Rahsia Takdir Antara Kita

By scarletwani

1.8M 51K 2.4K

COMPLETE โœ… (The Best Floriarity Romance 2020๐Ÿ…) (Top๐ŸฅˆNovelist Award Of Sad Romance) Hidup Nur Hanis berubah... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69

Bab 19

24.1K 730 21
By scarletwani

Lagu New Rules oleh Dua Lipa dimainkan di radio kereta. Amy sedang memandu sambil bernyanyi. Dia baru sahaja pulang dari rumah Datin Yasmin.

Mulanya niat nak duduk sampai petang je tapi Datin Yasmin memujuk supaya makan malam terus di rumahnya. Takkan la nak menolak kan?

Tiba tiba dia teringatkan perbualannya dengan Datin Yasmin tadi..

Flashback

"Sedap tak Amy?", Soal Datin Yasmin pada Amy.

Amy mengangguk tanda sedap. Setiap kali dia datang ke rumah Datin Yasmin, tak pernah dia pulang dengan perut kosong. Makanan sedap sedap pulak tu.

Walaupun hanya makanan kampung, tapi Amy layan je.

"Mana mama cari orang gaji macam tu. Sedap betul dia masak.", Soal Amy.

Datin tersenyum. "Rezeki mama dapat orang gaji tip top macam Mak Munah. Hari hari mama kenyang dengan masakan dia.", Kata Datin Yasmin.

Amy menyisip air sirap ais untuk membasahkan tekak setelah selesai makan.

"Amboi, patut lah mama makin comel sekarang.", Amy mengusik Datin Yasmin.

"Ha!? Mama gemuk ke Amy?", Amy tergelak.

"Tak adalah. Amy gurau je.", Tersengih Amy.

"Amy ni kalau mengusik mama memang nombor satu kan? ", Kata Datin Yasmin.

Datin Yasmin memandang Amy untuk bertanya sesuatu.

"Macam mana Amy? Huzair okay tak dengan Amy?", Soal Datin Yasmin. Dia memang menyuruh gadis itu untuk memikat Huzair.

Amy mengeluh."Susah la mama. Dia tu serius je memanjang. Kadang kadang Amy rasa macam syok sendiri je.", Balas Amy.

Datin tersenyum. Dia memegang tangan Amy.

"Takpe Amy. Amy cuba lagi, kadang kadang Huzair tu memang nampak keras kepala tapi hati dia lembut. Mana lah tahu satu hari nanti, dia terpikat jugak dengan Amy. Amy jugak yang untung.", pujuk Datin Yasmin.

Dia tak boleh lepaskan peluang. Dia mahu Amy mengahwini Huzair supaya harta Amy akan pergi kepada Huzair. Dia pula akan menumpang kekayaan anaknya.

Sungguh tamak Datin Yasmin. Sanggup dia mempergunakan Amy untuk kepentingan diri sendiri.

Amy mengangguk perlahan. "Okay mama. Amy akan cuba lagi.", Datin Yasmin tersenyum.

End flashback

Amy mengeluh perlahan.

"Macam mana lah aku nak pikat Huzair tu? Mama tak tahu ke yang anak dia tu sombong gila? Susahlah macam ni.", Rungut Amy perlahan.

Matanya melihat jam. Jam menunjukkan pukul 9 malam.

"Ada masa lagi ni. Pergi rumah Huzair la.", Amy memandu laju pergi ke kondo Huzair.

Setelah sampai dan memarkir keretanya. Dia mengorak langkah ke lif untuk ke tingkat atas sekali.

Pintu lif dibuka, Amy berjalan terus sehingga jumpa nombor rumah Huzair. Dia membetulkan blouse dan skirtnya terlebih dahulu sebelum memetik loceng.

Dua kali dia memetik loceng, kelihatan pintu dibuka dari dalam dan terjengul kepala Huzair.

Amy tersenyum lebar. "Hai you!", Sapa Amy mesra.

Huzair mengerutkan dahi.

"Awak buat apa kat sini? Malam malam macam ni datang rumah saya. Nak apa?", Soal Huzair. Stress betul layan perempuan ni.

"Kalau ye pun, jemput la I masuk. Takkan nak biar I berdiri kat luar macam ni?", Ujar Amy.

Huzair risau. "Err.."

Belum sempat Huzair berkata, Amy menolak pintu dan menapak masuk ke dalam rumah.

Alangkah terkejutnya dia melihat seorang wanita yang sedang duduk di atas sofa. Matanya terbuntang.

"Huzair, siapa perempuan ni?", Soal Amy.

Hanis sudah berdiri. Dia tak tahu nak buat apa sekarang ni.

Huzair menggaru kepala. Buntu kepala otak dia.

Amy menolak bahu Huzair. "Siapa perempuan ni? Apa yang dia bu...omg. You all buat apa ni ha?", Amy mula menaruh curiga terhadap Huzair dan wanita itu.

"Jangan jangan, dia mistress you Huzair?", Tuduhan yang Amy buat membuatkan Huzair terkejut.

"Apa yang awak merepek ni Amy?", Soal Huzair.

"Habistu dia buat apa dekat sini? Ha Huzair?", Desak Amy membuatkan Huzair serabut.

"Dia isteri saya!", Akhirnya terpaksa dia melupakan arahan Datin Yasmin untuk tidak memberitahu hal sebenar.

"She what?", Amy menggeleng. No, no..

"Dia isteri saya yang sah.", Pening Huzair melayan Amy ini.

Amy menggeleng tidak percaya. Tak mungkin. Tetapi matanya tertancap pada satu frame gambar besar di dinding. Gambar nikah Huzair bersama perempuan itu. Lututnya lemah.

"No, no..", Amy cuba lagi menafikan.

"Kenapa you tak bagitau I. I mean, kenapa mama tak bagitahu I.", Soal Amy sambil memandang Huzair.

Huzair mengangkat bahu. "Itu awak kena tanya mama sendiri. Bukan tanya saya sebab mama yang suruh saya rahsiakan daripada awak. Kalau ikutkan hati ni, memang saya nak bagitahu je awak supaya awak tak kacau saya dah", ujar Huzair. Dia berasa puas.

Amy memandang tajam Huzair dan Hanis dengan silih berganti sebelum dia keluar daripada rumah lelaki itu. Dia harus berjumpa dengan Datin Yasmin esok! Wanita tua itu hutang penjelasan dengannya.

Hanis memandang Huzair yang sedang menutup pintu rumah. Dia tertanya tanya siapakah perempuan itu? Tiba tiba je masuk.

"Abang?", Panggil Hanis. Huzair seakan akan faham yang Hanis perlu penjelasan.

"Tadi tu Amy. Anak kawan mama. Dia tu suka dengan abang tapi abang tak suka. Mama pulak beria nak jodohkan abang dengan dia. Tak naklah abang dengan perempuan gedik macam tu.", Jelas Huzair. Dia tidak mahu isterinya salah anggap.

Hanis mengangguk faham. "Habistu, Hanis tak gedik ke?", Soal Hanis. Sengaja dia mahu tahu apa reaksi Huzair.

Huzair tersengih. Dia menghampiri Hanis.

"Sayang gedik jugak. Tapi gedik kesayangan abang!", Huzair terus mendukung Hanis membuatkan Hanis terjerit kecil sambil tergelak. Mereka berlalu ke tingkat atas.

***

Keesokan harinya, suasana pejabat yang lengang mula menghasilkan bunyi mesin dan aircond. Pukul 8 pagi, pekerja mula hadir bekerja. Ada yang muka semangat, ada jugak yang muka tak cukup tidur. Main game la tu sampai tidur lambat.

"Selamat pagi bos.", Ucap Erin sambil menunduk hormat. Dia mula mencapai tabletnya.

"Selamat pagi. Hari ni apa urusan saya?", Soal Huzair sambil melangkah masuk ke dalam pejabatnya.

"Err, setakat ni bos cuma ada meeting dengan klien pukul 10 pagi nanti. Selebihnya, tak de apa urusan bos.", Ujar Erin. Dia melihat Huzair sedang menulis sesuatu pada fail kuningnya.

"Noted. Thank you Erin.", Senyum Huzair. Erin hanya menunjukkan jari berbentuk 'ok' kepada Huzair.

Erin yang hendak keluar mematah balik ke meja Huzair. " Bos"

Huzair mengangkat kepala sambil mengangkat kening sebagai tanda bertanya.

Erin menggaru kepala yang dilindung tudung itu sambil tersengih hambar.

"Bos dah jumpa ke pengganti saya? Ye la, saya jumaat ni last.", Soal Erin. Erin berasa susah hati jika Huzair tidak menemukan lagi pengganti barunya.

Takut nanti kerja Huzair tak terurus.

"Oh pasal tu. Awak jangan risau, saya dah jumpa dah pengganti.", Beritahu Huzair. Erin mengerdip mata, cepat betul.

"Wah, cepatnya bos dah jumpa pengganti. Siapa tu bos? Bos percaya dia ke?", Soal Erin. Dia mahu tahu juga siapa yang bakal menggantikan tempat dia.

Huzair tersengih. "Isteri saya sendiri.", Erin melopong. Isteri? Bila pula bosnya kahwin?

"Isteri? Bos dah kahwin? Bila? Tak ajak saya pun.", Erin mencekak pinggang. Huzair tergelak.

"Panjang ceritanya, Rin. Tapi apa pun saya percayakan dia boleh buat kerja kerja semua.", Erin mengangguk. Kalau bosnya sudah memberi kepercayaan pada isterinya, Erin boleh lah menarik nafas legan.

Tiba tiba dia jadi sedih pula nak tinggalkan pejabat ni.

"Sunyilah saya nanti awak dah tak ada. Untung bos baru awak nanti dapat pekerja bagus macam awak.", Puji Huzair. Dia mengakui, dia sedikit sedih apabila mengetahui pekerja kegemarannya itu bakal dipindahkan ke tempat lain.

Erin mencebik bibir.

"Bos janganlah cakap macam tu. Sedihlah saya. Saya dah kerja dekat sini 7 tahun dah, mestilah saya rasa sedih bila tiba tiba je pihak atasan suruh saya pindah.", Kata Erin. Aduh, emosi pula pagi pagi ni.

"Apa apa pun terima kasih sebab sudi berkhidmat di syarikat ni. Saya hargai sangat kerja kerja yang awak dah buat selama ni.", Huzair senyum.

Erin menunduk hormat sambil tersenyum. "Sama sama bos. Saya minta maaf kalau kerja saya ada kurang atau tersilap.", Huzair hanya mengangguk.

"Ehem ehem.", Kedengaran deheman seseorang di pintu. Erin menoleh, melihat Amy sedang memeluk tubuh memandang mereka berdua.

Erin menjulingkan mata ke atas.

"Bos, saya keluar dulu ya?", Huzair mengangguk sebelum Erin melangkah keluar. Sengaja dia melanggar bahu Amy sewaktu keluar.

"Opss, sorry. Sempit sangat jalan ni.", Sinis Erin. Amy hanya memandang tajam Erin yang sudah kembali ke tempat duduknya.

"Awak nak apa Amy?", Soal malas Huzair. Matanya memandang laptop di hadapannya.

Amy masuk dan terus duduk di kerusi berhadapan Huzair.

"Si Erin tu last kan minggu ni? Kalau you tak jumpa pengganti lagi, I rela jadi PA baru you.", Amy senyum sambil memintal hujung rambutnya.

Huzair mengeluh. "Tak payah susah susah. Saya dah jumpa pengganti Erin. Awak sambung je dengan kerja awak tu.", Amy merengus.

"Apa ni? I dah lama minta untuk jadi PA you. Kenapa you tak pilih I je?", Bentak Amy. Sungguh dia tidak puas hati waktu itu. Sudahlah ditipu Huzair.

"Awak tak layak jadi PA saya,kerja yang ada pun awak tak buat kan? Amy, jangan ingat sebab mama saya yang beria suruh saya ambil awak kerja, awak boleh tunjuk besar kepala ya dalam pejabat ni.", Kata Huzair.

Amy memandang Huzair. Cukup geram dengan lelaki itu.

"Besar kepala apanya you? You ingat I tak ada kerja lain ke selain nak tunjuk besar kepala?", Marah Amy.

Huzair tersenyum sinis.

"Awak jangan ingat saya tak tahu apa yang awak buat belakang saya. Awak pun selalu buli staf lain kan? Ugut ugut bagai, awak ingat awak siapa?", Soal Huzair.

Banyak dia menerima aduan tentang sikap buruk si Amy ni. Tapi dia hanya mendiamkan diri.

"Ma..mana ada. Siapa yang bagitahu you ni? Fitnah je semua tu.", Amy cuba menyangkal. Siapa yang berani berani mengadu pada Huzair ni?

"Dahlah Amy. Awak keluar sekarang. Saya ada banyak lagi kerja lain nak buat selain mengadap muka awak.", Huzair mula meyambung kerjanya semula.

Amy merengus kuat lalu bangun berlalu keluar. Kebetulan dia lalu di depan meja Erin, dia berhenti seketika.

"Kau kan yang mengadu pasal aku dekat Huzair?", Soal Amy sambil memeluk tubuh.

Amy hanya menjeling sekilas dan matanya kembali pada failnya.

"Kau mengarut apa ni? Jangan kacau aku lah. Kalau kau nak malas, malas sorang sorang, tak payah ajak orang lain.", Ujar Erin.

Amy menghempas tangan ke meja Erin sehingga pekerja lain semua memandangnya. Dia memandang tajam wajah Erin.

"Apa masalah kau ni?", Rimas Erin dengan perangai buruk Amy ni. Meja aku dia nak hentak ni dah melebih.

"Aku memang dah lama perhati kau Erin. Kecik besar kecik besar je aku tengok kau. Jangan sampai aku kerjakan kau!", Marah Amy. Dia merenung Erin atas bawah dengan pandangan tak puas hati.

Erin menggeleng. Teruk dah minah ni.

"Dah lah Amy. Berhentilah cari pasal dengan orang lain. Kau tahu tak kenapa staf lain benci tengok kau? Sebab sikap perasan bagus kau tu. Dengan aku sekali menyampah tau tak?", Ujar Erin.

Amy tersenyum sinis. Kalau bukan sebab Huzair, aku tak hingin nak kerja dekat sini. Bapak aku pun ada syarikat besar la, Aku boleh je kerja dengan bapak aku! Desis Amy.

"Nasib baik lah kau dah nak berhenti. Tak payahlah lepasni aku tengok lagi muka hodoh kau dekat sini, semak je.", Kata Amy, sombong.

"Excuse me. Aku pindah, bukan berhenti. Aku pun lega sebab dah tak payah hadap perangai busuk kau tu.", Balas Erin.

Amy mengibas rambutnya dan menjeling Erin.

"Whatever.", Kata Amy sebelum dia melangkah pergi.

Erin menggeleng. "Gila."

***

Datin Yasmin menggigit bibirnya sambil tangannya mengetuk telefonnya perlahan.

"Amy dah tahu, habislah rancangan aku.", Ujar Datin Yasmin, perlahan.

Dia duduk di beranda rumah sambil menunggu Amy yang hendak datang rumahnya untuk berbincang sesuatu.

Datin Yasmin melihat kereta Amy baru sampai di depan pagar. Amy keluar daripada kereta dan menuju ke pagar yang sedia terbuka itu. Tiada senyuman di bibirnya.

Datin Yasmin mengeluh, dia mengambil langkah turun ke tingkat bawah untuk meyambut Amy.

***

Huzair mengemas barang barangnya bersedia untuk pulang. Dia melihat mesej yang baru diterimanya. Mesej ringkas daripada Hanis.

' Jangan balik lambat sangat tau '

Huzair tersenyum. Walaupun ringkas, tapi cukup dia tahu isterinya risaukan dia.

Tiba tiba dia teringatkan sesuatu, segera tangannya mencapai gambar dia dan Hanis yang sudah dicuci. Dia membuka laci mejanya dan mengeluarkan bingkai gambar kosong untuk mengisi gambar tersebut.

Selepas memasukkan, dia meletakkan di tepi meja. Huzair tersenyum melihat gambar mesranya dengan Hanis.

Huzair kemudian terus mengambil coat nya yang tergantung di kerusi dan menyangkut di lengannya.

"Hai Huzair.", Suara perempuan menyapa telinga Huzair menyebabkan dia mengangkat kepala melihat ke pintu.

Dia tergamam.

**********

Continue Reading

You'll Also Like

75.7K 6.6K 25
๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐Œ๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐ƒ๐ข๐š ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ ๐๐ฎ๐ซ๐ž๐ž๐ง ๐‘๐š๐ฎ๐๐ก๐š๐ก | ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐™๐š๐ฒ๐ซ๐š๐ง "๐“๐š๐ค๐ก๐ญ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ง๐ ๐ ...
771K 25.5K 45
Cry. Forgive. Learn. Move on. Let your tears water the seeds of your future happiness. Hubungan yang sudah terjalin lama terputus ditengah jalan kera...
212K 8.3K 53
SYED EIJAZ HAIDER. Dingin, beku. Itu semua sudah sebati dengan orang sekeliling yang mengenalinya. Seorang yang bekerjaya dan amat meminati dunia per...
1M 31.5K 69
Irdina Gadis yang berasal dari Kedah dan bakal berkhidmat sebagai doktor pelatih di Shah Alam Medical Centre. Dia sama seperti perempuan lain mengimp...