Who Are You? [C]

By FanficSkill01

132K 11.3K 3.3K

"Hiks... ibu... ayah... kenapa ibu dan ayah... tinggalkan Gempa? Hiks.. G-Gempa tak nak ikut atok. Gempa nak... More

Tragedy!
Who Are You?
Get Out or Go Away!
Knowing You
Knowing You (Part 2)
Knowing You (Part 3)
Knowing You (Part 4)
The Secret
The Secret (Part 2)
That Night
I Can Hear It...
I Am Here
Know about Me
Know About Me (Part 2)
Thanks for Your Kindness
What is it?
A Group of Friends!
Fight!
Help?
What Did You Know?
Hurry!
Help!
Little Did You Know..
💐Q&A💐
Trauma
Forgiveness
Forgiveness (Part 2)
Forgiveness (Part 3)
Telling The Truth
Take You Home
Their Parents
Who Am I Actually
Who Am I Actually (Part 2)
Who Am I Actually (Part 3)
Who Am I Actually (Part 4)
Who Am I Actually (Part 5)
🌹Q&A🌹
If...
Skirt
Beach!
Tell You The Truth
Goodbye, Halilintar.
I Am Your Love
Epilogue
✨💖Thank You💖✨

New Home!

2.3K 231 61
By FanficSkill01

Ju: Ok! Kita sudah sampai!

Amato: Bawa barang-barang kamu semua ke bilik masing-masing. Mak dan ayah dah tolong kemaskan dah.

Taufan: Betul ke?! Hahaha! Terima kasih mak, ayah! Mak dan ayah memang terbaik!

Amato: Hmm.. Terbaik, terbaik juga. Tapi kalau ayah lenguh, tolong picit, ya?

Blaze: Erk?! Kalau Blaze tolong nyanyi lagu tak boleh ke, ayah?

Amato: Jangan nak mengada-ngada! Sumbat jugak tin koko Tok Aba kalau degil!

Thorn: Alaa.. Ayah ni!

Ju: Haish, sudah! Cepat bawa masuk semua beg dan barang kamu semua. Nanti kita keluar makan, ya?

Trio: Keluar makan?! Yaaayy!!

Lalu, kesemua penumpang yang menaiki kenderaan panjang milik Amato turun dari perut kereta. Masing-masing membawa barang-barang sendiri termasuk juga dengan Gempa. Namun, bagai rusa masuk kampung, Gempa agak terpinga-pinga dengan keadaan baharu di sekelilingnya. Dia melihat kawasan sekitar rumah baharu yang pertama kali dia menjejakkan kakinya di sana.

'Besarnya...! Diorang memang betul-betul orang kaya ni! Memang padanlah anak ramai. Sesuai dengan rumah yang besar! '

Gempa melihat keadaan rumah mewah dua tingkat itu. Terasa kelainannya apabila dia melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Agak-agak berapa banyak duit habis untuk siapkan rumah sebesar itu, ya?

Ju: Gempa?

Gempa tersontak terkejut apabila Ju tiba-tiba datang dan menepuk bahunya secara tiba-tiba. Dia pantas menoleh dan melihat ke arah wanita tersebut.

Ju: Kamu suka ya  dengan keadaan rumah ni?

Gempa mengangguk laju. Senyuman juga tidak lekang dari bibirnya. Memang jelas terpancar wajah kebahagiaan di mukanya.

Ju turut ikut tersenyum.

Ju: Baguslah kalau macam tu! Mari, aunty bawa kamu ke bilik kamu, ya?

Gempa tidak membantah. Dia terus mengangguk lalu mengekori wanita tadi naik ke tingkat atas bersama-sama.

◆♥🌸✨(*w*✿)✨🌸♥◆

Ju: Ha, sini bilik kamu. Sebaris dengan anak-anak aunty!

Ju membukakan pintu bilik bagi menunjukkan kepada Gempa bahawa bilik tersebut adalah milik gadis itu. Gempa mengintai ke dalam bilik tersebut. Betapa luasnya bilik itu! Lebih luas dari bilik di rumah lamanya dan sudah tentu lebih luas lagi dari bilik stor yang sebelum ini didiaminya.

Gempa memandang ke arah Ju semula. Dia kelihatan seperti was-was untuk menerima bilik tersebut. Lihatlah betapa luasnya bilik itu! Terasa seperti dia sedang berada di dalam hotel 5 Bintang pula!

Gempa: Ahh... Aunty. B-betul ke ni bilik saya? M-maksud saya... Bilik ni terlalu besar untuk saya. S-saya tak yakin saya boleh tinggal di sini.

Ju: Eish, apa yang terlalu besar sangat nya? Aunty dan suami aunty memang rekabentuk bilik ni dengan kadar keluasan yang sama seperti anak-anak kami yang lain tu. Diorang takde pula cakap yang bilik diorang tu terlalu besar.

Gempa: Umm... Bilik ni memang bilik lebih atau bilik tetamu sebenarnya?

Mendengar soalan tersebut oleh Gempa, wajah Ju agak berubah muram sedikit. Dia nampak seolah-olah mengingatkan sesuatu. Sesuatu yang pernah menimpa keluarganya.

Ju: Sebenarnya.. Ini sepatutnya bilik anak sulung aunty.

Gempa: Anak sulung aunty? Halilintar ke?

Ju menggeleng.

Ju: Bukan.

Dan tanpa meneruskan kata-katanya lebih lanjut, Ju pun terus menarik masuk Gempa ke dalam bilik dan menutup pintu dengan rapat. Seolah-olah tidak ingin sesiapa pun tahu tentang apa yang bakal diceritakannya kepada Gempa.

Ju: Gempa, please promise me something. Janji yang kamu takkan beritahu anak-anak aunty tentang ni. Terutama sekali Halilintar.

Wajah Gempa mula berkerut.

'Kenapa muka aunty macam sedih semacam? Ada sesuatu pernah berlaku ke?'

Ju: Sebenarnya... Anak aunty bukannya kembar 6. Tapi mereka adalah kembar 7 yang sudah kehilangan abang mereka.

Mata Gempa terbelalak kerana terkejut. Dia tidak sangka. Tak, tak pernah pun sangkakan bahawa kembar bersaudara itu bukannya mempunyai 6 tetapi 7!

Ju: Dan ini sepatutnya menjadi bilik abang mereka.

Ju melihat keadaan dalam bilik tersebut. Sebenarnya bilik itu telahpun di renovate. Bilik yang asalnya berwarna gelap dan putih serta barang-barang di dalamnya hanya sesuai untuk lelaki, kini ia sudahpun berubah kepada bilik khas untuk perempuan.

Gempa: Umm.. Aunty? Boleh saya tanya? K-kemana perginya abang mereka?

Ju menoleh semula ke arah Gempa. Senyuman pahit terukir di wajahnya.

Ju: Dia telah meninggal sebaik sahaja dilahirkan bersama-sama dengan adik-adiknya.

Betapa sakitnya hati Gempa sebaik sahaja mendengar kisah daripada wanita tersebut. Hatinya terasa seperti mahu luluh setelah mengetahui tentang kebenaran tentang 6 kembar tersebut.

Ju: Sewaktu aunty mengandungkan mereka bertujuh, aunty sering mengalami masalah sakit di bahagian rahim dan sering juga berulang-alik ke hospital. Dan sebaik sahaja kandungan mencecah 8 bulan 10 hari, doktor menyatakan bahawa salah seorang dari anak aunty dan uncle akan mengalami masalah jantung kerana penyakit keturunan daripada keluarga aunty. Betapa teruknya keadaan aunty setelah mengetahui tentang hal tersebut. Siang malam aunty memikirkan tentang keadaan anak-anak aunty. Adakah mereka selamat di dalam kandungan aunty? Adakah mereka akan lahir dengan selamat? Adakah mereka dapat hidup sama seperti manusia biasa yang lain?

Gempa dapat melihat di hujung mata wanita tersebut, terdapat air mata jernih mula keluar. Wanita itu menangis. Mengingatkan bahawa betapa sedihnya dia tentang keadaan anak-anaknya.

Ju: Dan sewaktu melahirkan mereka, keadaan aunty sangat teruk. Mereka adalah bayu pramatang. Belum cukup 9 bulan mereka sudahpun lahir. Dan badan mereka cukup kecil. Paling berat pun hanyalah 2.8 kg sahaja. Mereka perlukan banyak alatan sokongan bagi meneruskan hidup. Dan aunty serta uncle sanggup lakukan apa sahaja dan menghabiskan duit kami demi memastikan mereka dapat hidup dengan baik. Tapi...

Ju mula menggigit bibirnya. Melihat keadaan wanita itu, Gempa tahu. Pasti apa yang bakal didengarinya selepas ini adalah salah satu perkara yang paling menyakitkan bagi wanita di hadapannya.

Ju: Kembar pertama iaitu yang sulung sebelum Hali, disahkan mengalami masalah jantung. Doktor menyatakan, kerana sewaktu mengandungkannya, mungkin keadaan jantungnya dihimpit oleh saudaranya, jadi ia membuatkan jantungnya lemah dan tidak dapat berdegup dengan normal. Uncle meminta doktor supaya buat apa-apa sahaja asalkan boleh selamat anak kami. Tapi... Sudah dinamakan takdir, belum cukup sehari kami bersama dengannya, dia meninggal pada malam itu.

Tanpa berkata apa-apa, Gempa tarus memeluk wanita tersebut. Dia tidak tahu apa yang sedang dia fikirkan tapi apa yang dia tahu, dia mahu menenangkan wanita tersebut. Dia faham, cukup faham dengan keadaan wanita itu. Betapa sakitnya kehilangan insan yang paling disayangi. Paling sakit apabila dapat tahu bahawa mereka sudah tidak bernyawa lagi.

Gempa mengingat kembali akan situasi di mana tentang adiknya yang masih belum dilahirkan. Keadaan ibubapanya sangatlah teruk. Maknya mengalami kemurungan teruk kerana kecewa dan sedih akan kegugurannya. Gempa juga sudah tentu terkena tempias sekali. Dia cukup teruja untuk menantikan kehadiran ahli baharu di dalam keluarganya. Tetapi siapa sangka? Adiknya pergi tanpa sempat dia melihatnya.

Jadi Gempa cukup faham dengan keadaan Ju dan keluarganya. Sakitnya memang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Ju: Isk.. Na-nasib baik adik-adiknya dapat hidup dengan b-baik... Dia umpama seorang abang.. Y-yang sungguh baik. Merelakan dirinya.. Isk... Dihimpit oleh kesakitan dan membiarkan adiknya... Isk.. Hidup dengan baik. Isk...

Gempa juga mula mengalirkan airmatanya. Terasa sebak di dada apabila dia mula membayangkan tentang keadaan Ju dan Amato sewaktu perlu berhadapan dengan kenyataan bahawa mereka telahpun kehilangan salah seorang dari anak mereka. Mungkin kata orang luar, 6 masih ada jadi mereka tidak perlu sedih. Tapi bagi mereka, sebagai seorang ibu dan bapa, kehilangan anak umpama kehilangan segalanya. Biarpun masih ada yang masih bernyawa.

💧✨🍁.( •̥́ ˍ •̀ू ) 🍁✨💧

Setelah puas melepaskan segala tangisan, akhirnya Gempa dan Ju kembali tenang semula. Mereka mula mengesat airmata masing-masing bagi mengelakkan diri daripada diketahui oleh yang lain.

Gempa: Saya tumpang bersedih di atas kehilangan anak puan.

Ju: Takpe. Sniff... Sekurang-kurangnya yang lain masih ada. Dan mereka dapat membesar dengan sihat. Walaupun ada kekurangan...

Gempa mengangguk faham. Ya, dia juga tahu tentang keadaan kembar tersebut. Mereka mengalami masalah yang tidak dapat dibuang melainkan dikawal. Dan sebagai seorang ibu, Ju sangat hebat kerana masih dapat menerimanya dengan senyuman.

Ju: Maaf ya, Gempa? Aunty pergi ceritakan pula tentang kisah keluarga aunty ni kepada kamu.

Gempa: Eh, t-takpe aunty! Saya tak kisah! Dan kalau aunty perlukan seseorang untuk luahkan apa-apa, saya sedia mendengarnya. Saya kan... Macam dah jadi keluarga aunty?

Ju tersenyum. Tangannya pun mula mengelus wajah Gempa dengan lembut.

Ju: Tengokkan muka kamu ni... Saya teringat tentang arwah ibu kamu. Dia sangat baik dan prihatin. Wajah kamu juga sama macam dia. Terasa seperti masih bersama dengan dia.

Gempa tersenyum. Dia bangga kerana wajahnya sama seperti arwah ibunya. Sekurang-kurangnya dia dapat melepaskan rindunya walaupun sedikit. Dan dia juga dapat membantu Ju melepaskan rindunya terhadap arwah ibunya juga.

Ju: Gempa... Kamu tahu kan tentang rancangan aunty dan uncle untuk ambil kamu sebagai anak angkat?

Gempa mengangguk menjawab.

Ju: Jadi... Kamu setuju tak untuk jadi anak angkat kami?

Gempa pun terdiam.

'Tunggu. Aku belum memikirkan tentang hal ni. Banyak yang dah terjadi sehingga membuatkan aku terlupa tentang hal penting macam ni. Apa yang patut aku beritahu aunty? Macam mana kalau aku tolak? Tapi kalau aunty marah macam mana? Mesti dia sedih! '

Gempa: Uumm... Aunty. Sebenarnya... S-saya belum bersedia untuk menjadi anak angkat aunty. M-maaf kalau dah kecewakan aunty. Tapi... Saya pun dah anggap aunty sebagai mak kedua saya. Aunty baik! Tapi... Saya tak rasa yang saya ni sesuai menjadi status anak aunty walaupun di atas kertas sahaja.

Ju tersenyum dan mengangguk faham. Dia faham benar dengan apa yang ingin disampaikan oleh Gempa. Gempa tidak mahu menjadi anak angkatnya kerana dia sedar akan dirinya yang hanya insan biasa sahaja. Walaupun sedikit kecewa kerana Gempa menolak pelawaannya, sekurang-kurangnya dia sudah cukup gembira bahawa Gempa telah menganggapnya sebagai ibu keduanya.

Ju: Takpe, aunty faham. Tapi... Boleh tak aunty nak minta sesuatu? Sebagai ganti.

Wajah Gempa sudah berkerut. Tunggu, adakah dia harus menggantikan balik apa-apa benda kerana telah menolak pelawaan Ju? Adakah dia harus membayar duit pampasan?!

Gempa: Uuhh... A-aunty nak s-saya buat apa..? S-saya takde duit, aunty.

Ju tertawa mendengar jawapan Gempa disertakan dengan nada suaranya yang kedengaran tergagap-gagap. Pasti Gempa sedang ketakutan sekarang.

Ju: Jangan risau. Aunty tak minta banyak pun. Aunty minta satu saja.

Gempa: A-apa dia, aunty..?

Ju: Gempa panggilkan aunty 'mak' juga, boleh?

Gempa terdiam. Tiba-tiba hatinya diserang dengan perasaan terharu. Dia terharu. Setelah sekian lama dia ingin memanggil menyebut nama ibu kembali, akhirnya ada seorang wanita yang sanggup inginkannya memangilnya ibu.

Gempa pun tersenyum. Lalu dengan pantas dia terus memeluk Ju dengan erat.

Gempa: Hm! Terima kasih... Mak!




TO BE CONTINUE

Maaf sebab author lambat update. Tapi author ingin memberikan semua chap warm dahulu sebelum drama bermula. //asyik cakap benda sama je.

Ok sorry. Haha!

Apa-apa pun, terima kasih untuk respon baik semua untuk chap extra sebelum ni! Author sangat menghargainya! ( ´ ▽ ' )ノ

Continue Reading

You'll Also Like

73.1K 6.7K 24
"I'm so sorry Boboiboy, but it's all... fake love..." Aku tak percaya. Kawan kawan aku, keluarga aku, semuanya. Semua tu palsu. Diorang berkawan den...
2.7K 269 20
"Boboiboy, kau ditahan atas kesalahan membunuh dan mencuri sfera kuasa." "Huh?! Apa yang aku buat?! Aku superhero bumi, tak mungkin aku membunuh ata...
55.2K 4.7K 35
COMPLETED ✔️ Mengisahkan tentang seorang remaja lelaki berumur 17 tahun bernama Gempa yang tinggal bersama datuknya di sebuah kerajaan bernama Snowin...
1K 77 12
[⚠️Amaran⚠️: Buku ini mempunyai scene membunuh, anda disarankan untuk tidak mengikuti scene di dalam buku ini.] Akibat sebuah kisah silam, TAPOPS dik...