Rahsia Takdir Antara Kita

By scarletwani

1.8M 51K 2.4K

COMPLETE โœ… (The Best Floriarity Romance 2020๐Ÿ…) (Top๐ŸฅˆNovelist Award Of Sad Romance) Hidup Nur Hanis berubah... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69

Bab 18

23.8K 755 10
By scarletwani

Hanis berlari keluar daripada kedai Starbucks dan menuju ke seseorang. Dia melihat orang itu sedang berjalan bersama seorang perempuan.

" Abang Luq..", Hanis memegang tangan abangnya itu. Termengah mengah dia penat berlari.

Luqman terkejut melihat Hanis di depannya. Seketika kemudian dia menarik kasar tangannya kembali. Dahlia di sebelahnya terkejut dengan tindakan Luqman.

Luqman sudah mula mengorak langkah meninggalkan adiknya tapi Hanis menghalangnya.

"Kau nak apa ni?", Soal kasar Luqman. Benci dia melihat wajah perempuan itu.

"Abang apa khabar? Abang sihat? ", Soal Hanis dengan matanya yang sudah mula bergenang. Dia sangat rindukan abang dia itu.

"Abang, Hanis rindu abang. Hanis tak boleh berhenti fikirkan abang.", Kata Hanis sambil tangannya cuba memegang tangan Luqman.

Luqman menepis kasar sambil matanya memandang jijik Hanis.

"Jangan sentuh aku la. Aku tak nak perempuan kotor macam kau sentuh tangan aku.", Kasar sekali bahasa Luqman.

Dahlia memegang bahu Luqman. "Man, tak baik cakap macam tu."

Luqman tidak mengendahkan Dahlia. Dia memandang tepat ke dalam mata Hanis.

" Aku tak puas lagi cakap dengan kau sejak kau kena halau haritu. Kau hilang akal ke Hanis sampai nak berkhalwat? Dah gatal sangat ke?", Soal Luqman membuatkan Hanis menggeleng.

"Tak..abang.."

"Kau tak fikir ke pasal perasaan abah dengan umi? Kau tak fikir pasal maruah keluarga? Apa yang ada dalam kepala otak kau tu?", Luqman sudah memeluk tubuh. Dia memandang Hanis atas bawah.

Hanis hanya mendiamkan diri. Lidahnya kelu.

"Kau fikir nak puas dengan jantan je kan?", Dahlia menoleh, terkejut dia mendengar apa yang keluar daripada mulut Luqman.

"Dah berapa orang jantan kau dah main? Kenapa kali ni kantoi pulak?"

"Luqman.."

"Kenapa kau tak lacurkan terus diri kau tu? Eii, aku malu tau nak mengaku kau tu adik aku. Kawan kawan aku semua bercakap pasal kau. Mana aku nak letak muka ni? Umi tu, orang kampung mengumpat pasal dia tak reti jaga anak dia tapi sebenarnya kau tu yang bebal pergi buat hal! Bodoh mana pergi akal kau?", Luqman menunjal bahu Hanis hingga Hanis terkebelakang sikit.

"Apa yang abang susah sangat nak percaya? Kenapa Hanis kena buat macam tu? Apa Hanis dapat kalau memalukan keluarga? Abang cakaplah.", Hanis tidak tahan lagi mendengar cemuhan abangnya.

Luqman tergelak sinis sambil menggeleng.

"Aku takkan percaya la perempuan kotor macam kau. Kau cakap la apa apa pun sampai terkeluar anak tekak, aku takkan percaya. Sampai mati aku tak percaya.", Kata Luqman sebelum dia melangkah meninggalkan Dahlia dan Hanis.

Hanis menunduk sambil menahan air matanya daripada tumpah. Dahlia menghampiri Hanis dan mengusap lembut bahu Hanis.

Hanis tersenyum dan menoleh ke arah Dahlia.

"Akak sihat? Lama Hanis tak jumpa akak.", Soal Hanis mesra walaupun dalam hatinya sudah remuk akibat kata kata abangnya.

Dahlia senyum sambil mengangguk. Dia kemudian memeluk Hanis sambil menepuk perlahan belakang perempuan itu.

"Hanis sabar ya. Akak tahu Hanis kuat. Bagi abang Luqman masa sikit. Dia masih lagi marah tu, nanti akak cuba pujuk dia lagi ya.", Ujar Dahlia.

Dahlia kembali menghadap Hanis.

"Sebulan lagi akak dengan abang Luqman nak menikah. Hanis datang ke majlis kami ya.", Ujar Dahlia penuh harapan.

"Insha Allah kak. Akak jaga diri baik baik ya.", Dia tidak mampu berjanji sebab uminya sendiri melarangnya untuk datang ke majlis mereka.

"Hanis pun", dahlia sudah melangkah keluar daripada Mall itu.

Hanis kemudian perlahan lahan melangkah ke Starbucks semula.

"Hanis? Kau okay tak? Kau pergi mana tadi?", Soal Lisa.

"Aku terjumpa dengan abang aku tadi.", Kata Hanis, lemah.

Lisa sedikit terkejut.

"Abang kau cakap apa?", Soal Lisa. Dia melihat wajah sugul Hanis seperti mengagak Luqman telah bercakap buruk pada Hanis.

Hanis tersenyum.

"Lisa, aku nak pergi tandas sekejap.", Hanis kembali bangun dan menuju ke tandas.

Lisa hanya mengangguk. Dia perlu memberikan Hanis masa sedikit untuk menenangkan diri.

Hanis laju melangkah menuju ke tandas. Dia menahan sesak dalam dada, tak tahan dia menanggung sedih.

Sampai sahaja dia dalam tandas, Hanis terus mengunci pintu lalu duduk di atas penutup jamban. Dia menghamburkan tangisannya di situ. Sungguh sakit hatinya sekarang ini memikirkan kata kata abangnya.

"Sampai hati abang.."

Dia tidak tahu lagi cara untuk membetulkan keadaan. Keluarganya harus tahu yang dia tidak bersalah. Saat dia dilanda masalah, sepatutnya keluarga perlu bagi sokongan dan semangat. Tetapi apa yang keluarganya lakukan? Mencemuhnya? Menghalaunya? Allahuakhbar..

Hanis mengesat air matanya dengan menggunakan tisu. Dia mengeluarkan bedaknya dan memakainya. Dia perlu menghilangkan matanya yang sembap dan hidung yang merah.

Hanis bangun sambil membetulkan bajunya. Dia membuka pintu tandas dan sewaktu dia melangkah keluar, dia tidak sengaja langgar seseorang membuatkan orang itu terlanggar dinding.

"Ouch!"

"Ya Allah, maaf awak. Saya tak sengaja.", Ujar Hanis sambil mengambil handbagnya yang terjatuh.

"You buta ke? Jalan tu pakai mata la!", Marah gadis itu. Dia memicit bahu dia yang sakit akibat terlanggar dinding.

"Saya betul betul minta maaf. Saya tak tengok depan tadi. Tu yang tak sengaja langgar awak. Maaf ya?", Sungguh sungguh Hanis meminta maaf. Telefonnya berdering, Hanis melihat Lisa membuat panggilan.

"Lagi sekali saya minta maaf ya. Saya kena pergi ni." Ujar Hanis sebelum berlalu pergi.

Tiara hanya memandang dengan tajam Hanis yang melangkah pergi. Geram betul dengan perempuan tu. Habis sakit bahu dia.

***

"Huzair, terima kasih sebab tolong aku.", Amar menepuk bahu Huzair. Dia tidak tahu apa yang bakal terjadi kalau Huzair tidak datang menyelamatkanya.

Huzair tersenyum. "Tak ada hal la bro. Kau tu, lepasni jangan nak main benda tu dah. Bahaya tahu tak? Dah la benda tu dosa.", Kata Huzair.

Dia tidak gemar mendengar sepupunya itu bermain judi. Sebab itulah bila tak ada duit, mulalah kena serang.

Amar mengeluh. Dia mula rasa menyesal dengan apa yang dia sudah buat.

"Tu la Huzair. Aku rasa menyesal sebab main benda tu. Kesan buruknya kena kat aku balik.", Kata Amar.

Huzair hanya mengangguk. Baguslah kalau dia rasa menyesal. Tak ada lah dia ulang balik kesilapan dia.

"Kau apa cerita sekarang? Aku ada dengar pasal perkahwinan kau.", Soal Amar. Dia tahu pun daripada ayahnya. Waktu tu terkejut juga dia, yelah, dia kenal sangat dengan Huzair yang kurang bersosial ni.

"Oh.", Huzair menunduk sambil tersenyum. Dia dah tahu rupanya.

"Semua okay ke?", Soal Amar.

"Mula mula huru hara jugak, Mar. Tapi lama lama aku rasa bahagia. Yelah, isteri aku tu baik je. So kitaorang senang bergaul, baru la dari situ saling kenal kenal." Kata Huzair.

"Cuma tu lah. Mama ngan adik aku tu tak boleh terima isteri aku dalam keluarga kitaorang. Kau tahulah diaorang punya keras kepala tu macam mana, sampai aku pun tak tahan tengok isteri aku tu kena aniaya dengan diaorang.", Jelas Huzair.

Amar terkejut. Dia tidak menyangka maklongnya sanggup bersikap begitu.

"Habistu, kau dengan isteri kau macam mana?", Soal Amar.

"Aku dah bawak isteri aku keluar daripada rumah tu. Takkan la aku nak biar diaorang sakitkan isteri aku lagi. Aku pun tak pernah naik tangan dekat dia.", kata Huzair.

Amar mengangguk faham.

Huzair melihat jam di tangannya. Sudah pukul 6 petang, dia perlu balik. Mesti Hanis pun dah sampai rumah ni.

"Okaylah Amar. Aku balik dulu, dah petang ni. Nanti kalau nak ajak lepak, roger roger la.", Kata Huzair sambil menyalam tangan Amar.

"Okay okay Insha Allah bro. Elok elok bawa kereta.", Pesan Amar.

Kereta Huzair terus bergerak laju keluar dari perkarangan rumah ini.

***
"Abang pergi mana tadi? Kata nak rehat kat rumah.", Soal Hanis. Pelik dia waktu dia pulang rumah, tengok Huzair tiada di rumah.

"Abang bosan. Yela, ada isteri pun, dia pergi keluar lepak dengan member dia sampai tak ingat kat suami sendiri.", Sengaja Huzair mengusik isterinya. Tetapi sebagai balasannya, Huzair menerima hadiah cubitan daripada isterinya.

"Sakitlah sayang..", adu Huzair sambil tangannya mengusap lengannya yang dicubit. Dengan mulutnya yang muncul lagi.

"Ha tu lah. Siapa suruh cakap macam tu. Kan Hanis dah minta izin abang tadi. Pandai pandai je kata kita tak ingat suami.", Kata Hanis.

Huzair tersengih menampakkan giginya yang cantik tersusun.

"Tak ada lah. Tadi sepupu abang call, kecoh betul dia tadi. Kata ada orang nak bunuh dia.", Jelas Huzair.

Mata Hanis terbuntang. Dia mula membelek badan Huzair dari depan hinggan belakang.

Huzair mempamerkan muka pelik. "Kenapa ni sayang?"

"Abang pergi selamatkan sepupu abang tu ke? Abang ada luka apa apa tak?", Soal Hanis, cemas.

Huzair ketawa besar. Lawak betul lah isteri aku ni.

"Sayang, awak ingat abang berani ke pergi sana sorang sorang semata mata nak selamatkan dia? Of course la abang call polis.", Jelas Huzair.

"Oh yeke. Ingatkan abang pergi sorang sorang tadi. Risau Hanis.", Seronok pula Huzair mendengar perkataan risau dari mulut Hanis.

Sayang betul isteri aku kat aku. HEHE.

"So tadi macam mana? Dah okay la?", Soal Hanis.

Huzair mengangguk.

Masing masing mendiamkan diri. Huzair sedang melihat telefonnya. Hanis berkira kira ingin bertanya.

"Abang.."

"Hmm"

"Abang kasi tak kalau Hanis nak kerja?", Soal Hanis. Huzair berkerut dahi.

"Buat apa nak kerja? Abang mampu tanggung sayanglah. Lagipun abang nak sayang duduk rumah. Goyang kaki je.", Kata Huzair.

Ewah suami aku ni. Disuruhnya aku goyang kaki je. Ingat aku tak ada kerja lain ke?

Erk tapi memang tak ada kerja pun.

"Ala, bolehlah. Hanis bosan la abang duduk rumah je.", Pujuk Hanis.

"Please.", Hanis sengaja membuat muka comel.

"Ish, sayang nak kerja mana?", Soal Huzair. Dia memikirkan ada betul juga, takkan Hanis mahu duduk rumah saja.

"Tak tahu lagi"

"Aik, nak kerja tapi tak tahu nak kerja kat mana.", Pelik Huzair.

Dia mula berfikir sesuatu.

"Hanis kerja dengan abang la.", Kata Huzair. Hanis mengerutkan dahi.

"Tak naklah. Apa class kerja dengan suami sendiri.", Kata Hanis.

Huzair mengecilkan mata melihat isterinya. Amboi..

"Kala tak nak, tak payah kerja.", Hanis membuat muka cemberut. Tak aci langsunglah suami aku ni.

"Abang ni saje je. Yelah yelah, kerja apa tu?", Hanis mengalah, takpelah asalkan dia dapat kerja.

"Jadi personal assistant abang.", Kata Huzair. PA nya yang lama bakal dipindahkan ke agensi lain. Jadi sekarang tak perlu pening kepala fikirkan penggantinya.

Hanis mengerutkan dahi.

"So Hanis kena uruskan hal abang kat pejabat la?", Soal Hanis. Hm, okay jugak idea tu.

Huzair mengangguk. Dia mahu sentiasa dekat dengan isterinya.

"Okay la, Hanis kerja dengan abang. Bila boleh start?", Tak sabar betul Hanis nak mulakan kerja.

"Minggu depan lah. Sebab PA lama abang tu last minggu ni.", Ujar Huzair.

Hanis berfikir seketika.

"PA abang tu, lelaki ke perempuan?", Soal curiga Hanis. Perempuan ke eh?

Husaini tersenyum nakal. Mode mengusiknya sudah diaktifkan.

"Hmm, perempuan la."

Hanis merenung suaminya.

"Cantik tak?", Huzair tersengih.

"Cantiiikkk.", Makin menjadi jadi gurauan Huzair. Dia ada bau bau cemburu laaa.

Laju tangan Hanis memukul lengan Huzair. Huzair pula sudah mengekek ketawa. Seronok pulak kenakan isterinya.

Hanis sudah menarik muncung panjang. Cemburu la katakan.

Huzair mencuit bahu Hanis di sebelah. Tetapi Hanis tidak melayan.

Huzair kemudian menghampiri wajah Hanis dan menghadiahkan ciuman di bibir isterinya itu.

"Tapi Hanis lagi cantik.", Merah muka Hanis selepas Huzair berkata begitu. Hanis menjeling suaminya dengan senyuman.

Pandai betul suami aku ni pujuk aku. Haih.

DING DONG

Hanis dan Huzair memandang ke arah pintu sebelum memandang sesama sendiri.

Siapa yang datang malam malam buta ni?

**********

Continue Reading

You'll Also Like

276K 18K 43
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
1.9M 45.5K 62
# 1 out of 4.1k omg !!!!!! #26 out of 863 auchhh? (6/7/18) -Tamat- " Aku tak boleh terima kau dalam hidup aku . Kenapa mesti kau hadir dan musnahkan...
771K 25.5K 45
Cry. Forgive. Learn. Move on. Let your tears water the seeds of your future happiness. Hubungan yang sudah terjalin lama terputus ditengah jalan kera...
373K 13.1K 66
Raihana atau lebih dikenali Raihana Sofea bt Datuk seri Hakim. di sekolah lama dia,nak dikatakan gangster tak juga sebab dia tak buli orang. tapi dia...