembut sekadar untuk memberikannya keselesaan.

Gempa membiarkan airmatanya mengalir turun. Selepas itu, dia pun beredar keluar dari bilik Halilintar dan menutup pintunya dengan rapat. Meninggalkan Halilintar yang nyatanya masih belum sedar dari tidurnya.

•°•°•°💜💔___💔💜°•°•°•

Gempa melihat ke arah rumah yang mewah di hadapannya buat kali terakhir. Itulah saat-saat terakhirnya untuk mengamati rupa rumah tersebut sebelum dia bakal menghilangkan diri.

Gempa mengalihkan wajahnya dan menatap ke arah orang yang sedang berdiri di hadapannya. Seorang lelaki yang lengkap dengan sut hitam dan bercermin mata hitam.

Lelaki itu tidak berkata apa-apa melainkan hanya menepuk bahunya dengan lembut sekadar untuk memberikannya semangat.

Gempa: Ayuh... Abang Kaizo.

•°>>♠♣🍁ヽ(´□`。)ノ🍁♣♠<<°•

Ju: Hali, tolong panggilkan Gempa turun sarapan, ya? Mak lupa nak kejutkan dia pagi ni.

Halilintar yang secara kebetulan hendak turun ke tangga terhenti apabila mendengar arahan daripada maknya. Dia tidak berkata banyak. Gerak langkah kakinya terus sahaja menuju ke arah bilik Gempa dan dia pun mengetuk pintu tersebut sebaik sahaja sampai.

Tok! Tok!

Hali: Gem? Jom sarapan?

Senyap. Wajah Halilintar sudah berkerut apabila panggilannya tiada sahutan dari si empunya bilik. Halilintar mengetuk sekali lagi. Tetap sahaja sama.

'Dia sakit ke? '

Dan tidak menunggu lama lagi, Halilintar pun memulas tombol pintu bilik Gempa dan melihat ke dalam bilik tersebut.

Kosong.

Deg!

Hati Halilintar mula disapa dengan satu perasaan yang tidak selesa. Melihat keadaan bilik yang begitu rapi dan bersih, sunyi dan kosong, fikirannya mula memikirkan sesuatu.

'Tak. Tak! Tak mungkin... Gempa bukan jenis macam tu! '

Halilintar pun meluru masuk ke dalam bilik Gempa. Matanya tajam melihat keadaan sekeliling bilik itu. Tiada apa-apa pergerakan. Dia beralih pula ke arah bilik mandi. Oleh kerana tidak dengar suara percikan air dan terlalu sunyi, Halilintar yakin Gempa tiada di dalamnya.

Halilintar melihat di luar tingkap pula. Tiada kelibat Gempa kelihatan. Dia takut kalau-kalau gadis itu sedang mengambil angin di luar rumah pada pagi itu tetapi nampaknya sangkaannya meleset.

Halilintar baru sahaja hendak teruskan mencari sebelum dia ternampak sesuatu yang aneh di atas meja alat solek di satu sudut bilik.

Halilintar berjalan mendekati meja tersebut. Melihat terdapat potongan rambut yang ada di atas meja tersebut membuatkan jantungnya tidak dapat berhenti dari berdegup laju.

Halilintar mengambil sepucuk surat yang ada di atas meja tersebut dengan tangan yang terketar-ketar. Dengan nafasnya yang tidak teratur, dia pun mula membaca surat tersebut.

Kepada Halilintar,

Kalau awak menerima surat ini dan membacanya, ia adalah satu petanda bahawa menunjukkan saya sudah tiada di rumah ini. Saya sudah pergi, Halilintar. Maafkan saya.

Kemana saya pergi dan kenapa? Maaf saya tidak boleh memberitahu awak. Saya ada misi yang penting untuk dilaksanakan dan hanya saya sahaja yang harus berdepan dengannya. Sendirian.

Jadi, Halilintar. Tolong sampaikan maaf saya kepada mak, ayah, Tok Aba, Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar, ya?

Tolong beritahu mereka bahawa saya sangat memohon maaf daripada mereka. Saya harus segera pergi dan saya harap mereka tidak akan kecewa dengan saya.

Dan untuk awak pula, Halilintar.
Tolong maafkan saya.
Segala impian kita saya tidak dapat tunaikan. Dan saya rasa saya tidak akan kembali semula selepas ini. Jadi, jika awak ingin lupakan saya, silakanlah.

Dan saya cuma ingin awak tahu, bahawa...
Saya akan sentiasa menghormati, menyayangi, merindui, menyukai, mengingati dan mencintai awak, Halilintar.
Selama-lamanya.

Gempa.

Kertas yang dipegang Halilintar terlepas dari pegangannya. Tangan Halilintar bergetar dan kakinya juga sama. Oleh kerana tidak dapat mengawal dirinya. Halilintar terus menumbuk cermin kaca yang berada di hadapannya.

PRAANNGG!!

Halilintar jatuh terduduk. Nafasnya mula tidak teratur dan airmatanya berderu keluar dari matanya.

Tangan Halilintar yang berdarah kini memukul dadanya, tempat di mana jantungnya berada, dengan kuat. Dia memukul dan terus memukulnya tanpa rasa sakit.

Hali: AAAAAAAAAAAAARRGHHHHHH!!!!!

Suara jeritan Halilintar kuat bergema di dalam rumah tersebut. Segala ahli keluarga yang berada di dalam rumah itu segera berlari meninggalkan apa yang sedang mereka lakukan dan terus menyerbu ke arah bilik Gempa. Tempat Halilintar berada.
Taufan: Hali!?!

Betapa terkejutnya mereka di saat melihat keadaan Halilintar. Dirinya sedang duduk terbongkok di mencengkam erat baju di bahagian dadanya. Darahnya dibiarkan mengalir turun dari tangannya tanpa mengenal erti rasa sakit. Berbanding dengan tangannya, hatinya lebih sakit sekarang. Airmatanya terus mengalir tanpa henti diselang dengan jeritan tangisannya.

Ahli keluarga Halilintar terus mendekatinya dan melihat keadaannya. Taufan dan adik-adiknya yang perasan akan rambut dan nota yang berada di sana terus mengambil dan membacanya. Mata mereka terbelalak selepas membaca isi kandungan surat tersebut. Hati masing-masing mula terasa seperti ditusuk sembilu bisa.

'Gempa... Kenapa? '






END EPILOG

Ok sampai di sini sahaja. ヽ(´▽`)/

Continue Reading

You'll Also Like

15.1K 1.5K 27
Bermula dari misi untuk menylamatkan power spera, berubah menjadi misi untuk selamatkan diri sendiri. Apa yang akan jadi? Temukan di buku ini!
38K 2.4K 13
COMPLETED ✔️ [Hanya sebuah cerita pendek tetapi cukup menyentuh perasaan] Satu kisah yang di alami oleh seorang budak bernama Boboiboy,di mana Boboib...
53.5K 1.2K 4
*₩ᴀʀɴɪɴɢ Yᴀᴏɪ* //Aʟʟɢᴇᴍ// ~Kᴇᴇɴᴀᴍ ᴇɴᴀᴍ ᴏʀᴀɴɢ ᴘsʏᴄʜᴏ ᴛᴜ ᴛᴇʟᴀʜ ᴍᴇɴculik seorang budak lelaki yg agak cute. ~Kᴇʀᴀɴᴀ budak tu ᴛᴇʀsangatʟᴀʜ istimewa bagi...
45.9K 4K 29
ᴅɪᴀ ʏᴀɴɢ ᴍᴇᴍᴀʜᴀᴍɪ. ᴅɪᴀ ʏᴀɴɢ ᴍᴇɴʏᴀʏᴀɴɢɪ. ᴅɪᴀʟᴀʜ ABANG... Menceritakan tentang kehidupan seorang lelaki yang selalu ditindas dan dizalimi oleh adik-adi...