Who Are You? [C]

By FanficSkill01

132K 11.2K 3.3K

"Hiks... ibu... ayah... kenapa ibu dan ayah... tinggalkan Gempa? Hiks.. G-Gempa tak nak ikut atok. Gempa nak... More

Tragedy!
Who Are You?
Get Out or Go Away!
Knowing You
Knowing You (Part 2)
Knowing You (Part 3)
Knowing You (Part 4)
The Secret
The Secret (Part 2)
That Night
I Can Hear It...
I Am Here
Know about Me
Know About Me (Part 2)
Thanks for Your Kindness
What is it?
A Group of Friends!
Fight!
Help?
What Did You Know?
Hurry!
Help!
Little Did You Know..
💐Q&A💐
Trauma
Forgiveness
Forgiveness (Part 2)
Forgiveness (Part 3)
Telling The Truth
Take You Home
Their Parents
Who Am I Actually
Who Am I Actually (Part 2)
Who Am I Actually (Part 3)
Who Am I Actually (Part 4)
Who Am I Actually (Part 5)
🌹Q&A🌹
New Home!
If...
Skirt
Beach!
Goodbye, Halilintar.
I Am Your Love
Epilogue
✨💖Thank You💖✨

Tell You The Truth

2.1K 194 72
By FanficSkill01

Sewaktu di dalam perjalanan, fikiran Gempa mula memainkan semula situasi yang dia perolehi tadi. Situasi yang mana dia dapat tahu sesuatu yang tidak terjangka sama sekali di dalam fikirannya.

Hali: Ayah.... Hali nak... Masuk ke akademi yang membaikpulih mental.

Deg!

Betapa sakitnya hati Gempa di saat dia dengar perkataan itu yang keluar dari mulut Halilintar sendiri sewaktu dia mencuri dengar perbualan antara Amato dan Halilintar. Gempa pada awalnya tiada niat sekali pun untuk mencuri dengar tentang perkara itu. Tetapi disebabkan itu ayat pertama yang dia dengar daripada Halilintar, kakinya serta-merta terhenti dan dirinya terus menyorok di belakang dinding tingkap. Tempat di mana dia mendengar segala perbualan antara Halilintar dan Amato sehingga tamat.

Gempa terpaksa memaksakan dirinya untuk ke tandas dan mencuci mukanya yang telah sembab kerana menangis. Dia rasa sungguh sedih dan kecewa. Dia rasa sedih kerana Halilintar sembunyikan hal tersebut dari orang lain kecuali ayahnya. Halilintar boleh saja kan beritahu ahli keluarganya yang lain tentang keputusannya itu? Jadi kenapa dia beritahu Amato sahaja? Dia takut Gempa tahu, kah? Tapi apa kaitan dengan Gempa?

'Ahh... '

Gempa mula terfikirkannya. Dia juga sedang kecewa sekarang. Dan dia baru sedar kenapa.

'Aku sukakan Halilintar... '

Mata Gempa pun mula berair. Tapi dia cuba untuk menahannya. Dia tidak mahu sesiapa melihatnya sedang menangis sekarang. Tidak. Tidak di depan semua. Gempa tidak mahu kelihatan lemah untuk perkara yang remeh-temeh seperti itu.

'Kau kena tahan perasaan ini, Gempa. Walaupun kau suka Halilintar, tapi dia belum tentu akan sukakan kau balik! '

Dan akhirnya, Gempa membuat keputusan untuk tidur sahaja di sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Mengabaikan suasana yang riuh-rendah kerana ulah 3 saudara kembar yang sedari tadi lagi membuat bising iaitu Taufan, Blaze dan Thorn.

•°•°💙💔(´;д;')💔💙°•°•

Hali: Aku mengaku.... Yang aku sukakan Gempa.

Semua orang memandang terkejut ke arah Halilintar. Ya, mereka adalah adik-adiknya sendiri iaitu Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar.

Taufan dan Blaze saling berpandangan buat seketika sebelum mereka menoleh ke arah abang mereka semula.

Taufan: K-kau ni biar betul, Hali? Gempa kan... Adik angkat kita?

Hali: Yes. Aku tahu. Tapi aku tak rasa pun yang Gempa secara 'officially' jadi adik angkat kita.

Blaze: Apa maksud kau?

Solar: Ha'a. Dah jelas-jelas yang Gempa tu dah start panggil mak dan ayah sebagai mak ayah dia juga, kan?

Halilintar mengangguk. Dia faham apa yang adik-adiknya ingin memperkatakan kepadanya. Tetapi hatinya sudah mula berputik untuk mengenali, mencintai dan menyayangi Gempa. Adakah ia salah?

Hali: Takpelah. Aku malas nak ulas benda ni lama-lama. Cuma... Aku nak beritahu korang semua tentang benda ni je.

Ais: Takpe, Abang Hali. Ais faham. Sebab.. Kan Ais pernah tanya Abang Hali sebelum ni?

Halilintar menoleh ke arah adiknya, Ais lalu tersenyum. Dia mengangguk setuju. Ingatannya masih jelas mengingati situasi di saat adiknya Ais bertanyakan soalan yang langsung tidak pernah difikirkannya sendiri.

Ais: Abang Hali... Sukakan Gempa, kan?

Hali: Huh?!

Taufan: A-apa?!

.
.
.

Taufan: Apa yang kau mengarut ni, Ais? Kita kan tengah bincang pasal topik lain ni?

Ais: Ya, aku tahu. Tapi aku dah start rimas dengan Abang Hali yang nampak macam susah sangat nak sedar benda ni.

Ais melirikkan matanya memandang ke arah Halilintar.

Ais: Betul tak Abang Hali? Abang sukakan Gempa, kan?

Hali: Dan bila aku fikirkan balik... Betullah. Aku memang sukakan dia. Tanpa sedar. Aku nak terus jaga dia dan nak sentiasa bersama dia. Itu yang selalu aku fikirkan dan aku nak buat.

Solar: Ah, baru sekarang aku dapat tangkap. Jadi... Apa yang selama ni kau cuba buat rupanya kau nak tunjukkan yang kau sayangkan Gempa ke?

Blaze: Iyeke? Aku nampak macam tak je. I mean, cubalah kau tengok macam mana cara Hali bercakap dengan Gempa selama ni. Asyik menengking je kerja!

Thorn: Ha'a! Asal tak puas hati, tengking! Asal marah, kecam! Kalau Thorn, Thorn takkan pernah sakiti orang yang Thorn sayang! Abang Hali dah lah takde hati perut! Kejam pula tu!

Halilintar hanya menggelengkan sahaja kepalanya dan memutarkan bola matanya dengan malas. Terlalu malas nak ambil kisah tentang apa yang adik-adiknya fikirkan. Mereka tu bukannya faham sangat dengan keadaan Halilintar.

Taufan: Hali, kau betul-betul ke sukakan Gempa?

Halilintar melirik ke arah Taufan yang berada di hadapannya. Sebelah keningnya terangkat kerana hairan.

Hali: Kenapa kau tanya? Cemburu?

Taufan: That's not what I mean, bro. Aku dah anggap Gempa tu sebagai adik aku dah. And... As his- sorry, her big brother, aku rasa aku patut tahu kau ni serius ke tak. Jangan jadi macam sebelum ni, Hali. Aku tak nak... Once kau memiliki dia, kau nak sakitkan hati dia...

Halilintar mengangguk faham. Dia faham apa yang adiknya ingin sampaikan itu. Taufan tidak mahu Gempa disakiti sama seperti Halilintar pernah buat sebelum ni. Ingat lagi tak? Halilintar kan pernah hina Gempa? Dia juga telah menyakiti hati Gempa sehingga membuatkan gadis itu menangis teruk dan lari keluar rumah? Siapa yang tidak akan risau kalau orang yang sama juga itu sebenarnya sukakan orang yang pernah dia sakiti?

Hali: Aku serius... Dan... Sebab itulah juga, aku buat keputusan untuk berubah. Aku akan pergi.

Taufan dan yang lain mula memandang abang mereka dengan muka yang berkerut. Apa maksud Halilintar?

Hali: Aku akan ke sebuah akademi yang dapat membantu aku mengawal emosi aku. Korang tahu kan akademi tu?

Solar: Biar betul? Hali akademi tu berada di pulau yang jauh dari negara kita! Kau kena naik flight untuk ke sana!

Hali: Yes. Dan sebab itulah aku akan pergi. Aku akan berada jauh daripada korang semua. Termasuk Gempa...

Halilintar menatap wajah adik-adiknya satu per satu. Jelas kelihatan wajah mereka seperti rasa sedih dengan berita yang mereka baru tahu itu. Sebenci dan segeram mana pun mereka kepada abang mereka, tetapi berada berjauhan dengan Halilintar bukanlah salah satu keinginan mereka. Halilintar umpama peneman mereka adik-beradik. Dan abang yang sentiasa melindungi mereka dengan baik.

Hali: Korang setuju tak dengan keputusan aku ni?

Halilintar melihat wajah murung adik mereka. Walaupun dia bertegas untuk ke sana, tetapi jika adik-adiknya tidak mahunya pergi, dia akan tukar fikiran. Kerana bagi Halilintar, adik-adiknya adalah segalanya. Itu yang selalu dia dengar dari bisikan kecil selama ini, kan?

Taufan: Kami... Tak tahu nak cakap macam mana sebenarnya. Tapi, Hali... Kalau itu yang kau nak, kami ikutkan sahaja. Kami hormati segala keputusan kau.

Yang lain turut mengangguk setuju. Halilintar tersenyum. Sekarang perasaan lega mula menyapa di dalam dirinya.

Ais: Tapi, Abang Hali... Gempa macam mana? Dia tahu tak tentang hal ni?

Halilintar menggeleng.

Hali: Aku akan beritahu dia juga. Tapi... Aku ada satu permintaan untuk korang boleh? Sepanjang aku pergi nanti...

Blaze: Apa dia?

Hali: ....tolong jagakan Gempa untuk aku. Aku nak, dia sama seperti sekarang bila aku kembali. Sama baik hati, peramah, penyayang, prihatin dan bertanggungjawab seperti sekarang. Dan... Aku nak dia tetap cantik macam sekarang.

Taufan tersenyum nakal.

Taufan: Aku baru je nak terharu dengan kau, tapi kau dah buat permintaan macam tu, ya? Tak kira macam mana pun, Gempa akan tetap cantik dan comel di mata orang yang menyukainya. Jadi, selagi kau sukakan dia, kau akan tetap nampak dia cantiklah!

Hali: Aku tahu.

Halilintar tersenyum. Adik-adiknya yang lain juga turut tersenyum. Masing-masing mengucapkan selamat berjaya untuk Halilintar yang bakal meninggalkan mereka tidak lama lagi.

•°•°💞✨(✿´ ')✨💞°•°•

Gempa kini sedang mengemas pakaiannya di dalam almari. Sambil-sambil mengemas, mulutnya tidak berhenti dari menyanyikan apa-apa lagu yang terlintas di fikirannya. Segala yang dia lakukan sungguh fokus dan tekun sekali. Sampai tidak sedar bahawa dirinya sedang diperhatikan oleh Halilintar dari balik pintu biliknya.

Tok! Tok!

Ketukan pintu yang dihasilkan oleh Halilintar mengagetkan Gempa. Dia pun terus menghentikan aktivitinya dan menoleh ke arah pintu biliknya.

Dan dari situ, dia pun ternampak wajah Halilintar yang sedang berada di ambang muka pintu.

Gempa: Halilintar? Ada apa?

Hali: Boleh kita berbual kejap? Aku nak berdua je.

Gempa: Umm... B-boleh. Tapi di mana?

Halilintar terdiam. Dia melihat ke arah luar bilik sambil memikirkan sesuatu. Kemudian, dia menoleh ke dalam bilik Gempa semula.

Hali: Pilih, nak di luar rumah atau dalam bilik kau?

Wajah Gempa berkerut hairan.

Gempa: K-kenapa nak kena pilih pula.

Hali: Sebab kalau dalam bilik aku takut tak boleh kawal diri nanti.

Halilintar berkata dengan nada mengusik sambil tersenyum sinis ke arah Gempa. Dia menyandarkan dirinya di dinding sambil melihat ke arah Gempa yang kini sudah kemerahan kerana baru faham apa maksud yang ingin disampaikan oleh Halilintar.

'Tak guna! Sempat lagi nak gatal dalam rumah sendiri! '

Gempa: Kat luar lah! S-sejuk sikit!

Halilintar tertawa kecil. Dia pun membukakan ruang untuk Gempa keluar dari bilik bersamanya. Sebaik sahaja pintu bilik ditutup, mereka berdua pun berjalan seiringan menuju ke luar rumah atau lebih tepatnya ke laman rumah yang dihiasi dengan tanaman pokok yang begitu indah mata memandang.








TO BE CONTINUE

Memandangkan chapter sudah panjang, jadi author splitkan ke next punya.

So, macam mana? Semua mesti sudah agak apa akan berlaku, kan? Atau belum lagi? Apa yang akan Gempa katakan bila Halilintar beritahu perkara yang sebenar, ya? (´_`)

Dan macam mana pandangan korang semua ke atas Halilintar? Sudah berubah? :3

Continue Reading

You'll Also Like

1.2K 92 22
Boboiboy sering mendapat sebuah mimpi yang samar-samar di mana dia sering berjumpa dengan seorang kanak-kanak lelaki misteri tetapi mimpi tersebut te...
37.9K 2.4K 13
COMPLETED ✔️ [Hanya sebuah cerita pendek tetapi cukup menyentuh perasaan] Satu kisah yang di alami oleh seorang budak bernama Boboiboy,di mana Boboib...
14.8K 1.8K 44
Tinggal sikit sahaja dimensi lagi yang perlu Boboiboy lalu untuk kembali ke dunianya semula. Tapi, selepas dia keluar, keadaan tidak seperti yang dia...
104K 7.3K 50
Disebabkan Boboiboy sudah menyertai M.A.T.A, TAPOPS semakin susah untuk mengalahkan penjahat kerana ketiadaan Boboiboy. Mereka kena cari jalan untuk...