Who Are You? [C]

By FanficSkill01

132K 11.3K 3.3K

"Hiks... ibu... ayah... kenapa ibu dan ayah... tinggalkan Gempa? Hiks.. G-Gempa tak nak ikut atok. Gempa nak... More

Tragedy!
Who Are You?
Get Out or Go Away!
Knowing You
Knowing You (Part 2)
Knowing You (Part 3)
Knowing You (Part 4)
The Secret
The Secret (Part 2)
That Night
I Can Hear It...
I Am Here
Know about Me
Know About Me (Part 2)
Thanks for Your Kindness
What is it?
A Group of Friends!
Fight!
Help?
What Did You Know?
Hurry!
Help!
Little Did You Know..
💐Q&A💐
Trauma
Forgiveness
Forgiveness (Part 2)
Forgiveness (Part 3)
Telling The Truth
Take You Home
Their Parents
Who Am I Actually
Who Am I Actually (Part 2)
Who Am I Actually (Part 3)
Who Am I Actually (Part 4)
Who Am I Actually (Part 5)
🌹Q&A🌹
New Home!
If...
Skirt
Beach!
Tell You The Truth
I Am Your Love
Epilogue
✨💖Thank You💖✨

Goodbye, Halilintar.

2.5K 215 74
By FanficSkill01

Gempa: Jadi, apa yang awak nak beritahu kepada saya?

Gempa bertanya sebaik sahaja dia duduk di atas buaian yang terdapat di bawah pokok yang rendang di laman rumah mereka. Halilintar berjalan mendekati Gempa lalu berdiri di sebelahnya. Membiarkan Gempa menghayun buaian dengan dirinya sendiri.

Hali: Aku... Tak tahu nak mula dari mana. Umm..

Halilintar menggaru-garu belakang lehernya dengan janggal sambil melirik ke arah Gempa yang masih bermain dengan buaiannya. Wajah gadis itu biasa-biasa sahaja. Tidak menunjukkan sebarang reaksi yang akan mengeruhkan suasana.

'Rasanya ini masa yang sesuai... '

Hali: Kau.. Tahu kan yang aku dan adik-adik aku-.. Ah, abaikan. Kau tahu kan yang aku ada masalah dalam personaliti aku? Senang cakap aku ada masalah dalam mental aku lah.

Gempa menghentikan gerakan buaian. Dia memandang ke arah Halilintar sebagai tanda untuk lelaki itu meneruskan kata-katanya.

Hali: Aku kan... Ada masalah dalam mengawal emosi. Jadi, bila aku marah, aku akan rosakkan suasana. Aku akan marah dan lepaskan sehingga aku puas.

Gempa diam sahaja. Kalau ikutkan, ada sahaja kata-kata yang ingin dia ungkapkan. Tetapi dia memilih untuk diam. Halilintar sedang ingin menyampaikan sesuatu kepadanya. Dan Gempa harus menangkap dan memahami setiap daripadanya.

Hali: Dan disebabkan keadaan aku macam ni, ramai yang mula menjauhi aku. Ramai yang tak suka pada aku dan mula meninggalkan aku sendirian.

Halilintar menunduk. Dia teringat kembali di saat waktu sekolah rendah dahulu, dia hanya kanak-kanak biasa yang hanya mengalami masalah dalam mengawal emosi. Tetapi kesemua kawan-kawannya memanggilnya raksasa kerana mudah marah. Dan akhirnya, dia ditinggalkan seperti boneka yang sudah tidak diperlukan lagi.

Hali: Mak ayah aku dulu pernah tawarkan kepada aku... Untuk dapatkan rawatan supaya aku boleh jadi macam biasa. Tetapi.. Heh, mungkin sebab pengaruh drama kot? Aku terfikir yang diorang nak buat macam tu sebab diorang ingat aku gila. Padahal niat mak dan ayah aku baik. Diorang nak sembuhkan aku tapi... Aku pula yang menolak. Akhirnya, sehingga di sekolah menengah aku masih tidak dapat dan gagal mengawal perasaan aku dan aku tetap menyendiri sampailah sekarang.

Halilintar mendongak pula untuk melihat langit biru. Kepulan awan bergerak dengan perlahan sekali apabila ditiup angin. Tetapi ia menjadi pemandangan yang nyaman buat Halilintar. Seolah-olah memberikannya satu perasaan yang hangat untuk dirinya supaya terus bercerita kepasa Gempa.

Hali: Walaupun aku bersendirian, tapi sekurang-kurangnya aku ada adik-adik aku. Dioranglah yang selalu menemani aku dan cuba menenangkan aku. Aku bersyukur sebab ada diorang. Dioranglah keluarga sebenar aku. Diorang jaga aku walaupun sepatutnya aku yang kena jaga diorang. Tetapi sebab diorang faham dengan kondisi aku, diorang lakukan tanggungjawab diorang dengan baik. Aku pula, sudah tentu sebagai abang akan melindungi mereka.

Sekali lagi ucapan Halilintar hanya mendapat anggukkan balas daripada Gempa. Gempa dapat membayangkan, situasi di mana Halilintar ditinggalkan oleh kawan-kawannya kerana sifatnya dan adik-adiknya berada di sisinya demi melindunginya. Ah, indahnya suasana kalau ada adik-beradik! Dan Halilintar pula sebagai abang melindungi mereka. Gempa sedikit merasakan cemburu akannya.

Hali: Dan sekarang... Bila dah besar ni aku terfikir semula tentang cadangan mak ayah aku dulu.

Gempa menoleh ke arah Halilintar. Dia seolah-olah tahu apa yang akan dikatakan olehnya tetapi dia berpura-pura tidak tahu sahaja.

Gempa: Awak fikirkan apa?

Halilintar menoleh ke arah Gempa semula.

Hali: Aku akan pergi. Aku akan dapatkan rawatan untuk membaikpulih diri aku.

Deg!

Sekali lagi perasaan Gempa dihimpit dengan rasa yang perit. Dia sudah dapat menjangkakan bahawa Halilintar akan menyatakan hal ini kepadanya. Tetapi kenapa?

'Kenapa hati aku rasa sakit walaupun aku sudah tahu? '

Gempa mengalihkan pandangannya daripada Halilintar. Dia menundukkan kepalanya. Dia tidak mahu membiarkan Halilintar melihat wajahnya sekarang. Dia tahu, mesti dia kelihatan sangat buruk sekarang.

Hali: Gempa.

Gempa diam. Dia tidak menoleh sama sekali walaupun Halilintar telah memanggil namanya.

Hali: Gempa, look at me.

Gempa menggeleng. Tidak. Dia tidak mahu! Hatinya terasa sakit apabila dia semakin lama semakin memikirkan tetang keadaannya di saat Halilintar tiada nanti. Apa yang perlu dia lakukan?

Hali: Gempa!

Halilintar meninggikan sedikit suaranya sehingga membuatkan Gempa terkejut. Halilintar, dengan kasar menarik bahu Gempa membuatkan gadis itu serta-merta berpaling ke arahnya.

Dan di situlah, Halilintar mula rasa perit di saat melihat air mata Gempa mengalir turun dari pipi gebunya.

Halilintar terus duduk di hadapan Gempa dengan posisi berlutut. Kedua belah tangannya mula mengusap lembut airmata Gempa yang tidak henti-henti dari mengalir keluar.

Hali: Oi... K-kenapa kau menangis?

Gempa: S-saya... Isk.. Saya tak tahu..! Tiba-tiba saya rasa.. Isk.. S-sedih bila.. B-bila Halilintar kata yang Halilintar akan p-pergi... Hati saya rasa sakit! Isk.. Saya rasa sedih!

Halilintar terdiam. Dia cukup terharu apabila Gempa berkata sedemikian kepadanya. Seolah-olah dia dapat merasakan bahawa Gempa sedang memberikannya peluang untuk menyayangi gadis itu.

Hali: Hey... aku tahu apa yang boleh buat kau gembira balik. Kau nak tahu?

Gempa cuba berhenti dari menangis. Dia melihat ke arah Halilintar. Lelaki itu sedang tersenyum manis ke arahnya. Senyuman itu membuatkan Gempa terpesona. Dia tidak pernah melihat Halilintar tersenyum dengan begitu indah sekali.

Halilintar tidak menunggu lama. Sebelah tangannya memegang tangan Gempa dan sebelah lagi pula menyentuh wajahnya dengan lembut.

Hali: Gempa... Aku suka kau.

Dup! Dup!

'A-apa?! '

Gempa terkedu. Dia rasakan bahawa apa yang diungkapkan oleh Halilintar sebentar tadi seperti mimpi. Mimpi yang indah. Mimpi yang tidak pernah dia dapat rasakan bahawa dia akan memilikinya.

Hali: Dengar, aku tahu yang... Ianya berbunyi macam pelik. Sebab... Yelah. Aku kan selama ni cakap yang aku benci kau.. Aku menyampah dengan kau. Aku hina kau pula. Macam-macam lagi aku buat. Tapi... K-kalau kau nak tahulah... Aku sebenarnya... C-cuba untuk sembunyikan perasaan aku dari kau...

Halilintar merenung mata emas Gempa dengan dalam. Menunjukkan bahawa dirinya sedang tulus dan ikhlas dalam berkata-kata. Dia tidak mahu Gempa menganggapnya seperti seorang lelaki yang hanya ingin mengambil kesempatan dan memainkan perasaan orang yang disukainya. Halilintar bukan orang seperti itu. Dia mahu, orang yang dia suka tahu bahawa dirinya sedang menyukainya. Hanya saja, Halilintar tidak dapat meluahkannya dengan baik kerana masalah yang ada pada dirinya.

Hali: Aku nak minta maaf atas apa yang dah aku buat pada kau selama ni. Aku tak bermaksud... Langsung tak bermaksud untuk lakukannya. Tetapi ego dan amarah aku terlalu menguasai aku. Aku terlalu ingin menyembunyikan perasaan aku dari kau sehingga... Aku tak sedar yang aku rupanya dah banyak sakiti hati kau. Maafkan aku, Gempa. Aku bersalah.

Tidak menunggu lama lagi, Gempa pun terus memeluk Halilintar dengan erat. Dia membenamkan wajahnya di sebalik leher Halilintar dan terus memeluk Halilintar dengan lebih erat lagi.

Gempa: Saya suka awak... S-saya.. Isk.. Saya pun sukakan Halilintar...!

Gempa cuba memberitahu Halilintar walaupun nadanha tersekat-sekat kerana tangisan. Namun, dia berjaya. Halilintar mendengarnya dan dia tersenyum gembira. Dengan hati yang gembira Halilintar membalas pelukan Gempa dan mereka saling berpelukan erat bersama.

Tidak lama selepas mereka saling berpelukan bersama, mereka pun mula meleraikan pelukan masing-masing. Mata mereka saling bertatapan antara satu sama lain. Halilintar tersenyum melihat wajah Gempa yang sudah kebasahan kerana airmatanya.

Hali: Tak cantik ah kalau kau nangis...

Gempa tertawa.

Gempa: Saya tak peduli tentang kecantikan saya sewaktu menangis. Kerana saya masih ada banyak kecantikan yang belum saya tunjuk.

Halilintar ikut tertawa.

Tangan mereka berdua saling bertaut antara satu sama lain. Dahi mereka saling bersentuh. Senyuman di wajah mereka juga tidak pernah hilang.

Kini Halilintar dan Gempa mula merasakan perasaan baharu yang sama di dalam hati mereka berdua.

Perasaan kasih sayang.

•°•°🌸💖✨(❁´▽'❁)✨💖🌸°•°•

1 minggu sudah berlalu. Kini sudah tiba saatnya untuk Halilintar menaiki kapal terbang untuk ke sebuah pulau yang berada di luar negara untuk masuk ke dalam akademi yang selama ini dia inginkan.

Amato: Barang semua dah ada?

Hali: Hm, ada.

Ju: Haih... Kalau dulu kamu yang berkeras tak nak pergi, sekarang mak pula yang rasa macam nak paksa kamu supaya tak perlu pergi...

Hali: Apa mak cakapkan ni? Hali kan pergi kejap aje? Lepas 4 bulan macam tu Hali balik lah.

Ju: Haih... Mak bukan apa, Hali. 4 bulan tu lama tahu tak? Mak takut... Nanti bukan mak ke yang rindu kamu. Nanti adik-adik kamu... Dan orang yang sayangkan kamu tu pun rindukan kamu.

Hali: Orang yang... Hali sayang-

Muka Halilintar yang pada awalnya berkerut terus bertukar kemerahan sebaik sahaja dia faham apa maksud yang dikatakan oleh maknya. Wajah Halilintar kemerahan teruk dan dia pun melirik ke arah Gempa. Wajahnya juga boleh tahan merah. Mungkin Gempa juga faham apa yang dimaksudkan oleh mak Halilintar tadi dan nampaknya, rahsia hubungan mereka berdua sudahpun diketahui oleh ahli keluarga sendiri. Mana nak letak muka lepasni?

Taufan tersengih melihat telatah 2 orang itu. Dia pun menyiku bahu Halilintar demi menyedarkan abangnya itu.

Taufan: Acah-acah malu konon! Pigidah!

Blaze: Tak pernah lagi aku tengok muka Hali macam tu.

Solar: Hali jadi rare and special bila bersama Gempa dia je. Dengan orang lain jangan harap.

Halilintar hanya memutarkan bola matanya dengan malas. Tidak lama selepas itu, bunyi pengumuman untuk balai pelepasan kedengaran dan bergema di dalam bangunan lapangan terbang. Keluarga Halilintar mula rasa sebak untuk menanti kepergian Halilintar selepas ini.

Hali: Oklah. Hali pergi dulu, ya? Weyh, korang jaga mak dan ayah betul-betul tau!

Halilintar memandang ke arah adik-adiknya. Mereka pula menjawab dengan anggukkan sebagai tanda faham. Halilintar tersenyum lalu berjalan mendekati ibubapanya dan memeluk mereka berdua.

Ju: Selamat berusaha, sayang.

Amato: Semoga berjaya.

Hali: Hn. Terima kasih.

Halilintar berpaling pula ke arah adik-adiknya. Dia berjalan mendekati mereka berdua lalu mengusap kepala mereka satu per satu.

Hali: Korang pun kena jaga diri tau? Jangan buat hal pula bila aku takde nanti!

Taufan: Alah, kau tak payah nak risaulah! Kitorang tahu jaga diri lah!

Blaze: Entah nya! Bukannya kitorang pernah bakarkan rumah pun sebelum ni.

Hali: Excuse me? Bukan bakarkan, hampir bakarkan! Kalau korang tak buat macam tu, takdenya aku cakap macam ni tahu tak?!

Thorn: Ehehehe! Sorry, Abang Hali! Bila ada masa nanti, baru kitorang insaf, ya?

Solar: Alah, pasal geng trio ni Abang Hali tak payah fikirkan sangat. By the way all the Best. Jangan balik-balik nanti jadi penggoda peminat aku pulak!

Hali: Hek eleh! Salah peminat kau lah yang tergilakan aku! Bukannya aku nak pon diorang sukakan aku!

Halilintar dan Solar saling menjeling antara satu sama lain sebelum akhirnya Halilintar terus memeluk Ais pula. Dia mengusap-usap kepala adiknya yang seorang itu dengan lembut.

Hali: Terima kasih sebab dah sedarkan aku dalam banyak perkara ya, Ais?

Ais: Sama-sama. Dan Ais harap selepas ni Abang Hali takkan menyesal dah dalam membuat keputusan.

Halilintar mengangguk setuju. Kini, tiba gilirannya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Gempa.

Halilintar berjalan mendekati Gempa lalu memegang tangan Gempa dengan lembut.

Hali: Kau akan jaga diri, kan?

Gempa mengangguk.

Gempa: Serahkan pada saya.

Halilintar tersenyum.

Hali: Nanti kalau aku duduk lama dekat akademi tu nanti... Jangan cari yang lain pula.

Gempa: Eh? Mana ada orang yang sama macam Halilintar, kan? Jadi kenapa nak cari yang lain?

Hali: Takdelah... Takut kau nak curang je..

Gempa tertawa.

Gempa: Masih awal. Dan saya tak pernah terfikirkannya pun. Kalau saya tinggalkan Halilintar, terus je pergi dekat saya dan tarik saya bersama awak.

Hali: Macam-macam pulak dia.

Halilintar mengusap belakang leher Gempa. Seulas senyuman terukir seketika.

Hali: Gem.. Kalau boleh lah.. Balik nanti aku nak tengok rambut kau panjang boleh tak?

Gempa: Eh?

Hali: Aku tahu yang kau trauma sebab sebelum ni kau pernah di kutuk dulu. Kau potong rambut dan berhenti pakai skirt. Tapi... Kau tahu tak? Kalau kau pakai baju blouse putih atau kuning dan berambut panjang, aku rasa aku tak berdepan dengan orang cantik dah... Aku berdepan dengan bidadari.

Halilintar mengenyitkan sebelah matanya ke arah Gempa sambil tersenyum nakal. Manakala Gempa pula sudah kemerahan jadinya kerana ulah Halilintar. Sempat dia nak berjiwang sebelum pergi.

Halilintar memberikan kucupan sekilas di dahi Gempa sebelum dia pun beralih untuk pergi ke balai perlepasan.

Taufan: Take care, bro!

Blaze: Kalau tak tahan marah jugak kau bakar je akademi tu!

Ju: Eh, ke situ pulak budak ni!

Blaze: Heheheh! Sorry, mak!

Halilintar tertawa kecil dengan telatah Blaze dan maknya. Sebelum masuk ke dalam balai perlepasan, dia melambaikan tangannya buat kali terakhir untuk keluarganya. Yang lain membalas lambaian tersebut dan tidak lama kemudian, Halilintar pun hilang dari pandangan.













TO BE CONTINUE

Maaf kalau moment dalam chap ni ada kurang. Author masih noob. (=´∀`) //acah budak baik

By the way next chap adalah chapter terakhir, guys. Dan seperti yang korang semua nak, HaliGem akan bersama di situ. Uwu

Selepas itu epilog dan the end! Fufu~ jangan terkejut pula dengan epilog nanti. <(‾︶‾)>

Continue Reading

You'll Also Like

4.1K 410 9
Dia adalah superhero bumi yang sangat dikenali ramai. Tapi baginya lebih baik tiada siapa kenal akan dirinya. Semakin lama semakin nasibnya tidak bai...
7K 394 32
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...
1K 77 12
[⚠️Amaran⚠️: Buku ini mempunyai scene membunuh, anda disarankan untuk tidak mengikuti scene di dalam buku ini.] Akibat sebuah kisah silam, TAPOPS dik...
18.2K 1.2K 12
[COMPLETED!] "Aku suka lah... dekat putera raja kita tu. " Semua orang pandang Gempa pelik. Seolah-olah terkejut dan terkedu dengan kata-kata Gempa...