Maths

De missblossom_

345K 34.6K 7.4K

『 COMPLETED 』 🏆 WATTYS 2020 WINNER FOR YOUNG ADULT CATEGORY 🏆 🏅 THE BEST TEEN FICTION STORY FOR YOKINA HO... Mai multe

01 • Result
02 • Bila mula?
03 • First class
04 • Homework
05 • Special one
06 • Lies
07 • Abang
08 • Advice
09 • Visit
10 • Perlu ke tipu?
11 • f3: Polygons II
12 • f3: Algebraic expressions III
13 • f3: Linear equations II
14 • f4: Quadratic expressions & equations
15 • f4: Straight line
16 • f5: Graph of function II
17 • Weekend
18 • SPM trial exam I
19 • SPM trial exam II
20 • SPM trial exam III
21 • Something fishy
22 • Break up
23 • Life changed
24 • Absent
25 • Nasihat papa
26 • Is he the one?
27 • Hot gossip
28 • Hidayah
29 • Forgive me
30 • Rival
31 • Feelings
32 • Masih sayang
33 • Graduation day
35 • Stay with you
36 • His family
37 • Second mom
38 • Cat lover
39 • Close friend
40 • Alone together
41 • His other side
42 • Gaduh
43 • That night
44 • Getting closer
45 • The day I
46 • The day II
47 • Good bye
48 • Miss you
49 • We did it!
50 • New adventure awaits
☁︎ Ainril moments ☁︎
BOOK 2 is out!

34 • Memories

5.7K 522 108
De missblossom_

— Maths —





Part ni banyak flashback. Jadi minta maaflah kalau macam confusing sikit. Baca slow-slow k hahaha enjoy! 🤧💘





Keesokan harinya, Ain pulang dari sekolah dan terus mandi untuk menyegarkan tubuh badannya. Cuaca di Malaysia ni memang panas memanjang aje. Bila dah hujan, lebat sangat pula. Haih.

Bersyukur sajalah yang negara kita berada di garisan Khatulistiwa di mana cuaca dan arah angin baik-baik saja. Lepas tu, bencana alam pun tak mudah melanda negara kita. Cuma kadang-kadanglah, beberapa negeri ditimpa bencana. Tapi anggap sajalah ia sebagai ujian daripada Allah tanda Dia sayangkan kita. Sentiasa bersangka baik dengan perancangan Tuhan.

Okey, melencong ke cerita lain pula. Adoi...




Setelah menyarungkan baju bersih, Ain mengeringkan rambutnya dengan hair dryer berjenama Philips. Selesai itu, dia duduk di atas katil, memandang ke sekeliling biliknya.

"Sepahnya bilik aku... ya Allah, nak kena kemas ni." Omel Ain sendiri.

Dia baru perasan bahawa biliknya bersepah macam kandang kambing. Dengan katil yang tidak tersusun bantalnya, selimut tidak berlipat, buku-buku berselerak di atas meja belajar, lantai berhabuk. Haih...

Dengan malasnya Ain menyusun bantal-bantal di atas katilnya terlebih dahulu. Tilam dikibas-kibas lalu selimut dilipat kemas. Kemudian, buku-buku yang berselerak disusun dengan rapi di atas meja. Baju kotor di atas lantai dikutip dan dimasukkan ke dalam bakul baju yang disediakan dalam biliknya.

"Aduhhh, malasnya nak vakum lantai." Rungut Ain.

Dia melangkah keluar bilik dan mencari di mana terletaknya vakum. Ain masuk ke sebuah bilik yang dijadikan sebagai bilik penyimpan barang dan membawa vakum menuju ke biliknya semula. Plag vakum dicucuk pada suis lalu vakum dihidupkan.





Whiiiiirrrrr...!!


Bunyi vakum yang kuat kedengaran apabila butang hidup ditekan. Ain mula menggosok-gosok lantai menggunakan batang vakum itu lalu habuk di lantai disedut.

Setelah beberapa minit, Ain mematikan vakum lalu mencabut plag vakum tersebut. Sebuah butang pada vakum itu ditekan dan terus wayar vakum yang panjang tersebut masuk ke dalam badan vakum itu. Almari baju dibuka oleh Ain untuk mengemas isi dalam almarinya pula.

Korek punya korek bawah-bawah baju yang dilipat elok itu, tangannya terpegang sesuatu yang berbulu.

"Ahhh!" Terjerit Ain, sangkakan apa yang disentuhnya tadi ialah tikus.

"Ewww! Apa tuuuu??" Tanya dia sendiri. Mukanya menunjukkan reaksi geli.

Kelam-kabut Ain menarik baju-bajunya keluar dari almari dengan perasaan takut. Habis semua baju yang tadinya elok berlipat, kini berselerak di atas lantai pula. Hanya kerana ingin melihat apa yang berbulu tadi.















Kelihatan sebuah keychain pom pom yang tersorok di belakang baju-bajunya tadi. Ain melepaskan nafas lega. Ingatkan apalah tadi...

Dia mencapai keychain bulu berwarna hot pink tersebut. Lembut bulunya, membuatkan Ain semakin suka bermain dengannya.

Fikiran gadis itu terus melayang memikirkan perkara yang mengingatkannya tentang seseorang.

Ya. Dialah Izz.

Keychain ini Ain beli satu untuknya dan satu untuk Izz, semasa hari jadi Izz. Izz punya berwarna hitam.

Ain ingat lagi apa yang dikatakannya semasa dia menghadiahkan keychain itu kepada bekas teman lelakinya.





• Flashback 2 tahun lepas •





"Setiap kali terpandang keychain ni, fikir pasal I k? Dengan cara tu, kita akan terfikirkan satu sama lain pada masa yang sama. Sebab kalau I nampak I punya pun, I akan terfikirkan you jugaklah. Okey?" Kata Ain sambil mencubit lembut pipi kiri Izz membuatkan Izz tersenyum manja.

"Alright, dear. Thank you so much. Comel je hadiah you."

"Suka tak?"

"Of course. So cutelah, I love it."

"Eheheh, I tahu you suka benda macam ni. That's why I beli." Ain tersenyum manis.





• End of flashback •





Terukir senyuman nipis pada bibir Ain. Rindunya nak luang masa dengan dia. Minda Ain terus memikirkan waktu kali pertama dia dan Izz berjumpa. Di mana mereka mendapat kelas yang sama semasa darjah dua.





• Flashback 9 tahun lepas •





Ain masuk ke dalam kelas dan mencari tempat duduk kosong. Dia ternampak Izz duduk sendirian di suatu sudut. Di sebelah tempat duduknya pula kosong. Izz hanya menongkat dagu sambil memandang ke luar tingkap. Ain pun menyusun langkah menuju ke arah lelaki itu.

"Hai." Sapa Ain.

Terkejut Izz bila wanita itu menegurnya.

"H-hai?" Dia membalas kekok.

"Boleh saya duduk sini?" Tanya Ain mesra.

Izz ragu-ragu ingin membenarkan namun akhirnya, dia bagi juga Ain duduk di sebelahnya.

"Thank you." Ucap Ain tetapi tidak dibalas.

Wanita tersebut memandang Izz. Kasihan pula tengok dia ni. Senyap saja.

"Nama saya Ain. Awak?"

"Err... Faizz."

"Ohh... kenapa tak main dengan orang lain?" Tanya Ain, membuka topik untuk berbual.

Izz cuma menggeleng sebagai respon. Dia tak ada mood nak berborak sekarang ni. Dalam fikirannya sekarang sedang memikirkan ibu bapanya yang sibuk bekerja.

24 jam, bekerja saja. Balik rumah pun lewat malam. Nasib baiklah ada pak cik dan mak ciknya yang sudi menjaganya tika ibu bapanya bekerja. Kalau tak, keseoranganlah dia di rumah.

"Awak okey ke ni? Nak cerita apa-apa? Mungkin saya boleh tolong ke?" Soal Ain, prihatin terhadap Izz.

Izz menggeleng lagi sambil menunduk. Ain berasa simpati melihat keadaan lelaki itu. Dia mesti ada memendam sesuatu ni.

Seketika kemudian, seorang guru perempuan memasuki kelas mereka.

"Selamat pagi semua." Ucap cikgu.

"Selamaaatttt pagiiiii cikguuu!"

"Baiklah, boleh duduk."

"Terimaaa kasihhh cikguuu!"

Semua pelajar pun mengambil tempat duduk masing-masing.

"Okey semua, selamat kembali ke sekolah. Saya Puan Suhaila, guru kelas kamu tahun ni. Saya akan mengajar kamu subjek Matematik. Alright, semua mesti seronok kan lepas cuti ni? Seronok tak cutiii??" Tanya cikgu itu sambil tersenyum manis.

"Seronokkkk!!" Murid-murid membalas dengan riang.








Kecuali Izz. Dia cuma mendiamkan diri.

Cuti sekolah tahun lepas dia tak rasa seronok mana pun. Duduk rumah, main game dan melukis saja. Dapat keluar pun, bukan bersama ibu bapanya tetapi dengan mak cik dan pak ciknya. Seronok tu memanglah, dapat pergi ke macam-macam tempat bersama dua orang sepupunya. Cuma dia masih rasa keseorangan. Tak dapat merasa kasih sayang ibu bapanya.

Ain perasan Izz hanya membisu dari tadi. Dia memalingkan pandangan ke arah lelaki itu dan membuka mulut, ingin bersuara tetapi cikgu terlebih dahulu bercakap.

"Okey, saya nak seorang-seorang bangun dan beritahu nama kamu, nama panggilan dan hobi sendiri. Lepas tu, ceritakan sikit pengalaman kamu bercuti. Okey? Mula dari belakang sana."





Aduhhh, cikgu ni. Biasanya orang mula dari depan. Dah kenapa nak mula dari belakang?

Bisik hati Izz tak puas hati bila cikgu menuding jari ke arahnya.

Dia pun bangun dan menenangkan diri sebelum bersuara.

"Nama saya Faizz Daniel. Boleh panggil Faizz je. Hobi saya.. err... main game? Ehee.." tersengih malu Izz.

Terkesima kejap Ain melihat senyuman Izz. Comel.

"Amboi, main game je? Tak suka membaca ke? Main sukan ke??" Tanya cikgu dengan nada bergurau.

Izz menggeleng sambil tersenyum nipis. Sejujurnya, dia sendiri tak tahu apa hobi dia.

"Takpe, ceritakan pengalaman kamu masa bercuti." Arah cikgu.

Izz berfikir sebentar sebelum mula bercerita.

"Err... masa cuti.. saya pergi ke Jepun. Dekat sana sejuklah juga. Banyak tempat cantik kat sana. Lepas tu, macam-macam makanan baru yang saya cuba. Sedap! Suasana kat sana tak sama macam kat sini. Agak sibuk masa waktu bekerja sebab ramai orang pergi dan balik dari kerja. Dekat stesen kereta api pun ramai gila orang. Lepas tuuu... erm.. tu jelah. Banyak gambar mak cik dengan pak cik saya ambil untuk jadikan kenangan bersama." Cerita Izz. Walaupun agak sedih tetapi dia teruja ingin menceritakan pengalamannya.

"Mak cik dengan pak cik? Habis tu mak ayah kamu? Diorang tak ikut sekali ke??" Tanya cikgu.

"Erm... tak. Diorang kerja."

"Ohhh... so kamu bercuti dengan mak cik dan pak cik kamu jelah?"

"Dengan sepupu juga. Mak cik saya ada dua anak lelaki."

"Ohh... nasib baik ada geng. Takdelah bosan." Gurau cikgu, cuba menceriakan anak muridnya yang kelihatan muram itu.

Izz tersenyum saja.

"Okey, terima kasih Faizz. Kamu boleh duduk. Sekarang, sebelahnya pula."

Ain berdiri bila cikgu memaksudkan dirinya untuk memperkenalkan diri kepada satu kelas.

"Hai, nama saya Ain Qaisara. Panggil je Ain. Saya suka buat kek dan menari." Ujar murid perempuan itu sambil tersenyum.

"Wahhh, menari? Bagus bagus! Badan boleh jadi cergas juga."

Senyuman Ain melebar mendengar pujian cikgu.

"Masa cuti hari tuuu.. saya pergi banyak tempat. Salah satunya, i-City. Best sangat! Tempat tu cantik. Ada banyak lampu warna-warni. Lepas tu dapat main saljiii! Sejuk juga kat sana. Dapat merasa macam mana musim sejuk kat luar negara. Macam kat Jepun. Heheh." Ain bergurau sambil menggaru belakang kepalanya.

"Wow~ kamu pun pernah pergi Jepun ke? Cikgu teringin sangat nak melancong ke luar negara juga. Tak pernah merasa lagi."

"Takdelah. Tapi dia cakap Jepun sejuk, saya cakap jelah macam kat Jepun." Balas Ain tersenyum sambil memandang ke arah Izz sekilas.

Izz menguntumkan senyuman pendek mendengar kata-katanya.



Peramah je dia ni. Mesra sungguh.

Bisik hati Izz.

"Macam tu pula dia ni hahah. Okey, terima kasih Ain. Kamu boleh duduk. Next, depannya pula." Ujar cikgu lalu Ain menghenyak punggungnya di atas kerusi.

Kemudian, pelajar lain pula yang memperkenalkan diri masing-masing. Setelah sesi memperkenalkan diri tamat, cikgu pun mula mengajar perkara asas Matematik.











Hari demi hari...

Hubungan antara Ain dengan Izz menjadi semakin erat. Mereka saling mengenali satu sama lain.

"Wahhhh~ cantiknya awak lukis. Awak suka lukis eh?" Tanya Ain melihat lukisan Izz yang cantik.

Pujian Ain membuatkan lelaki itu tersenyum.

"Ha'ah. Selalu bila bosan, saya lukislah seorang-seorang dalam bilik."

"Ohhh..." terangguk-angguk kepala Ain mendengar kata-kata Izz.

"Kenapa awak tak main bola dengan diorang? Selalu saya tengok lelaki suka main bola sepak tau. Tapi awak selalu menyendiri."

Ya, sekarang ni waktu PJ tetapi Ain melihat Izz duduk sendirian di sebuah pondok yang dibina berdekatan dengan padang sekolah itu. Ain pun pergilah menegurnya. Tengok-tengok Izz sedang melukis dalam buku conteng.

"Saya tak suka main sukan. Tapi kalau indoor game saya sukalah. Macam chess, checkers or board games."

"Ohh~ okayyy." Ain diam sebentar. "Awak ni lainlah. Tak macam lelaki lain."

"I know.. I'm weird and that's whylah tak ramai yang sudi kawan dengan saya." Kata Izz tanpa memandang Ain. Sayu saja kedengaran.

"No nooo! Maksud saya, awak special. And I like it. Saya suka kawan dengan awak. Awak baik apa? Takpe, nanti saya ajak orang lain kawan dengan awak ya?" Kata Ain lembut.

Izz terdiam. Baiknya hati wanita itu sentiasa menemaninya.

"Thank you." Ucap dia.

"No problem." Ain mengukirkan senyuman ikhlas.

Mereka diam kembali. Mata Ain memandang pelajar-pelajar lelaki yang lasak bermain bola sepak di padang sekolah. Kemudian, matanya beralih pula pada lelaki di hadapannya ini.

Sopan saja orangnya. Comel perwatakannya. Tak suka aktiviti lasak, suka melukis dan lebih gemar permainan indoor daripada outdoor.





"Kalau saya tanya ni... awak jangan marah tau." Ujar Ain memecahkan kesunyian antara mereka berdua.

"Kenapa?"

Ain diam sebentar.

"Urm... kenapa awak macam sedih je hari-hari? Awak ada masalah ke??" Tanya Ain, risau sebenarnya akan keadaan Izz.

Izz membisu seketika mendengar pertanyaan Ain. Dia pun menjawab. Penat pula bila kawannya itu asyik kisah pasal dia.

"Mummy dengan daddy saya asyik kerja je. Setiap hari mesti balik tengah malam. Kalau dapat luang masa pun hujung minggu je. Itu pun diorang masih buat kerja. Menghadap laptop dengan kertas kerja je."

Ain mengangguk-angguk mendengar luahan Izz.

"Ohhh... mummy dengan daddy awak kerja sama-sama eh?" Soal wanita itu.

"Ha'ah. Entah apa yang penting sangat dengan kerja tu sampai tak kisah pasal saya langsung." Suara Izz kedengaran seperti merajuk.

"It's okay. Diorang kerja pun untuk cari duit kan? Nanti nak guna duit tu untuk beli baju baru, lepas tu bolehlah makan sedap-sedap kat restoran kan? Then yuran sekolah lagi nak kena bayar. Saya pasti diorang kerja keras hari-hari tu untuk awak. Don't worry, okay?" Kecil-kecil lagi dah pandai berkata-kata Ain.

Izz mengangguk faham mendengar ayat wanita itu. Sedikit sebanyak menenangkan hatinya.

"Sejak bila diorang kerja sampai lewat malam?" Tanya Ain.

"Erm... sejak bulan Disember tahun lepas. Sebelum ni, elok je lepas balik kerja, main dengan saya. Sekarang tak.. saya rasa sunyilah bila mummy dengan daddy tak main dengan saya. Bosan tau."

"Takpe, saya boleh jadi kawan baik awak kalau awak nak. Boleh kan?" Ujar Ain, meminta kepastian Izz.

"Boleh je. Thank you. Awak selalu kawan dengan saya masa saya seorang-seorang. Terima kasih sangat."

"Takde hal lah. I promise, I will always be by your side."

"Iya? Janji?" Izz mengeluarkan jari kelingkingnya untuk membuat pinky promise.

"Janji."

Jari kelingking Ain bercangkuk dengan jari Izz. Tersenyum manis mereka berdua bila membuat perjanjian itu.






"Awak tak kisah kan kalau kita bahasakan diri sebagai kau-aku? Lagi selesa sikit." Kata Ain.

Yelah, orang lain semua guna kau-aku. Mereka saja yang berawak-saya. Rasa segan juga kadang-kadang.

"Okey je."

Sejak hari itu, mereka semakin rapat dan menjadi kawan baik. Mereka sering lepak bersama. Izz mengajak Ain untuk ke rumahnya dan bermain bersama. Ada PS4 serta pelbagai board game. Sejak kemunculan Ain dalam hidup Izz, semakin ramai yang ingin berkawan dengan lelaki itu. Puan Fatima dan Encik Aidil, iaitu mak cik serta pak cik Izz berasa bahagia melihat Izz gembira bila bersama Ain.





• End of flashback •





I'm so sorry I broke my promise, Izz.

Gumam hati Ain sayu.

Air matanya sudah mengalir membasahi pipinya mengingatkan memori indah itu. Rindunya dengan sahabat baiknya. Teringin nak luang masa macam dulu. Tapi semuanya dah berubah. Semuanya dah lain. Hubungan mereka semakin renggang. Tak rapat seperti dahulu.

Sungguh, dia masih kisah dan risau akan hidup Izz. Dia saja yang tahu apa yang dihadapi oleh lelaki itu. Izz selalu menceritakan masalahnya kepada Ain dan Ain bersimpati terhadapnya.

Di sebalik senyuman manis yang terukir pada bibir seseorang, ada sebuah kisah yang dipendamnya. Disimpan elok pada diri sendiri. Dia lebih memilih untuk memendam daripada menceritakan kepada orang lain. Kerana manusia boleh berubah dalam sekelip mata saja. Hari ni baik, esoknya terus tersebar rahsia seseorang itu.

Sebab itulah kita hanya perlu meluahkan kepada Pencipta kita saja. Dia-lah yang paling dipercayai. Aib kita disorok tanpa diketahui orang lain.

Ada satu quote Bahasa Inggeris yang berkata, "don't judge a book by its cover". Jangan suka hati menilai sesuatu daripada luarannya saja. Kita tak tahu apa yang tersimpan dalam isi kandungan sesuatu itu.

"Aku rindu kita yang dulu, Izz. Kenapa? Kenapa kau perlu tinggalkan aku? Kalau kau tak buat benda bodoh tu, kita takkan jadi macam ni. Kenapa perlu curang sedangkan kau boleh je terus-terang pada aku?"





~~~~





"I'm so sorry, Sara. Aku rasa menyesal sangat. Aku terlalu pentingkan perasaan sendiri sampai sanggup lukakan hati kau. Aku takkan dapat maafkan diri aku atas apa yang aku dah buat pada hubungan kita." Gumam Izz perlahan.

Dia menggenggam keychain pom pom yang dihadiahkan oleh Ain dahulu. Timbul perasaan sebak dalam hatinya. Nafas Izz mula terasa berat. Air mata yang sudah bergenang dari tadi menitis tanpa sedar. Cepat-cepat dia mengesat pipinya dan menggeleng perlahan.



Kenapa kau buat macam tu, Izz? Kenapa?

Izz sendiri marah dengan tindakannya yang dibuat secara melulu.

Dia sepatutnya berfikir tentang akibatnya dahulu sebelum bertindak. Sekarang perkara dah jadi, tak boleh nak buat apa dah.



Apa patut aku buat sekarang? Aku dah kehilangan orang yang paling bermakna dalam hidup aku.





~~~~





Ain mengelap air mata dengan hujung lengan bajunya.


No, kau tak perlu menangis sebab dia, Ain. Maybe he's not the right one for you.

Bisik hatinya, cuba menenangkan diri sendiri.

Banyak kenangan dia dengan Izz bersama. Dia membesar dengan lelaki itu bersama-sama sejak kecil lagi. Memang susahlah nak lepaskan segalanya.





• Flachback •





"Izz, siapa ni?" Tanya Puan Jannah iaitu mummy kepada Izz.

Beliau berbangsa Thailand yang dulunya beragama Kristian, kini telah memeluk Islam dan berkahwin dengan daddy Izz yang sememangnya Melayu tulen.

"Oh ni.. kawan Izz. Cantik kan?" Gurau Izz membuatkan Ain memandangnya pelik.

"Kau merepek apa ha? Mana ada aku cantik."

"Ya, kau cantik. Takyah nak rendah diri sangat." Kata Izz sambil membuat muka mengejek.

"Ohh, kawan? Ha'ah. Cantiklah awak. Nama siapa?" Tanya Puan Jannah kepada Ain.

"Err... Ain. Ain Qaisara. Eheheh."

"Ohh, Ain. Baguslah Ain ada di sini. Boleh teman Izz sementara mummy dengan daddy kerja ni. Okey, Izz? Mummy kena pergi ni. Duduk rumah elok-elok. Dengar cakap mak su tau."

"Okey." Izz membalas.

"Mummy saaayang Izz tau. Muah."

Pipi kiri Izz dikucup oleh Puan Jannah sekilas lalu spontan lelaki itu menunjukkan riak wajah geli. Ain menahan tawa melihat Izz yang kegelian itu.

Izz pun memandang mummy dia yang sudah siap berpakaian formal sedang menyarungkan kasut tumit tinggi sebelum melangkah keluar rumah untuk pergi ke tempat kerja. Daddy Izz, Encik Yusuf, sudah pun menunggu beliau di dalam kereta di tingkat bawah.

Sedikit pengetahuan am, Ain dan Izz berumur 10 tahun pada ketika ini.

"Mummy kau eh? Cantik gila." Ujar Ain, memecahkan kesunyian ruang tamu itu.

"Dia orang Thai sebenarnya. Tersuka pula kat ayah aku. Tu yang masuk Islam, lepas tu diorang kahwin. Then bila aku wujud, anggap macam aku ni bukan anak diorang pula." Kata Izz melulu.

"Apa cakap macam tu? Mak ayah kau kot. Jangan kuajor sangat."

"What? Betul apa, apa yang aku cakap."

"Pape jelah. Ni mana sepupu kau ni? Takkan tak balik sekolah lagi?"

"Diorang sekolah agama sekarang."

"Ohh.. pak su kau?"

"Kerjalah. Apa lagi?"

Ain mengangguk mendengar jawapan Izz.

"Maksudnya kau selalu seorang-seorang dengan mak su kau jelah waktu ni?"

"Mana ada aku seorang. Aku ada kau kan?" Izz memandang Ain yang sudah mengerling ke arahnya.

"Pikir sweet ah? Hek eleh.."

"Aku memang sweet pun."

"Diam ah."

Ain sambung fokus pada permainan catur di depannya itu. Mereka sekarang berada di rumah kondomonium Izz. Pandai juga Izz main catur. Sampai Ain kalah tiga kali berturut-turut.

"Cepatlah gerak oi. Lamanya fikir." Tegur Izz.

"Sabarlahhh. Tahulah pandai main kan? Hak alahhh."

Ain mencapai satu buah catur lalu menggerakkan buah yang berbentuk kuda itu. Izz tiba-tiba melepaskan tawa melihat langkah wanita itu. Dia terus mengambil langkahnya.

"Checkmate! Ahahahah! Kalah lagiii~"

"Eeee, tak nak mainlah! Asyik kau je yang menang!" Ain menolak semua buah catur menyebabkan ia berselerak. Muncung bibirnya bila dah kalah untuk kali keempat.

"Alalalaa... merajuk pula dia. Jomlah main congkak. Aku rasa game ni je kau reti main. Tadi main dam haji pun kau kalah."

"Diamlah. Aku mana reti sangat main benda-benda macam ni."

"Ahahahah, yelah yelah. Jom main congkak. Kau reti main kan?" Izz memandang Ain setelah mengeluarkan congkak dari dalam almari mainan.

Catur yang berselerak dibiarkan saja.

"Tak berani aku nak cakap reti. Nanti kang kalah juga." Ujar Ain geram.

"Okeylah okeylah, aku bagi kau chance."

Izz mula mengisi setiap lubang dengan beberapa biji buah pada congkak moden yang dibelinya di sebuah pusat beli-belah.

"Kau baik bagi chance eh? Kalau tak, aku tak nak kawan dengan kau lagi."

"Okeyyy..? Kita tengok keadaan jugaklah." Gurau Izz.

Mereka pun mula bermain permainan congkak itu.





~~~~





"Whoops.."

Tangan Izz perlahan-lahan mengeluarkan biji-biji buah yang penuh dalam lubang di bahagian Ain dan meletaknya dalam rumah besarnya. Matanya memandang muka Ain yang sudah mencuka.

Ain melihat congkak di bahagiannya yang cuma tinggal beberapa biji buah saja. Dia tengok pula rumah besarnya yang berisi banyak biji buah, kemudian tengok pada rumah besar Izz pula. Lagi banyak buah Izz.





"Dahlah, tak nak kawan dengan kau."

Ain bangun dari duduk lalu melabuhkan punggung di sofa pula. Dia menyalakan TV dan menontonnya. Tergelak Izz melihat reaksi Ain.

"Alaaa... jangan macam ni, Ainnn. Nanti saya lonely lagi kang macam manaaa?" Rungut Izz sambil memuncungkan bibirnya.

"Lantak kaulah. Kata nak bagi chance, tapi dia menang juga." Balas Ain tanpa memandang lelaki di sebelahnya itu.

"Nak buat macam mana? Dah kebetulan aku berhenti kat tempat kosong, kenalah ambil kau punya buah. Sebab tu aku kata tengok keadaan juga. Sorrylah wehhh."

"Tak nak sorry kau." Balasan Ain membuatkan Izz berdecit.

"Ish, Sara ni jahatlah. Sanggup eh nak biar saya keseorangan lagi?"

Dahi Ain spontan berkerut mendengar ayat Izz.

"Siapa Sara?" Soalnya keliru.

"Qaisara. Nama special sikit hehe."

"Special kepala kau."

"Special la. Awak kawan baik saya kan? Ha, kena ada nama special. Aku panggil kau Sara mulai hari ni eh? Okey Sara??" Izz merapatkan wajahnya dengan Ain bagi memandang muka wanita itu dengan lebih jelas.

"Tak nak. Jauhlah muka tu. Dah kenapa nak dekat-dekat?" Kepala Izz ditolak oleh Ain membuatkan Izz tertawa.

"Jangan merajuk lama-lama weh. Bosanlahhh."

"I don't care."

"Ish, Saraaa~! Maafkanlah akuuu! Okey okey, aku bagi kau menang lepas ni. Tak tipu."

"Tak nak."





• End of flashback •





Tersenyum malu Ain mengingatkan kenangannya dengan Izz lagi.

"Manja sangat aku dulu. Heihhh..."





~~~~





Izz sedang meniarap di atas katilnya sambil melihat gambar-gambar dalam telefonnya yang berjenama Samsung. Gambar dia dan Ain sewaktu mereka bersama dahulu. Keychain pom pom tadi digantung pada jari telunjuknya.

Tersenyum dia semasa menonton semula video dia dengan Ain dahulu.





Video 1

"Sara, pandang sini."

Ain memandang Izz yang sedang merakam.

"Janganlah record wehhh! I nampak buruklahhh."

"Ahahahaha! Comellahhh. Mana ada buruk."

"Comel kepala otak youuu! Tak sukalahhh! Eeeee!" Ain cuba membersihkan wajahnya yang dipenuhi dengan krim putih.

Izz tak dapat menahan tawa melihat kecomelan gadis tersebut terus tergelak besar.

Waktu ni, mereka berdua bermain satu permainan menggunakan krim putih. Sebab tulah wajah Ain penuh dengan krim hahaha.





Video 2

"Senyummm~!" Izz mengangkat telefonnya ingin mengambil selfie bersama Ain.

Ain terus menguntumkan senyuman lebar sambil mengangkat tanda 'peace'. Beberapa saat berlalu, Ain perasan sesuatu.

"Record eh?" Tanya gadis itu sambil memandang Izz.

Izz terus melepaskan tawa.

"Hahahahahah!"

"Bodohlahhh. Weh, I look dumb tho. Delete delete!"

"Tak nokkk. You look cute."

"Noooo!"





Video 3

Sedang Ain tidur di atas sofa di ruang tamu rumah Izz, Izz mula merakam. Niatnya ingin mengganggu Ain.

Izz menyentuh lembut pipi kanan Ain membuatkan Ain terasa gatal. Gadis itu terus menggaru pipinya. Masih belum terjaga.

Izz teruskan mengacau Ain sampailah Ain tersedar. Dia nampak Izz sedang merakam dirinya memandangkan telefon pemuda itu terarah padanya.

"Jangan kacaulah, Faizzzz..!" Suara Ain sengaja dikeraskan menandakan dia sedang marah.

Tak suka betul bila tidurnya diganggu, lagi-lagi bila bangun-bangun saja, dah nampak kamera di depan mata.

"Hahahahah! Sorry sayang~! Ahahaha!"

Izz melarikan diri tetapi langkahnya terhenti apabila melihat Ain kembali melelapkan mata. Kali ni dia tidur dalam keadaan duduk sambil bersandar pada sofa.

Timbul idea nakal lagi. Izz berjalan mendekati Ain lalu kepala Ain ditolak ke tepi membuatkan wanita itu terkejut lantas terjaga dari lena.

"Kau memang nak kenalah, Faizz. Sini kau!"

"Hahahahah!"

Ain mengejar Izz yang melarikan diri sampai ke dapur, kemudian masuk ke dalam bilik tidur pula.

Sempat Izz mengunci pintu sebelum sempat Ain menolak pintu bilik yang dimasukinya.

"Bodohlah kauuu. Janganlah kacau aku! Aku penatlahhh." Kata Ain geram sambil menghentak pintu beberapa kali akibat geram.





Video 4

Izz merakam Ain yang sedang duduk berjauhan darinya sambil bermain telefon dengan senyap kerana merajuk.

"Sayang."

Ain memandang dingin ke arah Izz yang memanggilnya.

"Sorry.."

Mendengar kata maaf Izz, Ain terus menatap telefonnya kembali.

"Sayang." Panggil Izz lagi lalu Ain memandangnya semula dengan pandangan malas.

"Saranghae!" Kata Izz dengan nada gedik sambil jarinya membuat 'mini love' kepada Ain.

Ain tak dapat menahan diri daripada tersenyum. Bibirnya spontan mengukirkan senyuman bila melihat Izz berkelakuan begitu. Lawak.

"Alalalaa~ senyum pulak dia. Hahahah!"

"Diam ah. Merajuk dengan kau lagi."

"Kalau macam tu kita buat sekali lagi eh? Sayang."

Ain tidak memandang Izz sebaliknya ibu jari dia teruskan menatal melalui aplikasi Twitter.

"Sayang, pandanglah siniii."

Ain masih palau Izz.







"Comeeee to meee, sayang sayang sayang!" Tiba-tiba saja Izz mula menyanyi.

Tangannya setia merakam reaksi teman wanitanya. Ain menahan tawa mendengar nyanyian Izz. Bibirnya menguntumkan senyuman lagi.

"Tak lawaklahhh. You delete video tu sekarang! Delete!"

"Tak nakkk!" Izz terus melarikan diri bila Ain mula berjalan ke arahnya.





Banyak lagi video dan gambar dia dengan Ain yang tersimpan dalam galeri telefonnya.

Izz slide ke gambar seterusnya dan melihat gambar lukisan Ain semasa tingkatan satu dahulu. Terus mindanya mengimbas kembali kenangan tersebut.





• Flashback •





"Macam ni kan Izz?" Ain menunjukkan lukisannya kepada Izz di hadapannya.

Izz berhenti melukis dan memandang lukisan Ain. Automatik bibirnya menguntumkan senyuman lalu dia menahan tawanya sebaik saja melihat lukisan gadis itu.

"Janganlah gelakkkk. Eee, dia ni. Tahulah pandai lukis kan? Hak alahhh, jahat." Ain menayangkan muka merajuk.

"Okay okay, sorry hahahah. Takdelah, kau comel sangatlah. Tengok ni- pfft. Comel sia hahahah!" Jari Izz menunjuk pada lukisan Ain sambil tergelak besar.

"Eeee, jahatlah kauuu! Janganlah gelakkk. Ish ish!"

Tangan kecil Ain memukul-mukul Izz seraya bibirnya tersenyum malu. Tergelak Izz dibuatnya.

"Sorry weh, sorry. Sumpah lawak. Comel do kau lukis. Okeylah niii... cantik cantik. Hahah."

"Dahlah, aku give up. Ish."

"Alololoo... kuat merajuk eh dia ni? Semalam dah merajuk, hari ni nak merajuk lagi?"

"Diamlah." Muncung bibir Ain.

"Meh sini kita pujuk, meh."

Izz mendekati Ain yang masih statik di tempat duduknya dan mula memujuk wanita itu.





~~~~





[Tingkatan dua]

"Sara, buka masa kat rumah nanti tau." Kata Izz sambil menghulurkan sepucuk surat kepada Ain.

"Eh, apa ni?" Tangan Ain menyambut surat tersebut.

"Janji dengan aku, kau akan baca ni dekat rumah." Izz berkata agak serius.

"Oh, okey okey. Aku janji. Tapi surat apa ni weh?"

"Nanti kau tahulah. Dahlah, aku kena balik ni. Bye~!" Izz melambai pada Ain lalu berjalan keluar dari sekolah.

Nafas lega dilepaskannya. Fuh.. nervous!

Ain memandang surat yang dipegangnya itu.


Kenapa aku rasa takut ni? Ish.



Balik saja Ain di rumahnya, dia terus masuk ke dalam bilik lalu meletak beg sekolahnya di atas lantai lantas surat tersebut dibuka lipatannya. Ain pun mula membaca isi dalamnya.





Ain Qaisara.

Aku dah lama nak bagitau kau ni tapi aku takut. Takut kau tak rasa macam apa yang aku rasa. Takut kau buang aku. Takut persahabatan kita putus bila aku cakap ni. Tapi aku harap kau tak kisahlah sebab...

Aku suka kau.

Takpe kalau kau tak suka aku pun. Cuma aku nak luah je perasaan aku ni. Aku mula suka kau masa darjah empat dulu. Aku suka tengok bila kau merajuk. Bila kau gelak. Bila kau tidur pun kau nampak comel weh. Aku tak tipu bila aku kata kau cantik. Kau memang cantik. Jadi aku nak luah awal-awal supaya takdelah lelaki lain kacau kau.

Masa darjah enam dulu, aku ingat nak luah kat kau masa ambil result UPSR hari tu tapi takut! >~< aku pengecut, ya aku mengaku. Luah perasaan guna kertas. Tak gentleman. Tapi kisah apa aku?

Satu je aku nak tanya..

Kau suka aku atau tak? Please balas cintaku ini! (/ω) ♥︎





Tersenyum Ain membaca surat daripada Izz.

"Oh my godddd~! Betul ke niii?" Tanya Ain teruja.

Dia membaca surat itu berkali-kali bagi memastikan bahawa dia tak tersalah baca.

Yes! Dia tak salah baca. Izz sukakan dia. Dan dia pun... turut menyimpan perasaan terhadap lelaki itu sejak darjah empat juga. Di mana mereka mula menjadi rapat dan sentiasa bermain bersama-sama.

Pantas tangannya mencapai Iphone 5 dia lalu menghantar mesej kepada Farah.

Farah terkejut. Dia sangkakan Ain bergurau tetapi bila Ain menghantar gambar surat tersebut, dia tahu ianya perkara benar. Dia kenal tulisan Izz macam mana dan surat itu sememangnya tulisan Izz.

Gadis itu menyuruh Ain supaya membalas surat tersebut. Ain pun meminta pendapat kawannya itu bagaimana hendak membalasnya.






Keesokan harinya, Ain dan Izz berbual-bual seperti biasa pada waktu rehat. Izz berasa agak hampa bila Ain menganggap seperti tiada apa yang berlaku setelah dia meluahkan perasaannya pada wanita itu.


Mungkin dia tak suka aku..

Bisik hati Izz hampa.




Waktu balik tiba...

Ain, Izz dan Farah berjalan bersama-sama menuju ke pagar utama untuk pulang ke rumah.

"Bye weh!"

"Bye~!" Ain dan Izz melambai pada Farah yang sedang melangkah masuk ke dalam kereta emaknya.

"Nah." Sehelai kertas yang dilipat dihulurkan kepada Izz. "Baca kat rumah k? Babai~!"

Ain terus berjalan menuju ke kereta Encik Naem dan melangkah masuk. Rasa teruja ingin mengetahui reaksi Izz nanti.

Izz yang masih statik itu terkejut menerima surat daripada gadis tersebut. Rasa gementar mula menguasai dirinya tetapi pada masa yang sama, dia teruja ingin mengetahui apa balasan Ain.

Dengan lajunya, Izz berlari pulang ke rumah kondonya yang cumalah berjarak beberapa kilometer dari situ.

Dia terus masuk ke dalam biliknya. Beg sekolah diletak di atas lantai lalu isi dalam surat itu dibaca setelah dia membuka lipatannya.





Faizz Daniel.

Kau suka aku? Sejak darjah empat?? Wow lamanyaaa... hahahah. Jap, kau cakap kau suka tengok aku merajuk? Sukalah tu buat aku marah?! Ish, kau nasib baik kau comel tau.

Ya, aku pun suka kau erm... sejak darjah enpat juga. Aku suka personaliti kau. Tak sama macam lelaki lain. Tak minat sukan tapi sekurang-kurangnya kau masih mengisi masa lapang kau dengan bermain indoor game dan melukis. Aku suka bila kau act sweet dekat aku >-< kau pandai jaga hati aku walaupun kadang-kadang kau selalu sakitkan hati aku!

Aku suka tengok kau melukis juga. Serius, lukisan kau boleh dijual do. Cantik! Hahahah okay, I guess that's all I wanna say.

Aku ada pantun untuk kau.

Kau single,
Aku single,
Jomlah couple ♥︎





Tergelak Izz membaca pantun yang ditulis Ain. Curi manalah tu? Heih... dia dari tadi tersengih-sengih membaca balasan daripada Ain.


So maknanya cinta aku dibalas la?

Bisik hati Izz teruja.





• End of flashback •





Ain dan Izz masing-masing merenung pada keychain pom pom mereka. Memikirkan berapa lama mereka kenal dan betapa banyak memori yang tercipta antara mereka berdua.





❤️❤️❤️

Orang yang dah bersama kita lama, tak semestinya ditakdirkan untuk bersama kita selamanya. Mungkin dia wujud dalam hidup kita hanya untuk memberi pengajaran hidup.

Yang pantun tu sumpah takleh blah HAHAHAH

Continuă lectura

O să-ți placă și

1.6M 76.7K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
1.1M 59K 57
#1st series of His Secret Status ; [ COMPLETE ] Pertemuaan antara Zaskia Melania dengan seorang jejaka di lorong madrid bagaikan dejá vu. Setiap kali...
58.2K 4.2K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
1.6M 120K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...